Wednesday, June 29, 2016

Time To Say Good Bye

Aku kat kampung. Tekak sakit. Too much Smule. Aku penat. Terkilan pun ada. Aku malas nak cerita bab emosi ni... tapi aku dapat rasakan kalau tak de cetusan emosi yang merupakan sebahagian jiwa.. Maknanya itu bukan kehidupan. Aku kena exercise ni. Badan keterlaluan lesu. Aku punya 1st sub-topic of Chapter 6 sudah siap. Aku harap 2nd sub-topic of Chapter 6 boleh siap by Raya. Macam-macam menda kena buat hingga sebabkan thesis writing agak perlahan. Apapun progress sentiasa ada. 2nd sub-topic aku cerita pasal terhakisnya hegemoni BN. Apakah petandanya? Satu, boleh dipersoalkan apa itu media arus perdana. Dua, kembalinya kuasa istana. Tiga, kemunculan Bangsa Johor. Keempat, tinjau kembali konsep Persekutan Malaysia. Kelima, agamawan dan cendekiawan semakin berpengaruh. Dah nak imsak.

Sunday, June 26, 2016

Mount Ophir

Nak dapat pemandangan ni payah sebab bila pokok sawit tu semua dah besar, Gunung Ledang tu dah tak nampak. Kalau aku banyak duit memang aku beli ladang sawit tu. Aku kat kampung. Aku sedih sebenarnya. Tapi nak kalau aku layan sedih pun bukan leh ubah apa-apa pun. Ni kucing aku Dak Panda hilang.

Ini view yang susah nak dilihat, last sekali macam ni aku rasa macam 20 tahun lepas saja. Sebab semuanya depends on those pokok sawit. Besar saja pokok sawit maka view ini pupus. Gunung tu pun tak sure nasib, manalah tau kot-kot kena sodok. Cuma aku always berpendapat kat bukit Asahan tu mungkin sesuai bikin kasino. Yeah, if and only if state government would like to add another source of revenue. Jangan usik puncak Ledang, just bukit Asahan saja. Satu lagi, Johore tu boleh bangunkan Daerah Ledang and Muar untuk compete dengan Melaka. Too much of Melaka. Ledang, and Muar are the alternatives of Melaka. Cuma satu lah, view Gunung Ledang from Melaka side is better than Johore's. Satu lagi aku rasa enoughlah buat kerajaan-kerajaan negeri tumpu tourism products yang berasaskan bandar. Sudah sampai masanya tumpu pada small towns amd traditional settlements.  

Tangga Melaka

Aku tak sempat lagi nak betul-betul tulis entries ni. Macam-macam lately. Banyak perkara perlu disiapkan dan dilakukan. Another thing, aku rasa penat fikir perkara yang di luar kawal dan di luar kemampuan aku.

Aku baru minum kopi dua cawan, sekarang aku sedang fikir macam-macam. Buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa yang semua akan baik-baik belaka.

Tak tahu lah, tadi boleh saja cakap pasal product pelancongan, sekarang ni macam dah tak boleh fikir.

Oh.. Semalam aku balik buka di kampung and I found out 3 ekor baby kittens tu dah mati. Parents aku tak perasan. So, aku bagitau Emak.. then, Emak cakap.. "betterlah mereka takde lagi sebab hidup mereka tersiksa." I replied dalam hati.. "then, it should be me too."

For what reasons aku masih bernyawa aku pun tak dapat jawapannya. Serius sungguh misterius. Aku tak kecewa dengan dunia, cuma aku sekarang banyak amek pendekatan senyap saja. Terima dunia seadanya. Terima manusia keliling seadanya.

Apa aku merepek ni?


Ini rumah di Kesang.. Bukan Kesang dalam Johore, tapi Kesang Jasin, atau Kesang Tua. Traditionally ada dua Kesang.. satu Kesang Tua, Another one is Kesang Pajak. You know like pajak gadai.
Sambil menulis ni aku rasa sesak nafas. Aku rasa macam ada lung problem. Tapi malas pikirlah. Aku pun makin gemuk. Aku tak boleh nak control makan sekarang. Ini tangga rumah yang sangat cantik di Kesang tu. Dari aku kecik sampai sekarang aku terlalu admire rumah ini. Kenapa ye jadi begini? Cuma satu.. sesuatu yang cantik.. walau apa usianya tetap cantik dan mahal... Kini, banyak saja sesuatu yang nampak mahal sebenarnya tak berharga.. ada harga kerana branding.. bukan kerana jiwanya.
Itu view depan. Cun kan rumah ini? Harap diperbaiki tanpa hilang ciri sebenar.
Cantik sungguh tangga rumah ni. Walau bumbung and yang lain agak biasa.. tapi tangga itu memang dalam kelas tersendiri.
Ini pulak di Rim, Jasin. Macam dah betul tinggal rumah ni. Tak tahu kenapa. Rumah ini sebelah rumah Cikgu Seman. Cikgu Seman ni dulu garang gila sampai aku pindah dari sekolah Chabau ke sekolah Asahan. Dah masuk waktu Isya. Tahun ini aku tak dapat nak buat Tarawikh berjemaah. Sedih.. tak macam tahun lepas. Cuma aku anggap buat kerja-kerja duniawi ini pun sebagai ibadah. Mana tahu aku bertemu Lailatul Qadr.
Saksikan tangganya. Sungguh berseni. Harap waris-waris pemilik rumah ni pertahankan rumah ni. Moga tidak dirobohkan.

