Aku rasa macam nak pergi jalan ke Patani. Jap lagi. Drive sorang. Aku sedih sebab people around always get me wrong. So, nak bawak diri jap, jenjalan pergi PNY.. (Patani, Yala Naratiwat). A solo trip!!! Baru luar biasa
Entah aku rasa aku too Melaka & too American kot. Too direct... to bold.. too straightforward... Tapi satu. Aku memang tak simpan, pemaaf, dan tak peduli kisah lalu.
Tuk aku 3 minute lepas is already a history. So, kalau ada orang buat salah kat aku, aku terus je maafkan... Dan aku memang susah nak identify apa salah orang kat aku sebab aku selalu rasa kerana kelemahan aku, maka orang pun buat le benda yang boleh affect my emotion.. tapi very lil.
Itu sebab aku tak rasa sangat dengan perbuatan orang yang intentionnya mungkin untuk buat aku terasa... aku boleh kenalpasti niat kurang baik itu.. tetapi aku paham yang mereka ada niat kurang baik sebab mereka tidak mampu memahami aku. Of course susah nak paham aku sebab diorangnya daya intelektual memang agak kurang. Satu lagi jiwa mereka tak besar. Dalam politik selalu sebut political will...
Yang aku pasan ada dua natijah peribadi terbesar aku immerse diri dalam political science. Natijah nomot satu.. I am quite a Machiavellian in many sense... tapi takdelah keterlaluan sangat realistnya atau berpegang pada end justifies the means tu.. biasa-biasa saja sebab aku begitu honor friendship and alliance. Natijah dua, aku sangat berjiwa besar sampai tak boleh think, act, or play victim.
Buat muka kesian itu memang hebat skill aku, tapi nak merasakan diri sebagai mangsa dalam apa jua keadaan dan dengan siapa saja yang aku deal dengan.. memang tak boleh. My inability ini memang dari kecil dan makin tidak boleh bila belajar politics especially PhD ni.
Itu hari, sampai ini hari sebenarnya, member keliling risau sebab aku asik curhat seperti orang gila, hahaha. segalanya sebab kena block dengan my toxic handler (malas sebenaunya nak story), tapi kena story sebab aku nak story tentang aku yang tak boleh jadi victim ini.
Macam ada few member baik aku ni, memang really care pasal aku, tak suka tengok aku sedih-sedih.. tak suka tengok aku merungut, tak suka tengok aku merintih... Semua gara-gara sebab aku bermasalah dengan aku nye.. alamak terpaksa citer.. yeah my toxic handler. Yes sampai sekarang kena block. Dah dekat sebulan kot.. sekarang tak bilang hari dah. Makin immune rasanya.
Tapi sebenaunya semua itu adalah just expression.. supaya aku boleh go through the day. Aku kongsi dengan teman rapat sebagai sekadar perkongsian. Tapi mereka ini tak tahan dengan "the drama' which is not drama.. ia adalah "just another expression."
Macam orang turun jalan raya... pada yang biasa dengan suasana demokratik atau celik demokrasi seperti aku, maka itu hanyalah sekadar ekspresi. Tapi untuk golongan tak biasa dengan suasana demokratik dan pejam demokrasi maka sampai pikir turun jalan raya itu matlamatnya tak lain dan tak bukan untuk buat merusuh, meracau, mengamuk. Itu telahannya.
Memberi ruang kepada individu or group of people or the masses untuk berekspresi itu penting, sebab bila beri ruang, mereka akhirnya hanya mau berkongsi emosi, tetapi tidak pula sampai mau menukar pemerintahan atau system pemerintahan.
So, yang aku nak share ini ialah segerombolan rakan baik aku, (bila gerombolan aku ingat Golden Hordes di Russian Steppe) yang sering berkongsi rasa atau apabila giving advise pada aku menggunakan analogy atau penceritaan, atau mencuba meyakinkan aku bahawa aku adalah victim.
Hehe. Bukan, aku sedih, tapi aku bukan victim. Aku selalu emo dan merasa sungguh sengsara dan derita, tapi aku bukan mangsa penganiyaan individu lain. Aku ditinggalkan oleh my very own toxic handler, no itu bukan penganiayaan beliau ke atas aku. Itu, kerana kelemahan diri aku sendiri. Ye aku kongsi kesedihan, tetapi dalam masa yang sama aku meneruskan kehidupan. Bukan aku tak cuba merasakan diri sebagai mangsa, sebagai pihak yang terniaya, tapi memang tak mampu untuk really feel it.
So, please stop convincing me that I am a victim.. maaf tak boleh berfikir seperti anda berfikir. And aku memang tak amek pot menda yang dah berlalu.. kalau 4-5 minitnya kisah yang melukakan atau budi baik sendiri aku tak peduli, apatahlagi kisah 10-20 tahun nan lalu. Cuma, aku ni sekali kau buat baik dengan aku, jasa itu aku treasure sampai bila-bila.
Itulah sebenarnya impact positive thinking. Kau focus on positive part sampai orang lainnya negative part ko tak nampak or sampai life sendiri takde terasa negative or payah.. semuanya jadi mudah. Hmmmm.. luar biasa hebat kan jiwa aku ni?
So, harap korang leh paham mengapa aku takde orang yang aku real benci.. aku ada lah satu dua orang yang aku tak suka.. itu sebab pinjam duit mak aku tak pulang-pulang. Takpe, aku leh kasik duit lagi banyak kat mak aku.
Tapi kan... cuma pagi tadi aku bangun terus tengok cermin, aku rasa muka aku gila tua and macam beruk. Risaulah. Alamak, dah nak pukul 5.00 lah. Nak on ke nak off plan ke Patani???
No comments:
Post a Comment