Monday, August 28, 2017
Narrowcasting
Sunday, August 27, 2017
Koryo Saram
Oh.. pasal pasang impian nak jadi vlogger tu.. kena ada kemera kot... wat masa ni lom boleh lagi... and kalau jadi vlogger pun takleh nak tunjuk muka.. hahaha.. huduh.. tapi sukurlah apa yang ada.. asalkan masih sihat... cukuplah..
Tuesday, May 16, 2017
Ba Wang
Ini dua term pasal China's approach in international relations. Dalam buku Leonard... buku merah tu. Dah lama tak curhat. Aku tak mau lagi curhat pasal orang. Apa kurangnya orang tu or orang ni... Apa tak eloknya sipolan-sipolan. Sebab kalau sipolan terbaca nanti salah tafsir. Wang refers to China's relation dengan countries yang persamaan budaya dengan dia. Ba pulak refers relation dengan countries yang luar kawasan. Macam US gak bila deal dengan negara-negara sekhufu, lain caranya, salu guna soft approach. Cooperative, mesra. Bila dengan non-West salunya tunjuk senjata saja. Bawang ni shampoo yang Jackie Chan jadi spokepersonnya. Pastu sekhufu dah lama tak come accross term tu. Dulu salu jumpa dalam Harakah. Aku ni hari rasa agak sedih sebab pagi tadi aku bagitau orang-orang yang berkenaan, kiranya ada kuasa lah dalam faculty. Bagitau mereka aku demam takleh nak wat kelas, tapi takde notification amek maklum pun. Kalu tak cakap GWS at least cakaplah ok. Biadap betul. Pikir aku sengaja ke nak postpone kelas? Memang aku tak demam, tapi aku bersin-bersin sebab tak cukup tido. Aku sampai kampung pukul 4.30 pagi semalam. Pastu tak tido. Ingat kul 8 pagi nak bertolak ke kampus. Ya ampun tak daya. Pastu konon kul 12 noon nak ke Bangi ada meeting with SV Dr. Sity, tapi memang aku tak mampu. Sedih, apa yang aku plan for ni hari tak jadi. Ini semua gara-gara aku janji nak balik kampung dengan Kakak aku. Aku plak bila bab dah janji dengan family, especially balik kampung, sedaya mungkin aku balik gak. Tak mau hampakan hati family. Bagitu gak dengan buat kelas, and jumpa dengan SV.. tapi tulah tadi memang terbukti aku ni bukan superhuman. Aku manusia biasa je... Tak tido ngantuk, makan banyak jadik gemuk. Tapi risau gak dengan persepsi orang bila aku kensel kelas tadi and sekali lagi no show untuk meeting. Tapi aku yakin bila kita dahulukan family, inshaAllah yang lain tu pasti hebat gak. Tadi berjaya gak aku nyapu longkang and nyapu kat laman. Tapi separuh lah, hilir yang banyak daun tu tak sempat. Penat nyapu, nak nak bersihkan longkang, sebab kena angkat besi sebelum bersihkan longkang tu. Aku memang dah merosot kefitnesan aku. Lama dah aku tak bersihkan rumah kampung. Sian parents and kakak-kakak aku bila aku tak berapa nak dapat buat menda tu semua. Tulah kena habiskan PhD ni cepat. Emak tengoknya makin ok. Tapi taklah macam dulu. Tapi aku trylah salu berinteraksi dengan beliau. Cumanya tadi tu memang aku sedih bila terpaksa kensel kelas and bila kita maklumkan kita dilayan macam kita ni kaki ponteng kerja. Takpelah menda kecik je tu. Fasha Sandha lagi hebat dugaan. Ohya aku dah masuk Juzuk 25. Tak lama lagi khatam solo buat pertama kali dalam hidup. Mintak sempatlah sebelum Ramadan. Esok aku puasa Nabi Daud. Mintak mintak Emak pulih macam dulu dengan puasanya aku ni. Aku tak selebret pun Hari Emak dengan Hari Cikgu. Taklah hari-hari hari Emak dan Cikgu, cumanya pada aku memang jenis tak selebret.. Aku just nyapu jer.. Mungkin itu selerasion kot. Eh aku jumpa satu term baru. Lawak gila, kat IG Mimi Peri Rapunzel. Termanya ialah SLOMOSION. Apa tu?
Wednesday, June 22, 2016
Brexit
Banyak kerja belum siap lagi. Tapi nak mula bekerja dengan pantas dan cekal tu memang challenging. Ada saja perkara yang divert aku dari betul-betul focus. 1st sub-topic of chapter 6 masih belum siap, masih berlegar-legar kat the role of WhatsApp in politics. Semalam aku re-install Telegram. Aku found out Telegram boleh support a supergroup 5k numbers boleh sumbat kat dalam satu chat room? Wish to experience berada dalam a supergroup. You can have a whole town, kali ini applicationnya memang solely instant messaging. Takde blogging or microblogging like Facebook or Twitter. To add, Telegram didakwa the freeest social media so far, takde state kat situ. Maksudnya terlalu sukar untuk lakukan civillian surveillance kat situ. Terlalu private. Therefore, kalau mau laku revolusi maksudnya untuk planning and coordination maka Telegram adalah mediumnya. Facebook and Twitter is yesterday.
Memerhati, WhatsApp is overrated. Basically, blog lokaliti untuk nerds, freaks, the outcasts.. Facebook untuk attention-seekers. Twitter tempat orang tunjuk mereka hip and up-to-date. YouTube tempat carik lawak bodoh. WeChat for the perverts. Tmblr.... do not go there..
WhatsApp peranannya not necessarily engaging. WhatsApp boleh platform of conflict and also the cause of feuds.
Pada aku social media yang terkini boleh promote peace and harmony is smule. Truely entertaining and engaging. Tadi on the way ke kampus buat pertama kali aku rakam suara menerusi smule. Smule memang brilliant. Karok, record, viral. KRV.
Mana ke cerita aku pasal Telegram. Malas ler. Aku doubt gak pasal peranan Telegram.. agak menankutkan sebab ia berpotensi besar boleh jadi macam Tmblr..
Ohya harini Brexit. Selamat mengundi. Keluarlah dari EU, sebab aku rasa Eropah lebih kuat apabila mereka nyah-integrasi.
![]() |
| Panjang tidur di tempat yang salah. |
![]() |
| Kucing datang dan pergi dalam life kita.. So do people around us.. |
![]() |
| Emak |



