Showing posts with label Dulu. Show all posts
Showing posts with label Dulu. Show all posts

Saturday, December 17, 2016

Mismanaged Democracy

Diam tak diam dah masuk Chapter 6 aku baca buku pasal Putin. Ini baru selesai bersihkan laman umah Emak dan Ayah.. Our old-folks happy kita pun sure happy. Bukan apa aku dari minggu tu hari rasa tak best sebab laman tak cun... pastu longkang tak bersih.. Ini bila semua ok barulah lapang kepala hotak aku nak buat menda-menda lain dalam hidup. 

Semalam lepas saja jumpa SV dan dinner bersama teman, aku dilema.. nak balik umah Sendayan.. pergi opis or balik kampung. Maka aku pilih kampung. 

Mak bapak kita masa kita kecik... aku yakin bila ada dilema...urusan mana yang mesti didahulukan.. sure mereka pilih anak-anaknya.. kita adalah priority.. 

So,aku pun balik le kampung. Penat wei kemas rumah.. tapi sonok.. nak-nak bila bakau sampah.. syiok.. 

Dulu masa kecik aku salu bengang sebab asap ikut aku.. pastu aku suka kencingkan perun.. kononnya bertindak sebagai bomba bagi memadam kebakaran... pastu Emak cakap asap ikut sebab aku kencing merata.. Nak kencing kena dalam tandas.. begitulah...  

Tadi Emak tengok konser Siti 20 tahun.. sebelum tu beliau tengok Meletop... Ngantuknya..

Emak watching Siti singing.
 
Sedap gila.. Daging sambal amd nenas masak lemak.. pic ni nak letak IG later. kih kih kih.. atas lantai tu.. See the mosaics? Itu 70's punya. Cun.. sekarang mana ada.
Bersih sudah.. hu hu hu.. sonok.
Tu hari balik ada nyamuk gigit.. Kalau nyamuk gigit maksudnya kena bersihkan longkang tu.. See.. dedaunan tiada lagi..
Daun-daun pokok cempedak pun dah habis aku bakau.

Wednesday, December 14, 2016

PJ Holdings

Alhamdulillah.. syukur banyak juga perkara berjaya disiapkan ini hari. Paling penting Emak punya bank card berjaya ditukar yang baharu. Aku nak bercerita ni.. tapi ngantuk gila di samping merengsa jiwa... 

Aku tidaklah berada dalam keadaan terbaik.. tapi aku yang kini bukan yang dulu.. Itu adalah hakikat yang masih ramai tak sedari... mereka sangka aku masih begitu.. mereka sangka mereka yang memberi peluang pada aku.. so, masih lagi buli aku.. masih lagi cakap ikut suka... masih lagi pikir aku ini mati tanpa mereka di sisi. Kesian.. orang dah berubah.. perangai kau masih macam sampah...  

Kesian.... aku sebenarnya yang sedang memberi peluang dan kesempatan pada anda... tapi macam biasa.. dipersiakan. Memang hasrat nak maki.. sebab terlalu annoyed... tapi esok aku puasa. 

Pasal PJ Holdings.. ini kalau tak silap antara drama swasta paling awal kot.. tak sure.. yang penting Melissa Saila masa tu kecik gila mainkan watak Puspa.. anak datuk.. dalam cerita tu ada Aziz Singah.. tah sapa lagi.. nampak setanding Dallas cerita tu.

Ini malam tadi ni.. marahnya,... Begitulah aku dokumenkan emosi aku di sini... mana tahu boleh jadi rujukan.. kalau bukan orang lain merujuk di sini.. At least aku sendiri... Kalau aku dah takde.. mungkin sesiapa sahaja yang terjumpa blog ini... mana tahu boleh menginspirasi orang lain... 

Tuesday, December 13, 2016

Sang Kancil Dengan Monyet

Aku nak link kan Youtube vid tu kat sini.. tapi tak boleh.. Anyway ini adalah animasi by Filem Negara Malaysia yang sangat-sangat aku minati dari dulu sampailah sekarang.. Terkekek-kekek aku ketawa geli hati depan TV.... Masa tu Emak.. Ayah muda lagi... Rindu masa aku kecik-kecik... Selalu gak pikir.. "If I can turn back time...." Tapi if I can turn back time.. I won't change anything.. not a single thing... Segala apa yang berlaku semalam.. seminit lepas... membentuk aku yang sekarang.. Yang I would say better... Aku doa Allah terus bantu aku untuk bahagia di sini and thereafter.. 

Thursday, December 8, 2016

Karpov vs Kasparov

Malam tadi masa berak sebelum nyental jamban aku terjumpa dua nama yang dah decades aku tak jumpa. Ini antara nama yang selalu keluar kat Dunia Jam 10 di RTM1 dan ruangan sukan Utusan Malaysia. Finale World Chess Championship selalunya involved mereka. Myers (2015:41) bagitau battle mereka bukan sekadar chess tapi was seen as an ideological clash between the old and the new guards.

Nama diorang pun remind me of Ayah. Dulu beliau kaki chess, kaki main dam. He loves games yang banyak guna otak. Beliau juga suka main crosswords sampai simpan banyak gila keratan crossword dari sok kabar... Sebab beliau nak tengok parterns & chronology... sebab soalan cenderung berulang. It was a simple research.  Ayah jugak suka "bar game" or may be namanya is PIXELS. Kakak aku yang nombor 5 introduced the game pada Ayah. Itu memang 90's punya game.

Mata Ayah sekarang sudah berselaput.. Nak baca Quran pun tak boleh dah.. Klinik Jasin sudah buat thorough check-up bila pergi Melaka GH, mereka pergi buat semula check-up yang sudah dibuat di Jasin. Apa ke bangangnya hospital. Pastu Ayah suspect GH tanak buang selaput because of his age. Orang GH bagitau beliau masih boleh melihat. Apa ke bangang.. kalau aku ada situ masa tu sure mereka dah kena kata-kata nista.

