Saturday, April 30, 2016

Correctland

Banyak pictures lagi.. ni aku pakai letak saja.. aku malas nak susun. Ada kat Yala.. ada Naratiwat.. dari Tak Bai to Naratiwat ada banyak bus stop kiri kanan jalan. Semua bumbung kuning. Jadi tempat lepak of the locals.

Aku tak sure dah bincang ke belum about this matter. Bangkok Model to deal with FAULTLAND. Ini term aku coin sendiri yer, modified from Fault Line by Huntington. Ini model so far berjaya untuk Bangkok achieving peace in Malay heartlands of southern part Thailand. Bukan setakat peace tapi yang penting Kerajaan Pusat di Bangkok tak perlu nak undergo decentralization or devolution yang boleh mencela kedaulatan Bangkok. Tak perlu beri autonomy, apatahlagi nak kasik full independence. Tak mau dipikirin.

Bagaimanakah Bangkok lakukan? Bagaimana adik perempuan clean up the mess yang abangnya lakukan dalam 10 tahun lalu?

Pertama, economy. Pastikan ekonomi kat 3 changwats tu vibrant. Masa aku lawat memang physically developing. Jaringan jalan raya memang undeniably bagus. Macam biasa le jalan raya nye susah jumpa lubang atau kurang rata atau kurang nampak konsep turap sesuka hati yang rampant kat Mesia. Even, masa jalan dari Yala ke Betong pun jalan raya bagus walau berliku. Sebenaunya kenapa aku berani drive sorang sampai lalu situ sebab REPUTATION Thailand yang jalan rayanya berkualiti bagus. Nak cakap kualiti tinggi tak berani. Aku bukan civil engineer. Satu lagi, konsep rumah gobok tak jumpa macam kat Kelantan. Even kat Negeri Sembilan ni pun leh dijumpai. Pada aku mercu tanda kebangkitan ekonomi kat sana ialah bila ada WIND TURBINES. Tak tau le sapa yang dapat the real laba dari project begitu... (Malaysian gila pemikiran aku bila terpikir soal laba project.. haha... dedakism and Malaysians takleh nak di pisahkan). Yang penting, bila nampak kipas gergasi yang menjana letrik tu terus kita sebagai visitor naik impress. Sebab wilayah bergolak mampu muncul dengan green tech yang gila mahal. Melaka yang sibuk dengan Bandar Teknologi HiJau tu pun takde pun aku tengok solar panel.. kalau nak go for wind turbine aku rasa bodoh le sebab Melaka tak berangin... Besar implikasi ada kipas gergasi tu.. nampak mereka dah go dengan sustainable and renewable energy. Petronas tu tak mau ke venture renewable energy? Or TNB? Tak bertenaga langsung dua GLC nih. Hahaha.. research nya tak bagus kot. Ada je uni dua-dua ni UNITEN and UTP.. ke mana ek? Hihi.

Kedua, livable environment... bukan sustainable environment.. it lebih jauh and sophisticated conceptnya... Ini peranan local governments. Macam aku cakap puluh kali... visiting these 3 cities Nara, Patani, and Yala ubah persepsi aku tentang budaya Melayu Kelantan-Patani... (Aku yakin je nak guna term DIASPORA untuk Kelantan-Patani ni.. Tapi nantilah dulu). Aku ada kepercayaan yang sangat tinggi yang orang Melayu dalam budaya Kelantan-Patani ni kuat agama, kuat beribadah, tapi pengotor. Kuat solat tapi malas cuci toilet. Tapi semua dah berubah kot. Even Kota Bharu pun tu hari kelihatan bersih. Cuma Patani nampak lebih bersih. Mungkin sebab penataan cahaya sebab aku sampai KB pagi, aku sampai Patani awal petang.

