Showing posts with label Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

Siem Reap

Aku beli satu lagi tiket.. Kali ni pegi Siem Reap. Sehari saja. Pergi 16 October.. balik esok tu.. 17 October.

Mula-mula aku try beli ke Davao. Tapi katanya takde flight plak. Pelik. Aku rasa Davao ni destination baru for Air Asia kot.... Moga-moga cepat ada... leh aku ke Marawi City. Aku nak sangat gi situ... Yang aku baca, Marawi ni cun sungguh bandau nye, tepi tasik. Even dulu ada wartawan TV3 pegi lama kat situ.. ingat muka je.. nama tak.

Dengan perginya aku ke Siem Reap maka completelah sudah jalan kat Indo-China punye region. Aku ingat nak buang Astro untuk jimatkan lagi expenses aku. Tapi salu rasa macam sayang plak. Tengok la cemana. Tapi ni aku dah amek nomor customer servicenya. Sok nak call.

Boring dah sebenaunya dengan Astro ni, bayau mahal untuk repetitive content. Habis je study kelak aku nak masukkan Unify and buang terus Astro.. then beli smart tv. Nak tengok movie, live streaming sahaja!! Huhu.

Oh aku masih lagi buat Bab 3. Bab paling tak best sebab betul-betul pasal politik Mesia. Buatnya buat aku rasa bodoh and buat aku lagi convince untuk tidak mengglamorkan diri kelak... konon dulu nak jadi penganalis politik popular. Huhu.. Malaslah... 

Tengkuk aku sakit...

Semalam, ada student aku perlukan kata-kata semangat... Kah kah kah... aku bagi tau dia.. waktu aku ok ni.. memang payah aku nak kasik kata semangat.. caci.. keji tu senang...  hahaha... kenapa? Sebab emosi tengah stabil dan rasa segalanya mudah....

Tapi tulah... takleh leka... dalam pada semuanya ok kang... ada je menda yang menduga... So, kena salu doa ler jawabnya..

By the way... aku dapat merasakan cerita-cerita aku dah takde jiwa.. takde soul.. Tapi biau jerlah cenggini... kalau berjiwa sangat.. itu tanda gundah gulana...

Ohya, semalam aku teringat nengok klip tah sapa actor from China ni... dia confessed pasal diri dia yang asik fail.. pastu cerita pasal rejection.. dia cakap dia applied kije KFC pun kene rejek... Then dia cakap orang yang self-checking.. tak komplen itu punya chance untuk berjaya yang sangat tinggi.

Menda ni aku melampau setujunya.... 

Ohya, pasal self-critical tu... dulu aku rasa macam beban tau... tapi sekarang ni.. self-critical tu buat aku very peaceful..... Ha.. inilah tips terkini aku...  dah lama dah nak share.. tapi sebab aku ni sekarang tenang banget... setenang Cikgu Mala yang pernah jadi calon PAS untuk PRK DUN Tenang dalam kawasan Parlimen Sembrong, Johore.. dalam tahun 2011 dulu.. lama dah ek... Emak dulu salu sembang pasal Cikgu Mala ni... hmmmm... rindu kat Emak...

Memang susah nak rasa tak puas hati.. nak rasa kecik hati jauh sekali... takde nak rasa tak dihargai.. takde rasa diketepi.. even takde rasa rendah diri walaupun being very crtical terhadap diri sendiri... 

Paham kan.. kalau jadik cenggini maksudnya kita ni sedau diri.. aware pasal kehodohan dan kebangangan sendiri.. pendek kata kita sedau kelemahan diri...

Tapi persoalannya.. cemana leh rasa sangat ok??? Cemana leh rasa tak marah dengan persekitaran?? Cemana leh rasa tak rasa apa-apa walaupun dihanjengkan???

Senang jer... macam aku lakan.. bila orang macam turn me down for certain things... aku terus ingatkan diri... yeah.. aku ni boroi... aku bengap... hodoh... aku ni bukan artis.. aku tak kaya... aku takde bisnes impot ekspot yang nilainya miliar... so aku sedau diri... lagipun ketiak aku baunya bacin.. 

Basically... aku cuba paham apa justifikasi orang yang layan aku sebelah mata saja tu... dapatkan jawapan... walaupun may be itu assumption kita je sendiri... yeah.. tapi itu sangat melegakan... pahaminya dan tahulah kita cermana nak bawak diri.. and tak perlu terus meneka.. tak perlu nak bermuram durja... teruskan saja kehidupan dan tak sempat aku nak down.

Yang menarik.. this approach tak buat aku rasa rendah diri... tak gak buat aku rasa nak bunuh diri... jauh sekali tu.. dan tidak gak buat aku rasa berdendam... sebab apa tak dendam... sebab kita paham....

So sangat peaceful kan????

Ah satu lagi... self-critical buat kita mencari... ada tak salah kita pada orang lain?... itu buat kita tanya diri sendiri... pernah tak kita buat apa yang orang yang tadi tu buat kat kita tu kita pernah wat kat orang lain??? Macam ni lah... kita marah sangat orang tipu kita.... sebelum nak melenting.. tanya diri? Pernah tak kita menipu orang lain??? Kalau ada... tak perlu marah... and tak perlu justify perbuatan salah kita tu... sebab salu je.. "aku nipu sebab.... so ok.. yang ni dia nipu...." Tipu tetap tipu walau sebaik mana tujuannya.. huhu.. 

