Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Sunday, September 24, 2017

Bantal

Beli kat U.S. rasanya kat KMart.. nak kena bakau dah... sedih.. one by one barang kena let go.. tapi mesti move on.. Kat kampung.. aku just spend masa kat kampung. Tak wat apa pun.. just lepak.

Friday, December 16, 2016

Putin No. 1 Lagi

Ini Forbes punya ranking.. the most influential head of government punya ranking kot.. dia kasi tau Putin nomor satu.. President Elect Trump nomor dua.. paling sedih the outgoing US President Obama merosot dari nomor 3 tahun lepas to nomor 43. 

Tu sebablah aku suka bebenau baca pasal Putin and Russia.. Sekarang orang suka dok cakap Duterte as Trump of the East.. walhal Duterte dulu jadi President.. Even ada pengulas masa kat TV US cakap angin perubahan ini datang dari Asia.. to be specific, from the Philippines.. Maka, patutnya.. Trump is Duterte of the West.. hahaha 

Tapi sebenau-benaunya.... yang lebih tepat.. Duterte is Putin of the East dan Trump is Putin of the West. Ha ha ha.. Sebab tren presiden mulut jahat, autokratik and knows all ini datang dari Putin.. 

Tapi kan.. kalau teliti.. Malaysia terlebih dulu ada ketua kerajaan sebegitu.. Who else other than Tun Mahathir..  mulut memang berbisa.. 

Awal millenium... Putin naik takhta... Tun M pula sedang melepaskan kuasa.. lama pastu Duterte muncul.. dan kini Trump pula... 

Mahathirism menular ke seluruh dunia sewaktu Tun M tidak lagi di puncak kuasa.

4 tahun consecutively Putin tops the rank. Best tak agaknya jadi orang yang berkuasa ni?
Tengoklah tangga Melaka yang sudah alami ubahsuai dan simplified.. mugkin juga modernized... hahaha.. Melaka dan tangga batu berpisah tiada...Apa symbolismnya?
Kat Instagram tak nampak penuh rumah ni... Aku tengah dok carik ilham nak car apa rumah kampung tu??? Kena bawa Emak jalan-jalan jugak untuk dapatkan pandangan beliau.
Perati betul-betul umah tu.. tangganya dan anjungnya pastu bahagian tengah menghubung ke dapur tu... cantik kan? Kebanyakan rumah kat Air Baruk bawak ke Kesang ada dapur batu itu.

Monday, October 3, 2016

Cape Rachardo

Aku tengah tunggu Mi Hailam yang emak aku pesan. Tadi dalam kete Emak ada dok mention pasal Cikgu Busah.. hahaha.. kakak-kakak aku cukup tak suka dengan beliau. Emak cakap tadi sungguhpun mulut dia celupau tapi hati beliau sungguh baik. Oklah mi dah sampai.. ni another picture of the Cape.. hahaha.. bukan Cape Town.. tapi Cape Rachardo. Emak aku penah datang sini dulu.. cerita beliau gak yang banyak motivate aku tuk datang.. this time second time.. dulu dengan kakak-kakak and anak-anak buah aku saja. This time aku gi dengan member baik aku.

This is from Bukit Batu Putih
Nice photo.. Photo taken dari bawah tu.. tercungap-cungap aku turun naik bukit.. badan sekarang macam badak berendam.. tapi aku rasa tak lama lagi aku kecik balik.
Aku ada obsession.. yeah rumah api... kalau boleh nak pergi berkunjung ke semua rumah api di serata dunia....

Saturday, July 23, 2016

Gus Dur

Aku kuar dengan Emak. Tadi lalu Chinchin and makan durian kat Bemban. Sedap gila durian tersebut. Pastu kat Chinchin jumpa rumah cun gila. Lebih cun lagi adalah tangganya.

