Monday, September 25, 2017

GE14

Ni aku letak menda ni sebab tak lama lagi nak PRU-14.. Sebab tu hari aku lepak warong Pak Abu.. memang dia dok sembang Tok Jib banyak sangat curah duit kat Indians.. lepas keciwa dengan Chinese dalam PRU lepas.. and lepas orang Melayu pun suam-suam kuku nyokong BN.. Maka Tok Jib pun tabur duit... paling senang kat Sekolah Tamil.. kat Seri Sendayan.. Sekolah Tamil nyer ada LAMPU LIMPAH tau kat padangnya.. hebat kan?? Cash is king.. duit ni minyak pelincir.
Rindu banget aku pada Emak.. Emak still kurang tido sekarang.. cemana eh.
Ini murtabak makan kat Pekan.. Aku bawak member aku jalan sempena hari jadinya.. sian dia.. so, aku bawaklah dia makan sini.

Sunday, September 24, 2017

Rayau

Sonok tu hari dapat jenjalan. Susah betul aku nak curik masa update blog ni. Sudah sebulan aku berjalan ke Pahang, Terengganu and Kelantan.. At last berjaya gak aku lalu jalan Hulu Terengganu - Gua Musang tu. Lama dah teringin.. Pastu berjaya gak aku kembali ke Lipis. Aku tak tau apa nak tulis.. Apapun pictures bawah ni aku amek dalam 15-16 September 2017.

Masjid kat Lipis, kampung Siti Nurhaliza
Ah ha.. tengok tu.. PAS punya slogan.. SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.. Aku rasa sentimen terhadap PAS di Terengganu berbeza daripada sentimen terhadap PAS di peringkat nasional.
Aku suka Kertih. Haha.

Bantal

Beli kat U.S. rasanya kat KMart.. nak kena bakau dah... sedih.. one by one barang kena let go.. tapi mesti move on.. Kat kampung.. aku just spend masa kat kampung. Tak wat apa pun.. just lepak.

Wednesday, September 20, 2017

Gua Musang

Aku sampai kelas epjj kampus Bandaraya Melaka tersangat awal.. Mati-mati aku ingatkan kelas mula 10.15.. rupanya 11.15.. sudahlah malam tadi aku tak cukup tido.. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lanca sekarang.. Orang Melaka sebut lancar.. as lanca.. bukan lancau... huhu..

Aku rasa inilah semester yang paling aku organized dalam hidup.. cakap pasal life.. bila kenang balik.. nearly 10 tahun life aku amburadul.. 

Haah.. sejak aku duduk Kedah.. messy betul... bila sambung study.. pun jadik lagi teruk...

Tapi sekarang semuanya dah sangat sangat sangat OK. Tak tau nak aku gambarkan keokayan aku tu.

Ohya, tu hari mantan biz partner aku masa kat Kedah dulu ada text thru WhatsApp.. huhu.. nak pinjam duit.. RM200.. Aku tak kasik.. teringin sangat nak membantu... tapi tak boleh.

Aku memang takde rasa apa.. marah ke.. dendam ker.. takde rasa dia salah ker.. memang takde.. in fact... aku takde rasa dia berdosa pada aku... and aku plak.pernah mintak maaf pada dia... so, basically, kami 0-0 lah...

Cumanya aku tak mau ada apa-apa langsung deal dengan dia.. unless dia nak kasik duit sama aku... tu lain cerita la.. 

Maka, aku dengan sewenangnya blocked dia masa dia sedang merayu nak pinjam duit...

Pas block tu terasa nak unblock untuk bagitau dia yang jangan kontek aku langsung.. tak kisahlah masa tu ko jutawan ker.. hartawan ker.. aku tanak berkomunikasi langsung dengan ko.. unless ko nak kasik duit kat aku... tapi tak terbuat plak.. jadi malas lak... menda tu sket jer.. tapi sebab memang aku tanak berinteraksi langsung sama dia lagi.. maka takde ler aku wat.

Hmmmm.. bosannya kisah... 

Jom aku cer pasal menda lain... tu hari.. entah sipolan mana forward kat aku.. quiz tentang diri aku sendiri... ada satu soklan ni.. dia bagi options.. antara fixing the past and duit.. rasa dalam.sejuta dollar Amerika.. 

