Friday, May 13, 2016

Hujan

Tadi hujan lebat. Aku teringat lagu Hujan.. kih kih kih. Lagu Hail Amir & Uji Rashid. Ni baru cek YouTube. Ada gak. Ni lagu favourite masa kecik-kecik. Aku rasa masa umur 5 tahun sebab aku ingat dengar ini lagu kat umah baru. 

Bila pikir terus teringat Emak. Sebab beliau rasanya yang selalu beli those cassettes. Kaset tu bukan kaset kecik mini yang popular throughout mid 80s-90s. Tapi yang besar tu. Semua kaset tu dah kena bakar. Sedihlah. Even the player. Ohya, besar dia macam video cassette. Susah nak describe, tapi kalau google sure jumpa punya. Aku tried google tadi.. tak jumpa la.. salah keyword ni.. kena brainstorm sikit.

Ni hari tak jadi swim. Sebab ramai guests.. dari masuk opis bawak ke malam. Yang pasti aku makan banyak gila malam tadi. Nasi goreng daging kunyit and maggi goring, dua-dua taruh telur mata.. itu kat kedai yang sama. Pastu aku beli plak burger daging letak telur and cheese... Sure gemuk.

Ni sudah pukul empat suku.. still kat office. Semalam aku nye thesis xde progress.. tapi aku dapat byk idea dari Azfa.. Mamat ni memang brilliant... sudah dua chapter beliau adalah antara kontibutor ide terbesar.

Ini hari ada tetamu lagi, Fuad.. juga beri ide-ide yang bukan saja leh guna untuk tesis.. tapi untuk kehidupan. Cukup menarik,

Alhamdulillah. Aku cukup syukur sebab Allah sentiasa beri tolong pada aku. Ini mahu buat thesis. Semoga ada progress yang agak besar sekejap lagi.

No comments:

Post a Comment