Ha... itulah caranya... dengan demikian.. takdelah drama...

Alamak.. buka







Saturday, May 27, 2017

1 Ramadan

Hidup lagi.. dapat lagi posa. Aku bengang.. Bab 3 macam payah benau nak buat. Rasa bodoh menyelubungi jiwa. Progress memang ler ada, tapi sikit. Pastu info banyak, tapi tak tau nak susun cemana. Kena siapkan gak chapter 3 ni by ujung minggu depan. Tapi payah nau. Tengok ler camn kang. Harap berjaya ada progress malam ni... Kalau leh siap 3.2 ni. Ya Allah tolonglah hamba mu ini. Aku dah dapat baju raya.. cantik, tapi leher tu aku kasik kat student jahitkan tulang belut.. Huhu. Tadi gi Ikea.. Khamis pun dah gi.. tapi still aku nak beli gak rak tu.. so tadi pegi beli and tempah slack. Rupanya kat Sungai Besi banyak kedai tukang jahit. Alhamdulillah, InshaAllah tahun ni dapatlah beraya. Aku dah sampai Juzuk 28... lagi 2 khatam lah aku for the first time in life.. Umur 41 barulah dapat. Aku asik mikirkan tentang Bab 3... Sub Bab 3.2 citer pasal senario politik Mesia pasca PRU-12 then terus citer pasal isu politik dalam PRU-13. Aduh... Masa baca satu blog ni tadi aku teringat statement DSAI sebelum PRU-12. Beliau cakap bunyi nye lebih kurang cenggini, "pembangkang bukan nak jadi kerajaan, tapi hanya nak nafikan majoriti 2/3 BN." Malam ni aku terawih kat umah je. Sama macam semalam... kang nak buat keje.. pastu solat isyak and terawih.. pastu nak wat kije.. pastu nak pasang rak ikea.. pastu nak pasang jam ikea.. pastu nak balik kampung. Tadi Cik Pid bagitau Emak masak. Oh semalam aku makan banyak gila. Lepas Jumaat aku dok tunggu Kuriang.. so takleh nak kuar makan. So, petang semalam aku makan nasik beriyani kat Mydin tu siap makan kambing... mak aiiiii besau.. pastu aku makan plak A&W.. Ohya, Jumaat pagi aku pegi jap UKM.. jumpalah Dr. Sity.. konon nak beli buku yang beliau and Taki tulis... tapi takde. Cumanya beliau suruh aku hantar complete thesis a week before Raya. Boleh ke ni?

Tuesday, May 23, 2017

Colorful Revolution

Ni jadik kat Macedonia... Salu Color Revolution je macam kat Kyrgyztan, Ukraine, Iran, Myanmar.. tapi yang ni revolusi warna warni. Aku baru je berjaya habis tulis sub-bab 3.2.. tapi just 2 para je. Tapi kira kemajuan yang bagus. Dari takde. Aku ngantuk sangat ni...

Monday, May 22, 2017

7 Artis Bukak Tudung

Baru balik dari kampung. Tadi berjayalah sapu seluruh umah dari depan bawak ke dapur. Impressed gak lah aku. Balik dari kampung aku rasa bengong sebab still terbangang-bangang nak letak apa dlm sub-bab 3.2 Politik Mesia Pasca PRU12 dan Isu Politik dalam PRU13. Semua yang wat kena slashed. Ada 5 isi yang aku rasa relevant. Tapi entahlah. Aku end up dok tengok IG Mimi Peri, Misum and Kencana Wungu. Pastu dok tengok YouTube 7 artis bukak tudung. Tak nyangka tak enduga Sara Ali rupanya dah bukak tudung. Apapun yang paling cantik pastinya Uqasha Senrose. Rupanya dia lagi cun dari Nellydia.. Dah nak pukul 4. Esok puasa. Dahlah tu esok pun ada lecture. Tapi aku dok buang masa. Ni aku nak mandi, pastu nak Isyak.. and buatlah apa yang patut. Ohya, aku rasa macam bengang sebab akunye baju Melayu tak boleh tulang belut... 4 kot aku buat tahun ni. Aku bengang, tapi tulah my decision gak untuk buat dengan tailor bodoh tu. Takpe lesson learned. Mungkin kot pasal kecewa tak dapat tulang belut maka aku cenggini. Tapi aku yakin boleh. Aku akan cuba. Aku nak carik gak tailor yang leh. Demit.

Friday, May 12, 2017

Monster Calls

Patut aku tengok Monster Truck tapi ternengok plak yang ni... Ni semua gara-gara Dak Nad... Ni pasal budak yang nak sangat penderitaan mak nye berakhir tapi tak daya nak let go... tapi kena let go gak.. Bosan gak citer tu.. macam nyesal plak, patut tengok Truck sure aku happy. 