Students dah masuk kelas.

Aku nak sambung tulis entry ni.. tapi aku rasa biarkan jelah macam ni.

Friday, September 8, 2017

Minimalism

Aku dah start purging the unnecessary things from my life... tapi rasa sangat sayu... Tapi itulah untuk aku terus maju dan mara.. aku tak boleh terus hidup dengan masa lalu.. Sekonyongnya, pagi tadi aku berjaya derma mugs kat pantry bawah...  nanti banyak lagi yang aku nak dermakan... 

Makin banyak barang.. makin susah nak maintain kebersihan umah... makin banyak barang makin banyak belanjanya jugak.. sebab salu tersimpan tah kat mana.. So, aku decide mana yang tak perlu mesti di let go.

Ni aku nak list down channel YouTube pembangkang... entah napa lah aku ni slow.. tapi takpelah... mesti ada rahmat di sebalik semua ni... aku patut syukur sebab tiap hari sure nye ada progress...

Betul kena banyak sabau ek dalam hidup ni.. 

Aku sebenaunya agak bengang dengan Vet yang aku antau Ati tu.. tapi ni hari masa pick up Ati.. aku memang tak jadi nak menganjingkan dia.. sebab before amek Ati tu aku pujuk diri aku supaya bersabau.. So, ok jelah tadi.. aku pun happy dengan cara dia attend aku and nampak Ati pun ok tadi.. maka aku happy..  

Ini entry aku tulis dari marin.. Ini pagi Sabtu barulah aku nak nulis balik... Ni tarikh 9 September 2017. Ayah called semalam suruh balik.. Sebab Pak Abu buat ritual kat umah pagi ni.. Aku doa sangat Emak betul-betul pulih... Pastu Ayah siap cakap nama aku dah diberi pada group yang ini kali sebab katanya saka ni nak lepak dengan aku plak.. 

Haha.. aku nak buang sampah jap...

Fuhh.... dari nyapu sampah, aku berjaya buat walk, breakfast and nyapu porch...

Ni, kena balik kampung, lepas makan macam tak larat.... Aku dah makin berjaya reduce intake of nasik.. berat dah 95kg.. memang alarming.

Attitude the way to altitude, aku mesti incorporate exercise dalam daily life aku.. wat masa sekang, solat dah ok.. baca Quran pun dan ok.. cuma yang exercise je.. kena bina habit.

Ni samping tu aku nak keep on buang menda yang tak perlu.. menda yang menyemak umah and opis aku... life tak perlu banyak barang... 


Ini beg cerruti.. tak tau nak kasik sapa.. Ini dari aku kat US lagi ni.. beli perfume dapat beg ni ha. Era tu orang muda pakai beg cenggini. 

Thursday, September 7, 2017

Ribut

Alhamdulillah.. ini hari not bad lah.... Tapi konon nak puasa tapi tak jadi. Pastu konon nak buat walk tapi dah nak Isyak masih dok dalam umah.

Ni Ati warded.. sebab nak rawat telinga dia yang masuk air. Kesian dia.. Sure dia tak selesa duduk kat pet clinic tu.

Aku meluat betul dengan Vet nama Emelia dengan assistant dia tu. Diorang ni takde soft-skill. Sok aku nak tanya dia grad mana. Dia salu buruk sangka dengan statement aku. Dah lah tu, suka-suka panggil aku abang. Aku lagi suka orang panggil aku Encik, Mr. or Sir.

Bab 4 ni tak habis-habis lagi ni.. and masih kat 4.2 Perhubungan Politik oleh Pakatan Rakyat.. huhu.. lama nau.. PR dah musnah jadik PH pun.. PRU-14 pun dah nak menjelang, tesis aku masih lagi dalam progress

Aku baru ternengok Shila Amzah nya klip kat YouTube nyanyi lagu Mandarin... Habit aku sekarang suka dok baca comments kat YouTube.. the best part aku jumpa sorang dari Sinkiang or Xinjiang suruh dia pindah sana untuk conquer Muslim World of China.. besau gak pengaruh dia ni..

