Semalam aku letih gila tapi push gak diri untuk swim. Yeah berjaya 30 laps. So, 1500m. Itu Jeffrey Ong nye acara.
Aku manage buat 'hit.' Hit ni member aku le introduced the term, aku tak penah google tuk check spelling or definition sebab yakin dengan beliaunya info.
Hit ni selalu orang buat masa jogging or running... lari sangat laju sampai darah rasa 'rush' to brain.
So memang kena buat hit hari-hari le sebab lepas tu memang energy level naik and lebey focus writing.
Apa aku tulis ni. Jap tadi ada mamat sorang ni lapak bilik sembang lama gila. But that was a great sembang. Bermula dengan sebutan pelik aku dengan perkataan ambiance.
Berakhir dengan buku Zaini Ujang yang sebut universiti hari ini tempat peraga baju. Aku yakin buku yang dia tulis masa tu beliau lecturer biasa. Zaini Ujang is such a familiar name for me. Dari sekolah rendah lagi. Sebab kakak aku dok sebut masa cerita pasal life dia kat UTM Skudai yang masa tu baru bukak. Yeah.. ingat lagi kakak aku grad aku pergi... Emak aku masuk tengok the ceremony, aku dok luar dengan Ayah, tak ingat tahun berapa, aku rasa masa tu aku form four. Entahlah takleh recall yang pasti masa otw balik dari Skudai ada lagu Hattan pun aku tak ingat tajuk.. tapi lirik "entah berapa.. kali ku coba membohong hati ku ini... hebat di landa.. rindu pada mu.. namun.. semua alasan.. rapuh bagaikan.. awan berarak.. yang tak pernah abadi... "
Hahaha.. Oh one of the isi of his book was "universiti pada hari ini tempat peraga baju"
Heheheh.. I don't really mind about itu, tapi kalau too much.. or tryin so hard.. memang tak berapa nak suka.
Apapun aku rasa uni nye people kena lepak-lepak je la kot dalam berpakaian.. Aku tak suka dress up.. suka dress drown.. tengok cam. Ini hari ramai mau follow trend.. orang buat semua online semua nak online.. so why not tengok kat dot.com nye companies. Diorang kan dress down. Hahaha.
Oh pasal member aku ni. Dia memang selalu lepak bilik aku tapi aku selalu malas nak soal dia, aku lebih jadi the preacher dari the listener. Maka ini hari aku decided utk lebih mendengar. Maka dia pun bukak citer penah bentang paper kat States. Wa aku impress, pada aku nak pergi states ni suatu privilege. Dulu aku tak rasa camtu, tapi sekarang baru aku nampak rupanya bukan semua orang boleh, mampu, berpeluang, dibenarkan masuk ke states. Hahaha, So aku thankful le dpt study sana dulu.. patut orang selalu impress dengan aku.. kakakaka.. walhal takde apa pun.. tapi aku rasa orang study states memang confidence tinggi kot and very direct.
Tapi paling bagus ialah pasal kajian beliau.
Beliau ini buat kajian pasal politicization (bukan politicking) of policy implementation.
Politicization itu maksudnya ialah direct interference of political executives dalam public administration. Interference itu beats the politico-admin dichotomy yakni political execs which are PM and cabinet ministers. Kalau kat Malaysia KPI. NKRA.. and segala mak nenek bawah GTP.
Dari satu sudut dichotomy and democracy, menda tu tak bagus sebab orang politics makin berkuasa dalam pentadbiran. Satu lagi when you talk about REFORM or TRANSFORM in public admin sering the fundamental idea is to reduce roles of the executive branch of government (political executives).
Tapi sekarang trend reform yang political exec makin berkuasa ni started by Obama. So, bila negara maju buat maka seronok ler negara membangun pun buat. Walhal secara dasarnya bila negara maju buat orang politiknya tak amek kesempatan.Tapi bila negara membangun buat seringkali program REFORM or TRANSFORM itupun orang politik akan amek kesempatan.
Bagaimana orang politik amek kesempatan??????
Hahahahaha.. senang je.. program perubahan itu sendiri secara dasar boleh beri political mileage pada political exec yang masuk opis secara pilihan raya. Itu acceptable.
Tapi part mana yang tak acceptable? Hehehe. Ha, bila change programs itu sendiri boleh mengKAYAkan orang politik itu sendiri. Macam biasalah masalah negara membangun. Bukan cakap negara maju too clean, tapi macam kita gi rumah orang. Ada umah yang sangat bersih, ada rumah yang agak bersih, ada rumah orang yang terlalu kotor. Yang mana satu HABITABLE?
Aku demam ni. entry ni semalam nya. Pagi ni baru sambung. Semalam tak swim sakit tetak teruk pastu badan panas. So malam tadi end up tengok movie kat astro. Citer Insurgent. Best citer tu. Very political. Tentang Separation of Power, Tentang Check & Balance, the best part it talks about DIVERSITY.. Conclusion of the movie tu paling aku suka. The perceived problem is not a problem. IT IS THE SOLUTION.
Macam kita tengok certain characters yang very different, which sering dalam organisasi or in society people decide to marginalize atau tidak beri kesempatan pada characters yang berbeza ini. Mereka dilihat sebagai masalah, mereka dilihat unabale to adapt or assimilate maybe. Walhal golongan yang different, yeah mungkin cara kerja dan cara berfikir yang berbeza ini bukan problem tapi adalah solution.
Dah aku tak larat. Aku nak buat thesis.
Please doakan hari ini progressnya besar dan meaningful.
No comments:
Post a Comment