Sunday, July 31, 2016

Mitteleuropa

Aku sungguh happy came across that term. Ini kali pertama dalam hidup. Rasanya term tu dalam German. Aku agak maksudnya is Middle Europe. Ni jumpa kat page 184 buku Kaplan yang pasal Romania tu. Kaplan cakap Claudia Magris cakap keen, tenacious virtues lah yang memunculkan bangsa Jerman sebagai "the romans of Mitteleuropa." Bangsa Jerman berupaya cipta "a single civilization out of melting-pot of diverse races."

Aku rasa ciri-ciri bangsa Jerman tu ada lah pada aku.. keen & tenacious. Hahaha. Aku still kat opis. Dah pukul 1.20 pagi Ahad. Esok musti balik kampung tengok Emah & Ayah.

Hari ni tadi berjaya siapkan point no. 3 for subsection 6.4. Yang no. 3 ni aku cerita pasal parti Amanah Negara. Cerita bagaimana splintered party mampu untuk jadik sprinter dan jadi actor politics yang significant in a polity.

BTW, laptop ini sudah berhenti daripada menaip sendiri. Tak pasti semalam itu pasal technical or pasal hantu aras enam.. apapun aku syukur sekarang aku boleh beroperasi sepenuhnya. Syukur.

Aku nak menulis tesis sudah.

Damn.. dapat progress sikit saja, afterward tertidur. Ini masih di office. sudah pukul 11.00 pagi Ahad 31 Julai 2016.

Semalam member lama waktu sekolah visit aku kat office. Then malam pergi belanja beliau makan mi kolok. Itu memang my fav place kat Seremban ni. Malam, ada rakan yang sangat baik curhat tentang kebimbangan beliau tentang tahap kesihatan... Aku yakin beliau sihat-sihat saja.

Semalam aku bagi tau member yang datang tu.. lepas je habis PhD.. lepas segalanya selesai aku mahu berenang.. aku mahu memanjat.. aku mahu terbang.. aku mahu berlari...

Semalam.. and sampai hari ini... aku rasa sangat bertuah sebab makin ramai kawan-kawan yang really support aku. Itu buat aku sedar yang aku masih ada harga diri...

Bila aku reevaluate.. aku sedar aku tak compatible untuk mingle around with those fickle minded people who possess peanut sized brain.

Argh.. aku malas dah nak fikir perkara yang tak perlu dalam hidup... memang rasa nak angkat kaki... Cabot... Perhaps after PhD would be the best time.

Bosan lah cakap menda ni lagi.

Tapi ok kot.. Aku harap Allah tolong aku not only to take advantage on the adversity.. tapi capitalizing the adversity... Yeah bring em on.. I'll turn em into gold.

Saturday, July 30, 2016

Illegality & Irregularity

Aduh... sebentar tadi pintu bilik aku dirapatkan secara automatik. Sekarang pukul 2.30 pagi di aras enam. Moga aras enam ini bukan aras jahanam.

Aku cuba menyakinkan diri yang pintu bilik aku ni terapat secara sendiri akibat tekanan udara dan suhu. Luar panas.. dalam sejuk..

Tapi entah ler.. malas nak layan.

Ini siang-siang tak jadi plak kejadian menaip sendiri.

Aku bosan sungguh duduk dalam office ini. Tapi terpaksa sebab nak siapkan jugak Chapter 6 ini ASAP.

Ohya, aku tengah terpikir kenapa the Gypsies are called Roma? Jap aku goog. Their language is Romani. Romani and Romanies takde kaitan dengan Latin, dengan Rome, dengan Romania. Diorang panggil diri diorang Rom sebab Rom maksudnya the people.

Another thing Gypsies are called Gypsies sebab Europeans ingatkan diorang ni datang dari Egypt walhal datang dari utara India.. Agaknya diorang ni Punjabi kot. Diorang ni bukan nomad macam orang Arab or Turko-Mongol.. diorang ni lain.. Kalau yang lain tu nomad yang suka menjarah kemudian jadi pemerntah negara orang. Yang ni plak selalu jadi bahan kejian and kebencian host people sebab diorang nampak pelik kot.. sebab kalau Jew dibenci sebab diorangnya middleman biz.. yang ni kepelikan sampai dikaitkan dengan illegality and irregularity. Perhaps mereka ni dilihat macam langau...  kesiannya diorang.

Oh satu lagi.. in Sanskrit.. Manusia is Manusha... So, yang mana ek yang real bahasa Melayu? Aku rasa orang..

Aku bosan gila kat sini.. cepatlah siap.


Cape May

Pagi ini aku dah mula menulis dari aras 6. Alhamdulillah.. perpindahan semula ke office lama went smoothly. Aku pun rasa lebih comfortable here. Dalam pada busy dengan angkut barang sorang-sorang and mencuba untuk make sure thesis ada progress.. lepas Maghrib tadi aku berjaya allocate masa untuk swimming. Aku memang amat perlu work out. Berjaya buat 33 laps tadi. OKlah agak segar juga rasa.

Aku bersyukur dalam menghadapi saat-saat sukar ini, ramai tampil menghulur bantuan yang buat aku tidak putus harap.+++++++++++++++++
+

++

Tak tahulah.. semua plus signs tu tanda/////////////////// //laptop aku yang semakin parah.

Aku tak tahu nak buat apa. Benda kecil macam ini boleh buat aku emosi sebenarnya. Sedih sebab aku sangat perlu desktop kat bawah tu.. tapi...

Takpelah.././//// Aduh jadik lagi/.

BTW selang satu bilik ///////////////// ada bilik /yang menge/luarkan bun/yi // /tanpa/ /henti. Bunyi alarm clock. Masalahnya bilik itu tidak berpenghuni. Ada sekali tu aku ketuk pintu bilik tu. Pastu bunyi alarm tu berenti. Tapi lepas aku masuk semula bilik aku.. bunyi tu kembali membingit. Memang ganggu betul. Lantaklah.