Friday, June 24, 2016

Pedas

Aku ini hari solat Jumaat di satu Masjid dekat-dekat dengan Pedas.
Aku macam suka pulak pergi Masjid ini. Tapi khutbah di panjang lah.
These were the crowds. Aku mikir bilalah dapat travel and solat kat masjid-masjid kat negar lain macam kat Dun Huang, China misalannya. Sure menarik.
Aku lepak kat tangga. Berdiri saja.
Tempat amek air semayang lelaki kat sebelah kanan nu.
Ni kubah kat entrance depan. Ini kalau tak silap Mughal punya senibina dome dia tu.. Just general observation.. yang aku pasan kat masjid-masjid seluruh dunia.. types of dome dikuasai oleh Turkic-Byzantine punya style.. sorry eh aku tak tahu architecture nya jargons.. ini pakai ikut sedap mulut aku conceptualized. Pastu, Mughal yang asal from Indian subconti. Pastu Persian-Central Asia nye type.. Then, ada sikit kot Hijazi punya..  Later ada masa aku nak study... Maghreb tak sure ada ke tidak dome.. pastu minaret.. ada minarets pencil-shaped, ada gak letak dome. Cuma,.. ada memikir ada tak nusantara-style punya dome? Do we have our very own dome? Kita banyak sangat borrow from other regions. Mungkin yang Hijjaz Kasturi nye Umbrella roof leh dikatakan memang dari sini.. tapi tu quite modern.

Thursday, June 23, 2016

Chutzpah & Temerity

Chutzpah - Maksudnya shameless audacity, impudence.

Temerity - keberanian according to Google Translate.

Aku came across both words waktu tengok YouTube. Orang gaduh-gaduh kat comments tu. Menarik sebab posting satu lagu boleh bikin thread of comment. Bebenang ulasan, bebenang pernyataan. Aku masih merasa tidak ok. Memang sungguh rasa mahu menitis air mata.

Itu semalam. Hari ini Brexit. Aku sudah ok.

Wednesday, June 22, 2016

Brexit

Banyak kerja belum siap lagi. Tapi nak mula bekerja dengan pantas dan cekal tu memang challenging. Ada saja perkara yang divert aku dari betul-betul focus. 1st sub-topic of chapter 6 masih belum siap, masih berlegar-legar kat the role of WhatsApp in politics. Semalam aku re-install Telegram. Aku found out Telegram boleh support a supergroup 5k numbers boleh sumbat kat dalam satu chat room? Wish to experience berada dalam a supergroup. You can have a whole town, kali ini applicationnya memang solely instant messaging. Takde blogging or microblogging like Facebook or Twitter. To add, Telegram didakwa the freeest social media so far, takde state kat situ. Maksudnya terlalu sukar untuk lakukan civillian surveillance kat situ. Terlalu private. Therefore, kalau mau laku revolusi maksudnya untuk planning and coordination maka Telegram adalah mediumnya. Facebook and Twitter is yesterday.

Memerhati, WhatsApp is overrated. Basically, blog lokaliti untuk nerds, freaks, the outcasts.. Facebook untuk attention-seekers. Twitter tempat orang tunjuk mereka hip and up-to-date. YouTube tempat carik lawak bodoh. WeChat for the perverts. Tmblr.... do not go there..

WhatsApp peranannya not necessarily engaging. WhatsApp boleh platform of conflict and also the cause of feuds.

Pada aku social media yang terkini boleh promote peace and harmony is smule. Truely entertaining and engaging. Tadi on the way ke kampus buat pertama kali aku rakam suara menerusi smule. Smule memang brilliant. Karok, record, viral. KRV.

Mana ke cerita aku pasal Telegram. Malas ler. Aku doubt gak pasal peranan Telegram.. agak menankutkan sebab ia berpotensi besar boleh jadi macam Tmblr.. 

Ohya harini Brexit. Selamat mengundi. Keluarlah dari EU, sebab aku rasa Eropah lebih kuat apabila mereka nyah-integrasi.

