Wednesday, November 15, 2017

Puasa Nabi Daud

Konon ni hari nak puasa lagi sebab Senin dah puasa. Rupanya pagi ni Imsak 5.27 pastu Subuh 5.37. Patutlah masa berak tu aku dengau macam bunyi Azan. Rupanya memang betul Azan. Lepas berak aki siap leh minum lagi. Bila cek waktu solat NS memang betul dah masuk subuh. Sedih. Terus aku down seketika. Masa tulah aku rasa aku ni tak bagus, tak hebat, lembik, lembab buat kije, tak pandai lead, tak pandai kendali financial, tak pandai jaga makan, gemuk, hodoh... Aku yang tadi dok depan laptop untuk wat tesis terus saja masuk bilik, baring bermalasan. Tapi pastu aku sedar aku kena jaga my own thoughts. Kena cepat move on gak. Karang lagi banyak menda tak siap. Aku banyak menda nak siapkan. Selain kije and thesis, aku nak kena siapkan ngecat, pindah rumah, uruskan pindah Astro n Unifi.. Dalam pada tu aku kena kemas umah ni.. kena nyapu.. barulah aku kurang serabut.. Tapi dah berminggu aku nak nyapu.. tapi aku tak daya.. nak bangun pegang penyapu punyalah payah.. aku salu end up terbaring atas sofa tengok tv. Aku harap Allah beri aku kekuatan luar biasa untuk siapkan satu demi satu kerja. Semalam aku ke KL.. pergi PUNB. Alhamdulillah.. cuma aku rasa sedih and sangat kurang selesa dengan cara penyelesaian yang aku sendiri usulkan pada PUNB tu. Again aku terpaksa mengharapkan Emak. Emak dalam keadaan macam tu pun.. Aku masih terpaksa mohon bantuan beliau. Paling keji, aku mohon bantuan beliau tanpa beliau ketahui. Aku sangat sedih.

Monday, November 13, 2017

Sudairi Seven

Ada ada lead ada satu small committee.. sekali lagi pengalaman aku membagitau yang leadership aku suck. Aku memang tak pandai nak menyuruh orang. Aku rasa mungkin gak sebab orang tak respect aku.. mungkin gak sebab aku bukan bakal timbalan dekan... Sebabkan orang bawah aku tak berapa nak endahkan sangat aku punya instruction.. maka aku end up doing nearly everything on my own...

Aku terpikir... orang kata.. "Diamonds are formed from ugly rock under great pressure. The pressures of life can cause us to transform into something strong and beautiful." So, aku dah tahap diamond ker?

Dah lama aku tak nangis, kejap tadi aku keluar air mata sikit. Lega sebenarnya bila dapat nangis sikit. Kisah lama pasal PUNB tu aku tak mau kenangkan lagi. Yang aku pikir ialah betapa banyaknya perkara yang aku kena buat. Syukur gak sebab aku masih boleh menulis tesis, Ini pun aku tengah take a break jap. Kalau takde aral, inshaAllah malam ni boleh siap sub-topic 5.5 ni.

Berbalik kepada aku sebagai berlian... Yeah, mungkin belum sepenuhnya jadik berlian.. mungkin dalam process. 

Apa yang penting, aku masih bernyawa, dapat berfikir secara waras, semakin menjauhi buat perkara merapu dalam hidup, makin bijak handle stress. Aku sedih bila kenang Ayah dah tahu hal ni. Aku kecewakan Ayah... Sekali lagi... Tapi rather dok fikir 'salah' aku kecewakan beliau.. buang masa dan tenaga... better aku fikir cemana nak banggakan beliau or terus kerja keras untuk buatkan beliau bangga dengan aku.. Tul tak?   

Aku yakin semua ini sure ada hikmahnya. In fact mesti terlalu besar manfaatnya. Satu yang aku sedar, aku sekarang sedikit pun tak malu dengan 'kesilapan' tu. Pinjaman PUNB and the business pernah menjadi suatu massive embarrassment. It was also a great source of stress yang menyebabkan life aku amburadul suatu ketika dulu. Tapi kali ni aku hadap je lah.

