Mana satu yang kita lebih hargai? Keseragaman or keberagaman? Sakit perut ni. Kejap lagi nak pergi solat subuh. Semoga hari ini begitu bagus untuk diri aku. Hari yang bagus untuk Emak and Ayah aku.. and definitely hari yang bagus untuk insan-insan yang care and sayangkan aku.
Cemana pula dengan mereka yang tak care and benci aku? Hahaha.. Apakah yang aku inginkan untuk mereka? Semoga mereka pun bahagia. Selalunya hari yang buruk buat mereka mencari sesuatu untuk dikambing-hitamkan. Ketika ini, mungkin aku jadi sosok yang paling mudah untuk discapegoatkan. Kadang geram jugak. Tak boleh ke nak empathize? Takpelah, kehidupan itu sendiri seperti roda. Mungkin mereka akan dapat skill empathy bila mereka sendiri lalui.
Dah 29 Julai.. aduh tak siap gak Chap 6. Aku busy pindahkan barang dari bawah ke atas. So, ini adalah entry terakhir dari bawah. Akhirnya aku beralah. Naik ke atas. Tapi tulah, rasa macam lagi best plak buat kerja di atas. Aku cuba percaya dan yakinkan diri.. Dalam kesulitan pasti muncul kesempatan. Dalam penderitaan diakhirkan kebahagiaan berpanjangan. Dan kemelaraan memunculkan kemewahan.
Aku rasa sungguh gemuk sekarang. Tak tahu cemana nak get rid kan lemak-lemak yang bercambah kat satu badan ini. Malam tadi aku buat solat hajat.. Mintak Allah kurniakan kesihatan dan ketampanan. Hahaha. Nak bermohon pada siapa lagi right? Tapi begitulah, dalam pada berdoa mesti berusaha gak. Aku ni sekarang pakai baham saja. Pastu susah mau cari waktu untuk workout. Ingat nak swim esok pagi.. buat 100 laps. Tapi tak tahulah, aku kena prioritize tesis ni. Chap 6 tak habis lagi. Moga dapat siap by Sunday. Tapi kena balik kampung, kesian dengan Emak and Ayah.
Apa nak cerita ek? Harap-harap semua smooth-sailing... Ya Allah permudahkan segala urusan hamba Mu ini.
No comments:
Post a Comment