Monday, August 28, 2017
Narrowcasting
Sunday, August 27, 2017
Koryo Saram
Oh.. pasal pasang impian nak jadi vlogger tu.. kena ada kemera kot... wat masa ni lom boleh lagi... and kalau jadi vlogger pun takleh nak tunjuk muka.. hahaha.. huduh.. tapi sukurlah apa yang ada.. asalkan masih sihat... cukuplah..
Tuesday, August 22, 2017
Bab III
Tak sangka aku berjaya meet dateline yang aku tetapkan sendiri. Lega ada, bangga pun ada. Mintak-mintak Bab 4 aku boleh siapkan dalam masa sebulan. Maksudnya 2 minggu after Raya Haji sudah siap modify Bab 4.
Memang betul aku pulon kali ni. Aku nak 'sempurna' thesis writing sebelum New Year 2018.
Aku rindu gila kat Emak, weekend lepas tak balik sebab nak nyudah kan Bab 3 ni. Harap family pahamlah situasi aku sekarang. Kalu ikut hati nak je balik tapi ngenang 'sket' je lagi nak siap, maka aku teruskan bertapa kat Dayan. In fact, masa buat kije aku always ingat Emak. Susah kot nak mengira detik yang aku tak teringatkan beliau.
Banyak yang aku nak cerita, tapi lately bila nak cerita kat sini aku jadi blank. May be sebab otak memang dah terlalu focus on thesis so nak divert kepada menda lain dah payah.
Aku baru bangun lepas tido lepas Subuh.. kena ke ILD. Huhu.
Sunday, June 11, 2017
Saturday, June 10, 2017
The Assymmetric Superpower
Thursday, June 1, 2017
Ruan Quanli
Ini maksudnya soft power dalam Mandarin. Huhu.. Ini era soft power.... avoid military conflict.. tapi tumpu menda lain.. It depends neither on economic carrots nor political sticks, but rather on the attractiveness of your culture and ideas, your legitimacy in the eyes of others, and your ability to set the rules in international organization (Leonard 2008:94). Kalau kat Mesia ni tak ramai politicians yang guna approach ni to attract people.. semua guna duit.. guna project.. guna tender.. cash is king.. and sekang plak dengan perangai PAS.. Cash is god... kalau ada pun banyak yang rethoric semata.. tak nampak thru lifestle.. Dulu ada.. tapi dah pergi.. Yes.. TGNA.. Almarhum satu-satunya politician yang guna soft power.. Dengan soft power.. beliau tak guna authority.. tapi Almarhum diiktiraf very powerful dan influential. I missed him.. Almarhum adalah antara politician yang paling aku minati. Dah takde.. tapi legacynya tetap bertahan. Moga Almarhum hepi di sana.
Saturday, May 27, 2017
1 Ramadan
Hidup lagi.. dapat lagi posa. Aku bengang.. Bab 3 macam payah benau nak buat. Rasa bodoh menyelubungi jiwa. Progress memang ler ada, tapi sikit. Pastu info banyak, tapi tak tau nak susun cemana. Kena siapkan gak chapter 3 ni by ujung minggu depan. Tapi payah nau. Tengok ler camn kang. Harap berjaya ada progress malam ni... Kalau leh siap 3.2 ni. Ya Allah tolonglah hamba mu ini. Aku dah dapat baju raya.. cantik, tapi leher tu aku kasik kat student jahitkan tulang belut.. Huhu. Tadi gi Ikea.. Khamis pun dah gi.. tapi still aku nak beli gak rak tu.. so tadi pegi beli and tempah slack. Rupanya kat Sungai Besi banyak kedai tukang jahit. Alhamdulillah, InshaAllah tahun ni dapatlah beraya. Aku dah sampai Juzuk 28... lagi 2 khatam lah aku for the first time in life.. Umur 41 barulah dapat. Aku asik mikirkan tentang Bab 3... Sub Bab 3.2 citer pasal senario politik Mesia pasca PRU-12 then terus citer pasal isu politik dalam PRU-13. Aduh... Masa baca satu blog ni tadi aku teringat statement DSAI sebelum PRU-12. Beliau cakap bunyi nye lebih kurang cenggini, "pembangkang bukan nak jadi kerajaan, tapi hanya nak nafikan majoriti 2/3 BN." Malam ni aku terawih kat umah je. Sama macam semalam... kang nak buat keje.. pastu solat isyak and terawih.. pastu nak wat kije.. pastu nak pasang rak ikea.. pastu nak pasang jam ikea.. pastu nak balik kampung. Tadi Cik Pid bagitau Emak masak. Oh semalam aku makan banyak gila. Lepas Jumaat aku dok tunggu Kuriang.. so takleh nak kuar makan. So, petang semalam aku makan nasik beriyani kat Mydin tu siap makan kambing... mak aiiiii besau.. pastu aku makan plak A&W.. Ohya, Jumaat pagi aku pegi jap UKM.. jumpalah Dr. Sity.. konon nak beli buku yang beliau and Taki tulis... tapi takde. Cumanya beliau suruh aku hantar complete thesis a week before Raya. Boleh ke ni?