Ni hari tadi berjaya renew insurance keter and roadtax.. lega rasa.

Ini hari puasa.. berjaya gak habiskan puasa. Ni jap lagi balik umah aku nak habiskan 2.3. Semalam memang banyak gak progress.

Malam ni mesti lagi pulun!!!

Aku tak tau lah lately takde apa nak diceritakan..

Oh nanti nak ke PJ ada satu kedai buku yang sangatlah ilmiahnya. Diorang banyak jual buku pasal politik kat Mesia.. Sebab ilmiah maka buku buku tu tak berpihak...

Nak balik Dayan!!!

Best lagu ni

Check out @_TNIAU's Tweet: https://twitter.com/_TNIAU/status/862363530783322114?s=09

Monday, May 8, 2017

4.37 am

Aku terjaga, aku mimpi. Patutkah aku share or patutkah senyap. Tapi mimpi tu memang sangat tak best.

Saturday, May 6, 2017

Diaspora Study

, http://gulfnews.com/news/americas/how-arabs-shaped-latin-america-1.1829470

Satu lagi menda yang aku nak buat lepas PhD is buat kajian pasal diaspora. Sure seronok. Aku baru perasan, dalam bidang aku sekarang, tak banyak masa yang tinggal. Kalau nak keluarkan masterpiece, patutnya masa umur 30-an. Tapi buat jelah kan. Ada orang aku perasan lifenya penuh strategy. Sangat teratur. Bila nak naik pangkat, bila akan jadi Prof. Madya, bila begitu, bila begini. Malah boleh plan bila nak mati. Tapi tulah aku bukan begitu. Oklah, aku jat kampung, nak Asar pastu kemas umah kampung ni.

Tuesday, May 2, 2017

Paramaribo

Harini aku balik kampung. Pukul 3 lebih tolak dari Dayan. Bz gak hiway even for southbound. Tadi sempatlah lepak dengan Kak Ja and Mirrah. Aku bawak balik besdey kek dia. Rajin aku sekarang wat kek. Huhuhu. Nak try wat kek cekelat plak. Aku penat and ngantuk sebenarnya ni. Tapi malas nak masuk tido. Ohya tadi balik dari kampung ke Dayan lepas Isyak. Mokhzani dah lama tak datang rumah. Rasanya tuan dia dah kurung dia sebab takut dia hilang. Tuhari aku bukak rantai dia sebab dia asik garu leher. Rasanya sebab tu lah tuan dia kurung dia. Sian tengok Ati, salu pagi-pagi leh main kejar kejar dengan Mokhzani. Sekarang Ati lepak sendiri saja. Aku nak basuh mukalah, pastu ngadap laptop. BTW Paramaribo is a capital city of Surinam or dulu Dutch Guiana. Takde apa yang menarik kot kat situ. Tapi kalau di kasim teket free. Aku pegi je. Aku tengah pikir lepas Myanmar aku nak gi mana plak. Antara Katmandu dengan Colombo.

Saturday, April 22, 2017

Sinologist

Bila baca buku ni ha rasa macam nak jadik Sinologist. Ada Egyptologist, Arabist, Japonist, hijabist, haha. Aku ada tiga lagi literature mau tambah dalam LR. 2 untuk negara membangun, 1 untuk negara maju. Malaysia punya sudah complete. Lega bukan kepalang.

Oh semalam aku dapat pesanan segera or instant messaging yang mengatakan aku ni positive tak bertempat. Yeah positivist and positivism itu wujud. Tapi aku bukanlah positivist dalam konteks tu. Itu konteksnya dalam philosophy.

Yang nyata, aku sangat positif dalam hidup, dari kecik lagi. Basically, attitude yang semakin prevail pada hari ini adalah diri aku yang sebenar. Kalau orang tu kenal aku masa awal aku amek PhD, memang tak pernah terjumpa diri aku itu. Basically, kini aku makin berjaya kembalikan diri. Bukan mudah. 

Aku pernah lalui zaman yang sangat gelap, zaman meroyan, zaman emosi keterlaluan, zaman yang hampir buat aku tergelincir dari landasan. Tak semua tahu, tapi few people know. Dan ada yang claim sahabat, tidak tahu segala apa yang telah aku lalui. Yang benar-benar tahu memang akui, challenges yang aku tempohi itu bukan untuk semua orang.

Maka, based on that experience, being positive is a way forward. It is the only option. Di kala semuanya di luar kawalan. Apa option yang kita ada? Melatah? Marah? Meratap? Meroyan? Menyalahkan diri sendiri secara keterlaluan? Or yang paling sadis ialah apabila menyalahkan orang sekitar or Tuhan atas segala apa yang berlaku. Apa hasilnya? Apa kepuasan yang dapat dikecapi? 

Maka, being positivelah option terbaik. Kita tak mampu nak kawal apa orang pikir pasal kita, Kita tak mampu untuk kawal behavior orang lain. Kita tak mampu seratus peratus merencana masa depan. Tapi sebagai manusia kita boleh control our own thoughts. 