Ketiga, guna sentiment. Amek hati orang Melayu yang tebal keIslamannya ini. Apa cara paling mudah? Adakah dengan hanya beri kebebasan mereka beribadah? Amek hati gun material yang spiritual which is masjid. Dalam kembara singkat aku identified banyak gila masjid which are under construction. Besau-besau lak tu. Aku yakin pihak Bangkok sendiri yang biaya. Bukan sekadar komuniti atau kariah. Kena cek fakta. Pastu, masjid sedia ada semua well-maintained. Semua well-paint. Masjid memang nampak penting dalam life orang Melayu belah sana sebab mereka aku nampak bila masuk waktu memang berduyun-duyun ke masjid.

Keempat, penjawat awam. Pakcik yang pernah jumpa Tok Ali Rustam tu bagitau aku yang penjawat awam ramai yang dah direcruit dari orang Melayu. Dulu nak memerintah orang Melayu ni tak di open jawatan gomen. Itu kena baca buku arwah Dr. ni.. dari UKM. Nak peringah minoriti yang rebel kena kasik jawatan gomen pada mereka. So, dapat selamatkan sesuatu wilayah tu dari terus demand for full independence or being autonomous. Tapi aku secara peribadi lebih gemar tanah orang Melayu itu merdeka penuh.

Kelima, angkatan bersenjata. Pakcik tu bagitau ramai dah polis dan askar di kalangan orang Melayu dan ditugaskan kat tiga changwat tu. So, bila nak bertempur akan jadi pertempuran antara Melayu dengan Melayu walau sebenarnya pertempuran di antara Kingdom of Thailand versus Patani United Liberation Organization. Aku suka dengan nama Patani United ni.. pendek jadi PU, pencetus ummah. Aku tak suka gila dengan realiti TV tu. Aku rasa penuh kepura-puraan. Hehe. BTW aku tak tengok pun. Aku rasa tu semua sampah. Pastu, orang sibuk dengan MU, Manchester United, bergolok gadai nak pergi stadium MU.. Pak Arab pun tergedik-gedik veli kelab MU.. tapi bagaimana pula dengan PU kat seberang Sungai Golok? Kenapa bila seberang saja sempadan tu korang sentiasa pikir pasal pelacuran berbanding dengan PATANI UNITED? What makes you begitu extreme bersentiment dengan MU tapi tidak dengan PU? Bukan mereka saudara sebangsa and seagama ke?

Justeru rakan-rakan, solusi kepada separatism, irridenta, guerrilla, terrorism.. bukan dengan oppression, discrimination apatahlagi marginalization... bukan sekadar proceed with rundingan demi rundingan bagi capai persetujuan... Dah capai truce.. perlu diisi keamananan itu.. geli aku berkhutbah begini. Tapi begitulah.. preaching is bleaching. Terpaksa.

Indonesia senang jinakkan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Sedut habis minyak sampai takde yang tinggal, pastu Tsunami datang. Ha, maka mereka pun terima takdir mereka untuk terus berada dalam NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) dalam omputih Tbe Unitary State of Republic of Indonesia.

Mak aku baru call, tanya pasal siapa balik. She is very excited.. tanya sebab nak masak nasik berapa banyak.. tapi aku jawab dengan pitch yang agak tinggi.. pastu beliau macam senyap... mmm sedihlah..

Aku sebenarnya sedih sebab banyak perkara sekarang. Tapi tak macam dulu. Aku dah boleh handle kesedihan.

Ok.. nak blah.. pic nomot satu.. Masjid kat Yala.. Kubah both for the minaret and the main kubah rupa daun... cun. Pastu kan aku ada jumpa kubah payung... bukan macam masjid negara nye bumbung.. itu bukan kubah.. itu bumbung payung mayat.. apapun salute Hujaz Kasturi.. Yang kat Lepas Yala ni beda.. Memang payung tapi ia kubah.

Pic nomot dua, tah umah kat mana.. aku tak sure.

Nomot tiga masjid under construction, macam rupa masjid negeri Pahang je aku rasa.. tak sure, aku dah lama tak gi Kuantan.

Nomot empat, kat R&R, aku suka R&R kat Thailand. Sama je rupa dengan yang jalan nak gi Krabi and Phuket.