Aku rasa aku tau kot nak wat apa. InshaAllah semua mesti ok... Aku tak cerita pun pasal Sudairi Seven

Saturday, November 11, 2017

Life After PhD

Lately aku banyak mikirkan pasal hidup aku lepas PhD. Tuhari aku membayangkan ianya bakal jadi easy, banyak duit leh simpan. Aku duduk senyap-senyap, publish sikit-sikit, berceramah sikit-sikit, keje macam biasa saja. Tapi bila dapat surat PUNB ni, makanya aku mikirkan kenalah aku kije lebih kuat lagi. May be tulis artikel sebanyak mana yang boleh sampaikan orang betul-betul kenal aku.. pergi ke sebanyak mana conference yang boleh. Kuruskan badan supaya penampilan jadi lagi bagus.. Orang ensem selalunya opportunity lebih banyak. Pakai kete Mesia kembali.. may be Axia sebab kena jimat gila-gila.. Aduhai.. tak boleh overthinking.

Mimpi Sedih

Tuhari ex-student aku mimpi pasal aku.. dia cakap ada menda buruk terjadi pada aku. Semalam kakak aku bagitau aku dapat surat lawyer yang wakili PUNB. Surat sampai kat kampung and macam biasa, yang kesiannya is Ayah aku yang cukup risau. Apa tidaknya saman tu tuntut 198k. 

Aku memang menunggu-nunggu gak selama ni, bilakah gerangannya surat cinta dari PUNB nak sampai. Tapi yang mengharukan yang sampai was surat saman. Ini terus nak kena tindakan mahkamah. Aduh.

Aku terima perkhabaran dari kampung dengan tenang. Yelah, nak buat cemana lagi. Cuma yang rimasnya ialah aku nak pergi Mahkamah Sesyen KL nanti. Penatlah, banyak kerja nak buat. Kenapalah awal plak diorang ni manggil aku? Why not lepas aku submit thesis.

Nak kata sedih, tahlah sedih sangat. Nak kata nyesal, buang masa nyesal. Sebab aku dapat experience buat bisnes. Bisnes kedai runcit ni memang tak sesuai dengan aku. Itu sajalah yang aku tahu.

Aku pikir tuhari lepas PhD aku nak duduk lepak-lepak, tapi memandangkan aku kena bayau hutang ni maka terpaksalah aku bekerja keras.

Apapun memang aku sudah prepare untuk bayau utang PUNB. Rumah kecik kat Bangi tulah yang pikir mungkin aku gunakan untuk langsaikan utang tu.

Masa kecik dulu, aku tak pernah terpikir akan kena bayau utang banyak seumur hidup. Especially membayar utang untuk menda yang aku tak nampak. Yer, bisnes tu tak wujud lagi. Kedai tu dah takde, dah tak nampak. Cuma pengalaman saja.

Aku just bersyukur saja diorang mintak awal. Bukannya mintak lagi setahun aku nak pencen or mintak lepas aku pencen. Haru...

Sekarang ni aku pikir, kena lagi bersemangat, tak boleh layankan sangat kebimbangan. Memang banyak nau kije aku. Nak pindah rumah, habiskan Bab 5, buat article untuk converence kat Hokkaido, promosi event untuk uni, kije-kije hakiki kat kampus, balik kampung, isi borang naik pangkat. Aduh... 

Alhamdulillah pagi tadi around pukul 4.00 aku berjaya siapkan sub-topic 5.4. Ni pun aku dah mula buat 5.5. Harapan aku semoga aku berjaya siapkan Bab 5 ni sebelum masuknya bulan Disember. So, bulan 12 tu bolehlah aku siapkan plak Bab 6 which is Rumusan.

Termangu gak.. kenapalah begini??? Tak habis-habis.. kenapa ada saja pancaroba? Ni semua ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Aku pun tak tau. May be Allah nak beri something yang hebat in future.

Aku demam pagi semalam.. sampaikan tak solat Jumaat. Tak mampu nak bangun. Tapi lepas je dapat perkhabaran sedih tu aku gagahkan diri. Bangun dan mandi... Pergi kampus dapatkan fail PUNB and pastu pergi klinik.. then dinner. Pastu balik umah habiskan 5.4 dan mulakan 5.5. Alhamdulillah. Aku kuat.