Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Boyanup

Bengang tul.. aku dah tulis panjang kot tadi.. tapi terdelete.. kim betul!!!!

Aku just nak cerita nasib the Aborigines jer.. sebab tu hari nampak diorang kat Fremantle.. yang tu pompuan.. rasanya mixed.. mixed pun mungkin sebab hasil perhubungan yang tak elok dengan omputih kot.. tapi cantiklah dia ni rupa macam Cathy Freeman jagoan 400m Olympic Sydney 2000. Tapi tulah terjerit-jerit in public and tak terurus. 

Then, lelaki pulak.. kat Albany.. few of them.. ada sorang ni aku jalan sebelah.. mak aii.. bau semerbak arak.. kuat nau baunya.. pastu nampak lah gak remaja lelakinya.. yang aku rasa merek tu keciciran...

Satu hal bila orang putih datang Ostolia.. diorang introduced arak to them.. maka sampai sekarang jadi kaki botol.. maka population diorang pun dwindled lah.

Tak sure diorang kena tak chicken pox macam native Americans and Caribbeans.. Senang hidup omputih ni.. takyah nak perang sangat nak takluki Amerika dulu.. Native mati sebab sakit je.. yg Ostolia ni Aborigines lemH sebab mabuk selalu...

Aduhai dah nak kul 12.. Aku ni kang nak gi DTempat.. nak renew membership.. pejam mata jelah demi kesihatan.


Ini dari atas Stony Hill.. yang semenanjung tu.. itu Vancouver Peninsula. Across it is Albany.. cantik betul pemandangan dari atas ni.. Tu sebab kita ni tak cukup sebenaunya just tengok picture yang orang amek kat IG or tengok video YouTube.. memang kena pergi menyaksikan dengan mata kepala sendiri.. Rindu betul rasanya.
Yang ni ha kat Fremantle.. Aku sebenaunya macam malas nak ke Fremantle.. tapi jalan punya jalan sampai plak.. Mak oii.. cantik.. berhadapan Indian Ocean.. Ini dapat ler amek gambau Rumah Api... Cantik plak warnanya.. macam leh wat tema baju raya tahun ni.

Friday, February 16, 2018

Mandurah

Few people masa sebelum trip Perth dok cakap.. pe je yang ada kat sana.. not so many attractions... kenapa sana? Susah aku nak bagitau cemana..and in fact rasa nak kasik penampau.. 

For me orang yang dok tanya aku cenggitu.. masih tak kenal aku.. or entahlah... aku pun malas nak pikir sobabnya.. berbuih aku bagitau.. ni bukan tips tau..tapi kena keluar dari jiwa.. kalau nak sonok berjalan.. Maka, kenalah berjalan.. 

Then, yang buat sonok.. bukan tempat.. bukan sebab iklim.. bukan sebab cuaca... bukan sebab berapa lama... tapi sebab kita sendiri.. yang menyebabkan destinasi tu best ialah kerana kita sendiri.. 

Tu sebab aku leh bagitau pada ramai orang.. kampung aku sendiri ialah destinasi terbest kat Melaka... pehe dok? Ha begitulah.. Bukannya bandau Melaka yang best.. yang banyak sangat dah dibuat-buat, tapi area-area pekan-pekan kecik and kampung-kampung kat Melaka tu...

Tapi.. when we talk about Perth-Albany.. memang tempat tu sendiri sangat-sangat best..  It reminds me of USA... kuar je dari Airport.. udaranya.. baunya.. suhunya.. memang banyak similarities dengan States.. sonok gila aku.. nak go to States tak mampu.. so, oklah dapat gi Ostolia.. Another thing..

Perth iklimnya.. iklim Mediterranean.. Ini iklim tak banyak tempat dalam donia yang climatenya cenggini.. ini climate sesuai lahirnya para Anbiya.. huhu.. tulah korang.. please la banyakkan membaca.. kadang bosanlah aku nak explain satu-satu.. 

Cumanya walaupun pilihan aku mungkin bizzare or against popular choice.. tapi reason aku lebih kurang sama.. ada orang macam kakak aku.. Jitot.. dia ke Sapporo sebab nak tengok salji.. valid kan reason tu.. sama gak aku.. aku nak ke Perth sebab climatenya.. Mediterranean.. Ini climate memang dok tengah2 antara segalanya.. serba sederhana..nak kata sejuk tak sejuk.. nak kata panas tak panas.. bunga boleh tumbuh bila-bila jer.. Daun pun leh luruh sesuka hati mak dia.... macam tuhari kat Mandurah especially banyak gila rumah tanam pokok bunga kertas.. Mak aii cantik banget... And kat kawasan kampung, rumput rampainya bewarna kuning keemasan... kering... macam musim luruh.. rasa tema baju raya nak amek warna cenggitu...  

Satu lagi area Perth ni.. or Swan Valley kot.. ialah antara few places dalam dunia ni beriklim Mediterranean.. others include..negara-negara yang keliling Laut Mediterranean.. Spain, France (south), Italy, Adriatic regions of ex-Yugoslavs, Greece, South and West Turkey, coastal Syria, Lebanon, Northwest Jordan, Israel, 2 tips of Libya which are keliling Tripoli (Tripolitania) and keliling BenGhazi (Cyrenaica), Tunisia, coastal Algeria, and Maghribi.... Pehe dok?

Secondly.. climate jenis ni pun ada di area luar Mediterranean.. Kat North America.. ada kat California sahaja.. Memang masa kuar je airport Perth tu.. memang teringat masa mula-mula step on kat LAX (merangkap kali pertama jejak CA and USA)...memang sangat nyaman.. and cantik.. fuh sonok.. 

