Showing posts with label weight loss. Show all posts
Showing posts with label weight loss. Show all posts

Tuesday, February 26, 2019

Pundek

Aku rasa aku tak mahu jadi orang lain. So, aku nak menyumpah, aku punya pasal.

Babi betul lah. Aku tahu apa sebab aku takleh nak express. Sebabnya ialah drama bangang kat TV3 tu. Volume tv tu agak kuat. Dulu kalau bising takde hal sangat. Ini plak tak boleh.

Aku nak cuba marah sebenaunya ni. Sebab tadi aku cuba sedih. Tapi tak menjadi.

Okaylah. Aku surrender. Aku nak cerita pasal happynya aku bila aku nyer artikel kuar kat The Malaysian Insight. Pastu  petang tadi, reporter from that portal called aku. Bertanya pasal pandangan aku tentang politik Mesia. Fuhh seronok rasanya. It serves my ego.

Tak lama lagi viva. Aku jenis manusia yang tak prepare apa. Aku tak suka berskrip. Tapi kali ni aku mengalah. So aku pun buat skrip. Aku plan nak hafal. Caranya baca sebanyak 40 kali berturut-turut. Maka pastu melekat kat kepala hotak.

Ohya, reporter tadi dok tanya pasal PRK Semenyih. Aku mixed feelings dengan PRK ni. Dalam rasa bosan ada rasa excited. Kih kih kih.

Aku kena blah. Aku kat opis ni.

Oh bukan blah balik umah, tapi nak wat artikel. Ini gonna be my second article for this 2019. This time dalam English.

Aku tahun ni memang gila babi kerja keras. Entahlah, aku memang bukan jenis manusia yang lewa. Try lewa, tapi memang tak menjadi. Aku memang kena beriyer.

Huhu.

La lupa aku plan nak ada entry every day kat sini. Sebab aku takde toxic handler. Aku noticed, aku saja mendengar, tapi orang tak boleh mendengar cerita-cerita aku dan tidak benar-benar focus on me bila berbicara. Aku cerita saja, nanti orang jump to another story. Salu jadi, patut aku story kisah aku tapi at last jadi kisah dia. Adoi.

Paling irritated bila aku nak orang tu dengar tapi at last orang tu nasihat. Aku tak mintak nasihat.. aku just nak you dengar. Tu je.

Tapi itulah jenis manusia-manusia yang rapat dengan aku. Tak siapa boleh jadi my toxic handler. So, aku terima qada dan qadar Ilahi ini.  So,  sebab itu aku kena menulis kat sini tiap hari.

Untuk apa? Entahlah, mungkin to remain sane dan tak perlu maki-maki or berjauh hati dengan mereka ni.

Huhu.

Kena mara.

Thursday, February 22, 2018

101kg

Semalam aku buat 20laps.. harapnya malam karang semakin bertambah... lepas tu masuk gym.. mak oiii 101kg.. memang high time untuk aku kembali aktif.. mintak-mintak berjayalah reduce weight and integrate work out or exercise dalam daily life aku.. Aku mesti sihat demi untuk diri sendiri dan orang-orang keliling aku.. Tapi aku tanak pressure diri aku sangat.. yang penting aku buat.. and resultsnya pasti ada... and of course perseverance paid off kelak.

Rupanya ada gak member aku yang pergi Perth kendian...hebat mereka.. tapi aku yakin tak seadventure aku and Cikpindnya trip tempohari. 2 hari dua malam tapi leh sampai Albany.. and mampu bermalam di sana. Setiap trip ke luar negara sure mengubah aku jadi lebih baik... Maka, harapnya self-confidence makin bagus and aku makin focus.. Memang betul destinasi yang aku pilih.. and memang betul decision aku untuk pergi dengan Cik Pid.. sebab dapat drive kat sana.. Drive kat sana is different.. memang public transportation is cheaper and boleh je naik ronda sekitar Perth saja.. tapi bila jangkauan tak jauh.. maka impak trip tu ke atas diri kita tak banyak.. Lagi satu.. driving kat negara orang ni suatu menda yang very satisfying.. ko rasa macam ko conquer that negara.. sebab apa.. sebab SELF DETERMINE.. kita sendiri yang determine ke mana arah tujuan.. and kita sendiri yang bawak ke mana kita nak pergi.. bukan orang lain. Atas tu from Stony Hill kat Frenchman Bay... To the south of Albany... Laut lepas tu South Sea... kalau terus ke bawah lagi is Antarctica... Dunia ni luas.. kita mesti terokai,,, 

Wednesday, February 21, 2018

D'Tempat

Semalam aku berjaya swim 17 laps. Lepas swim betul-betul aku rasa sangat lega lepas years yang aku rasa tak best langsung rasa badan ni. Aku nye azam lepas OZ trip is to reduce weight and getting fit. Walaupun aku plan untuk tu lepas viva.. tapi aku takleh menunggu dah. Aku nye badan dah terlalu berat and gemuk. Very unhealthy. Aku kena buat comeback... huhuhu.

Aku rasa aku akan boleh integrate exercise dalam daily life aku cam aku integrate semayang and baca Quran. Sebab sekarang ni solat and baca Quran tu aku tak rasa lagi sebagai menyusahkan or burden. Aku rasa biasa saja... Aku pun percaya bila aku sentiasa excercise.. sure ada impacts besar yang datang... Untuk tu, aku renew membership kat D'Tempat.. aku tray gak tuhari pegi swim kat Paroi and S2.. tapi memang aku rasa geli. lagipun kat public pool, aku tak betul-betul rasa happy sebab sentiasa rasa geli.. sebab kotor.. and dalam masa yang sama makan duit minyak yang lebih sebab Paroi agak jauh... so do S2.. so, better aku bayau lebih kat D'Tempat tapi selesa and sangat dekat dengan rumah.

Aku hari-hari doa ni.. semoga Allah percepat dan permudahkan road to graduation.. and dalam masa yang sama Emak makin lama makin sihat.... pastu aku mohon Allah makin perhebatkan kewangan aku.. family aku.. and rakan-rakan terdekat aku...

One thing yang aku sangat happy sekarang ni.. makin lama rasa jeles and dengki makin menghapus dalam jiwa.. huhuhu.. I don't mind seeing ada people lebih berjaya... lebih kaya... lebih ensem.. semuanya pada aku sangat ok.. itu salah satu menda yang aku dapat dalam life la.. Aku yakin tu sebab aku integrate solat and baca Quran.. and tuhari ada gak aku try Puasa Nabi Daud tu..So, kali ni integrate exercise.. maka sure akan complement or.. improvekan lagi aku nye jiwa and lagi improvekan aku nye fizikal.. haah.. aku doa sekali aku awet muda and betul-betul bertenaga seperti orang muda. huhu.. Nak jalan serata dunia kan.. so, kenalah semuanya bagus.