Nomot lima, jalan Takbai-Yala, tandus gila area situ.. aku amek pic tu nak tunjuk betapa itu area macam sedang experience desertification. May be gak sebab tanah pantai yang sandy... apapun area itu memang cun.

Masjid hijau... kat Takbai kot.. Pintu gerbang tu nak ke jeti Pengkalan Kubor.

Rumah lama tu plak sangat cun.. itu umah dok belakang masjid 400 tahun.

Pastu, gambau air.. jenama tu Kelly, aku teringat dengan member baik aku.. Dr. Kelly... kalau dia nak bikin product boleh dah kot.. leh jual kat Thailand.

Menara jam tu aku rasa kat Naratiwat.. nak je aku masukkan semua ni kat Instagram, tapi aku benci IG.. nengok la kalau rajin.. sebab aku tak guna phone bagus.. aku kena beli gak Iphone.. senang. Tapi kalau DSLR pun ok gak ek.. tapi aku amek pic not sebab seni amek pic tu.. sekadar pembuktian tentang a place. Tapi ok gak kalau nak explore something new in life.

Bawah pic menara tu sekolah agama kat Takbai.

Masjid kubah shiny tu tah tak ingat.. aku rasa jalan Nara-Patani

Bawah tu signage Masjid 400 tahun. Signage bagitau 300 tapi Pakcik jaga masjid bagitau 400 tahun. So aku ikut sumber unofficial.. sebab sumber rasmi selalu menipu kerana agenda tertentu and Gen-Y tak percaya hard-facts.. Haha. Alku Gen-X. Oh no, aku macam divergent.. suits untuk masuk semua.. hahaha.. transcendent. 

Bawah tu aku saja amek pic military nye poster. Tah hapa aku tak tau. Agendanya mungkin nak rakyat patuh pada pemerintah. Ada satu poster sebenarnya, guna muka budak pompuan Melayu pakai tudung terima bantuan dari tentera Thai.. quite powerful gak lah pictorial messagenya, macam tunjukkan yang budak tu mahukan keamanan untuk masa depan.

Bawah tu ferry nye tambang.. berapa Riyal aku tak ingat. Oh.. lima inggit.

Pastu tu la ha bus stop bumbung kuning yang menguasai pemandangan kiri kanan jalan Takbai-Nara.

Adoi.. chapter 5 tak siap lagi ni.




Friday, April 29, 2016

Passbook Automated Machine

Tu pic Passbook Automated Machine. Bukan Perbadanan Air Melaka. Diorang nye bank ada machine yang jenis lain ek. Hebat. Ni mesin kat Tak Bai

The hijau macam hijau PAS pulak.

Telling

Aku tengah buat pasal pemasaran politik BN

Mana-mana parti politik tak boleh guna perkataan rebranding.

Or penjenamaan semula...

Sebab it brings negative connotations.

Bungkusan baru rasa tetap sama.

Change is change.. there is no such thing as "telling people that we are changing"

Silap 1Malaysia.. ia adalah political marketing program yang "telling people that BN is undergoing rebranding."

1Malaysia is not a 'change' program.

1Malaysia is a 'telling' program.

Paham kan?

Thus.. change itu nampak diada-adakan and not bersahaja.

Doa weekend ni siap chapter 5.

Thank you people.

Nak balik umah.. nak tido. Harap berjaya bangun Subuh.. sok kul 11 ada meeting..

Entahlah aku macam nak terima saja transfer.. Sabah ke Sarawak????

About time kot.. entahlah.. risau pasal Emak and Ayah.

KBSR

Ni aku kopipes dari tah mana yang aku temui di dunia maya.

Yang 1st...

Integrity is telling yourself the truth. Honesty is telling other people the truth.

Aku begitu setuju dengan menda alah ni. Tapi kat dunia sebelah sini aku rasa macam susah le. Khalayak yang aku jumpa tidak suka dengan terus terang sama ada tentang fakta tentang diri aku, atau pendirian aku tentang mereka. Fakta tentang diri aku ialah mereka expect aku perfect. Tak boleh ada salah, tak boleh terima kesalahan, baik salah lalu atau salah akan datang. Pastu, tentang diri mereka pulak, mereka mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka define being positive or untuk stay positive kena mesti dengar menda yang 'bagus' tentang diri mereka. Entah le aku rasa bangsa ni in denial je. Yang aku nampak mereka punya inability to see a subject matter from different perspectives. Letih le.