Bila camni aku rasa mahkluk halus pun tak sudi nak menyebelahi aku. Nak jugak turut serta ganggu perjalanan PhD aku. 

Aku pelik cemana boleh ada alarm clock datang dari bilik tu. Yang aku notice siang-siang takde.. Dia mula membingit menjelang Maghrib.. pastu memekak tanpa henti sampai ke Subuh.

Aku penat la macam ni. Oh pasal Cape May.. kalau tak silap itu tempat kat Rhode Island. Itu juga tempat yang aku mula-mula rasa espresso shot. Aku ingat menda tu macam air kopi biasa. Rupanya hidang dalam shot glass. Aku ni orang kampung... tak tahu pun wujud shot pati kopi camtu...

Tu hari aku ada tengok movie.. Movie tu kasi tau rupanya espresso kat US mula popular dalam tahun 50-an or 60-an.. ini movie tajuk The Age of Adaline. Best gila. 

Oh.. masalah keyboard aku dah o/k//... aduh baru nak cakap ok dia buat balik siki/t/... ha tu dia buat lagi/... Ya Allah.. tolonglah bagitau makhluk yang ada di sekitar aku ini.. aku support aku.. bukan sabotage aku... Please.

//////////////// Apa /lah masalah laptop ni... menaip sendiri. Alrig/h/////. It just happened again/.////////////////////////////////////////

Ini virus ke or?????

Let me try buat kerja di Word.. harap-harap ok di Word... Itu yang paling 'aula.

Friday, July 29, 2016

Seragam & Beragam

Mana satu yang kita lebih hargai? Keseragaman or keberagaman? Sakit perut ni. Kejap lagi nak pergi solat subuh. Semoga hari ini begitu bagus untuk diri aku. Hari yang bagus untuk Emak and Ayah aku.. and definitely hari yang bagus untuk insan-insan yang care and sayangkan aku.

Cemana pula dengan mereka yang tak care and benci aku? Hahaha.. Apakah yang aku inginkan untuk mereka? Semoga mereka pun bahagia. Selalunya hari yang buruk buat mereka mencari sesuatu untuk dikambing-hitamkan. Ketika ini, mungkin aku jadi sosok yang paling mudah untuk discapegoatkan. Kadang geram jugak. Tak boleh ke nak empathize? Takpelah, kehidupan itu sendiri seperti roda. Mungkin mereka akan dapat skill empathy bila mereka sendiri lalui.

Dah 29 Julai.. aduh tak siap gak Chap 6. Aku busy pindahkan barang dari bawah ke atas. So, ini adalah entry terakhir dari bawah. Akhirnya aku beralah. Naik ke atas. Tapi tulah, rasa macam lagi best plak buat kerja di atas. Aku cuba percaya dan yakinkan diri.. Dalam kesulitan pasti muncul kesempatan. Dalam penderitaan diakhirkan kebahagiaan berpanjangan. Dan kemelaraan memunculkan kemewahan.

Aku rasa sungguh gemuk sekarang. Tak tahu cemana nak get rid kan lemak-lemak yang bercambah kat satu badan ini. Malam tadi aku buat solat hajat.. Mintak Allah kurniakan kesihatan dan ketampanan. Hahaha. Nak bermohon pada siapa lagi right? Tapi begitulah, dalam pada berdoa mesti berusaha gak. Aku ni sekarang pakai baham saja. Pastu susah mau cari waktu untuk workout. Ingat nak swim esok pagi.. buat 100 laps. Tapi tak tahulah, aku kena prioritize tesis ni. Chap 6 tak habis lagi. Moga dapat siap by Sunday. Tapi kena balik kampung, kesian dengan Emak and Ayah.

Apa nak cerita ek? Harap-harap semua smooth-sailing... Ya Allah permudahkan segala urusan hamba Mu ini. 

Monday, July 25, 2016

Gazprom

Gazprom ni macam Petronas. Tapi Gazprom in symbol kekuasaan Rusia. Sangat kaya, aku ingat selama ni gas Russia banyak sedut dari Ural Mountains, tapi rupanya kat area dekat-dekat Arctic and ke timur Ural, maksudnya kat area western Siberia.. Pastu banyak gak Gazprom beli gas from Turkmenistan pastu gi jual kat EU countries. Banyak negara eastern Europe yang terpaksa ikut telunjuk Russia sebab kebergantungan itu. 

Masa still bulan Raya ni maka aku teringat masa bulan puasa masa aku kecik-kecik. Yang aku ingat waktu tu aku suka tengok siri cerita Arab, mainly Sirah Nabi and later kisah era Sahabat yang empat tu. Terms paling aku ingat are Kaisar & Kisra.

Kaisar refers to Caesar. Then Kisra refers to Persian monarch. Caesar is an imperial title.. sama dengan Pharaoh, yang Kisra ni aku tak sure. 

Yang best aku baru dapat tau yang Czar or Tsar rupanya adalah Caesar in Russian. So, basically Tsardom ni macam pewaris entiti Roman Empire. Tu sebab Moscow itu can be considered as the third Rome. Even definition Rome and Roman itu pun banyak perdebatannya. Even Muslim did have the Sultanate of Rum. Holy Roman Empire were mainly Germanic. Yang perasan, banyak entiti suka nak asscociatekan diri dengan Rome.. Macam Alexander the Great and Iskandar Zulkarnain.. Banyak pihak suka nak menghakmilikkan watak itu.. Selalu untuk dapatkan legitimacy, ada yang mau untuk naikkan confidence. Meminjam semangat.. mungkin.

Bagus sungguh baca buku Kaplan ini. Banyak sungguh ilmu yang aku dapat hasil baca buku jurnalis Jewish ini. Dah nak khatam buku beliau, tapi itulah tak habis-habis lagi.