Kebolehan mengawal apa yang kita pikir, terutama apa yang kita pikir tentang diri kita sendiri ini akan terserlah pada kata-kata, perbuatan dan pembuatan keputusan. Hasilnya magical!!! Bila kita mampu kawal diri, terutama thoughts, kita akan membentuk perception orang terhadap diri kita. Kita nampak sangat kuat, kita nampak hebat. Lepas tu InshaAllah mudah. Indirectly, kita yang kuasai persekitaran kita. Kita mampu bina persepsi orang tentang diri kita.

Maka, kerana itulah in a time of crisis, kita kena focus pada apa yang bermain di minda kita sendiri. Pandangan orang lain tentang diri kita, kena put aside. Itu di luar kawalan semasa krisis. Tapi sebaik kita mampu control our thoughts. Sebaik crisis berakhir, then the rest is history. Semuanya InshaAllah sangat mudah.

Suatu yang tricky tentang berada dalam crisis ialah kita tend to pikir kita alone kononnya "me against the world" atau "I only have myself." Masa aku tempuhi crisis, orang yang paling aku harap ada tak ada. Tak mengapa sebab masing-masing ada kekangan dan halangan. Sebab keadaan yang sangat menghimpit aku belajar untuk letak pengharapan kepada ALLAH instead of manusia. Manusia lemah, sering kita berharap pada seseorang, tapi kita tak sedar yang orang itu mungkin jauh lebih lemah berbanding diri kita sendiri. Suatu yang luar biasa tentang sentiasa meletakkan harapan pada Allah ialah Allah tolong kita menerusi manusia juga. Allah menghadirkan orang yang baik-baik, At the end, kita tak merasa alone at all. Kita kena awasi perkataan tu, takut-takut bila cakap I always alone sampaikan kita merasa kita ni takde Tuhan.

Apapun semunya dengan izinNYA. Kena sangat bersabar. Satu perkara penting, bila always positive kita akan sentiasa sangat bersyukur dengan segala apa yang kita sudah raih, bersyukur dengan khalayak yang always ambil tahu and ingin membantu, bersyukur dengan cabaran yang merintang. Yang sonok, bila positive, dalam cabaran itu kita nampak peluang. Misalnya, crisis, dalam pada kita boleh tengok ia as a kafarah, boleh saja kita being postive dan bersyukur mendapatnya sebab ia membantu kita belajar sesuatu. Untuk aku pulak, crisislah yang buat aku kembalikan diri aku yang sebenar. Crisis buat kita lebih hebat, lebih kuat. Maka takde reason untuk kita tidak bersyukur dengan crisis.

Maka, tidakkah indah dunia apabila segalanya kita lihat dari sudut yang positive? Even, bila positive kita jadi manusia yang takde masa nak tengok kurangnya orang lain sebab kita terlalu busy nak perbaiki diri sendiri. Lagipun buang masa carik lemahnya orang atau senaraikan history kelemahan dalam kehidupannya walhal tak mampu kita deny kekuatan dan kehebatan yang seseorang itu miliki. Kita jadi takde masa nak argue berjela sebab tahu ia tak bawa masuk duit berkepuk. Kalau nak argue, berbahaslah tentang idea or ideology barulah kepala otak rasa best. Takde masa jugak nak blame game sebab lagi syok main game kat tenet or main game sukan. So, being positive sentiasa ada tempatnya.

Apapun aku sangat bersyukur pada Allah. Sekarang semakin hari semakin mudah, Tak nafi, tetap ada cabaran, tapi aku tempuhi dengan tenang dan penuh stail.

Tapi ada satu menda yang aku payah nau nak control. Nafsu makan. Huhu.

Friday, April 21, 2017

Plate Plateu Plato

Aku kat kampung. Patutnya ni malam kat Dayan. Tapi aku balik kampung. Jengok Mak and Ayah. Takpelah kot. Aku planned tanak balik kampung. Nak jimat duit. Nak pulun buat thesis sampai hari Senin. Senin petang barulah balik kampung. Tapi aku pikir, kenapa perlu nak berkira sangat. So, aku pun balik je. Aku singgah solat kat masjid yang dekat dengan Exit Pedas Linggi. Tu memang favourite. Pastu aku singgah dinner and tapau untuk Emak and Ayah. Ni ada satu kedai Melayu Patani dah jadi fav aku gak. Aku belikan Mi Kungfu. Emak suka, seronok aku tengok beliau sangat berselera makan tadi. So, bolehlah pasni aku makan kat and tapau kat situ. Things get better sekang. Memang sangat bersyukur.

Peta ni dah lama benau aku nak tengok kembali tapi tak tercarik dan tiba-tiba ada orang yang share kat whatsapp group. Mala aku pun ameklah 
Ini kek untuk hari jadi Ayah and Emak.. Masa besdey Emak, kek tak menjadi.. so, aku buat sekaligus.
Emak and Ayah pergi jalan-jalan

Sunday, April 16, 2017

Populist Leader

Alamak tah mana article aku baca tadi. It was a good one. Aku jumpa through Twitter kot.. adohai.. Ini pasal China... Oh no.. a book.. buku merah..  part YELLOW RIVER CAPITALISM (YRC)..