Kasihan Ayah... Waktu kecik, masa Emak hospitalized kat UH... Masa tu PPUM was simply known as UH... masa tu PJ masih aman & tenteram... masa Jalan Gasing tak memusingkan kepala macam sekarang... Masa tu ada sebuah bangunan tinggi di UH memang very iconic... architecturally simple tapi nampak je kita akan ingat itulah UH. Masa emak kena kangker.. rasa macam pangkal rahim kot... 

Masa itulah aku sangat rapat dengan Ayah... ke sana ke mari dengan beliau... even masa sebelum emak masuk UH pun aku selalu dengan Ayah.. naik motor duduk depan.. Pengalaman yang paling aku ingat ialah Ayah bawak aku tengok masa Lebuh Raya Utara-Selatran sedang dalam pembinaan. Naik motor Suzuki merah... Legend betul motosikal tu.. Aku ingat lagi.. Ayah cakap.. "Ayah mungkin tak dapat tengok lebuh raya ni siap.." hehe.. beliau dapat tengok.. Pastu beliau ada bawak aku jalan estet.. jalan tanah merah dari Meriang kat Masjid Baru tembus kat Sungai Dua di Asahan. Takut masa tu sebab lalu lereng-lereng bukit yang curam.

Haha.. basically kegemaran aku jalan-jalan merata tempat... tak takut explore sendiri adalah kerana Ayah.... Terima kasih Ayah.. oh.. Ayah jugak yang ajar aku main chess.. tapi tak jadi kegemaran.. sebab asik kalah.. mungkin gak aku jenis takut kalah.. That explains aku ni tidak competitive.. Sebab takut kalah... 

Tapi aku realize yang aku sering diheret sama untuk bertanding.. Atau orang bertanding dengan aku senyap-senyap... Dapat tau dari member lain.... Atau orang jadikan aku sebagai the benchmark... Tipulah kalau tak rasa bagus.. dan tipulah kalau tak rasa seronok.. 

Ok perumpamaannya macam ramai orang syiok kat kita... kat mulut cakap rimas.. menyampah.. meluat.. tapi dalam hati seronok.. good for our ESTEEM.. buat kita rasa confidence... tapi lama-lama memang betul-betul merimaskan gak sebab orang-orang yang syiok kat kita tu sering went overboard... 

Maka begitulah dengan pertandingan... bertanding sapa lebih besau keter... sapa ada umah besau.. sapa paling banyak pergi oversea.. sapa gaji lagi besau.. keja sapa lagi mencabau... begitu gak dengan tempat kerja.. sapa dah dapat kanan.. sapa sering menjadi pilihan management untuk kelola kerja.. sapa dah siap PhD... markah sapa lebih tinggi untuk audit dan pemantauan.. SKT sapa lagi tinggi..

Seriously I don't give a shit about semua menda tu... Sebab dari kecik aku berada dalam dunia aku yang sangat tersendiri.. even aku tak merasa sibling rivalry.. sebab atas-atas aku jauh lebih tua dari aku... That explains kenapa aku selalu mengalah dengan kakak-kakak aku and dengan abang aku.. In fact aku sangat look em up. 

Tapi cuma satu... lama-lama bila asik diheret untuk bertanding.. dan lama-lama asik dijadikan benchmark.. maka memang aku akan bertanding... ha ha ha ha ha.. dan seringkali gear penuh.. Full Throttle!!! 

Kenapa? Sebab seronok juga.. dan sebab memang bagus untuk esteem.. Maka bertandinglah aku... One thing.. bila aku bertanding... Aku memang menang!!!! I can be Siti Nuhaliza.. We always win...

Semalam.. appraisal.. aku taklah berdebau.. tapi risau.. I was very calm mengadap 4 bosses. In fact mereka pulak yang tersipu-sipu dan mereka yang kelihatan anxious. Apapun,  aku terlalu bersyukur pada Allah.. Aku punya markah terlalu bagus untuk tahun ini.. Tahun ini aku banyak dilanda kontroversi.. Aku ramai gak yang benci.. 

Itulah namanya MIRACLE... Tanpa Allah.. tanpa SAHABAT-SAHABAT.. I should mention names.. tapi aku yakin.. individu-individu tersebut tahu siapa diri mereka... aku tak dapat markah yang sebegitu baik tanpa mereka.... Mereka inilah yang tarik aku keluar dari kegelapan.. yang tanpa jemu bagitahu aku yang aku bagus.. yang bagi tahu aku yang aku boleh buat.. yang bagitahu aku yang mereka sayang aku...

SKT or LPNT 2016 bukan sekadar nombor.. ia adalah SYMBOL.... 

Tak terungkap kata semalam... Ia bukan cemerlang.. tapi ia cukup untuk naik pangkat... In fact ada peningkatan banding dengan tahun lepas.. Yang penting.. gaji tetap naik. Syukur Alhamdulillah.. Nanti mau buat potongan zakat dan Tabung Haji.

Nak cerita lagi panjang.... tapi dah dekat pukul 5.00 pagi... yeah.. SKT itu tanda kemenangan aku bertanding hadapi diri sendiri.. bertanding dengan the demon inside me.. bertanding dengan persepsi buruk orang sekitar terhadap aku.. bertanding dengan khalayak yang intentionally and unintentionally happy dengan aku yang tidak happy... 

It was a good luck.. it was a miracle... Tapi dalam pada yang sama... kecekalan dan ketabahan dalam ni.. hanya few people and Allah sahaja yang tahu.. 