Ini hari 27 Julai. Lagi 3 Hari sudah mau masuk Ogos. Chapter 6 tak siap lagi. Aku plan mau siapkan jugak malam ni. So, boleh cepat-cepat print and jumpa supervisors. Aduh, macam-macam mahu buat.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya.

Sunday, July 24, 2016

Gagauz

Gagauz ialah Ortodox Turks. Migrated from Bulgaria and Dobruja to southern Moldova. Best sungguh kalau dapat tengok diorang ni. Rasanya mereka ni initially Muslim pastu converted to Ortodoxy... Tapi tak pasti.. rasa-rasa sahaja.

Cerita pasa Romania.. kalau zaman dulu-dulu aku sentiasa teringat Nadia Comaneci the gymnast yang scored perfect 10 masa Olympic Montreal and Moscow.

Teringat aku pergi perkampungan Olympic kat Montreal dengan Emak and dua orang kakak aku. Kitorang naik menara. Emak takut sungguh, katanya gayat. Itu antara moments yang paling aku terus kenang sampai mati.. yeah.. kita bukan orang ada-ada tapi dapat bawak Emak and kakak-kakak jalan-jalan sampai ke tempat yang tak pernah kita sangka dapat jejak... Itu satu pencapaian peribadi.

Thanks to Mingguan Malaysia pada waktu tu yang banyak cerita pasal famous people of the world. Zaman dulu baca Utusan memang best, zaman sekarang aku tak sure. Dah lama nau tak baca.

Bila Kaplan cerita pasal Gagauz yang ada wilayah sendiri kat Moldova yang namanya Gagauzia, Aku teringat Naim Suleymanoglu... Ini weightlifter etnik Turki yang asal Bulgaria pastu dia blah pergi Turki. Maka beliau represented Turkey afterward. Tapi beliau ni Muslim lah. Tak macam orang-orang Gagauz yang Christian Orthodox. Kaplan tak elaborate cemana the Gagauz ni leh jadi Orthodox, and tak cerita sama ada mereka ni initially Muslim atau tidak.

Transdniester

Ini part of Moldova. Makna namanya is beyond Dniester. TD ni asalnya part of Ukraine. Tapi Stalin sengaja masukkan TD dalam Moldova supaya kalau Moldova keluar dari Soviet Union.. maka ia akan alami kepayahan. Impossible without bloodshed.

Track Gauge

Aku teringin banget mau kembara dari Vladivostok ke Moscow then ke Petrograd. Pastu kalau boleh nak terus ke Berlin. Boleh tapi kat sempadan sure tukar train. Takkan boleh train yang sama sebab perbezaan width of tbe gauge. European gauge 4 feet 8 1/2 inches, Russian plak 5 feet. Mmmmm.. Kaplan kata that protects Russia from an invasion from west.

Menda nampak simple right kan? Tapi perkara kecil itu impactnya terlalu besar. Macam perkara yang kita buat dalam hidup, sering nampak kecik tapi rupa-rupanya impactful. Macam picit jerawat batu, picit seronok tapi kesannya seumur hidup kena tanggung.

Macam-macam lah.. Ini 25 Julai 2016. Aku spent weekend kat kampung saja. Ini sudah di kampus. Macam biasa ada saja perkara yang menyedihkan.. yeah justifikasi sekeliling untuk menghalalkan penganiayaan.. untuk menghalalkan ketegasan kononnya adalah.. "saya sekadar menjalankan tugas," or "mereka menjalankan tugas."

Dalam peperangan.. terutama yang melibatkan ethnic cleansing... nak PURIFY a NATION or a LAND seringkali melibatkan pembunuhan macam mass murder, tindakan menghalau macam forced migration and deportation, population transfer,    

Saturday, July 23, 2016

Gus Dur

Aku kuar dengan Emak. Tadi lalu Chinchin and makan durian kat Bemban. Sedap gila durian tersebut. Pastu kat Chinchin jumpa rumah cun gila. Lebih cun lagi adalah tangganya.