Kendian.. kat South America.. iklim ni wujud kat Chile tengah.. kat keliling Santiago... Then.. Africa.. iklim ni wujud di area Cape Town.. and last but not least.. of course West Australia.. keliling Perth... Ini kira type of climate yang sangat rare ler... tak banyak tempat cenggitu.. nak kata gurun bukan.. nak kata bukan gurun.. tapi macam.. tu sebab vegetationsnya pun renek.... dia macam schrubs je.. belukau-beluaku.. 

Tapi op kos paling sonok udara yang sangat nyaman.. kalau gi semenanjung yang bawah Albany tu.. memang itulah definition Mediterranean climate.. Aku baca pasal climate ni masa zaman sekolah rendah.. masa aku dok umah sorang.. takde kawan... Aku selongkau buku-buku kakak aku.. jumpa buku geography form 5 kot. 

Lagipun dulu masa Cik Pid cuti dari MRSM dia salu study Geog.. and aku menyibuk.. and dialah yang explain kat aku based on her readings.. tapi kini.. anak murid beliau jauh lebih pandai dalam soal geography.. huhuhu.. 

Puas ke idak aku ber road trip di sana? Of course puas.. jatuh cinta? Setiap kali aku berjalan kuar memang aku jatuh cinta.. tapi nak kembali semula ke situ? Kena tunggu dulu.. kena move on.. pegi negara lain dulu.. huhuhuhuhu..

Banyak lagi pemandangan menarik.. tapi kalau setiap satu kilometer or setiap satu menit berenti... aduhai or asik nak merakam ajer.. langsung kita tak dapat merasa keenakan road trip... Yang penting sapaan aku pada lembu-lembu terbabit dibalas.. mereka menyahut lantaran memandang ke arah henpon murah aku.. Nak ganti henpon, tapi kalau ganti.. mungkin tak berjalan pulak nanti.. entahlah.. dilema. Kita ni bukan orang ada-ada... nak berjalan ada waktu aku berpuasa.. masak sendiri kat umah... and ada waktu menitis air mata... sebab tak semua orang paham kenapa sekarang aku asik nak berjalan... and aku pun tak mampu nak kasik orang paham.. Cuma aku sering doa supaya mereka faham.. Tapi takkan nak cerita segala pahit kat orang kot.

Donnybrook

Mak aii sonok nak mampus trip aku kali ni.. Memang this is me.. Aku betul-betul treat trip Ostolia Barat macam ronda-ronda naik keter. Ini trip selatan Ostolia Barat to be specific. Day 1 sampai Perth International Airport tu aku and kakak aku, Cik Pid dilanda petaka... 

Kimak hanjing lahabau lahanat aku and Cik Pid kena tahan 2 jam kot sebab kami mencurigakan.. aku takde pun pakai kepiah macam kat KLIA..tapi masih derang pelik. Derang interrogate memacam. Tanya duit bawak berapa... nanti kang dok mana.. kenapa lepak 2 hari je.. pastu kat mana nak pegi kat area Perth ni.. Pastu pelik kenapa dalam 2 hari ni sampai nak ke Albany.. Aku punya bengang sampai aku marah le.. Aku kata kitorang ni just normal tourists who want to waste money in your country.. lahabau sangat. Orang lain semua dah blah.. makanya kami yg naik kapal terbang Air Asia penerbangangan hapa tah aku tak ingat.. maka kamilah yg last sekali kuau. 

Cik Pid kata.. dia ok je kena soal sebab pegawai BORDER FORCE tu ensem. Aku tengok biasa je.. tinggi macam pokok kelapa laut kat Serkam Pantai jer.. muka plak macam kena langgar berozer... 

Haha.. Cilanat.. Kitorang kuar dari airport border force office dalam kul 7.30.. walhal touch down tadi kul 5.30 rasanya. 

Pastu kitorang berak.. Aku dah lama ko tak jumpa jamban calit.. and op kos dah lama tak berak calit.. eh.. sebelum tu aku semayang dulu.. Subuh gitteew.. Rupanya banyak dah airport dalam dunia ni provide tempat mayang.. muslim frenly derang sekang... lepas subuh and Dhuha.. class kan.. Dhuha di Perth.. terus aku berak.. memang tak tahan.. first time istinja calit sejak bertahun since balik dari Philadelphia.. 

Selama ni gi negara-negara Buddha pun takde gak konsep jamban calit.. negeri omputih je cenggini.. jijik banget.. pastu kitorang pun hamek ler kete yang aku dah booking kira-kira sebulan lepas.. mula gi kaunter, pastu terus gi amek keter kat parking no. 1.. hahaha.. bukan calang-calang.. cumanya masa aku book online tu katanya Hyundai Accent.. tapi bila dapat.. nak eksen memang langsung takleh.. macam Naza Suria... yuck macam keter seseorang di fakulti.. damn.. suew gila rasa bila pagi yang indah di Perth teringat mamat hanj tu... huhuhu.. to be continued.

Macam Gunung Datuk kat Rembau tu kan? Tapi yang bezanya ialah keliling ada lautan yang membiru bersih and vegetations yang renek macam pokok-pokok bonsai... Syukur banget... Tak pernah terpikir dapat jejak kaki ke sini.
Comel kete ni, mula-mula hampa.. tapi lepas tu rasa bangga.. dengan kete sekecik ni.. dapat gak jalan jauh.