Sunday, June 26, 2016

Mount Ophir

Nak dapat pemandangan ni payah sebab bila pokok sawit tu semua dah besar, Gunung Ledang tu dah tak nampak. Kalau aku banyak duit memang aku beli ladang sawit tu. Aku kat kampung. Aku sedih sebenarnya. Tapi nak kalau aku layan sedih pun bukan leh ubah apa-apa pun. Ni kucing aku Dak Panda hilang.

Ini view yang susah nak dilihat, last sekali macam ni aku rasa macam 20 tahun lepas saja. Sebab semuanya depends on those pokok sawit. Besar saja pokok sawit maka view ini pupus. Gunung tu pun tak sure nasib, manalah tau kot-kot kena sodok. Cuma aku always berpendapat kat bukit Asahan tu mungkin sesuai bikin kasino. Yeah, if and only if state government would like to add another source of revenue. Jangan usik puncak Ledang, just bukit Asahan saja. Satu lagi, Johore tu boleh bangunkan Daerah Ledang and Muar untuk compete dengan Melaka. Too much of Melaka. Ledang, and Muar are the alternatives of Melaka. Cuma satu lah, view Gunung Ledang from Melaka side is better than Johore's. Satu lagi aku rasa enoughlah buat kerajaan-kerajaan negeri tumpu tourism products yang berasaskan bandar. Sudah sampai masanya tumpu pada small towns amd traditional settlements.  

Tangga Melaka

Aku tak sempat lagi nak betul-betul tulis entries ni. Macam-macam lately. Banyak perkara perlu disiapkan dan dilakukan. Another thing, aku rasa penat fikir perkara yang di luar kawal dan di luar kemampuan aku.

Aku baru minum kopi dua cawan, sekarang aku sedang fikir macam-macam. Buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa yang semua akan baik-baik belaka.

Tak tahu lah, tadi boleh saja cakap pasal product pelancongan, sekarang ni macam dah tak boleh fikir.

Oh.. Semalam aku balik buka di kampung and I found out 3 ekor baby kittens tu dah mati. Parents aku tak perasan. So, aku bagitau Emak.. then, Emak cakap.. "betterlah mereka takde lagi sebab hidup mereka tersiksa." I replied dalam hati.. "then, it should be me too."

For what reasons aku masih bernyawa aku pun tak dapat jawapannya. Serius sungguh misterius. Aku tak kecewa dengan dunia, cuma aku sekarang banyak amek pendekatan senyap saja. Terima dunia seadanya. Terima manusia keliling seadanya.

Apa aku merepek ni?


Ini rumah di Kesang.. Bukan Kesang dalam Johore, tapi Kesang Jasin, atau Kesang Tua. Traditionally ada dua Kesang.. satu Kesang Tua, Another one is Kesang Pajak. You know like pajak gadai.
Sambil menulis ni aku rasa sesak nafas. Aku rasa macam ada lung problem. Tapi malas pikirlah. Aku pun makin gemuk. Aku tak boleh nak control makan sekarang. Ini tangga rumah yang sangat cantik di Kesang tu. Dari aku kecik sampai sekarang aku terlalu admire rumah ini. Kenapa ye jadi begini? Cuma satu.. sesuatu yang cantik.. walau apa usianya tetap cantik dan mahal... Kini, banyak saja sesuatu yang nampak mahal sebenarnya tak berharga.. ada harga kerana branding.. bukan kerana jiwanya.
Itu view depan. Cun kan rumah ini? Harap diperbaiki tanpa hilang ciri sebenar.
Cantik sungguh tangga rumah ni. Walau bumbung and yang lain agak biasa.. tapi tangga itu memang dalam kelas tersendiri.
Ini pulak di Rim, Jasin. Macam dah betul tinggal rumah ni. Tak tahu kenapa. Rumah ini sebelah rumah Cikgu Seman. Cikgu Seman ni dulu garang gila sampai aku pindah dari sekolah Chabau ke sekolah Asahan. Dah masuk waktu Isya. Tahun ini aku tak dapat nak buat Tarawikh berjemaah. Sedih.. tak macam tahun lepas. Cuma aku anggap buat kerja-kerja duniawi ini pun sebagai ibadah. Mana tahu aku bertemu Lailatul Qadr.
Saksikan tangganya. Sungguh berseni. Harap waris-waris pemilik rumah ni pertahankan rumah ni. Moga tidak dirobohkan.

