Aku sakit perut hebat. Diiringi oleh sakit kepala. Ini second time lepak toilet sejak masuk class kul 2 tadi. Kesian student tu. Tapi cam biasa selagi boleh aku keluarkan dari kepala otak ni.. aku teran. Yes, aktiviti yang aku lakukan tadi adalah meneran otak. Walau sakit kepala bukan kepalang, tapi aku teruskan meneran sebab mahu berikan yang terbaik.
Tadi cerita ler pasal forms of organization. Throughout times macam-macam bentuk organisasi or agency yang kita jumpa. Btw agency tu normally entity yg independent or autonomous tetapi serves the interests of a particular state. Tu sebab aku lebih setuju kalau agensi.. agensi kerajaan.. agensi swasta kurang tepat.. agensi ni ada agenda.... hahaha.. malas nak elaborate.
Yang aku citer ni is pasal menda dari Toyota kalau tak silap yang telah pengaruhi amalan kerja, struktur organisasi, cara berniaga.. even akademik seluruh dunia... Apakah mereka? TQM pastu JIT.
Jom citer pasal JIT (teringat Jit Murad yang tergolong dalam geng-geng artis yang nampak educated and elitist masa zaman 90-an.. geng-geng Suhaimi Baba... filem ada mesej.. tapi tak best)... Jap. kena tangguh menulis..
Manufacturer - Warehouse - Wholesaler - Supplier - Retailer.
Aku keluaukan jelah entry ni yek
Ni semalam masa aku kena cirbit (cirit-birit) aku tulis. Eh takpelah aku sambung.. ni kat opis.. yang aku tulis atas tu hari Ahad.. sekarang sudah Senin.
Pasal JIT... tadi aku cerita kisah cemana hypermarkets kill small retailers. Aku ingat lagi masa aku amek subject Latin American Literature kat Drexel.. Lecturer tu aku tak sure orang mana, aku rasa dia leh cakap Spanish.. eh.. aku pun tak sure.. aku rasa macam dia datang dari Eastern Europe... rasa Poland.. beliau memang anti neo-liberalism and globalization.
Yang paling aku ingat beliau bagitau dengan emosional betapa Walmart kills small retailers. Masa tu aku tak paham. Terbangang-bangang mikir cemana Walmart yang aku suka pergi tu jejaskan kedai-kedai kecik. Memang kepala hotak aku tak sampai masa tu... bodoh gila masa tu. Sekarang ni bolehlah.. sedikit enlighten.
Yang jelas.. hypermarket adalah warehouse yang bunuh wholesaler, supplier, and retailer.
No comments:
Post a Comment