Ini bukan menda baru sebenaunya.. Ini memang Asian style.. South Korea dulu-dulu pun cenggitu gak... ini semua pasal ROLE OF STATE in economy.

Tentang China.. It is exporting YRC to Africa... Paling awal were ZAMBIA and MAURITIUS... Pastu buat corridor economy which of course infrastructure jadi pemangkin ekonomi. TANZAM.. Dari Dar Es Salaam to Lusaka... Sonok bacanya.. Kalau Tesis dah habis memang cepat je abis buku tu.

ALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH.. Ini hari I would say.. Chapter 1 sudah siap!!! Weekend yang begitu memulun. Tak rasa letih dah... Memang dah boleh print and submit to Pak Agus. Ini kira 2nd Draft. Tapi dalam pada nunggu Rabu.. aku plan untuk add on 3 lagi LR for Malaysia.. 2 untuk LR for negara membangun and 1 LR untuk negara maju. So, 6 lagi mau tambah.. eceli bila-bila masa saja leh tambah...

Leganya hanya Allah yang tahu... Aku planned nak balik kampung and bawak Emak makan mi tarik kat Mydin Tampin.. tapi dari hari Jumaat bertangguh balik kampung.

Allah sahaja yang tahu.. Komitmen for PhD is untuk Emak juga... Terpaksa korbankan quality time with her demi siapkan thesis. Yang penting orang sekitar especially family and sahabat-sahabat utama aku pun paham..

Nak harap Emak and Ayah paham.. rasanya Emak tak paham dah.. Tapi harapnya kesihatan Emak pulih segera.. Aku pikir kalau aku dah abis PhD memang boleh aku beri undivided commitment untuk pulihkan Emak.. Yang boleh aku buat sekarang is keep on berdoa.. Mintak dari Allah pulihkan Emak.. Emak mesti kembali macam dulu... Emak the Matriarch. Yang sangat berkuasa ke atas familynya.

Nak balik kampung dah.. semoga semua makin bagus.

Ohya, bercakap tentang bagus.. seorang member aku ni menghadapi cabaran yang agak mengesankan. Tapi begitulah harap beliau tabah.. Terasa mau judge.. sonok menghakimi orang lain... tapi bila pikir semula.. apa gunanya,.. apa pekdah yang aku dapat.. kepuasan sebab buat orang lagi down??? Terpikir mau membalas sebab masa aku down pendekatan beliau terhadap aku lebih kepada torture berbanding advise... again.. any gains? Tak juga... lantas aku mengelak dari judge dan jauh sekali kasi kata-kata kesat or menjauhkan diri..

Mungkin beliau ada silap.. tapi kita tak berada dalam situasi beliau... kalau kita jadi beliau.. kita juga akan behave begitu dan react to the situation sebegitu. Satu lagi, someone gotta help.. Bukan mau menjadi hero... Lagipun tak de apa yang significant mampu aku lakukan.. Tapi being nice is a big help di kala orang lain not so nice kepadanya.

Begitulah CHINA... guna SOFT-POWER untuk meluaskan pengaruhnya di pentas dunia.. tak hala senjata.. tak jugak pemimpinnya bermulut jahat... cuma keep on bekerja and being nice to the other countries.

Arhhh.. nak balik kampung!!!

Thursday, April 13, 2017

#BeltandRoad

Ini initiative menarik by China.. banyak kat Twitter menda ni... 
Oh semalam aku jumpa supervisor.. pastu pergi Mines beli baju then pergi AEON Balakong makan tepanyaki... then aku beli blender harga RM269... hahaha.. happy aku dapat beli blender tu... sonok rasa...

Pagi ni aku test blender tu.. memang performancenya sehebat blender mahal Emak yang aku rosakkan tempohari.. So, sekarang takdelah rasa bersalah.. 

Tadi aku letak buah naga, kurma, kismis, epal and tomato.. sedap... Ini sebahagian langkah aku nak kembali jalani life yang lebih sihat...

Mintak-mintak dapatlah kurangkan berat badan.. dah melampau sangat sekarang.. aku nak exercise agak payah sekang sebab nak pulun tesis...

Tapi yang paling penting aku leh buat jus untuk Emak.. nanti nak masukkan celery, pisang and broccoli... 

Harini dah Khamsi.. banyak menda kena buat.

Thursday, March 2, 2017

The Darkness of Dedakism

Aku dalam meeting.. boring dok dalam meeting.. semua ni duniawi.. yang penting aku nak beskal jap lagi.. huhuhu.. semalam tak jadi jumpa Tok Mas kat Japerun Lendu.. bengang aku.. pastu petang jumla Tok Supervisor.. 

Lepas tu aku gi Bukit Unggul jumpa member lama Drexel dulu... Aku makan mi goreng dengan lamb chop.. Mak aii lepas tu leh rasa macam darah naik.. 

Oh atas tu tajuk research or buku kot.. kalau aku larat lah nak buat.. As aku mentioned many times.. aku just nak life yang simple.. tapi kaya.. berharta... kah kah kah kah.. easy life man...