Wednesday, May 17, 2017
Qinghai
Aku dah siap betul 2.3. Alhamdulillah lega. Tapi tak sempat siap pun 2.4 and conclusion 2.5. Makanya tak sempatlah aku submit Bab 2 ni hari. So, aku mintak tangguh jumpa SV to Saturday. Aku sangat yakin boleh siap the whole chap 2 by Jumaat. In fact esok pun boleh siap. Kalau ikut performance keje sekarang, memang leh submit thesis tahun ini. Semoga Allah makbulkan. Aku harap banget Allah permudahkan segalanya supaya cepat bergelar Dr. B. Aku nak sangat pastu dapat ke Qinghai pastu naik ketapi ke Tibet. Oh my, Lhasa memang aku nyer dream destination. Aku sekang tengah pikir, lepas Yangon mana plak aku nak gi? Aku rasa nak ke Siem Reap dululah. Nak habiskan SEA, kena gak ke PHI nanti. Satu pasal travel ni, dapat bantu aku makin paham bidang aku ni. Yay, Dato' baru saja called, esok tak perlu jumpa, jumpa hari Ahad. Mohon makin mudahlah perjalanan ini. Ameeeen.
Sunday, April 16, 2017
Populist Leader
Ini bukan menda baru sebenaunya.. Ini memang Asian style.. South Korea dulu-dulu pun cenggitu gak... ini semua pasal ROLE OF STATE in economy.
Tentang China.. It is exporting YRC to Africa... Paling awal were ZAMBIA and MAURITIUS... Pastu buat corridor economy which of course infrastructure jadi pemangkin ekonomi. TANZAM.. Dari Dar Es Salaam to Lusaka... Sonok bacanya.. Kalau Tesis dah habis memang cepat je abis buku tu.
ALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH.. Ini hari I would say.. Chapter 1 sudah siap!!! Weekend yang begitu memulun. Tak rasa letih dah... Memang dah boleh print and submit to Pak Agus. Ini kira 2nd Draft. Tapi dalam pada nunggu Rabu.. aku plan untuk add on 3 lagi LR for Malaysia.. 2 untuk LR for negara membangun and 1 LR untuk negara maju. So, 6 lagi mau tambah.. eceli bila-bila masa saja leh tambah...
Leganya hanya Allah yang tahu... Aku planned nak balik kampung and bawak Emak makan mi tarik kat Mydin Tampin.. tapi dari hari Jumaat bertangguh balik kampung.
Allah sahaja yang tahu.. Komitmen for PhD is untuk Emak juga... Terpaksa korbankan quality time with her demi siapkan thesis. Yang penting orang sekitar especially family and sahabat-sahabat utama aku pun paham..
Nak harap Emak and Ayah paham.. rasanya Emak tak paham dah.. Tapi harapnya kesihatan Emak pulih segera.. Aku pikir kalau aku dah abis PhD memang boleh aku beri undivided commitment untuk pulihkan Emak.. Yang boleh aku buat sekarang is keep on berdoa.. Mintak dari Allah pulihkan Emak.. Emak mesti kembali macam dulu... Emak the Matriarch. Yang sangat berkuasa ke atas familynya.
Nak balik kampung dah.. semoga semua makin bagus.
Ohya, bercakap tentang bagus.. seorang member aku ni menghadapi cabaran yang agak mengesankan. Tapi begitulah harap beliau tabah.. Terasa mau judge.. sonok menghakimi orang lain... tapi bila pikir semula.. apa gunanya,.. apa pekdah yang aku dapat.. kepuasan sebab buat orang lagi down??? Terpikir mau membalas sebab masa aku down pendekatan beliau terhadap aku lebih kepada torture berbanding advise... again.. any gains? Tak juga... lantas aku mengelak dari judge dan jauh sekali kasi kata-kata kesat or menjauhkan diri..
