Friday, April 29, 2016

KBSR

Ni aku kopipes dari tah mana yang aku temui di dunia maya.

Yang 1st...

Integrity is telling yourself the truth. Honesty is telling other people the truth.

Aku begitu setuju dengan menda alah ni. Tapi kat dunia sebelah sini aku rasa macam susah le. Khalayak yang aku jumpa tidak suka dengan terus terang sama ada tentang fakta tentang diri aku, atau pendirian aku tentang mereka. Fakta tentang diri aku ialah mereka expect aku perfect. Tak boleh ada salah, tak boleh terima kesalahan, baik salah lalu atau salah akan datang. Pastu, tentang diri mereka pulak, mereka mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka define being positive or untuk stay positive kena mesti dengar menda yang 'bagus' tentang diri mereka. Entah le aku rasa bangsa ni in denial je. Yang aku nampak mereka punya inability to see a subject matter from different perspectives. Letih le.

Thoughts - Feelings - Actions. To change your reality, you must change your mentality.

Setuju. Tapi malas nak komen.

Yang aku paham, apa yang kita pikir akan lead to perasaan kita tentang sesuatu, then lead kita sama ada jadi rajin or pemalas or procrastinate or pengecut or berani or....

Over time, competition will wear you out because you'll always try to be better than someone else, rather than being yourself. After all, if you're trying to be everyone else, who will be you?

Haha.. aku benci sebenaunya nak quote-quote ni sebab aku always yakin aku sentiasa boleh produce better quotes yang lebih tangkap dalam.

Tapi saja, kadang-kadang perlu ikut mainstream. Perlu ikut alam sekitar atau alam & manusia. Oh cakap pasal Alam & Manusia, aku rasa the reason generasi aku dan generasi yang ada sekarang bodoh gila geografi and fully depending on gadgets untuk cari arah sebab KBSR. Aku batch 1st KBSR, aku tak sure sapa menteri pelajaran masa tu. Tapi aku memang serious annoyed gila tak dapat belajar geografi. Masa sekolah rendah ganti dengan subjek Alam & Manusia yang sillabusnya tak mencabar langsung!!!! Aku walhal masa tu dah well-prepared sebab dah baca buku geografi and sejarah kak aku punya. Dia amek Penilaian Darjah 5. Aku amek UPSR.

Pastu geografi masa form four and form five bukan subject wajib. Pelik. Apapun, itu tak halang aku untuk sangat bijak geografi. Sebab terlampau banyak masa aku belek peta masa zaman kecik-kecik yang sangat sunyi berbanding buat menda lain. Hmmmm

Hahaha.. pasal competition ini aku sangat setuju. Aku memang dari kecik tidak compete dengan sesiapa... apatahlagi kalau ko member baik aku.. memang takde.. tu sebab orang lain stay-up.. aku tidur untuk SRP.. aku batch last SRP.. pastu semua PMR. Korang pergi kelas reramai konon study malam tinggal aku sorang kat dorm.. pastu terjaga panggil semua orang takde.. aku tak kisah pun.. aku kembali tidur.. cuma takut hantu jelah...

Tapi entah, aku rasa sampai sekarang kot orang-orang keliling ni macam nak compete dengan aku. Please lah woi.. apa yang korang suka.. aku tak suka.. apa yang korang kejar.. aku tak kejar.. destinasi yang kalian pergi.. aku tak teringin nak pergi.. We are too different.. So stop macam nak nampak hebat depan aku.. sebab nampak sangat anda keterlaluan berusaha untuk itu... and you end up make fool of yourselves..

Paling penting the way you define success or achievement are very different from mine. Even cara kerja kita lain... hobbies pun beza.. my choice of workout pun lain..

Aku ada sekali tu sampai rasa sedih gila sebab ada member ni nak bagitau bahawa beliau 'ada' ialah dengan pandang-pandang aku nye samsung murah dan beliaunya iphone.. adoii.. aku tak kisah pun... kesian gila, dari aku pandang tinggi beliau.. terus aku pandang hina... kih kih kih..

Yang sekor ni plak dok cakap pasal achievement.. pada beliau beli rumah itu satu pencapaian dalam hidup. Aku setuju.. tapi lepas tu dia tanya aku apa pencapaian aku.. Aku jawab.. kembali swimming itu pencapaian terbesar nak masuk 40an ni... faham kan???

Memang ada persamaan.. tapi terlalu banyak beza sebenarnya..

Aku yang bangga dengan aku yang buat salah dan buat betul.. bangga dengan aku yang lemah dan penuh daya.. bangga dengan aku yang bijaksana tapi selalu bangang..

Gila narcissist aku ini pagi... hahaha.. malu le.. tapi entah ler terpaksa sebab kena luah juga.. kalau tak stuck lagi..

BTW, part Pakatan Rakyat pada aku memang sudah lengkap.. aku sebenaunya nak habiskan part BN ini.. tapi asik dapat new info.. maka aku keep on 'perfecting' part pakatan rakyat.. yang kini sudah bergelar pakatan mayat... pakatan takde harapan.. bosan gila aku dengan politik mesia.. keciwa!!!

Rasa macam nak gi Kuching.. tengok PRN.

Argghh pening.. malas nak pikir.

No comments:

Post a Comment