Monday, June 20, 2016

Chinchin


Hari ini Nuzul Quran, the pictures taken semua tu kelmarin. Aku service kereta kat Tangkak and beli pergi beli ubat Emak di Jasin. Sekarang aku di office. Pagi Rabu, aku terlalu penat, terlalu lemah, and boleh aku describe diri aku dalam keadaan yang hampir tak bermaya. Tapi aku paksa lakukan segala apa yang terdaya. Sebenarnya aku dah tak mampu. Aku betul-betul serah diri pada Allah saja sekarang. Ada yang memberi sokongan... Alhamdulillah.. pada yang tak mampu beri sokongan walau dengan sepatah kata yang bagus... aku faham. Selama hidup aku pun, aku pun banyak kali absence kala ada people sangat memerlukan aku. So, ini mungkin karma aku. What goes around comes around.

Seboleh mungkin aku mahu elak curah rasa kat sini. Takpi aku memang takde pilihan. Lagipun ini bukan blog popular pun. Takde sapa yang berminat nak membaca. Sudah 5.34am, sekejap lagi Subuh.

Aku rasa aku berpura-pura yang aku kuat dan ok. Padahal aku tidak. Aku memang sudah fobia mahu curhat dengan sesiapa pun. Aku memang tidak salahkan sesiapa bila mereka tak upaya untuk emphatize, bila mereka reluctant untuk beri kata-kata semangat.

Yang aku notice sekarang, when I talk to people, aku semakin rasa sedih.

Dah subuh...

Sudah pukul 8.00 lebih... Later aku sambung entry ini. Rasanya macam bakal panjang saja. Entahlah, aku just rasa terkilan. Terkilan dengan siapa? Yeah, terkilan dengan beberapa individu yang aku categorizekan sangat penting dalam hidup. Tapi aku tak boleh expresskan keterkilanan aku ini in person. Bukan menggunakan media bersemuka. Apatahlagi menggunakan media sosial seperti Whatsapp. Semakin hebat teknologi komunikasi semakin menjurang hubungan sesama. Aku memang tak dibenarkan berekspresi. Itu suatu kesalahan.

Orang boleh kata aku yang refrain diri dari express. Tapi memang menurut aku kini, berdiam diri itu memang lebih baik. Lagi pun aku memang sedang train diri untuk lebih diam. Sekian lama life aku keterlaluan bicara ikut suka. Mungkin ini masanya.

Sudah pukul 8.21am.

Aku tak pasti kenapa aku ambil rumah kat simpang Chinchin ni.
Saja ambil pic poster banteras dengue ni.
Rumah Melaka yang very humble.
Ini rumah limas kalau tak silap aku. Aku kena check dengan Emak aku, aku obsess dengan tangga batu Melaka tu. Cun gila.
Pekan ChinChin, very laid back, very quite. Tengok retak kat wind shield kereta aku.
Kalau perati betul-betul boleh nampak Gunung Ledang.

Saturday, April 9, 2016

Linggi

Baru balik jalan dengan Emak dan Cik Pid. Aku rasa berkeberhasilan jalan ni hari sebab tadi banyak gak Emak curhat. Curhat penting sebab beliau takde orang untuk beliau kongsi perasaan. Mak aii ngantuk gila. Tak tahan.

Masjid Tanjung Bidara kalau tak silap
Emak makan aiskrim kat pantai Pengkalan Balak. Nice outing. Sayang Emak.
Ini picture masjid kat atas tu. Tapi tak tau kenapa aku amek picture ni.

Sunday, May 17, 2015

Ledang

Lepas 2 minggu tak jogging.... best sungguh jog kat kampung sendiri. Ledang memanggil-manggil

Ini jalan nak ke Asahan