In fact orang sekitar aku perlu 3 kali lebih tabah untuk hadapi aku pada waktu itu.. hadapi aku yang sudah hilang punca.. hadapi aku yang sudah hilang maruah..  Terima kasih khas sebab terus bekepercayaan terhadap aku.

Apa lagi yer.. Ohya.. ada seorang sahabat ini.. beliau dari kemarin dok cakap tentang miracle... kata dia kena stop waiting for miracle.. 

Kalaulah aku boleh bagitau... please redefine.. rebrand.. reconceptualize miracle.. ubah.. kita semua perlukan wang.. tapi wang bukan miracle... yang ajaib itu adalah ANDA dan orang-orang di sekitar anda... 

Macam khalayak yang kata betapa sukarnya nak baca buku ilmiah.. ko tak suka paksa diri.. Nasihat aku... UBAH istilah.. tadi guna PAKSA.. sekarang guna LATIH... 

Bezakannya...  AKU PAKSA DIRI BACA BUKU... AKU LATIH DIRI BACA BUKU.... 

In fact... there's nothing wrong.. it is not negative to use that term....  

PAKSA = FORCE, FORCE connotes POWER, KUASA... tu sebab.. AIR FORCE.. ARM FORCES.. Your ability to paksa diri.. itu POWERFUL... Ko kuasai diri sendiri.. kalau ko boleh kuasai diri.. lama-lama ko boleh kuasai orang lain.  

So, satu menda bangang tentang aku.. kah kah kah.. aku percaya aku ni AJAIB.... Tapi of course dengan izin Allah, dengan restu Emak & Ayah, dan bantuan rakan-rakan... Sila lihat cara aku kerja... obstacles yang aku tempuhi so far.. lihat potentials.. lihat jika outcomes.. di situ boleh nampak aku memang ajaib.. bukan sebarangan orang...

Bukan sebarangan orang yang boleh sental jamban... dan tengok hasil sentalan itu... Kalau ko leh pasang kemera kat toilet.. ko tengok plak cemana cara aku sental jamban...  Harap leh "dapat" dengan analogi yang aku kasi ni.. kalau dapat maksudnya sedang berlaku limpahan keajaiban.. kalau tak dapat... 

You've been waiting for miracles.. tapi keajaiban itu sentiasa ada dalam diri anda.. kalau ko tak rasa keajaiban itu.. Maka lihat keliling.....  hahahahah yang ajaib itu aku... Make full use of me.. I can do wonders.. 

Mak aii dah kul 5.27 pagi.. aku kena buat Thesis!!!

Sunday, December 4, 2016

Tijuana

Tadi Ayah datang lepak dengan kami.. Masa tu kami sedang tunggu masa untuk FGV.. Bukan Felda Global Ventures tapi Final Gegar Vaganza. Kami tu plak adalah aku, Kak Long, Kak Ita, Emak dan Narkopah. 

Ayah mula-mula lepak berbicara tentang pembiayaan pengurusan mayat dan pengkebumian. The conversation bermula dengan Emak... pastu terus melibatkan kami pulak. Agak bengang sebab beliau seolah tidak yakin dengan kami yang akan bertanggungjawab menguruskan mereka. Tapi itu pun kalau kami masih hidup. Kita tak tahu, ada waktu yang muda pergi dulu banding yang tua. So, perkara ini susah nak cakap. 

Secondly bengang sebab mereka especially Emak berpersepsi yang kami yang takde anak ini akan susah nak nanti bila mati. Paham sebab concern.. tapi aku kurang suka gak.. Ayah pun nasihat.. which kami appreciate tetapi kurang setuju... Beliau nasihat untuk buat baik dengan anak-anak buah.

Mungkin aku bangang.. tapi aku dengan sesiapa juga.. aku baik sebab aku nak buat baik.. kalau aku tak leh nak buat baik.. aku tak buat apa... Simple. Itu saja. Tulah ramai gak yang preach tentang tanggungjawab.. macam balik kampung semua... Entah.. aku hanya pikir aku nak balik sebab rindu pada Emak and Ayah.. Rindu nak kemas rumah.. rindu nak lepak dengan adik beradik and anak-anak buah... 

Tipulah tak pikir pasal tanggungjawab.. tapi aku memang jenis.. aku buat sesuatu sebab aku mau.. aku suka.. aku enjoy melakukannya.. Camna nak cakap yer.. 

Tadi Tok Ram ada nasihatkan Siti Sarah.. Beliau sarankan supaya Siti Sarah dahulukan soul berbanding technical. Hah.. itulah analoginya. Aku pentingkan ikhlas berbanding memikirkan apa yang aku dapat... 

Kalau orang yang aku buat baik itu reluctant untuk buat baik kembali pada aku.. apa daya aku.. mungkin individu tersebut tidak berada dalam keadaan terbaik untuk membalas budi baik aku.. 

Again.. aku tak define budi baik aku sebagai budi baik.. sebab aku memang have fun semasa berbuat baik. Very simple.. 

Memang aku belajar bisnes.. belajar politics.. belajar IR.. semua emphasize on win-win... self-interest.. Tapi untuk personal life.. hubungan among family... among BFF.. career dalam education.. apatahlagi spiritual.. aku terlalu percaya kepada keikhlasan.. 

Ok done soal itu.. Tadi ayah cerita tentang politics and economy. Sungguh aku impressed. Beliau bercerita tentang Malaysian bonds.. tentang CIMB.. closure of branches.. tentang KWSP.. KWAP yang membeli bonds..  Tentang IPP (Independent Power Plant) yang dijual dengan harga murah dan dijual dengan harga mahal.. 

Tentang Zimbabwe yang kini menggunakan Yuan.. Tentang Malaysia yang benci Cina DAPig tapi suka Cina People's Republic of China.. Biasalah politics memang banyak paradoks. Apapun aku kagum Ayah and proud of him. 

