Monday, May 9, 2016

Blackberry

Tu hari aku privatekan blog ni. Saja-saja mau dapat sedikit ketenangan jiwa. Tapi ternyata aku perlukan blog ini untuk curhat, especially tentang PhD. Malam ini aku mula tulis Bab 6. Aku doa semoga idea menulis mencurah-curah. Ada tiga sub topics. 

Firstly, 'penghakisan hegemoni BN'. Susah nak pikir apa isinya, pada sapa yang leh pikir, share lah ye. Maksudnya, guna media sosial dalam GE13 tuhari menyebabkan hegemoni BN dalam politik Malaysia semakin terhakis. Paling senang tengok results GE13 le. Itu memang nampak. Tapi tu ler kena bincang kot konsep HEGEMONY ni.

Kalau camtu aku kena baca GRAMSCI. Aduh, takkan begitu sekali. Kalau hegemony BN merosot, maksudnya muncul actors lain yang kian berkuasa dalam politik Malaysia.

Siapakah aktor-aktor itu? Pakatan Rakyat? Atau Rakyat itu sendiri? Or the MONARCHS? Tu sebab le aku tulis kan sini, memang senang keluar idea.. Alhamdulillah.

Second sub topic, 'pengukuhan politik baru.' Macam bosan sikit part yang ini... nak kasik hujah yang rakyat Mesia semakin menjauhi politik perkauman. Betul ke lepas GE13 political actors semua dok cakap and usaha untuk uphold HAM, equality, reducing income gap.. 

Siyes boring. Yang aku tahu aku nak cakap muncul politik baru yang lebih BAHARU. Social media and royalties, sports, apa lagi yer. Ohya new politics of BANGSA, macam bangsa Johor. Pastu nak cakap sikit pasal Borneo Nationalism yang aku rasa begitu sedikit yang embrace. Cuma sebab ada page di Facebook dan dibincangkan oleh segelintir golongan akademik maka terasa lah ia ada. Tapi aku rasa menda tu takde.

Last sub topic is 'pengaliran maklumat luar kawal'. Nak cerita after GE13 adalah era Iphone.. era Samsung, no more BLACKBERRY. Dah leh masuk Museum dah tepon tu.

Era Whatsapp yang senang-senang leh share sana sini.

Crazy. Aku tak suka social media. Tapi mesti study sebab impact nya bukan kepalang.

Yang sure, satu masa social media adalah keperluan.. tapi ada waktu ia adalah ancaman kepada kesejahteraan kehidupan.

No comments:

Post a Comment