Invasion & Subversion

Aku dah kat kampung. Rindu gila dekat Emak and Ayah. Rindu gila juga kat Aneng and Apan. Aku bertolak dari Seremban agak lewat sebab tertidur lepas balik dari KLIA. Aku tengok member balik ke UK. He is my good friend. Beliau pernah terasa.. aku pernah terasa dengan dia.. and Raya tahun ini Alhamdulillah kami baik. Aku tadi tak sempat belikan makanan kat Aneng & Apan.. mereka expect makan sedap tiap kali aku balik. Tapi malam ni takde. Kesian mereka. Harap mereka faham. Cabaran dalam hidup aku silih berganti. Macam tak putus-putus. Entahlah, mungkin itu sebenarnya nikmat. Aku doa pada Allah semoga permudahkan kehidupan aku. Aku penat sangat. Aku tadi cuba curhat dengan member sorang ni. Aku kasik tau aku sedih. Tapi sayang response beliau agak keras. Pelik. Macam dosa besau bila rasa sedih. Lagi satu dia cakap dia tak layan kesedihan. Masing-masing le. Ohya tadi ada le member aku ni sibuk dok kecoh yang dia dah habis PhD. Ini member yang macam enau dalam belukar, perasan bagus.. perasan pandai.. tapi kesian.. cuma satu dia tak perasan.. dia gagal perasan yang orang malas nak layan dia. Kenapa? Sebab orang menyampah. Ko nak bangga diri... simpan je lah dalam hati. Sebab orang dah bosan dengan kau... ha ha ha.. apa aku ni? Aku ni bebenaunya sudah hit rock bottom. Sedang berada at the lowest point in life. Memang terpikir ler nak terjun tasik.. kerat nadi pembuluh darah... nak terjun bangunan.. telan 50 bijik ubat tido sekaligus... minum koktel Monsanto & Paraquat.. pinjam pistol tembak kepala.. amek parang robek jantung sendiri.. Ala-ala self-coup. Hahaha. Tapi aku sangat beruntung sebab aku didatangkan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang cantik bagai bidadari dan hati yang cukup luar biasa baik. Mereka inilah.. kalau nak kira.. boleh aku katakan 3 plus 1. 3 perempuan sorang lelaki. Aku cukup bertuah.. yang lelaki sorang ni adalah ex student aku. Cuma agak ralat sebab orang yang kita expect ada untuk kita takde.. tapi Allah Maha Besar dikirimkan orang lain untuk menolong kita. Yang aku perati.. sering orang yang retorik lebih.. yang preach tentang persahabatan.. yang jenis bercakap lebih tu... itu memang takkan ada... yang ada di sisi ialah mereka yang tak de nak kecoh-kecoh berkhutbah tentang persahabatan.. itulah jenis yang akan ada. 4 orang ini jadi sumber kekuatan baru aku... sangat positif mereka ini... juga tidak sarcastic.. tidak simpan grudge... mudah deal dengan mereka.. melambung aku dok puji mereka.. yeah harap aku terus berbaik dengan mereka.. tak mau jadi musuh... Kerana mereka juga, aku berjaya siapkan sub-topic kedua of my chapter 6. Alhamdulillah. Dalam minggu depan aku yakin dapat siap betul Chapter 6. Semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusan hidupku.. pastu gembirakan juga Emak & Ayah ku. Btw sorang sahabat ini beliau meyakinkan aku yang apabila kita sudah reach to the bottom.. kita takkan jatuh lagi.. sebab takkan ada yang lebih bawah. Aku sudah berada di titik terpaling bawah... so, takde yang lebih bawah. Maka, katanya aku akan melonjak ke atas.. dengan segera dan dengan momentum yang luar biasa hebat. Hmmm... aku suka. Aku gembira dengan kata-kata itu. Aku selalu tak faham.. kenapa ada orang yang ambil keputusan untuk menjadi seseorang yang mengannoyingkan orang lain.. kenapa tak ambil keputusan untuk menjadi someone yang menghappykan orang lain? Ada mamat ni.. beliau katakan pada aku.. "expect the worse." Apa kepuasan yang beliau dapat? Pelik. Ingin sekali aku bagitahu.. the worse can be the best. It depends on the way you look at it... tapi cam biasa aku sekarang memang tak layan manusia-manusia yang aku rasa tak punya wisdom.. aku berlalu saja. Malas nak buat marketing. Malas nak convince. Tak mau bazir tenaga berkongsi idea dengan such character. Panjang gak aku curhat di pagi ini. Sudah 2.40am. Oklah nak baca buku sikit. Pastu tidur. Ohya sekarang kalau aku malas nak layan... aku senyum saja.. takde nak prolong conversation.... kalau ada disagreement.. aku senyap saja... tak mau berbahas dengan manusia sebegitu. Tak pun aku iyekan saja.. taknak kongsi perbedaan info or pandangan... bahaya.. nanti diorang kopipes. Hehehe. Ya Allah please bahagiakan diriku di sini dan di sana.

Thursday, July 21, 2016

Cossacks & Kazakhs

Spelling beza tapi banyak persamaannya. Rasanya macam Ayodhya and Ayutthaya... Pada pemandangan aku, persamaan dalam nama tempat malah nama individu walhal lokasi jarak ribuan batu memisah. Menda ni sejak zaman dulu sampai sekarang. Aku tak tahulah dah tulis ke tidak pasal menda ni.

Aku tengah marking... tak habis-habis. Aduh, aku rasa bosan gila. Another thing aku rasa PhD aku terlalu membebankan sungguh. Boring la. Entahlah.

Aku terlalu penat. Just penat. Aku sungguh nak pergi jauh.. pergi betul-betul jauh dari sini. Nak cerita pasal similarities ni pun aku malas.. Jomlah cerita kejap. Ok.. Kesultanan Delhi dengan Kesultanan Deli.. Eh aku rasa dah sembang la pasal menda ni.. yeah.. pernah.. So, tak perlu lah ek...

Dalam kepala otak sekarang.. yang aku pikir ialah aku nak mengembara.. aku just nak keluar dari Malaysia ni and go somewhere else.. Aku just penat...

Aku penat and lelah untuk deal with people yang takde wisdom and full of hypocrisy. Selayaknya mereka ni jadi hippopotamus.

BTW Cossacks and Kazakhs tu rupa-rupanya adik beradik.. or sama. Ini lebih kurang macam Monggol.. Mongol..  Mogul.. Mughal..

Malas aku nak tulis lagi.. tengah tengok Youtube pasal Pulau Lingga.. dialek diorang memang macam kita.. memang "er."


Ini buku yang student aku hadiahkan before raya itu hari. 

Pre-emptive

Terpikir pulak

Wednesday, July 20, 2016

Istana

Semalam masa dok tengok tesis aku asik merenung perkataan 'istana.' Masa tu ada colleague sekali. Aku tanya dia what is istana? Yelah ini semua tentang the epistemology of a term. Aku terlalu percaya tentang epistemology (bosan aku taip perkataan ni. berbelit) sebab Prof. Ulung Shamsul Amri cakap camtu. Hehehe.

Perasan tak Istanbul.. Turkey... Astana... Kazakhstan.. Gamla Stan.. Sweden....nama dekat-dekat dengan istilah ISTANA.

Sekonyongnya maka aku percaya perkataan istana dalam bahasa Melayu sangat berkaitan dengan istilah STAN or ISTAN yang asal usulnya dari Persian yang basically bermakna the LAND.. macam Turkmenistan.. the land of the Turkmen.. (Kitakan banyak macam England - Land of the Angles, Scotland - Land of Scots, Ireland.. Thailand.. Nagaland kat India.. so basically STAN is LAND.

Tapi dalam kes Istanbul yang aku jumpa diorang kata it is a Greek origin.. ada bawak maksud bandar.. They keep on saying it is a corrupted version of Constantinople:

conSTANtinoPLE - iSTANBUL... (macam orang Arab le.. nak sebut PARK jadi BARK).