Kalaulah beliau further study amek degree.. amek master.. amek PhD.. pasti beliau somebody.. tapi beliau tak perlu PhD untuk jadi somebody di mata aku. 

Begitu juga dengan Emak.. yang politically literate.. Yang kesal dengan tren politik dunia yang mengundur ke belakang. Mereka adalah orang lama yang embrace politik baharu.. 

Tu sebab aku pelik dengan orang muda tapi terlalu terkongkong dengan politik sempit.. apatahlagi yang berpolitik sempit tu cerdik pandai.. pelik.. tapi begitulah.. FGV dah pun nak habis... Kejap lagi nak balik Sendayan.


Add caption
Kelas 1 Abu Bakar or 1A.. Aku memang budak pandai

Saturday, June 18, 2016

Habsyah

Ada satu lagu lama Indonesia tahun 80-an, lirik dia memang lawak, tapi bila pikir balik memang lyricist nya peka soal semasa. Ni lagi Ria Resti Fauzi, Cintaku Sampai Ke Ethiopia. Masa tu kalau kat Mesia tengok Berita Perdana Jam Lapan diorang guna nama Habsyah instead of Ethiopia. Tapi Indonesia mungkin lebih guna Ethiopia kot. Masa tu ada kebuluran. Kiranya orang yang sanggup ke Addis Ababa memang cinta sungguh le. Masa tu teruknya kebuluran sampaikan Michael Jackson dan kawan-kawan dia nyanyi ramai-ramai lagu We Are The World. Google ler 'famine in Africa 1983-85. Kebuluran sampai terkesan ke lagu cinta. Bagus tu. Tapi bawah ni doku pasal tempat yang teringin sangat aku pergi kat Ethiopia yang kadang orang panggil Habsyah, and dulu pernah Abyssinia. Best kan nama-nama nya. Habsyah tu macam Ethiopia ni Hub untuk all the Shah's.. haha..

Wednesday, June 8, 2016

Telephone

Itu tajuk lagu Inggris yang pertama aku rasa aku dengar dalam hidup. Aku terdengar dari kakak aku yang nombor dua punya walkman. Ada kaset Sheena Easton dalam tu. aku rasa masa tu aku dalam darjah dua kot. Tahun 1984. Memang gila 80's beat lagu telephone. Seingat aku lirik dia bunyi macam ni. I've tried to contact you on the telephone, but you never home. Lawak. Straightforward gila lagu omputih. Tak puitis. Sekarang lagu Melayu pun dah macam lagu orang putih lirik dia. Ohya, tadi telefon rumah kampung dah betulkan. At last after aku rasa dekat setahun. Tuhari aku ada bagitau TM Point kat Seremban tu suruh their contracter datang umah kampung, tapi they never show up. So, lega lah aku. Bukan apa risau emergency. Mak bapak aku memang dua ada handphone. Tapi salu je tak bercharge. Lagi satu selalu kakak aku yang ada kaset Sheena Easton tu lambat bayar bill. So, mak bapak aku terputus hubungan dengan dunia luar. Mak aku lah especially yang memang perlu telephone. Penting bagi beliau macam nak call adik-adik dia. Satu lagi aku nak selamatkam nombor rumah tu. Lama gila nombor tu. Tak pernah ubah. Bayangkan sejak aku kecik itulah nombor. Cuma mula-mula dulu nomor nya cuma ada 6 digit saja. Tambah nomor 2 lepas nomor first maka jadilah 7 digit. Melaka belum sampai lagi 8 digit fixed line nomor macam kat Klang Valley. Rugi kalau tamatkan service nomor tu. Bayangkanlah usia nombor tu lebih panjang dari anak buah aku yang paling sulung...

Telephones. Both look very ancient.
Dak Panda. Comel beliau ni. Pastu tak bising unlike Attam. Panda also Ayah punya favorite. Ayah hampa bila found out Panda juga bunting di usia yang terlalu muda.
Ohya massage coach.

Ubat

Berjaya beli ubat. Aku sampai tadi 5.30 diorang sedang siap-siap mau tutup. Ni baru kuar shopping Jasin. Dulu tempat ni tanah sawah and bus stand Jasin. Sekarang bus stand dah tak wujud. Semua orang own vehicles. By the way betul ke bus stand? Or bus station?

Kat depan Klinik Mawar dan Pembedahan Kecil Jasin
Ini lah dulu situs bus stand Jasin. Dah shifted to seberang sungai. North bank.

Friday, June 3, 2016

Chabau

Tadi semayang Jumaat kat Masjid Chabau.. itu ler Masjid yang dulu aku selalu lepak.. dulu ada kolam dalam 4 segi.. cantik. Lepas tu kena kambus... masjid tu cantik.. tapi selalulah masjid-masjid kat Mesia ni jadi mangsa penambahan sesuka hati tanpa mikir arkitektur awal binaan. Patut sebarang penambahan kena selari dengan konsep.

Masjid Chabau. Belakng tu Sekolah Kebangsaan Chabau. Aku kat sana darjah tiga je.

Monday, May 16, 2016

Walmart

Aku sakit perut hebat. Diiringi oleh sakit kepala. Ini second time lepak toilet sejak masuk class kul 2 tadi. Kesian student tu. Tapi cam biasa selagi boleh aku keluarkan dari kepala otak ni.. aku teran. Yes, aktiviti yang aku lakukan tadi adalah meneran otak. Walau sakit kepala bukan kepalang, tapi aku teruskan meneran sebab mahu berikan yang terbaik.

Tadi cerita ler pasal forms of organization. Throughout times macam-macam bentuk organisasi or agency yang kita jumpa. Btw agency tu normally entity yg independent or autonomous tetapi serves the interests of a particular state. Tu sebab aku lebih setuju kalau agensi.. agensi kerajaan.. agensi swasta kurang tepat.. agensi ni ada agenda.... hahaha.. malas nak elaborate.

