Monday, February 27, 2017

Kunming

Bulan 8 ni aku ke Yangon.. excited. Ni dua orang kakak aku and anak buah aku.. Dak Kakak dah balik Mesia dari Hokkaido.. nengok gambau mereka nampak sungguh best.

Bunyi azan Subuh.. ni kat kampung.. Aku sebenaunya gila banyak menda nak cite tapi macam susah benau nak sampaikan.

Malam tadi member aku yang kena remand MACC tu responded to my text kat wasap. Alhamdulillah.. bayangkan 4 hari terkurung dalam lokap.

Aku tak peduli sama ada betul ke idak dia guna credit card corporate tu secara betul or salah.. satu takde rasuah.. menda ni lebih pada misuse of power yang leh settle internally.. rasa macam bukan MACC nyer jurisdiction.... Yang penting, dia salah or tak salah.. beliau tetap kawan aku and aku support beliau...

Aku dulu pernah gak terpalit dengan kontroversi.. tapi Alhamdulillah ramai sangat kawan membantu.. cuma satu dua saja yang very grudgy and judgy (huhu aku coined perkataan baru). Yang grudgy and judgy tu aku tak kisah pun sebab mereka tak ngerti dan tak lalui... so mana nak paham.. tapi takdelah nak doakan mereka lalui untuk paham.. tak sempat kot nak doakan begitu... huhu better aku doa untuk diri sendiri. 
 
Tu sebab bila ada member yang ditimpa kontroversi.. aku mendoakan mereka dapat tempohi dengan baik dan segala isu dapat selesai dengan sangat baik... Aku contact dia... Cakap elok-elok... Bila contact aku tak keji... tak maki-maki.. tak sesal-sesalkan... tak jauhkan diri... 

Yang aku pasan.. kita ni kalau bila orang susah kita sesal-sesalkan dia macam "kan aku dah cakap dulu... tu lah tanak dengau cakap aku... cakap aku ko tak pernah dengau.. " or cakap threaten.. "kalau ko buat lagi memang aku takkn peduli lagi or ko takkan jumpa aku lagi...".. itu buat orang tersebut lagi down.. teruk lagi.. dan menda tu akan balik kat kita.. 

Perhatikan.. kalau kita suka cakap macam itu.. Bukan saja orang yang sedang ditimpa tu lari.. tanak ngadu apa-apa lagi kat kita... tanak mintak tolong dari kita (loss of opportunity untuk buat baik.. buat pahala)... tapi orang-orang lain pun lari... 

Kena dengau lirik lagu Marsha Milan Londoh... aku tak ingat tajuk... tapi dia ada cakap.. bila kita sembang... or bila berhadapan dengan situation.. it is not about siapa benar siapa salah... it is also not about siapa menang sapa salah... It is about finding solutions.. it is about brainstorming.. 

Aku pelik kenapa ramai orang marah bila member dia or kita tak ikut nasihat dia... I mean.. berlapang dada.. masing-masing dah besar kot... dah tua bangka.. satu lagi cermin diri.. adakah anda sentiasa menerima dan ikut sahaja pendapat and nasihat orang lain... sasah lah akan timbang tara before you decide... 

Nak balik Sendayan... 

Ohya.. aku nak travel ke Kunming.. A city of eternal spring.. sure sejuk kan??? Aku nak beli beskal ni.. nak bawak beskal ke swimming pool... baru lah sonok. 


Ini ubat aku beli kat Luang Prabang.. untuk perut yang gassy.. aku selalu sendawa.. aku tak suka. Tapi aku tak bawak balik sebab aku takut kot-kot ada daun-daun tu daun ganja ke hapa.. walaupun beli kat pasau malam tapi mana tau kena tipu. 

No comments:

Post a Comment