Hidup lagi.. dapat lagi posa. Aku bengang.. Bab 3 macam payah benau nak buat. Rasa bodoh menyelubungi jiwa. Progress memang ler ada, tapi sikit. Pastu info banyak, tapi tak tau nak susun cemana. Kena siapkan gak chapter 3 ni by ujung minggu depan. Tapi payah nau. Tengok ler camn kang. Harap berjaya ada progress malam ni... Kalau leh siap 3.2 ni. Ya Allah tolonglah hamba mu ini. Aku dah dapat baju raya.. cantik, tapi leher tu aku kasik kat student jahitkan tulang belut.. Huhu. Tadi gi Ikea.. Khamis pun dah gi.. tapi still aku nak beli gak rak tu.. so tadi pegi beli and tempah slack. Rupanya kat Sungai Besi banyak kedai tukang jahit. Alhamdulillah, InshaAllah tahun ni dapatlah beraya. Aku dah sampai Juzuk 28... lagi 2 khatam lah aku for the first time in life.. Umur 41 barulah dapat. Aku asik mikirkan tentang Bab 3... Sub Bab 3.2 citer pasal senario politik Mesia pasca PRU-12 then terus citer pasal isu politik dalam PRU-13. Aduh... Masa baca satu blog ni tadi aku teringat statement DSAI sebelum PRU-12. Beliau cakap bunyi nye lebih kurang cenggini, "pembangkang bukan nak jadi kerajaan, tapi hanya nak nafikan majoriti 2/3 BN." Malam ni aku terawih kat umah je. Sama macam semalam... kang nak buat keje.. pastu solat isyak and terawih.. pastu nak wat kije.. pastu nak pasang rak ikea.. pastu nak pasang jam ikea.. pastu nak balik kampung. Tadi Cik Pid bagitau Emak masak. Oh semalam aku makan banyak gila. Lepas Jumaat aku dok tunggu Kuriang.. so takleh nak kuar makan. So, petang semalam aku makan nasik beriyani kat Mydin tu siap makan kambing... mak aiiiii besau.. pastu aku makan plak A&W.. Ohya, Jumaat pagi aku pegi jap UKM.. jumpalah Dr. Sity.. konon nak beli buku yang beliau and Taki tulis... tapi takde. Cumanya beliau suruh aku hantar complete thesis a week before Raya. Boleh ke ni?
No comments:
Post a Comment