Yang aku citer ni is pasal menda dari Toyota kalau tak silap yang telah pengaruhi amalan kerja, struktur organisasi, cara berniaga.. even akademik seluruh dunia... Apakah mereka? TQM pastu JIT.

Jom citer pasal JIT (teringat Jit Murad yang tergolong dalam geng-geng artis yang nampak educated and elitist masa zaman 90-an.. geng-geng Suhaimi Baba... filem ada mesej.. tapi tak best)... Jap. kena tangguh menulis..

Manufacturer - Warehouse - Wholesaler - Supplier - Retailer.

Aku keluaukan jelah entry ni yek

Ni semalam masa aku kena cirbit (cirit-birit) aku tulis. Eh takpelah aku sambung.. ni kat opis.. yang aku tulis atas tu hari Ahad.. sekarang sudah Senin.

Pasal JIT... tadi aku cerita kisah cemana hypermarkets kill small retailers. Aku ingat lagi masa aku amek subject Latin American Literature kat Drexel.. Lecturer tu aku tak sure orang mana, aku rasa dia leh cakap Spanish.. eh.. aku pun tak sure.. aku rasa macam dia datang dari Eastern Europe... rasa Poland.. beliau memang anti neo-liberalism and globalization.

Yang paling aku ingat beliau bagitau dengan emosional betapa Walmart kills small retailers. Masa tu aku tak paham. Terbangang-bangang mikir cemana Walmart yang aku suka pergi tu jejaskan kedai-kedai kecik. Memang kepala hotak aku tak sampai masa tu... bodoh gila masa tu. Sekarang ni bolehlah.. sedikit enlighten.

Yang jelas.. hypermarket adalah warehouse yang bunuh wholesaler, supplier, and retailer.






Saturday, May 14, 2016

Selandar

Dulu masa lepas balik dari US aku dengan member aku Zamani dan Zamri bukan nama sebenar selalu lepak kat sini.... kat Selandar.. kat simpang tu. Kitorang selalu makan kuih udang dengan popiah. Tadi aku belikan Emak popiah. Sedap jugak le lagi...

Waktu tu dalam tahun 2001-2002.. ya Allah remaja nya masa tu.. kih3... hahaha.. tapi aku masih bermasalah.. masih rasa remaja...

Dalam politik, tokoh yang ada masalah macam aku ni ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ni Ayah pun tak ingat pasal satu lagi part dalam UPSR.... yes LISAN.... beliau yang bgtau... ini le hasil braimstorming.. kesian Ayah dengan Emak.. aku paksa-paksa diorang recall.
So,

Math, English, Kefahaman, Lisan, Penulisan. Tah hapa-hapa UPSR tu. Adoi.. ni Ayah kuar dari mandi... dia bgtau Lisan takde plak.. pening le.. tapi aku le yg masalah.. aku yg amek tapi tak ingat.


JKR

Tadi berjaya bawak Emak jalan-jalan hirup udara petang.. dari lepas Asar tadi sampai kul 7 lebih sikit sampai umah. Emak nampak happy... Beliau tengok-tengok umah member kiri kanan jalan. Tadi bawak beliau lalu Masjid Baru, Nyalas, pastu masuk Mantai,then masuk Air Kuning pastu gi Batang Melaka then masuk Kuala Sungga, Air Pasir, pastu ke Selandar. Beli popiah kat Selandar then balik ikut jalan petempatan semula Orang Asal asal Gapam. Haha.

Emak merungut.. beliau cakap kiri kanan jalan sekarang tak well-maintained... beliau bandingkan zaman-zaman dulu... dulu selalu nampak kelibat Keling Penyabit... sekarang mana ada lagi. Pastu beliau cakap inilah JKR.. JANGAN KERJA RAJIN... yeah.. aku hampir lupa akronim tu.. memang zaman kecik masa transisi kepada privatisation.. memang selalu orang label JKR dengan akronim tu....

Cuma satu.. pada aku la.. masa zaman pre-privatisation jalan raya lagi rata.. I mean jalan persekutuan dan negeri.. i dont talk abt lebuh raya.. masa tu PLUS pun tgh bina.. aku rasa PLUS pun lom ada as an entity kot.. still LLM yang tanggungjawab semua.. arrggghh entah.. aku pakai agak je.. kena cek.
Lps je swasta.. aduh teruk gila jalan raya.. especially bab2 tampal lubang... sekarang ok banyak gak... jalan raya terlalu buruk masa hujung 80-an bawak ke 5 tahun after 2000.. masa 90s kalau tak silap memang peak jalan raya buruk.

Sebut pasal akronim.. era tu muncul KBSR... haha.. aku adalah batch pertama.. Darjah Satu 1983. Pastu bila naik tahap dua.. maksudnya dari Darjah 4-6 kena belajar Alam & Manusia. Aku rasa meradang gila.. ajar jelah geography. Apalah masalah.. then ajar je Sains.. paling bengang.. Alam & Manusia tak masuk UPSR.. pada aku UPSR tu bodoh gila.   Apa taknya pembahagiannya adalah Math English Kefahaman Penulisan.... dengan tah hapa satu lagi.. aku dapat 4A 1B... B aku penulisan... see.. org yg B penulisan le yg rajin menulis sekarang.

Ohya KBSR cikgu-cikgu waktu termasuk Emak dan Ayah gelarnya sebagai KERJA BERAT SAMPAI REBAH. Pastu KBSM is KERJA BERAT SAMPAI MATI. Bawah tu yang 1st pic Emak.. then yang satu tu pic pekan Batang Melaka.