Thoughts - Feelings - Actions. To change your reality, you must change your mentality.

Setuju. Tapi malas nak komen.

Yang aku paham, apa yang kita pikir akan lead to perasaan kita tentang sesuatu, then lead kita sama ada jadi rajin or pemalas or procrastinate or pengecut or berani or....

Over time, competition will wear you out because you'll always try to be better than someone else, rather than being yourself. After all, if you're trying to be everyone else, who will be you?

Haha.. aku benci sebenaunya nak quote-quote ni sebab aku always yakin aku sentiasa boleh produce better quotes yang lebih tangkap dalam.

Tapi saja, kadang-kadang perlu ikut mainstream. Perlu ikut alam sekitar atau alam & manusia. Oh cakap pasal Alam & Manusia, aku rasa the reason generasi aku dan generasi yang ada sekarang bodoh gila geografi and fully depending on gadgets untuk cari arah sebab KBSR. Aku batch 1st KBSR, aku tak sure sapa menteri pelajaran masa tu. Tapi aku memang serious annoyed gila tak dapat belajar geografi. Masa sekolah rendah ganti dengan subjek Alam & Manusia yang sillabusnya tak mencabar langsung!!!! Aku walhal masa tu dah well-prepared sebab dah baca buku geografi and sejarah kak aku punya. Dia amek Penilaian Darjah 5. Aku amek UPSR.

Pastu geografi masa form four and form five bukan subject wajib. Pelik. Apapun, itu tak halang aku untuk sangat bijak geografi. Sebab terlampau banyak masa aku belek peta masa zaman kecik-kecik yang sangat sunyi berbanding buat menda lain. Hmmmm

Hahaha.. pasal competition ini aku sangat setuju. Aku memang dari kecik tidak compete dengan sesiapa... apatahlagi kalau ko member baik aku.. memang takde.. tu sebab orang lain stay-up.. aku tidur untuk SRP.. aku batch last SRP.. pastu semua PMR. Korang pergi kelas reramai konon study malam tinggal aku sorang kat dorm.. pastu terjaga panggil semua orang takde.. aku tak kisah pun.. aku kembali tidur.. cuma takut hantu jelah...

Tapi entah, aku rasa sampai sekarang kot orang-orang keliling ni macam nak compete dengan aku. Please lah woi.. apa yang korang suka.. aku tak suka.. apa yang korang kejar.. aku tak kejar.. destinasi yang kalian pergi.. aku tak teringin nak pergi.. We are too different.. So stop macam nak nampak hebat depan aku.. sebab nampak sangat anda keterlaluan berusaha untuk itu... and you end up make fool of yourselves..

Paling penting the way you define success or achievement are very different from mine. Even cara kerja kita lain... hobbies pun beza.. my choice of workout pun lain..

Aku ada sekali tu sampai rasa sedih gila sebab ada member ni nak bagitau bahawa beliau 'ada' ialah dengan pandang-pandang aku nye samsung murah dan beliaunya iphone.. adoii.. aku tak kisah pun... kesian gila, dari aku pandang tinggi beliau.. terus aku pandang hina... kih kih kih..

Yang sekor ni plak dok cakap pasal achievement.. pada beliau beli rumah itu satu pencapaian dalam hidup. Aku setuju.. tapi lepas tu dia tanya aku apa pencapaian aku.. Aku jawab.. kembali swimming itu pencapaian terbesar nak masuk 40an ni... faham kan???

Memang ada persamaan.. tapi terlalu banyak beza sebenarnya..

Aku yang bangga dengan aku yang buat salah dan buat betul.. bangga dengan aku yang lemah dan penuh daya.. bangga dengan aku yang bijaksana tapi selalu bangang..