Tapi masalahnya kalau betul it is a corrupted version of Greek makanya yang bandar itu bukannya ISTAN tapi BUL.. sebab PLE is POLIS.

Tapi aku sebolehnya mahu ISTAN itu lebih meaningful berbanding BUL... hahaha degil. Sebabnya negara-negara Turkish speaking macam Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, and Tatarstan guna STAN.. Marah bila Turki yang guna nama REPUBLIC OF TURKEY sebagai nama rasmi negaranya tidak memberi pentingkan istilah ISTAN itu yang walaupun asal usul dari Persian/Iranian. Sebab banyak sahaja Persiannya istilah diguna dalam tradisi Turkic. So, kenapa pentingkan istilah BUL yang asal Greek?

Even dalam swedish STAN is CITY. Gamla Stan is OLD CITY. ASTANA dalam Kazakh (yang tergolong dalam rumpun bahasa Turki) pulak is the CAPITAL. 

Maka.. aku percaya sebenau-benaunya ISTANA yang kita guna dalam bahasa Melayu itu bukan sekadar kediaman diRaja or kediaman Head of State.. (kalau dalam Slavic.. stan is apartment).

ISTANA itu maksudnya THE STATE... Ia menggambarkan siapa yang duduk dalam tu.. yang tinggal dalam kediaman tersebut is THE STATE kerana soklan WHO IS STATE is the most relevant. 

Macam Louis XV yang bagitau I AM THE STATE. Kerana itu juga hanya kediaman Head of State saja yang boleh dipanggil ISTANA.. Head of Government takleh.. 

Tapi tradisi merakyat kat US kuat.. tu sebab kediaman Head of State yang juga adalah Head of Government dipanggil rumah saja.

Macam Erdogan hanya sibuk bina istana bila sudah bergelar Head of State. Masa jadi Head of Gomen beliau biasa-biasa saja.

Aku nak buat keje ni.. tapi jap...

Aku jumpa antara part paling best dalam Kaplan nye buku ini.. page 137.  Kaplan bagitau ada sorang anti-Semitic historian ni bagitau... ini boleh disangkut-pautkan dengan orang Melayu.. hahaha.. rupa-rupanya orang Melayu ada persamaan dengan Romanians.. "The Romanians... did not have a national bourgeoisie at any point in their history. Our bourgeoisie has always been foreign one..."

Kat Romania.. kebanyakan yang embrace racial hatred adalah illiterate masses.. "a crude kind of class hatred against a minority which busied itself money."

Makanya ada ler Romanian politicians yang menasihat.. "Work, civilize yourselves, and you will rid yourselfe of the Jews."

Paling menarik... The Jews to them represented the evils of capitalism and Communism at the same time. Ini semua natijah middleman business.   

Aduh ini aku sibuk dok baca pasal Egyptian pulak... Benarkah Egyptian benar-benar Arab? Ni yang aku jumpa banyak cakap yang orang Mesir generally secara ras or genetically bukan Arab. They were Arabized semasa Islamization or Arab Invasion.

Aku kena kembali focus and prioritize... ni aku nak cari tentang peranan Raja-raja Melayu dan kerabat dalam perniagaan or economy. Google-google tak dapat. Payah betul lah.

Interregnum Interbellum

Interregnum tadi aku check google translate maksudnya peralihan. Interbellum pula the time period between wars. Aku selalu saja kompius dengan dua ni. Tadi siang sembang dengan sorang colleague ini. Beliau mengandaikan bahawa sekiranya life kita telah hit the rock bottom, maka afterward kita akan soar high. Benarkah? Ameeeeen, semoga menjadi realiti untuk kehidupan aku.

Tadi masa buang air aku sempat baca sikit buku yang aku tak sempat buka lagi. Itu pasal the Arabs millennials. The generation yang defines the new Arabs. Sangat menarik. Tapi ini aku rasa terlalu mengantuk. Macam kena tidur kot dulu kejap. Pastu baru beroperasi dengan jayanya.

Ya Allah, permudahkan segalanya, bukakanlah pintu rezeki buat diri aku, family, and those people yang baik hati di sekeliling aku ni.

Aku sedang memerah otak apa nak letak dalam tesis ni. Jiwa amburadul sebenarnya ni. Macam-macam aku pikir. Tapi aku buat je segala perkara yang perlu aku buat. Semoga Allah bersama aku.

Ada menda aku nak curhat ni, tapi macam tak terpikir. Adoi. Pasal isi tesis....

Oh itu malam tadi.. ini dah 20 Julai 2016. Alhamdulillah rasa macam best kot ini hari. Planned nak balik kampung malam ni, tapi aku postpone esok petang. Hujan saja hari ini. Aku suka macam ni. It feels like Seattle... Gloomy.. member aku plak cakap it feels like Edin.

Malam ni tak swim.. Ohya, aku punya sub-topic 2 of chapter 6 tu makin dekat nak habis.. satu je lagi maka habislah.

Alhamdulillah.

Tuesday, July 19, 2016

15 Syawal

Baru lepas swim berjaya buat 40 laps. Ah ha 2 km. Terus tak rasa penat lepas swim. Perut masih besar, tapi lantak lah. Paling penting aku keep on exercising. Tengahari tadi pergi PD dengan 3 orang colleagues yang kini aku anggap sahabat. Takde mereka ni.. agaknya dah takde aku kot. Tadi salah sorang dari mereka ada tanya betul ke aku pernah tergerak untuk suicidal.. ah ha.. soklan maut tu.. kalau aku kata yes kat sini.. kang ada yang kata aku sakit jiwa.. atau dikatanya aku tak siuman... hehehe.. ingin aku pertegaskan di sini, hanya orang tak siuaman saja yang menginginkan life yang aku miliki sekarang... So, kalau ko siuman dan miliki life aku sekarang.. sure ko dah bunuh diri. So, bagaimana dengan aku? Siumankah aku sebab masih pertahankan kehidupan yang dimiliki ini? Btw.. aku dah swim 2 km...
Tak boleh nak horizontalizekan pic ni le. Ini nasik saffron kambing. Sedap gila.