Friday, May 13, 2016

Rehoboth

Bila lah dapat nak 'kembali' ke states? Boleh pergi Rehoboth Beach... Aku dulu ada pergi satu tempat ni.. aku lupa.. jap.. ohya ini kat New Jersey.. tempat tu very cool.. tapi sekarang x sure... nama dia New Hope.. orang kata dulu Grace Kelly selalu lepak situ. X sure lepak masa dah bergelar Princess of Monaco or sebelum. Prince Reinier plak tak sure. Aku pegi New Hope yang bukannya destinasi nak pergi by budak Melayu lain masa kat US sebab aku dulu selalu baca rencana pasal manusia-manusia ternama dunia.. the rich and famous.. kat Mingguan Malaysia.. Sokabau Utusan versi hari minggu ni suatu masa dulu memang gila best!! Even aku dulu peminat tulisan Astora Jabat.. tapi sekarang entah.. apa jadi agaknya dengan Utusan Malaysia.. memang le waktu tu pun memang Tun Mahathir memang tunggang Utusan.. tapi banyak gak part yang 'readable'  masa tu.. tu semua masa aku sekolah rendah.. sebelum disintegration of USSR. Articles tu mungkin je translation.. tapi bagus.. antara yang aku sangat ingat.. cter pasal the Onassis.. Aristotle.. pastu bini dia yang ex-FLOTUS.. cter pasal the Menem.. Carlos and Fetima.. masa tu le aku sedau yang rupanya bukan semua Arab itu Muslim... and ramai je orang Arab yang migrated to Latin American countries.. tu le yang ada Syakira Mebarak... haha. Baru je tadi azan subuh.. haha.. subuh di office.. aku tak balik.. baju pun tak tukau.

Hujan

Tadi hujan lebat. Aku teringat lagu Hujan.. kih kih kih. Lagu Hail Amir & Uji Rashid. Ni baru cek YouTube. Ada gak. Ni lagu favourite masa kecik-kecik. Aku rasa masa umur 5 tahun sebab aku ingat dengar ini lagu kat umah baru. 

Bila pikir terus teringat Emak. Sebab beliau rasanya yang selalu beli those cassettes. Kaset tu bukan kaset kecik mini yang popular throughout mid 80s-90s. Tapi yang besar tu. Semua kaset tu dah kena bakar. Sedihlah. Even the player. Ohya, besar dia macam video cassette. Susah nak describe, tapi kalau google sure jumpa punya. Aku tried google tadi.. tak jumpa la.. salah keyword ni.. kena brainstorm sikit.

Ni hari tak jadi swim. Sebab ramai guests.. dari masuk opis bawak ke malam. Yang pasti aku makan banyak gila malam tadi. Nasi goreng daging kunyit and maggi goring, dua-dua taruh telur mata.. itu kat kedai yang sama. Pastu aku beli plak burger daging letak telur and cheese... Sure gemuk.

Ni sudah pukul empat suku.. still kat office. Semalam aku nye thesis xde progress.. tapi aku dapat byk idea dari Azfa.. Mamat ni memang brilliant... sudah dua chapter beliau adalah antara kontibutor ide terbesar.

Ini hari ada tetamu lagi, Fuad.. juga beri ide-ide yang bukan saja leh guna untuk tesis.. tapi untuk kehidupan. Cukup menarik,

Alhamdulillah. Aku cukup syukur sebab Allah sentiasa beri tolong pada aku. Ini mahu buat thesis. Semoga ada progress yang agak besar sekejap lagi.

Wednesday, May 11, 2016

Ubudiah

Nak letak picture Masjid Ubudiah Kuala Kangsar tu tapi kena modify jadikan dia vertical. So, yang ada hanya picture kucing yang lepak dengan penjual aiskrim kat parking lot depan Masjid saja.

Masa kecik-kecik Masjid ni jelah yang ditunjuk oleh RTM untuk waktu Azan Maghrib. Aku rasa bukan takat Maghrib tapi untuk semua kalau tak silap. Masa darjah satu siaran TV RTM mula pukul 7.30 kot. So, azan Isha jelah.. aku tak sure sama ada pukul 7.30 malam or 5.00 petang during weekdays. Sebab masa darjah dua tahun 1984 waktu tu Syarikat Televisyen Malaysia Berhad or STMB or TV3 mula operasi. Tapi lambat sikit sampai Melaka.

Bila ada saingan maka RTM pun ansur-ansur mula siaran awal. Yang aku ingat Jumaat mula awal sikit dalam pukul 3.00 kalau tak silap. Pastu Sabtu and Ahad lagi awal. Tak sure samada kul 10.00 pagi or 12.00 pagi. Yang sure aku suka gila citer Giligan Island.

Kalau hari Jumaat aku suka tengok dokumentari. Masa tak pergi sekolah agama petang lagi. So tengok citer Beyond 2000. Zaman itu lagi orang-orang dah membayangkan cemana la agaknya life lepas Y2K. Tulah aku masih hidup lagi dah 15 tahun lebih sikit lepas tahun 2000.

Kang aku letak picture Masjib Ubudiah yang tuhari transit tido Kuala Kangsar lepas balik dari ronda Naratiwat-Patani-Yala.

The kitten yang lepak di pekarangan masjid Ubudiah

Friday, April 29, 2016

KBSR

Ni aku kopipes dari tah mana yang aku temui di dunia maya.

Yang 1st...

Integrity is telling yourself the truth. Honesty is telling other people the truth.

Aku begitu setuju dengan menda alah ni. Tapi kat dunia sebelah sini aku rasa macam susah le. Khalayak yang aku jumpa tidak suka dengan terus terang sama ada tentang fakta tentang diri aku, atau pendirian aku tentang mereka. Fakta tentang diri aku ialah mereka expect aku perfect. Tak boleh ada salah, tak boleh terima kesalahan, baik salah lalu atau salah akan datang. Pastu, tentang diri mereka pulak, mereka mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka define being positive or untuk stay positive kena mesti dengar menda yang 'bagus' tentang diri mereka. Entah le aku rasa bangsa ni in denial je. Yang aku nampak mereka punya inability to see a subject matter from different perspectives. Letih le.

