Banyak pictures lagi.. ni aku pakai letak saja.. aku malas nak susun. Ada kat Yala.. ada Naratiwat.. dari Tak Bai to Naratiwat ada banyak bus stop kiri kanan jalan. Semua bumbung kuning. Jadi tempat lepak of the locals.
Aku tak sure dah bincang ke belum about this matter. Bangkok Model to deal with FAULTLAND. Ini term aku coin sendiri yer, modified from Fault Line by Huntington. Ini model so far berjaya untuk Bangkok achieving peace in Malay heartlands of southern part Thailand. Bukan setakat peace tapi yang penting Kerajaan Pusat di Bangkok tak perlu nak undergo decentralization or devolution yang boleh mencela kedaulatan Bangkok. Tak perlu beri autonomy, apatahlagi nak kasik full independence. Tak mau dipikirin.
Bagaimanakah Bangkok lakukan? Bagaimana adik perempuan clean up the mess yang abangnya lakukan dalam 10 tahun lalu?
Pertama, economy. Pastikan ekonomi kat 3 changwats tu vibrant. Masa aku lawat memang physically developing. Jaringan jalan raya memang undeniably bagus. Macam biasa le jalan raya nye susah jumpa lubang atau kurang rata atau kurang nampak konsep turap sesuka hati yang rampant kat Mesia. Even, masa jalan dari Yala ke Betong pun jalan raya bagus walau berliku. Sebenaunya kenapa aku berani drive sorang sampai lalu situ sebab REPUTATION Thailand yang jalan rayanya berkualiti bagus. Nak cakap kualiti tinggi tak berani. Aku bukan civil engineer. Satu lagi, konsep rumah gobok tak jumpa macam kat Kelantan. Even kat Negeri Sembilan ni pun leh dijumpai. Pada aku mercu tanda kebangkitan ekonomi kat sana ialah bila ada WIND TURBINES. Tak tau le sapa yang dapat the real laba dari project begitu... (Malaysian gila pemikiran aku bila terpikir soal laba project.. haha... dedakism and Malaysians takleh nak di pisahkan). Yang penting, bila nampak kipas gergasi yang menjana letrik tu terus kita sebagai visitor naik impress. Sebab wilayah bergolak mampu muncul dengan green tech yang gila mahal. Melaka yang sibuk dengan Bandar Teknologi HiJau tu pun takde pun aku tengok solar panel.. kalau nak go for wind turbine aku rasa bodoh le sebab Melaka tak berangin... Besar implikasi ada kipas gergasi tu.. nampak mereka dah go dengan sustainable and renewable energy. Petronas tu tak mau ke venture renewable energy? Or TNB? Tak bertenaga langsung dua GLC nih. Hahaha.. research nya tak bagus kot. Ada je uni dua-dua ni UNITEN and UTP.. ke mana ek? Hihi.
Kedua, livable environment... bukan sustainable environment.. it lebih jauh and sophisticated conceptnya... Ini peranan local governments. Macam aku cakap puluh kali... visiting these 3 cities Nara, Patani, and Yala ubah persepsi aku tentang budaya Melayu Kelantan-Patani... (Aku yakin je nak guna term DIASPORA untuk Kelantan-Patani ni.. Tapi nantilah dulu). Aku ada kepercayaan yang sangat tinggi yang orang Melayu dalam budaya Kelantan-Patani ni kuat agama, kuat beribadah, tapi pengotor. Kuat solat tapi malas cuci toilet. Tapi semua dah berubah kot. Even Kota Bharu pun tu hari kelihatan bersih. Cuma Patani nampak lebih bersih. Mungkin sebab penataan cahaya sebab aku sampai KB pagi, aku sampai Patani awal petang.
Ketiga, guna sentiment. Amek hati orang Melayu yang tebal keIslamannya ini. Apa cara paling mudah? Adakah dengan hanya beri kebebasan mereka beribadah? Amek hati gun material yang spiritual which is masjid. Dalam kembara singkat aku identified banyak gila masjid which are under construction. Besau-besau lak tu. Aku yakin pihak Bangkok sendiri yang biaya. Bukan sekadar komuniti atau kariah. Kena cek fakta. Pastu, masjid sedia ada semua well-maintained. Semua well-paint. Masjid memang nampak penting dalam life orang Melayu belah sana sebab mereka aku nampak bila masuk waktu memang berduyun-duyun ke masjid.
Keempat, penjawat awam. Pakcik yang pernah jumpa Tok Ali Rustam tu bagitau aku yang penjawat awam ramai yang dah direcruit dari orang Melayu. Dulu nak memerintah orang Melayu ni tak di open jawatan gomen. Itu kena baca buku arwah Dr. ni.. dari UKM. Nak peringah minoriti yang rebel kena kasik jawatan gomen pada mereka. So, dapat selamatkan sesuatu wilayah tu dari terus demand for full independence or being autonomous. Tapi aku secara peribadi lebih gemar tanah orang Melayu itu merdeka penuh.