Monday, July 18, 2016

Sayang Tak Dikenang

Itu tajuk novel my ex-student. Aku tak peluang lagi tuk baca. Apapun aku ucap terima kasih tak terhingga pada beliau ini sebab inspire aku untuk terus menulis (walauipun tak siap-siap). Aku sedih gak tadi aku lepak dengan sorang teman yang ingin curhat.. aku terima dengan hati terbuka walau sudah banyak kali dia ni buat dajal kat aku.. Ini aku dok buat baik.. still buat aku sedih... aku patut buat cerpen tentang dia suatu hari nanti... soon... 

Takpelah.. malas pikir.. setiap orang yang aku temui tu sure ada peranan dalam hidup aku.. hahaha bosannya jadi positif.. tapi begitulah.. nak wat cemana lagi.. by the way weekend lepas aku tak productive.. aku dok layan movie back to back. Banyak plak movie best tayang kat Astro.. Antara yang aku cukup minat is The Age of Adaline.. best gila kalau aku dapat syndrome itu.. hahaha.. pastu Pixel.. macam biasalah cerita Adam Sandler selalu pasal kisah dari nerd loser jadik hero.. which is inspiring walau bodoh. Ohh.. ulang tayang Maleficent.. aku memang suka animae. Itu hari yang paling aku gemar Zootopia... 

Coup

Apa jadik kat Turki 16 Julai baru ni aku rasa it was a self-coup.. self-orchestrated. Tapi sure ramai marah. Aku pun sebenarnya lebih suka reject that idea.. sebab aku sendiri ada soft spot toward Erdogan.

Kalaulah benar the coup itu bukan self-coup demi memperkukuhkan kedudukan Erdogan, maka aku memang sangat gembira.

Aku tidak anti-Erdogan.. aku happy bila coup itu gagal.. happy tengok a civilian government terselamat sebab kalau coup itu jadi memang record Turki sebagai pengamal demokrasi akan jadi tejejas. 

Coup adalah langkah mundur ke belakang. Tak elok untuk politik, sure buruk pula untuk ekonomi... walaupun sesuatu coup itu dilakukan atas alasan untuk selamatkan demokrasi macam jadi tahun 2006 kat Thailand.. and again 2014 untuk restore order. Mungkin tu dah sebati dalam politik Thai.. Aku.. apapun alasannya tetap tak setuju dengan military intervention dalam politics. Bahaya.

Lega betul dengar Turki nya coup gagal. Kalau berjaya.. rosak demokrasi Turki walaupun ramai kritik kata Erdogan makin autokratik. For me, nak jatuhkan rejim autokratik mesti guna jalan demokratik... atau mesti guna cara selain militari... 

Kalau beriya nak coup sekalipun.. guna kuasa rakyat.... bukan kuasa militer. 

Yang buat coup tu pangkat colonel.. middle rank. Ada member aku cakap coup failed pasal tu. Tapi aku bagitau.. throughout history of coup.. banyak yang diketuai oleh colonel dan berjaya... nah baca link Foreign Affairs ni...

http://foreignpolicy.com/2010/02/22/why-are-coups-always-led-by-colonels/

Aku sebenaunya tak tau nak coret apa kat sini.. cuma satu ni aku jumpa kat dalam buku Robert Kaplan. Putna is the Jerusalem of the Romanian People.

Satu lagi pasal Uniate according to Kaplan is Greek Catholic Church... Bila baca tu baru le aku dok sibuk google. Bolehlah paham.. tapi still.. Christendom punya realm memang susah gila mau paham.

Menda ni jadi menda besar dalam tulisan Samuel P. Huntington sebab guna dalam wacana Ukraine as a TORN COUNTRY.

Yang aku paham sekarang.. dedulu Uniate Church ini asalnya adalah Ruthenian Church yang memang sepenuhnya sebahagian daripada Eastern Orthodox. Disebabkan tekanan hebat bertahun-tahun dari Polish punya monarch yang Catholic, makanya dalam tahun 1595 maka terjadilah Union of Brest yang saksikan Ruthenian Church yang selama itu berada di bawah pentadbiran dari Constantinople berpindah ke Rome. Tapi dari sudut ritual semua masih remain Orthodox... So, sekarang aku dah lebih faham pasal Ukraine hasil daripada baca buku tentang Romania...

Ini aku baru bangun dari baring.. dah puku; 11 lebih malam. Banyak yang perlu disiapkan tapi begitulah... Aku berdoa bukak seluas-luasnya pintu rezeki untuk aku and family..  nak jadi kaya raya dengan harta yang sangat banyak.. hahahahaha

Tapi itulah.. kerjanya malas.. btw Aleksandr Solzhenitsyn cakap nations who worship youth are doomed, while those with ancestor cults last for ages...

Aku nak buat kerija.

Friday, July 15, 2016

Theresa May

Semalam UK dapat PM baru. Seronok gila dapat jadi PM. Kalau aku diberi peluang jadi PM memang aku nak. Macam-macam leh buat. You know.. dalam parliamentary system.. Head of Gomen memang the most powerful person dalam negara tu.

Oh.. tadi masa bosan dok rumah aku buat teka teki pasal DAESH. Kenapa Dawlah Islamiyyah fi al-Iraq wa al-Sham dipanggil DAESH? Hahahaha.. ramai takleh jawab. Ada yang mikir patut DAISH. Aku kasik hint.. kenapa Parti Islam Se-Malaysia dipanggil PAS.. dan bukan PIS? Last-last sorang je rakan WhatsApp yang berupaya jawab.. Sebab kependekan itu guna Arabic scripts. Dal Alip 'Ain Shin. Lihat seperti di bawah tu karang.