Thoughts - Feelings - Actions. To change your reality, you must change your mentality.

Setuju. Tapi malas nak komen.

Yang aku paham, apa yang kita pikir akan lead to perasaan kita tentang sesuatu, then lead kita sama ada jadi rajin or pemalas or procrastinate or pengecut or berani or....

Over time, competition will wear you out because you'll always try to be better than someone else, rather than being yourself. After all, if you're trying to be everyone else, who will be you?

Haha.. aku benci sebenaunya nak quote-quote ni sebab aku always yakin aku sentiasa boleh produce better quotes yang lebih tangkap dalam.

Tapi saja, kadang-kadang perlu ikut mainstream. Perlu ikut alam sekitar atau alam & manusia. Oh cakap pasal Alam & Manusia, aku rasa the reason generasi aku dan generasi yang ada sekarang bodoh gila geografi and fully depending on gadgets untuk cari arah sebab KBSR. Aku batch 1st KBSR, aku tak sure sapa menteri pelajaran masa tu. Tapi aku memang serious annoyed gila tak dapat belajar geografi. Masa sekolah rendah ganti dengan subjek Alam & Manusia yang sillabusnya tak mencabar langsung!!!! Aku walhal masa tu dah well-prepared sebab dah baca buku geografi and sejarah kak aku punya. Dia amek Penilaian Darjah 5. Aku amek UPSR.

Pastu geografi masa form four and form five bukan subject wajib. Pelik. Apapun, itu tak halang aku untuk sangat bijak geografi. Sebab terlampau banyak masa aku belek peta masa zaman kecik-kecik yang sangat sunyi berbanding buat menda lain. Hmmmm

Hahaha.. pasal competition ini aku sangat setuju. Aku memang dari kecik tidak compete dengan sesiapa... apatahlagi kalau ko member baik aku.. memang takde.. tu sebab orang lain stay-up.. aku tidur untuk SRP.. aku batch last SRP.. pastu semua PMR. Korang pergi kelas reramai konon study malam tinggal aku sorang kat dorm.. pastu terjaga panggil semua orang takde.. aku tak kisah pun.. aku kembali tidur.. cuma takut hantu jelah...

Tapi entah, aku rasa sampai sekarang kot orang-orang keliling ni macam nak compete dengan aku. Please lah woi.. apa yang korang suka.. aku tak suka.. apa yang korang kejar.. aku tak kejar.. destinasi yang kalian pergi.. aku tak teringin nak pergi.. We are too different.. So stop macam nak nampak hebat depan aku.. sebab nampak sangat anda keterlaluan berusaha untuk itu... and you end up make fool of yourselves..

Paling penting the way you define success or achievement are very different from mine. Even cara kerja kita lain... hobbies pun beza.. my choice of workout pun lain..

Aku ada sekali tu sampai rasa sedih gila sebab ada member ni nak bagitau bahawa beliau 'ada' ialah dengan pandang-pandang aku nye samsung murah dan beliaunya iphone.. adoii.. aku tak kisah pun... kesian gila, dari aku pandang tinggi beliau.. terus aku pandang hina... kih kih kih..

Yang sekor ni plak dok cakap pasal achievement.. pada beliau beli rumah itu satu pencapaian dalam hidup. Aku setuju.. tapi lepas tu dia tanya aku apa pencapaian aku.. Aku jawab.. kembali swimming itu pencapaian terbesar nak masuk 40an ni... faham kan???

Memang ada persamaan.. tapi terlalu banyak beza sebenarnya..

Aku yang bangga dengan aku yang buat salah dan buat betul.. bangga dengan aku yang lemah dan penuh daya.. bangga dengan aku yang bijaksana tapi selalu bangang..

Gila narcissist aku ini pagi... hahaha.. malu le.. tapi entah ler terpaksa sebab kena luah juga.. kalau tak stuck lagi..

BTW, part Pakatan Rakyat pada aku memang sudah lengkap.. aku sebenaunya nak habiskan part BN ini.. tapi asik dapat new info.. maka aku keep on 'perfecting' part pakatan rakyat.. yang kini sudah bergelar pakatan mayat... pakatan takde harapan.. bosan gila aku dengan politik mesia.. keciwa!!!

Rasa macam nak gi Kuching.. tengok PRN.

Argghh pening.. malas nak pikir.

Tuesday, April 26, 2016

Nescafe

Itulah minuman yg paling berjasa so far untuk buat aku tak tido. Tapi terlebih boleh buat aku sedih sampai nangis. Yang pasti Thai nye version of nescafe kopi O macam ada rasa Vietnamese kopi tapi yang di buat dari air perigi. Terasa muddy. Uwekk.  Macam air perigi kampung Pengkalan Batu kat depan Sekolah Sultan Muhammad. Teringat masa zaman aku form 3 dok dorm 1 kat bawah sekali. Bangun pagi-pagi nak pergi rebut perigi kat kampung tu. Itu zaman krisis air kat Melaka tahun 1991. Empangang Durian Tunggal kering air. Tah sapa jadi CM masa tu. Aku tak ingat, rasa bukan Tan Sri Rahim Tamby Chik yang abangnya Kahar Rahim Tamby Chik yang pernah utus surat pada Emak aku. Hihik.