Very serene aku tengok tempat ni siap ada man-made waterfall.. nampak agak natural.. tak macam tak macam waterfall kat junction Leboh Air Keroh and Jalan Bukit Baru yang opposite Jabatan Kastam Melaka tu.. itu antara legacy Tan Sri Ali Rustam yang menyakit mata.. tapi sekarang aku macam dah boleh tolerate.. sebab pembinaan waterfall itu menyerlahkan ciri-ciri kekampungan.. and you know what.. Melaka dengan ciri-ciri kekampungan Melayu berpisah tiada.. So, that ugly man-made waterfall of Melaka is ok.,.. itu tinggalan sejarah.. itu adalah kenangan.
Emak temani aku ngecat pagau.. comel banget.. Hari Ahad lepas.. ni aku memodify entry ni.. sekang 4 March 2017
Inilah pintu pagau yang aku cat.. bertahun weh tak bercat.. tuhari warna hitam.. pagau ni Ayah yang bina.. dulu aku benci betul dengan pagau yang Ayah buat.. tah hapa-hapa.. tapi sekarang aku sangat appreciate.. dulu siap rasa the pagau was an embarrassment.. 
Inilah pemandangan kat RnR kat luar Luang Prabang.. belakang RnR is the airport.. patung warna biru ni aku tak tau apa kejadahnya and apa kesignifikanannya.. BTW bahagian KESIGNIFIKANAN KAJIAN belum lagi aku buat... Tok SV leh ingat.. memang betul orang tua tu punya ingatan memang luar biasa.. dia leh ingat mana yang aku lom buat lagi.. mana yang dia lom check lagi.. stresses but blessed having him as my main SV.

Aku makan shrimp.. agak sedap.. tapi nak nelan tu payah gak.. mula siap pikir nak buat perangai macam 20 tahun dulu kat US.. makan katok aka non-halal chicken/beef.. tapi aku pikir.. aku kat Laos ni 5 hari jer.. berbaloi ke.. penat je aku semayang.. buat sunat Taubat segala.... maka aku bersabau jelah...

Minah dua pekerja restaurant tu sangat baik.. siap kasik aku charge hanphone kat tepi tu... huhuhu.. Aku rasa sebab aku handsome.. kalau takde rupa paras yang menarik sure mereka tanak layan... huhuhu.. Aku minum air Mila immitation.. not bad... sedap.. minuman coklat tersebutlah yang memberikan aku tenaga dan semangat untuk selanjutnya menjelajah naik motor kat area luar Luang Prabang tuhari...

Monday, February 27, 2017

Oscars

Aku kat dobi.... aku nak baca buku.. entahlah.. rasa macam makin bodoh.. aku bosan buat thesis.. tah hapa-hapa. Esok nak interbiu Ketua Puteri Umno.. YB Mas kat opis dia kat Masjid Tanah.

Tadi agent jual umah / property valuer datang umah Sendayan.. landlord umah aku tu nak jual.. Aku lah gatal tanya.. dia ada niat nak jual ke.. aku ingatkan beli subsale senang.. payah.. takde 30k cash dalam tangan takyahlah.. aku congak-congak macam.leh sediakan upfront tu... and boleh gak bayau bulan-bulan.. tapi aku abort the mission.. tak mau lah.. nanti banyak benda kena sekat..

Aku nak focus pada PhD dulu and gi travel. Aku kesan yang aku ni mesti kuar dari sempadan negara at least 6 bulan sekali.. kalau tak kepala rasa macam dirasuk tungau.

Aku kepenatan.. and sket rasa macam bengang.. macam irritated.. macam apa lagi yer.. sampai aku agak keciwa dengan diri sendiri.. taklah teruk sebab aku sekarang bijak tangani emosi and attitude.. tapi ada gak..

Aku rasa macam tak dapat bantuan.. and macam keliling tak cuba nak paham betapa penatnya aku.. macam tak nampak.. 

Aku tak expect bantuan duit ke apa.. cuma tunjuklah yang anda semua bersama aku..  beri aku kelonggaran.. aku rasa macam kena bully kadang tu.. semua hempok or baling kat aku macam baling baju masuk dalam washing machine and dryer.. 

Argh lega curah perasaan kat sini.. 

Alamak baju dah kering.. aku nak lipat baju.. huhuhu


Sayang rumah ni...  aku beli 2003 kot.. aku pun tak ingat.. pastu duduk dari 2003 - 2007.. kejap je.. then pindah Kedah...
Inilah ad kat mudah.. berbaloi beli umah kat Bandar Baru Bangi.. senang dapat renter.. Ada jer orang dok tanya.. tapi tak larat la orang asik mintak diskaun.. bukan korang saja perlu guna duit.. aku pun...
Kalau tak silap keter antik tu Jagiuar.. kat Luang Prabang tu.. rindu lepak sana.. memang aku akan kembali ke sana... sangat best... Aku macam dah meluat gila dengan study aku... Aku sangat marah... Ohya.. rumah tu ada tangga macam tangga Melaka.. Aku rasa kalau ada orang nak sebarkan Islam.. Laos is a good place..  Elok kalau Raja Salman from Saudi gi visit sana gak... 