Pastu aku tanya DAESH dalam English apa pun diorang ni takleh jawab.. benganglah.. kena amek tau.. mana lah tau diorang buat kemunculan kat Mesia.. Haru..

Aku stuck la dengan chapter 6 ini. Aduh. Ya Allah.. please help me. Ohya tadi berjaya 30 laps. Semalam 10 laps. Oklah my upper body ni macam makin susut lemak. Mintak-mintak terus konsisten.

Aku sekarang, baca buku pun malas. Entahlah.. Itu hari masa Raya aku impress gila dengan anak buah aku yang buat medic tu. Bayangkan study di Aidilfitri. Aku tak mampu buat macam beliau. 

Tadi aku nak buat kopi.. aku tengok jag letrik tu ada air sikit lagi.. selalu aku terus reheat saja.. tapi tadi tah kenapa aku checked dalam tu. Hahaha.. bangkai lipas. Maksudnya, malam semalam sedap je aku minum kopi lipas. That explains napa sakit perut aku persists.

Adoi.. aku bimbang betul dengan progress chapter 6 ni. Please ya Allah munculkan ilham. Thank you.. Ha tengok bawah ni.. ISIL.

الدولة الإسلامية في العراق والشام
ad-Dawlah al-Islāmiyah fī 'l-ʿIrāq wa-sh-Shām

Thursday, July 14, 2016

FM

Dalam pada duduk merasakan diri ni tak berguna, aku came across satu istilah penting yang aku tak pernah terpikir untuk google selama ini. Which is First Minister (FM). Aku tak terpikir selama ni nak check nama ketua kerajaan bagi all devolved sub-national entities of UK. Rupa-rupanya lain. Scotland, Northern Ireland, and Wales semua guna gelar FM untuk head of government.

Kenapa ye UK masih lagi tak dicategorizekan sebagai negara yang amalkan federalism? Masih lagi dipanggil sebagai a unitary state.

Tadi jumpa few words yang pada aku menarik. Ini by Tim Montgomerie commented on Theresa May punya masuk 10 Downing Street.

Ah ha.. aku jumpa a city named Batman. Kat Turkey. Adoi.. aku tak focus.. dok belek Google Maps.

Ini aku terpikir.. wajar ker guna perkataan "the people and the masses" atau "rakyat dan massa" silih ganti  sesuka hati?

Media massa.. mass-media.. mass-communication.. komunikasi massa. Hahaha.. aku teringat, zaman dulu ada majalah Dewan Pelajar.. Dewan Masyarakat.. terbit by Dewan Bahasa & Pustaka...

Alamak.. aku macam terbau harum semerbak ler.. sekarang pukul 3.01 pagi.. ah ha.. kat opis. Adoi.. progress tak banyak lagi hantu pulak yang datang.

Aku bosan.

Puteh Bachik

Itu nama Nek Nteh. Paternal side punya nenek. Bapak aku nye emak. Beliau meninggal masa aku kat US. 

Raya tahun ini aku sebenarnya sangat-sangat sayu. Emak aku telinga makin tak dengar. Ayah aku pulak macam nampak sangat bersiap untuk pergi... 

Aku macam reluctant to share this. Tapi aku rasa, biarlah aku share.. Tiap kali puasa.. tiap kali raya.. aku gementar.. aku takut.. aku sangat bimbang jika puasa itu.. sangat risau jika raya itu adalah raya yang terakhir aku dengan mereka berdua.. 

Aku nak tulis menda ni pun sebenarnya aku takut.. tapi kalau aku tak tulis.... perkara ini akan begitu membelenggu aku..

Sebolehnya puasa and raya ini aku mau perfect buat Emak and Ayah. Tapi being me.. aku tak mampu.. duit raya pun sikit saja.. tak macam dulu-dulu.. Yang mampu aku buat ialah pulang selalu.. sebolehnya aku pulang walaupun badan ni memang dah tak mampu.. 

Tapi itulah aku tak dapat nak kemas rumah mcam dulu-dulu.. badan macam tak larat.. Apapun aku respek gila kakak atas aku yang memang really committed kemas rumah.. yang lain begitu juga.. tapi kakak yang ini really rajin pada puasa and raya tahun ni..

Aku syukurlah.. kalau tidak kesian parents tengok rumah tak bersih.. Semalam aku balik.. belikan ubat untuk Emak.. ingat balik nak sapu dapur.. tapi tak berdaya.. aku just buat apa termampu.. Entahlah.. patut aku paksa diri untuk menyapu...

Aku kat opis ni.. masih tak dapat momentum menulis tu.. payah.. kena duduk dalam gua jap.. baru leh menulis.. tapi ramai tak paham.. aku tak paham kenapa mereka tak paham.... even tuhari ada gak kenalan yang kata aku banyak berangan.. itu sebab PhD tak siap-siap lagi... aku malas nak rasa terluka.. tapi kalau memang dah kata-kata itu hurts.. takkan aku nak nafikan??? 

Yang aku noticed.. memang payah nak jumpa manusia yang can really empathize.. or at least showing empathy.. 

Adoi.. moga pagi ini ada progress yang besar.

