Aku dah kat kampung. Rindu gila dekat Emak and Ayah. Rindu gila juga kat Aneng and Apan. Aku bertolak dari Seremban agak lewat sebab tertidur lepas balik dari KLIA. Aku tengok member balik ke UK. He is my good friend. Beliau pernah terasa.. aku pernah terasa dengan dia.. and Raya tahun ini Alhamdulillah kami baik. Aku tadi tak sempat belikan makanan kat Aneng & Apan.. mereka expect makan sedap tiap kali aku balik. Tapi malam ni takde. Kesian mereka. Harap mereka faham. Cabaran dalam hidup aku silih berganti. Macam tak putus-putus. Entahlah, mungkin itu sebenarnya nikmat. Aku doa pada Allah semoga permudahkan kehidupan aku. Aku penat sangat. Aku tadi cuba curhat dengan member sorang ni. Aku kasik tau aku sedih. Tapi sayang response beliau agak keras. Pelik. Macam dosa besau bila rasa sedih. Lagi satu dia cakap dia tak layan kesedihan. Masing-masing le. Ohya tadi ada le member aku ni sibuk dok kecoh yang dia dah habis PhD. Ini member yang macam enau dalam belukar, perasan bagus.. perasan pandai.. tapi kesian.. cuma satu dia tak perasan.. dia gagal perasan yang orang malas nak layan dia. Kenapa? Sebab orang menyampah. Ko nak bangga diri... simpan je lah dalam hati. Sebab orang dah bosan dengan kau... ha ha ha.. apa aku ni? Aku ni bebenaunya sudah hit rock bottom. Sedang berada at the lowest point in life. Memang terpikir ler nak terjun tasik.. kerat nadi pembuluh darah... nak terjun bangunan.. telan 50 bijik ubat tido sekaligus... minum koktel Monsanto & Paraquat.. pinjam pistol tembak kepala.. amek parang robek jantung sendiri.. Ala-ala self-coup. Hahaha. Tapi aku sangat beruntung sebab aku didatangkan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang cantik bagai bidadari dan hati yang cukup luar biasa baik. Mereka inilah.. kalau nak kira.. boleh aku katakan 3 plus 1. 3 perempuan sorang lelaki. Aku cukup bertuah.. yang lelaki sorang ni adalah ex student aku. Cuma agak ralat sebab orang yang kita expect ada untuk kita takde.. tapi Allah Maha Besar dikirimkan orang lain untuk menolong kita. Yang aku perati.. sering orang yang retorik lebih.. yang preach tentang persahabatan.. yang jenis bercakap lebih tu... itu memang takkan ada... yang ada di sisi ialah mereka yang tak de nak kecoh-kecoh berkhutbah tentang persahabatan.. itulah jenis yang akan ada. 4 orang ini jadi sumber kekuatan baru aku... sangat positif mereka ini... juga tidak sarcastic.. tidak simpan grudge... mudah deal dengan mereka.. melambung aku dok puji mereka.. yeah harap aku terus berbaik dengan mereka.. tak mau jadi musuh... Kerana mereka juga, aku berjaya siapkan sub-topic kedua of my chapter 6. Alhamdulillah. Dalam minggu depan aku yakin dapat siap betul Chapter 6. Semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusan hidupku.. pastu gembirakan juga Emak & Ayah ku. Btw sorang sahabat ini beliau meyakinkan aku yang apabila kita sudah reach to the bottom.. kita takkan jatuh lagi.. sebab takkan ada yang lebih bawah. Aku sudah berada di titik terpaling bawah... so, takde yang lebih bawah. Maka, katanya aku akan melonjak ke atas.. dengan segera dan dengan momentum yang luar biasa hebat. Hmmm... aku suka. Aku gembira dengan kata-kata itu. Aku selalu tak faham.. kenapa ada orang yang ambil keputusan untuk menjadi seseorang yang mengannoyingkan orang lain.. kenapa tak ambil keputusan untuk menjadi someone yang menghappykan orang lain? Ada mamat ni.. beliau katakan pada aku.. "expect the worse." Apa kepuasan yang beliau dapat? Pelik. Ingin sekali aku bagitahu.. the worse can be the best. It depends on the way you look at it... tapi cam biasa aku sekarang memang tak layan manusia-manusia yang aku rasa tak punya wisdom.. aku berlalu saja. Malas nak buat marketing. Malas nak convince. Tak mau bazir tenaga berkongsi idea dengan such character. Panjang gak aku curhat di pagi ini. Sudah 2.40am. Oklah nak baca buku sikit. Pastu tidur. Ohya sekarang kalau aku malas nak layan... aku senyum saja.. takde nak prolong conversation.... kalau ada disagreement.. aku senyap saja... tak mau berbahas dengan manusia sebegitu. Tak pun aku iyekan saja.. taknak kongsi perbedaan info or pandangan... bahaya.. nanti diorang kopipes. Hehehe. Ya Allah please bahagiakan diriku di sini dan di sana.
No comments:
Post a Comment