Kunming

Bulan 8 ni aku ke Yangon.. excited. Ni dua orang kakak aku and anak buah aku.. Dak Kakak dah balik Mesia dari Hokkaido.. nengok gambau mereka nampak sungguh best.

Bunyi azan Subuh.. ni kat kampung.. Aku sebenaunya gila banyak menda nak cite tapi macam susah benau nak sampaikan.

Malam tadi member aku yang kena remand MACC tu responded to my text kat wasap. Alhamdulillah.. bayangkan 4 hari terkurung dalam lokap.

Aku tak peduli sama ada betul ke idak dia guna credit card corporate tu secara betul or salah.. satu takde rasuah.. menda ni lebih pada misuse of power yang leh settle internally.. rasa macam bukan MACC nyer jurisdiction.... Yang penting, dia salah or tak salah.. beliau tetap kawan aku and aku support beliau...

Aku dulu pernah gak terpalit dengan kontroversi.. tapi Alhamdulillah ramai sangat kawan membantu.. cuma satu dua saja yang very grudgy and judgy (huhu aku coined perkataan baru). Yang grudgy and judgy tu aku tak kisah pun sebab mereka tak ngerti dan tak lalui... so mana nak paham.. tapi takdelah nak doakan mereka lalui untuk paham.. tak sempat kot nak doakan begitu... huhu better aku doa untuk diri sendiri. 
 
Tu sebab bila ada member yang ditimpa kontroversi.. aku mendoakan mereka dapat tempohi dengan baik dan segala isu dapat selesai dengan sangat baik... Aku contact dia... Cakap elok-elok... Bila contact aku tak keji... tak maki-maki.. tak sesal-sesalkan... tak jauhkan diri... 

Yang aku pasan.. kita ni kalau bila orang susah kita sesal-sesalkan dia macam "kan aku dah cakap dulu... tu lah tanak dengau cakap aku... cakap aku ko tak pernah dengau.. " or cakap threaten.. "kalau ko buat lagi memang aku takkn peduli lagi or ko takkan jumpa aku lagi...".. itu buat orang tersebut lagi down.. teruk lagi.. dan menda tu akan balik kat kita.. 

Perhatikan.. kalau kita suka cakap macam itu.. Bukan saja orang yang sedang ditimpa tu lari.. tanak ngadu apa-apa lagi kat kita... tanak mintak tolong dari kita (loss of opportunity untuk buat baik.. buat pahala)... tapi orang-orang lain pun lari... 

Kena dengau lirik lagu Marsha Milan Londoh... aku tak ingat tajuk... tapi dia ada cakap.. bila kita sembang... or bila berhadapan dengan situation.. it is not about siapa benar siapa salah... it is also not about siapa menang sapa salah... It is about finding solutions.. it is about brainstorming.. 

Aku pelik kenapa ramai orang marah bila member dia or kita tak ikut nasihat dia... I mean.. berlapang dada.. masing-masing dah besar kot... dah tua bangka.. satu lagi cermin diri.. adakah anda sentiasa menerima dan ikut sahaja pendapat and nasihat orang lain... sasah lah akan timbang tara before you decide... 

Nak balik Sendayan... 

Ohya.. aku nak travel ke Kunming.. A city of eternal spring.. sure sejuk kan??? Aku nak beli beskal ni.. nak bawak beskal ke swimming pool... baru lah sonok. 


Ini ubat aku beli kat Luang Prabang.. untuk perut yang gassy.. aku selalu sendawa.. aku tak suka. Tapi aku tak bawak balik sebab aku takut kot-kot ada daun-daun tu daun ganja ke hapa.. walaupun beli kat pasau malam tapi mana tau kena tipu. 

Friday, February 24, 2017

23 February

23 February.. Ini hari sangat mengejutkan aku... I was petrified... stunned.. betul ke perkataan to tuk describe how I felt semalam... A news yang aku baca left me without a word.. speechless... jap lagi sambung... aku nak gi makan.

Ni dah pukul 2.36 petang.. 25 february... semalam nak sembang.. tapi lepas balik dari dinner aku terus tidur.. Sekang ni aku nak buat kijer.. tapi kena gak curhat sikit kat sini sebab curhat kat sini macam stretching before workout.. 

Moh cerita pasal 23 Feb.. yer hari Khamis.. aku bangun-bangun bukak grup wasap kuar newspaper cutting pasal senior officer of a GLC kena tahan remand dengan MACC.. Itu member aku... tak member masa kat PPP ITM, pastu jadi member rapat kat MCC Kuantan.. pastu rapat-rapat tidak kat Drexel Uni, US.. pastu balik Mesia memang setahun sekali pun susah jumpa..

Yang aku tahu mamat ni memang sangat berjaya... 

Aku wat kije dululah..

Aku malas nak baiki entry ni.. biarlah.. pasal member aku.. Alhamdulillah dah kuar lokap.. katanya takde pertuduhan.