Tak berapa hari dah nak masuk umur 40. Masalahnya aku masih terasa muda. Memang aku punya endurance yang bukan kepalang. Solo trip buktikan aku masih hebat sebagai long-distant driver. Haha, masa kecik aku suka lukis gambau trucks and bas nak nak bas ekspres yang ada aircon. Aku suka tengok bus ekspres Malacca-Singapore. Warna hijau taik lembu. Aku impress gila dengan rupa paras bas itu. Aku rasa kalau aku tak berkerjaya seperti sekarang sure aku jadi pemandu truck or pemandu bas ekspres. Masa aku kecik aku gila obsessed dengan cerita BJ and the Bear. Kepala truck tu cun gila. Tentang endurance, tadi berjaya 30 laps. Haha 1.5km.

Apapun kalau pergi Thai lagi aku nak beli nescafe kopi O banyak-banyak kat Mesia. Buat bekal.

Ni namanya blogging and driving.. hahaha. Aku memang leh multitasking. Baru lepas Ipoh.

Thursday, April 14, 2016

Philadelphia

Badan rasa letih betul sebab demam. Tekak sakit. Bila agaknya boleh balik kampung. Sabtu kena pergi event UNICEF.

Aku macam nak beli good  camera with good laptop. Sebab nak mulakan Vlog. Tapi tak tahulah. Rasa Iphone pun dah good enough kot.

Aku ni sedih. Sedih tak habis sampai demam.Tapi takpelah, once PhD siap semua sure akan ok. Doakan yer. Tak sabar nak habis... pastu nak pergi jalan.. Pergi Buryat Mongol... Yemen.. Ethiopia... Bolivia... Haha kalau boleh satu dunia.. Tapi kena balik Philly dulu.

Nak makan Philly Cheese Steak. Ingat kat Harun, mamat Pashtun aka Pathan.. aku dah lupa dia ni datang dari North West Frontier (Pakistan) or datang eastern Afghanistan. Stall dia Chestnut Street kot.. or Walnut... Chestnut, Walnut, Market... mmmm lupa lah. Yang penting stall dia depan school aku. Tapi accross the road le.

Kami budak-budak Melayu memang pergi beli makan kat dia hari-hari... aku rindu nak makan soft pretzel.. ni bukan macam anty anne nye.. tu tak sedap. Member aku Intel suka makan letak mustard. Gila.

Aku plak suka beli hotdog. Tapi paling syok masa keje Billy Bob Restaurant. Hari-hari makan cheese steak sandwich.. variety.. ada yang ori ada yang pizza steak.. tapi paling aku suka letak pickles termasuklah sweet pickles plus lots of grilled onions. Sedapnya. Tapi memang katoklah. Alah.. even Harun tu pun diragui. Entah, darurat kot...

Not proud of it.. Tapi aku seminggu dok sana dah makan katok sebab rindu sangat nak makan sate. So member aku bawak gi downtown naik subway... pastu makan tah apa ayam tu.. sedap. tapi sate sini lagi sedap.

Aku rasa hidup aku caca merba sebab repercussion kot sebab banyak sangat makan sembelihan non-muslim masa kat US.

Tu sebab jiwa tak tenteram. Sebab hati sudah terbina dari sumber yang non-halal. Harap, Allah maafkan. Tapi when people read this, will they judge me?

Tak kot.. nak sambung wat kije. 

Wednesday, September 2, 2015

Gap

Tuhari balik kg aku kuar dgn mak aku. Hari sabtu. Beli barang kali ni kat tesco cheng. Selalu kat mydin jasin je. Saja nak jalan jauh sikit dengan beliau. Dah lama x lepak sama dlm kete. Selalu dlm kete lah baru kami leh sembang. I knew she missed that too. Selalu kalao kat umah mcm x best nak borak. Lgpun mak aku telinga dah x dgr sgt. So dlm kete bolehlah beliau.

Tuhari mak aku citer pasal minyak masak. Sebab aku tanya bila masa minyak sawit muncul as cookin oil kat mesia. Rasanya dlm 80s. Prior to tt people cooked usin minyak kelapa. The best part mak aku citer ramai je org buat minyak sndiri. X beli kat kedai sbb selalu yg beli tu bau tengik. Btw masa tu xde myk masak botol mcm skg.. semua dlm tin besar yg kalau curah guna pam kecik tu. Aku suka tgok menda tu masa kecik

Antara org yg buat sendiri were my nenek.. Nek Entih sambil ditolong oleh Busu Milah.. mak aku cakap dulu2 berbotol2 ada kat umah Nek Entih.. bila buat minyak kelapa tu taik minyak nye pun sikit. Mak aku berteori it could be kelapa kat kg bapak aku kat Kandang tu was kelapa pantai.

Yer aku igt. Mak aku buat minyak sindiri. Aku ada tengok.. mmg betul minyak dpt tak banyak.. tapi taik minyak. Paling ptg mak aku suka taik minyak sebab nak buat sambal taik minyak. Memang best.

Lupa mak aku cakap masak asam pedas guna minyak kelapa tu... wa... msti best gila
Aku ngantuk gila ni..

Sunday, July 5, 2015

Terawih

Tak sangka tahun ni banyak gak terawih yang aku pegi. Not bad at all... yang best terkenang zaman sekolah. Masa tu semayang kena paksa... bila terpaksa rasa lama dan penat.. sekarang pergi sukarela.. tapi sebenarnya aku paksa diri pergi.. tapi entah rasa macam best. Aku rasa macam dah dekat 20 tahun aku tak pegi terawih... kat US tak pegi.. balik US tak pegi.. masa dok KL tak pegi... dok Kedah memang langsung jadi jahiliyyah.. dok Seremban baru pegi...

Another thing.. business rempeyek emak aku dengan Mak Ngah yang aku tolong makin menjadi.. mula-mula tuhari ada order 28 je. 2nd round nye order ada 41. Not bad utk satu tempat je yang aku jual. Aku tak amek pun profit. Tu duit raya emak aku.