Gila narcissist aku ini pagi... hahaha.. malu le.. tapi entah ler terpaksa sebab kena luah juga.. kalau tak stuck lagi..

BTW, part Pakatan Rakyat pada aku memang sudah lengkap.. aku sebenaunya nak habiskan part BN ini.. tapi asik dapat new info.. maka aku keep on 'perfecting' part pakatan rakyat.. yang kini sudah bergelar pakatan mayat... pakatan takde harapan.. bosan gila aku dengan politik mesia.. keciwa!!!

Rasa macam nak gi Kuching.. tengok PRN.

Argghh pening.. malas nak pikir.

Thursday, April 28, 2016

Stuck

Seriously nak pulun tapi tengah stuck.

Mixed emotions. Ada sedih, ada keciwe, ada stunt, ada tak sangka, ada happy, ada excited..

Malas pun ada. Is malas a kind of emotion? Is malas a type of feeling?

Aku kat opis ni. Banyak sudah kemas dari malam tadi. Ini hari berjaya sort documents.. articles.. etc.

Memang organized sudah office. Aku deciced mau teraturkan life aku.

Rasa macam nak balik kampung tapi esok ada 2 meeting. Esok malam baru mau balik.

Entahlah.. memang rasa tak best.

Oh tadi berjaya 30 laps. Sekarang macam tak rasa apa pun 30 laps tu.

Macam kena lagi banyak.

Tapi kalau menda lain aku leh push kenapa menulis payah sangat nak push?

Kenapa bila menulis always akan jadi emotional? Kenapa menda physical tidak?

Guna otak memang penat yer.

Aku try push juga ini malam. Demi Emak, Demi Ayah.

I'll make you proud.

Army

Aku nak amek pic pos askar yang merata kat all those 3 changwat (provinces), tapi takut. Aku 3 kali kena tahan for inspections. 1st time sebelum masuk Naratiwat, 2nd time lepas Yala, last sekali approaching Betong. Diorang check passport, insurance keter, and kastam nye dokumen. Yang hampir dengan Betong tu diorang siap amek picture kereta, pastu check boot kereta. Haha, aku siap bawak baju untuk dobi. Tak sempat antau sebab masa aku tolak dari Somban masa tu dah pukul 10 lebih malam, dah tutup kedai. Maka sampai ke sana ke mari baju-baju busuk tu ikut aku. Post tentera tu siap selalu letak tayar keliling pastu ada buffer macam rupa kubu yang selalu nampak dalam TV kat area warthorn or bergolak macam kat Syria and Palestine. Mula-mula tengok menda tu kat jalan Takbai-Naratiwat macam takut. Lelama aku tak kisah.

Ni ada pic empangan sekali aku letak. Aku tak ingat apa nama tasiknya. Cun gila masa aku sampai tu dah lepas senja. Cuba la google.. tengok.

Banyak post askar macam ni kat all those 3 provinces. 
Ini dalam wilayah Yala. Atas jambatan. Ini man-made lake. Ada empangan.
Cun gila kat sini. I love this place.
Betong masuk kiri.
Can you see the image of Buddha up there? Up up up on the hill.
Reached Betong hujan lebat. Syukur gila sampai.

Tuesday, April 26, 2016

Loner

Just talkin to Emak jap tadi.

Lepas ni can expect me posting banyak entry in a day sebab these reasons.

Firstly, my toxic handler blocks me. Quite sometimes dah.

Secondly, close friends yang dalam Whatsapp group yang aku buat untuk support aku tu pun tak boleh tahan. Dah dua left group. Hihihi.

Haha, ada pulak yang sorang tu baru siap PhD, biasalah bila siap sikap beliau pun terus bertukar, masa tengah buat dulu, beliau always dapat paham, tapi sekarang tak lagi. Aku tak blame pun, memang expected.

Aku kena bertanggungjawab pada my own emotions.

Tak boleh juga mengharap other people to empathize if they opt not to. Itu personal choice.

Maka kini aku mesti terima yang option komunikasi yang available untuk aku kini ialah MONOLOG. No more DIALOG.