Kak Ita.. Cik Pid.. and Dak Kakak... sonok diorang pergi Hokkaido.. Semua ok sampailah hari Jumaat.. Kak Ita merajuk.. siap bila dah sampai Mesia left group.. aku call tak angkat-angkat.. dia bengang dengan Cik Pid and Dak Kakak.. biasa lah tu.. travel sure ada drama.. tapi pastu baik semula.. kena travel sama.. travel membina kenangan.... Travel yang paling aku bangga of course lah dapat bawak Emak ke US and Canada... banyak cities plak tu... even dah sampai kat Hatten Island.. eh yeke nama dia.. yang ada Lady Liberty tu... Travel tu gak lah yang buat aku rapat dengan family.. kalau tak memang aku tak balik Mesia.. and tak dulik pasal Emak and Ayah aku and family.
Member aku Dak ENdot.. member masa PPP, MCC and Drexel tunjukkan postcard Philly.. Haah la.. aku rindu Philly.. moga dapat balik sana nanti.
Inilah dia.. Aku rasa beliau ada salah.. tapi aku sokong beliau. Alhamdulillah tuhari sembang beliau very calm and composed.
Jumpa kat bilik belakang or Bilik Emak masa kemas... dulu masa kecik aku nak belajau solat semua aku baca buku ni.. dalam Jawi ok... dulu sangat lancar baca Jawi.. sekarang tak sure...
Stupa.. kat Luang Prabang.. aku sebenaunya banyak sangat nak cerita pasal sana.. tapi sekarang macam tak reti menulis.. Supervisor aku asik cakap aku tak pandai menulis.. sampai aku tak boleh nak jadi kreatif.. tak tahu kenapa.. Harp aku dapat kembali rasa seronok menulis.. be it creatively or in academic...

Saturday, February 18, 2017

Rokki and Multilateral Retrenchment

Apa ke jadah maknanya? Aku pun malas nak mahamkan.. ni jumpa dalam artikel by an Israeli academic Efraim Inbar dalam buku The Arab Spring, Democracy and Security.

Tadi pagi aku berjaya swim 30 laps or 1500 meter.. aku wat rilek rilek pelan pelan saja..  berjaya juga.. then aku masuk gym.. buatlah tah apa nama machine tu.. Tapi sebelum tu aku timbang.. Aku sudah 91kg!!!! Aduhai.. berat sungguh.. mesti lakukan sesuatu.

So far tak minum manis dah dekat seminggu.. minum air kosong manjang.. rasa macam ok badan. Argh.. ngantuk gila.


Ini in flight nye wifi.. kimak memang tak payahlah.. tapi kalau nak guna gak sign in guna CHROME.. jangan guna google.. boleh TEXT MESSAGING SERVICES only.... Internet surfing and streaming.. youtube ke memang takleh.. buang duit RM9 je.. jahat Air-Asia ni.
Hari ni Mak Tom meninggal dunia.. hari ini gak Cikgu Mokhtar.. cikgu masa aku kat Sultan Muhammad.. meninggal.. sedih kan..
Aku tak ingat apa aku makan... RM15 kalu tak silap... sedap.. ini macam chicken role.. very nice..
Inilah rupa paras BUREAU DE CHANGE kat airport Luang Prabang.. Aku sampai je tarus tukau USD to Kip di situ... Tadi aku timbang berat aku 91kg wei.. fuhh.

Friday, February 17, 2017

Rumah Bangi Siap Chat

Alhamdulillah.. terima kasih buat sahabat aku yang sorang ni.. Aku di Luang Prabang beliau sensorang ngecat rumah aku.... balik2 aku just kemas sikit-sikit je.. Kalau takde beliau... susah aku.. khidmat ngecat beliau pun foc sahaja.. aku nak bayau.. tapi budget tengah ketat.. huhuhu.. Tapi beliau tak merungut.. Alhamdulillah.. mana nak dapat member sebaik ini... Syukur banget tuah sentiasa menyebelahi diri aku ni... Aku nak sewakan RM650 plus RM33 maintenance fee... Masa dok cuci rumah ni.. aku teringat zaman lepak umah tu... best gila.. sejuk..

Saturday, February 11, 2017

Husnuzon Suuzon Luzon

ALHAMDULILLAH...

Berjaya gak aku ngadap laptop ni.. Semalam aku ke Shah Alam.. hantar bundle.. kemudian aku lepak dengan Cik Pid and Kak Ita.. Pastu aku ke Balakong.. then aku ke Sendayan..

Aku sedang melatih diri untuk bersangka baik dalam apa jua keadaan...

Lepas tu tak mudah dicucuk..  Sebab aku ni mudah sangat diinfluenced....

Ini entry sebelum ke Laos.. huhuhuhuhu.. tah hapa-hapa emosi ku di waktu ni... banyak nak cerita tu.. siap aku letak LUZON...BTW kalau ke Pulau Luzon.. aku mau ke BAGUIO.. huhuhu.. lepak sana pastu smule lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Lepas je abis edit entries.. aku nak balik kampung.. konon kakak aku plan tu hari nak bawak Emak jumpa Ustaz Ahmadi ni hari.. tapi tunda to 18th..

huhuhu