Inspiring betul la Minah ni.. Ini kalau PH especially DAP kalau dapat pujuk N.D. Lala yang memang terkenal UMNO totoknya tu sure boleh bantu kempen PH dalam PRU-14 kelak.

Tapi takyah le involve dalam potik mesia ni.. She should be a UN ambassador.. Rasanya impact dia ni besau and dah patut jadik headline news... Yuna tu tak berapa sangat.. sebab US memang is a land of opportunity... yang ni memang betul-betul odd... memang betul-betul pelik.. cemana leh penetrate China.. communist China.. mainland China.. kalau ikut kat Mesia ni.. orang Melayu ni nengok Cina kat mana pun sama.. Chauvinistic.. tapi ngapa pompuan pakai tudung leh success kat China.. apa lebihnya dia?

BTW.. cakap pasal tudung.. aku rasa guna jelah perkataan tudung tu.. ini tak.. hijab... basmallah pun tonggak tebalik ko nak guna perkataan Arab.. letih... kan best.. "I used to wear tudung..." "I want to buy a tudung..." "Duck tudung is my fav"... apa lagi?? Ini konon.. hijabista.. yuck.. nak muntah...

Apa lagi aku nak tulis ni?? Oh.. ada satu buku ni.. A Short History of the Middle East by Gordon Kerr.. best.. barulah lagi clear pemahaman aku pasal that region. Part yang aku ialah Ottoman Empire pada mulanya tak guna istilah CALIPH... 500 tahun tak guna rupanya.. diorang guna SULTAN... 100 tahun terakhir tu ler baru Sultannya guna title tu.. Maksudnya Islamic World take Khalifah selama 500 tahun.

Haha... maka teringatlah aku ada sorang member ni.. PAS totok betul.. pada dia Islamic Resurgence ialah nak revive Caliphate System.. Cemana Tu?

Oh pastu ada sikit pasal Wahabi Movement.. aku cukup geram betul dengan kalangan yang ngata Wahabi ni Syiah.. Pastu bila Syiah jer mula la dia dok tengok apa yang beza dengan dia banding nengok persamaannya.. Macam biasa nak tuduh orang sesat.. tah habis-habis.

Pasal Ribut kat atas tu.. aku dapat tau HURRICANE IRMA sudah muncul di Caribbean Sea.. Maka aku teringatlah akan terma-tema lain yang bersangkut paut dengan ribut... Monsoon... Tornado..Cyclone.. Typhoon..

Ha.. basically, ribut besau yang ada pusau tengah tu kalau muncul kat Atlantic.. salunya kat Caribbean or Gulf of Mexico... namanya HURRICANE.. Salu kena kat tenggara US le..

Kalau muncul kat Pacific... namanya TYPHOON.. dalam bahasa Melayu.. topan kot... Salu nya memang nyerang Filipina (teringat Philips the Arab... patut orang Filipina tukau nama negaranya ni.. itu foreign term.. kih kih kih... kalau lah aku ni Professor Ulung Di Raja.. memang aku cadangkan kat Duterte.. tapi apakan daya.. kita ni genius tapi kita sendiri je yang tau..). Nyerang Taiwan.. Okinawa... mainland Jepun.. tak sure...

CYCLONE plak untuk fenomena yang sama tapi jadik kat Lautan Hindi... salu nyerang Sri Lanka kot.. aku tak sure.. sebab tak salu banding Hurricane and Typhoon..

Pastu TORNADO.. ini puting beliung atas tanah.. ini kat US ler... Dulu tah cite apa kononya duduk dalam pusat ribut tu.. aku tertarik betul.

Tah bila aku dapat satu ungkapan... ATTITUDE THE WAY TO ALTITUDE... Do I have that attitude???

Malasnya.. aku ni rasa nak berjalan and baca buku jer.. aku bebenaunya malas tol nak menulis ke hapa.. just travel and read books... huhuhuhu

Kalau bersyarah ok gak.. tapi malas nak buat research tah hapa ke jadah ni.... BOSANNNNNN...

Tapi telan jelah.. telan tu lah is the attitude yang akan bawak aku ke altitud tinggi... Ini aku terbayangkan Lhasa.. Bilalah nak gi sana.. May be tunggu Shila Amzah buat konser kat sana barulah aku pergi.