Monday, July 11, 2016

Buntu

Aku tak tahu nak buat apa. Hidup aku rasa macam tidak menyebelahi aku. Mahu positivekan diri bagaimana lagi? Aku kepenatan.. dalaman.. luaran.. mentally.. physically.. Aku tertanya apa lagi mesti aku lakukan untuk buat hidup aku milik aku... Buat pertama kali dalam 40 tahun aku rasa mau putus asa. Berhenti berjuang. Sebelum raya tempohari ada seorang sahabat bagitau... kalau orang lain yang tempuhi.. sudah pasti sudah tiada lagi.. kata beliau.. aku hanya yang mampu hadapi.. Banyak tanda yang aku putus asa. Yang paling ketara.. peningkatan berat badan mendadak. Aku reluctant jaga kesihatan... jaga apa yang aku makan.. aku sumbat dengan jajan.. kfc.. McD.. Aku malas bercakap.. aku malas nak sembang kat Whatsapp.. even nak greet selamat hari raya pun aku hesitate. Aku rasa it's all over. Mungkin the only tanda aku masih simpan harap dalam hidup is aku masih mau curhat kat sini. Sampai bila aku mahu menulis tentang sad story di sini? Bila agaknya life aku akan berubah jadi bagus.. hebat.. luar biasa? Tadi tengok citer Big Hero 2... dialog paling banyak ialah "look from different angle" which is bagus tuk aku apply kan dalam life aku ni.. Tapi aku rasa dah terlalu sering aku buat dan dah tak larat.. Mungkinkah ada lagi angle yang aku tak jumpa? Angle yang permits aku tengok yang sebenarnya segala apa yang berlaku sekarang adalah suatu perkara yang sangat hebat dan sangat bagus? Wujud ke angle tu?

Saturday, July 9, 2016

Pelita Letrik

Hari Raya was good. Tapi banyak perkara tak dapat buat raya tahun ni. Tak sihat.. perut meragam. Raya tahun ni nekad aku kasi duit raya gak kat kakak-kakak aku. Tak pernah aku buat sebelum ni. Tak plan pun.. cuma aku rasa aku patut kasi.. maka beri saja.

Aku pun tak solat sunat Raya. terlambat bangun, lagipun badan aku memang letih, lesu. Ini aku kat opis.. Tah raya ke berapa ni... Hari Selasa.. baru je lepas pulang 4 bundles.. subject global affairs. Tadi aku kat bilik gerakan terjumpa la dua orang coleagues. Sorang ni, aku senyum.. tak senyum pun balik kat aku. Takpelah.. pilihan masing-masing.. Jika itu dirasakan yang terbaik dalam kehidupan.. teruskan...

Ini hari Rabu.. No, dah Khamis.. aduh cepat gila masa berlalu... Aku buat entry lain lah jap lagi..

Inilah pelita letrik di halaman rumah member aku kat Seri Medan, Batu Pahat. Aku tertipu pada awalnya. Rumah beliau dah renovate. Cun gila sekarang. Ini lah rumah rakan Smule nombor satu aku. Suara dia sedap.
Sedap gila ketupat tu aku makan dengan kari tetel.. masih terimbau. Tapi ni aku dah start jaga makan kembali. Cirit seminggu tak habis lagi. Perut takleh lagi heavy duty.
Ada gak pelita raya ni. Ingat macam malas nak pasang.. tapi anak-anak buah aku nak.. aku belikan gak.. aku suruh diorang pasang sendiri. Dulu-dulu memang keje aku le yang masukkan minyak tanah and pasang sumbu semua. Sekarang kena bersara,
Aku buat banyak gila air untuk berbuka puasa hari last.. ada cendul ada buah naga.. yang pasti lepas minum semua ni aku cirit birit makin teruk

Tuesday, July 5, 2016

Blah

Semalam buka puasa adalah buka puasa yang paling malas aku kenang dalam life aku. Semalam benar-benar mixed feelings. Tak tahu mahu react macam mana. Nak gelak... tekak penuh kahak..nak keluarkan air mata.... untuk apa?

Aku berhadapan dengan kejahilan. Aku adalah manusia yang paling tak reti nak confront kebodohan. Maka aku decide.. membisu....

Cuma terlalu sedih kerana kerendahan mentaliti itu muncul dari orang yang paling aku pandang tinggi....

Hmmm.. dah lama aku tak jumpa sipolan tersebut.. aku rasa beliau jadi begitu hasil pergaulan dengan mereka yang uncultured.... kah3.

Seriously, beliau semakin menyedihkan.. memang aku mesti tengok cermin.. my situation is no better.. tapi aku rasa beliau....

I don't know... kasihan.

Sunday, July 3, 2016

Penrose Stairs

Hari ni baru aku tahu yang stairs yang tak tahu mana ascending mana descending itu punya nama. Yes, it has a name. Penrose Stairs. Sounds like "Senrose." Haha definitely not Uqasha and her sister... which aku lupa nama beliau.

Aku baru saja updated entries yang dulu-dulu.

Dah habis 4 bundles. Ni ada few bundles lagi yang mesti aku habiskan.

Aku dok baca sana-sini, baru aku perasan, throughout history, Turkic-Mongol ini adalah kaum yang sering jadi the ruling class kat mana-mana saja yang mereka berkepergian. Mereka bukan kaum yang submit.. mereka lead.

Dari China.. bawak ke Asia Tengah.. Middle East.. Norh Africa.. Then Europe... ohya pastu India... Mereka bukan kaum pekerja... Mereka ni aku rasa macam lebih berkebolehan banding bangsa-bangsa Eropah dalam lead world affairs. Sounds keterlaluan kah?

Aku terfikir bolehkah kita tengok kat Clash of Clans tentang jiwa suka menjarah dan mungkin memimpin sesuatu bangsa. Maka, aku tengok global punya clans. Yang atas sekali tulis tulisan China lah. So, tak sure dari PRC or ROC or other parts of the world. Yang pasan banyak gak yang "Turkic" punya clans berada di rtanking atas global. Ini bangsa yang jiwanya suka peperangan.

Pastu checked Mesia nye.. hehe aku jumpa clan UBAH!BERSIH!! Ranked 104 as of 3/7/16. Betul saja game pun leh jadi medium politics.. you know the likeminds lepak together.

See.. ranking 104. 
Aku terjebak dengan Smule sebab nak share suara aku dengan orang lain. Pada aku app tu bagus untuk engaging people. Aku dengan sorang member ni bertahun tak sembang, pernah kat WhatsApp tapi takde apa nak dicakap. Maka Smule lah yang buat kami kembali rapat. Raya tahun ni in fact nak ke Seri Medan beraya rumah beliau. Nearly 10 years tak pergi umah beliau. Anak-anak beliau pun dah besar panjang.