Kucing

Ni Kak May bagitau rupanya Balai Bomba KLIA provides service bawak turun kucing dari bumbung.

So, pada sapa yang kucing trapped atas bumbung dan mungkin gak dalam bumbung leh call Balai Bomba KLIA.

Baguslah. Ni baru je 30 laps. Another 1.5km swim. Berusaha disiplin.

Tapi tulah nak balance antara kesihatan and phd is very challenging la. Kena allocate time untuk workout, pastu kena make sure makan healthily.

Lepas tu memang tak boleh nak harapkan sesiapa pun always be there for me. Tapi memang tak boleh blame orang lain. Kena amek tanggungjawab.

Mohon Allah permudahkan perjalanan hidup ini.. PhDwise, careerwise, familywise.. financial.. personal.. semua lah. Tak mengharap sympathy.. cuma kalau boleh empathizelah kot.

Patani City

Penat gila. X tau nak gi swim ke idak. Aku risau aku nye tesis macam slow sangat gerak. Ni antara pic kat Bandar Patani.

Nampak tak picture yang ada kincir angin moden gergasi. Patani vibrant, bersih, cantik, banyak bot ikan laut dalam yang sederhana besau and warna warni yang cun. Aku suka nengok. Pastu kipas gergasi tu memang surprising sebab tak sangka Patani yang disangka sentiasa bergolak dan mundur tapi sudah pun embrace green tech, sustainable and renewable energy.

Aku ni rasa suka mengembara ni sebab aku darah Minang. Dalam Minang nye tradisi ada amalan berkelana. And setahu aku plak berkelana kena kembara sendirian. Macam atuk aku belah Emak yang datang dari Padang, Sumbar.

Ni student ni cakap rendang pucuk ubi muncul sebab tradisi berkelana... untuk bekalan makanan. Ye kot. Aku ngantuk.

Macam rasa kat Riyadh plak bila ada palm trees.
Islam meets Siam.
Menuju ke pantai.
Patani is rapidly developing.
Atas jambatan. Nampak tak Kincir angin gergasi?
Masih atas jambatan.
Sedang tunggu makanan. Aku lupa amek picture makanan pastu.
Kat dalam bandar lagi.
Look at the poster. Menarik. 
That white small building tu rasa nya is a Buddhist chapel.
Look at the entrance.. "Selamat Datang." Yeah, Patani is a part of Tanah Melayu.

Masjid Kerisik

Aku ada obsession yang mendalam dengan this particular Masjid. Satu sebab insiden bunuh ramai-ramai masa jemaah sedang solat.... tak silap lebih kurang masa dengan tragedi Tak Bai... kedua binaan ni dah diwar-warkan dengan banyak oleh buku.. buku sejarah and etc. Aku nye obsession dgn masjid ni lebih kurang macam obsession dengan Gunongan.. that white structure in Aceh.

Ni picture Masjid.. pastu kawasan sekitar. Pastu sebelah tu ada busut ciptaan manusia tempat mintak nomor ekor kot.  Memang sebelah-sebelah, agaknya tu sebab Malay-Muslim marah kot. Aku pun tak tau. Mungkin gak dah lama.

Tak tau sama ada masjid ni siap ke tak siap? Yang pasti ia memang one of a kind.
Aku suka sebab ia sekadar petak. Masa aku tengok tu aku tak dapat gambarkan cemana happy nya aku. Selama ini dengar cerita orang tentang this masjid. Kali ni aku tengok dengan mata kepala sendiri.
Ini masjid penting kat South East Asia. Ini pemandangan dari south west.
Pemandang dari lebuh raya.. maksudnya south angle.
Ni kira anjung luar.
Unique and iconic.
Tu bangunan sekitar masjid.
Northern angle
Kedai kat luar area masjid.
Northern entrance.
Luar Mehrab
The Mehrab
The bumbung dari dalam.
Tengok tiles dia. Cun
Mesti dipelihara. Binaan yang cukup indah walau 'tak siap'.