Kelima, angkatan bersenjata. Pakcik tu bagitau ramai dah polis dan askar di kalangan orang Melayu dan ditugaskan kat tiga changwat tu. So, bila nak bertempur akan jadi pertempuran antara Melayu dengan Melayu walau sebenarnya pertempuran di antara Kingdom of Thailand versus Patani United Liberation Organization. Aku suka dengan nama Patani United ni.. pendek jadi PU, pencetus ummah. Aku tak suka gila dengan realiti TV tu. Aku rasa penuh kepura-puraan. Hehe. BTW aku tak tengok pun. Aku rasa tu semua sampah. Pastu, orang sibuk dengan MU, Manchester United, bergolok gadai nak pergi stadium MU.. Pak Arab pun tergedik-gedik veli kelab MU.. tapi bagaimana pula dengan PU kat seberang Sungai Golok? Kenapa bila seberang saja sempadan tu korang sentiasa pikir pasal pelacuran berbanding dengan PATANI UNITED? What makes you begitu extreme bersentiment dengan MU tapi tidak dengan PU? Bukan mereka saudara sebangsa and seagama ke?
Justeru rakan-rakan, solusi kepada separatism, irridenta, guerrilla, terrorism.. bukan dengan oppression, discrimination apatahlagi marginalization... bukan sekadar proceed with rundingan demi rundingan bagi capai persetujuan... Dah capai truce.. perlu diisi keamananan itu.. geli aku berkhutbah begini. Tapi begitulah.. preaching is bleaching. Terpaksa.
Indonesia senang jinakkan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Sedut habis minyak sampai takde yang tinggal, pastu Tsunami datang. Ha, maka mereka pun terima takdir mereka untuk terus berada dalam NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) dalam omputih Tbe Unitary State of Republic of Indonesia.
Mak aku baru call, tanya pasal siapa balik. She is very excited.. tanya sebab nak masak nasik berapa banyak.. tapi aku jawab dengan pitch yang agak tinggi.. pastu beliau macam senyap... mmm sedihlah..
Aku sebenarnya sedih sebab banyak perkara sekarang. Tapi tak macam dulu. Aku dah boleh handle kesedihan.
Ok.. nak blah.. pic nomot satu.. Masjid kat Yala.. Kubah both for the minaret and the main kubah rupa daun... cun. Pastu kan aku ada jumpa kubah payung... bukan macam masjid negara nye bumbung.. itu bukan kubah.. itu bumbung payung mayat.. apapun salute Hujaz Kasturi.. Yang kat Lepas Yala ni beda.. Memang payung tapi ia kubah.
Pic nomot dua, tah umah kat mana.. aku tak sure.
Nomot tiga masjid under construction, macam rupa masjid negeri Pahang je aku rasa.. tak sure, aku dah lama tak gi Kuantan.
Nomot empat, kat R&R, aku suka R&R kat Thailand. Sama je rupa dengan yang jalan nak gi Krabi and Phuket.
Nomot lima, jalan Takbai-Yala, tandus gila area situ.. aku amek pic tu nak tunjuk betapa itu area macam sedang experience desertification. May be gak sebab tanah pantai yang sandy... apapun area itu memang cun.
Masjid hijau... kat Takbai kot.. Pintu gerbang tu nak ke jeti Pengkalan Kubor.
Rumah lama tu plak sangat cun.. itu umah dok belakang masjid 400 tahun.
Pastu, gambau air.. jenama tu Kelly, aku teringat dengan member baik aku.. Dr. Kelly... kalau dia nak bikin product boleh dah kot.. leh jual kat Thailand.
Menara jam tu aku rasa kat Naratiwat.. nak je aku masukkan semua ni kat Instagram, tapi aku benci IG.. nengok la kalau rajin.. sebab aku tak guna phone bagus.. aku kena beli gak Iphone.. senang. Tapi kalau DSLR pun ok gak ek.. tapi aku amek pic not sebab seni amek pic tu.. sekadar pembuktian tentang a place. Tapi ok gak kalau nak explore something new in life.
Bawah pic menara tu sekolah agama kat Takbai.
Masjid kubah shiny tu tah tak ingat.. aku rasa jalan Nara-Patani
Bawah tu signage Masjid 400 tahun. Signage bagitau 300 tapi Pakcik jaga masjid bagitau 400 tahun. So aku ikut sumber unofficial.. sebab sumber rasmi selalu menipu kerana agenda tertentu and Gen-Y tak percaya hard-facts.. Haha. Alku Gen-X. Oh no, aku macam divergent.. suits untuk masuk semua.. hahaha.. transcendent.
Bawah tu aku saja amek pic military nye poster. Tah hapa aku tak tau. Agendanya mungkin nak rakyat patuh pada pemerintah. Ada satu poster sebenarnya, guna muka budak pompuan Melayu pakai tudung terima bantuan dari tentera Thai.. quite powerful gak lah pictorial messagenya, macam tunjukkan yang budak tu mahukan keamanan untuk masa depan.
Bawah tu ferry nye tambang.. berapa Riyal aku tak ingat. Oh.. lima inggit.
Pastu tu la ha bus stop bumbung kuning yang menguasai pemandangan kiri kanan jalan Takbai-Nara.
Adoi.. chapter 5 tak siap lagi ni.
No comments:
Post a Comment