Mungkin beliau ada silap.. tapi kita tak berada dalam situasi beliau... kalau kita jadi beliau.. kita juga akan behave begitu dan react to the situation sebegitu. Satu lagi, someone gotta help.. Bukan mau menjadi hero... Lagipun tak de apa yang significant mampu aku lakukan.. Tapi being nice is a big help di kala orang lain not so nice kepadanya.
Begitulah CHINA... guna SOFT-POWER untuk meluaskan pengaruhnya di pentas dunia.. tak hala senjata.. tak jugak pemimpinnya bermulut jahat... cuma keep on bekerja and being nice to the other countries.
Arhhh.. nak balik kampung!!!
Saturday, March 18, 2017
Overdue
Wednesday, February 1, 2017
Pulon
Tengah berak.. pas ni nak mandi.. pastu Maghrib.. pastu baca Quran.. pas tu.. ngadap thesis.. hasrat hati nak pulon sampai menonggeng nonggeng.. sampai nak muntah.. sampai menangis nangis.. tak kira lah apa jadik.. musti siap!!!! Aku cukop bengang dah dengan diri sendiri sebab progress tak hebat. Musti lakukan sesuatu yang drastik.. huhuhu... takutnya nak hadapi penderitaan jap lagi...
Saturday, January 7, 2017
Pendemokrasian
Wednesday, December 21, 2016
Berjaya!!!
Hari ni Rabu.. Ahad jog.. Senin tak.. Selasa which is yesterday pun tak... ni hari.. Rabu berjaya morning walk.. berjaya pecahkan 'tradisi' walk-jog seminggu sekali sahaja. Kena buatnya more often.. ubah kekerapan. Lega berjaya.. Jumaat jumpa SV. Kena make sure ada progress. Semalam takde progress. Hari ni aku ensure ada.
Saturday, December 17, 2016
Gerrymandering & malapportionment
Thursday, September 1, 2016
Wednesday, July 20, 2016
Istana
Thursday, July 14, 2016
Puteh Bachik
Wednesday, June 29, 2016
Time To Say Good Bye
Wednesday, June 22, 2016
Brexit
Banyak kerja belum siap lagi. Tapi nak mula bekerja dengan pantas dan cekal tu memang challenging. Ada saja perkara yang divert aku dari betul-betul focus. 1st sub-topic of chapter 6 masih belum siap, masih berlegar-legar kat the role of WhatsApp in politics. Semalam aku re-install Telegram. Aku found out Telegram boleh support a supergroup 5k numbers boleh sumbat kat dalam satu chat room? Wish to experience berada dalam a supergroup. You can have a whole town, kali ini applicationnya memang solely instant messaging. Takde blogging or microblogging like Facebook or Twitter. To add, Telegram didakwa the freeest social media so far, takde state kat situ. Maksudnya terlalu sukar untuk lakukan civillian surveillance kat situ. Terlalu private. Therefore, kalau mau laku revolusi maksudnya untuk planning and coordination maka Telegram adalah mediumnya. Facebook and Twitter is yesterday.
Memerhati, WhatsApp is overrated. Basically, blog lokaliti untuk nerds, freaks, the outcasts.. Facebook untuk attention-seekers. Twitter tempat orang tunjuk mereka hip and up-to-date. YouTube tempat carik lawak bodoh. WeChat for the perverts. Tmblr.... do not go there..
WhatsApp peranannya not necessarily engaging. WhatsApp boleh platform of conflict and also the cause of feuds.
Pada aku social media yang terkini boleh promote peace and harmony is smule. Truely entertaining and engaging. Tadi on the way ke kampus buat pertama kali aku rakam suara menerusi smule. Smule memang brilliant. Karok, record, viral. KRV.
Mana ke cerita aku pasal Telegram. Malas ler. Aku doubt gak pasal peranan Telegram.. agak menankutkan sebab ia berpotensi besar boleh jadi macam Tmblr..
Ohya harini Brexit. Selamat mengundi. Keluarlah dari EU, sebab aku rasa Eropah lebih kuat apabila mereka nyah-integrasi.
![]() |
| Panjang tidur di tempat yang salah. |
![]() |
| Kucing datang dan pergi dalam life kita.. So do people around us.. |
![]() |
| Emak |