Panjang tidur di tempat yang salah.
Kucing datang dan pergi dalam life kita.. So do people around us..
Emak

Monday, June 20, 2016

Chinchin


Hari ini Nuzul Quran, the pictures taken semua tu kelmarin. Aku service kereta kat Tangkak and beli pergi beli ubat Emak di Jasin. Sekarang aku di office. Pagi Rabu, aku terlalu penat, terlalu lemah, and boleh aku describe diri aku dalam keadaan yang hampir tak bermaya. Tapi aku paksa lakukan segala apa yang terdaya. Sebenarnya aku dah tak mampu. Aku betul-betul serah diri pada Allah saja sekarang. Ada yang memberi sokongan... Alhamdulillah.. pada yang tak mampu beri sokongan walau dengan sepatah kata yang bagus... aku faham. Selama hidup aku pun, aku pun banyak kali absence kala ada people sangat memerlukan aku. So, ini mungkin karma aku. What goes around comes around.

Seboleh mungkin aku mahu elak curah rasa kat sini. Takpi aku memang takde pilihan. Lagipun ini bukan blog popular pun. Takde sapa yang berminat nak membaca. Sudah 5.34am, sekejap lagi Subuh.

Aku rasa aku berpura-pura yang aku kuat dan ok. Padahal aku tidak. Aku memang sudah fobia mahu curhat dengan sesiapa pun. Aku memang tidak salahkan sesiapa bila mereka tak upaya untuk emphatize, bila mereka reluctant untuk beri kata-kata semangat.

Yang aku notice sekarang, when I talk to people, aku semakin rasa sedih.

Dah subuh...

Sudah pukul 8.00 lebih... Later aku sambung entry ini. Rasanya macam bakal panjang saja. Entahlah, aku just rasa terkilan. Terkilan dengan siapa? Yeah, terkilan dengan beberapa individu yang aku categorizekan sangat penting dalam hidup. Tapi aku tak boleh expresskan keterkilanan aku ini in person. Bukan menggunakan media bersemuka. Apatahlagi menggunakan media sosial seperti Whatsapp. Semakin hebat teknologi komunikasi semakin menjurang hubungan sesama. Aku memang tak dibenarkan berekspresi. Itu suatu kesalahan.

Orang boleh kata aku yang refrain diri dari express. Tapi memang menurut aku kini, berdiam diri itu memang lebih baik. Lagi pun aku memang sedang train diri untuk lebih diam. Sekian lama life aku keterlaluan bicara ikut suka. Mungkin ini masanya.

Sudah pukul 8.21am.

Aku tak pasti kenapa aku ambil rumah kat simpang Chinchin ni.
Saja ambil pic poster banteras dengue ni.
Rumah Melaka yang very humble.
Ini rumah limas kalau tak silap aku. Aku kena check dengan Emak aku, aku obsess dengan tangga batu Melaka tu. Cun gila.
Pekan ChinChin, very laid back, very quite. Tengok retak kat wind shield kereta aku.
Kalau perati betul-betul boleh nampak Gunung Ledang.

Saturday, June 18, 2016

Ebor

Tak tahu kenapa amek picture masjid ini. Ini masjid letak di exit EBOR. What is EBOR anyway? Sounds like a place kat dalam cerita Lord of the Rings.
Semalam lepas sahur terus ke Shah Alam sebab takut terlajak tidur. Kiri Padang Jawa kanan Syeksen 7.
Kampus already. Mengantuk gila semalam, balik rumah terus tidur dari pukul 3.00 sampai kul 8.00, maka buka lambat. Penat.

Pyro

Argh, bila nak siap chapter ni? Asik nengok YouTube. Lepak je lagu CBR ni ek.

Habsyah

Ada satu lagu lama Indonesia tahun 80-an, lirik dia memang lawak, tapi bila pikir balik memang lyricist nya peka soal semasa. Ni lagi Ria Resti Fauzi, Cintaku Sampai Ke Ethiopia. Masa tu kalau kat Mesia tengok Berita Perdana Jam Lapan diorang guna nama Habsyah instead of Ethiopia. Tapi Indonesia mungkin lebih guna Ethiopia kot. Masa tu ada kebuluran. Kiranya orang yang sanggup ke Addis Ababa memang cinta sungguh le. Masa tu teruknya kebuluran sampaikan Michael Jackson dan kawan-kawan dia nyanyi ramai-ramai lagu We Are The World. Google ler 'famine in Africa 1983-85. Kebuluran sampai terkesan ke lagu cinta. Bagus tu. Tapi bawah ni doku pasal tempat yang teringin sangat aku pergi kat Ethiopia yang kadang orang panggil Habsyah, and dulu pernah Abyssinia. Best kan nama-nama nya. Habsyah tu macam Ethiopia ni Hub untuk all the Shah's.. haha..

Kolokium


Semalam aku buka Mi Kolok sedap di Paroi. Memang sedap. Aku masih kat opis. Dah 4 hari tak balik rumah dan dah empat hari tak mandi. Tadi lepas buka, aku pergi melantak makan mi goring dengan burger letak cheese murah yang tak banjir. Bongok le diorang ni, letak je lah cheese warna kuning yang mahal tu.

Tengok le mi kolok ni.
Konon nak amek picture macam orang lain kat instagram.
Nengok la pemandangan buka kat Paroi. Aku tak gemar guna perkataan iftar. Panjang nak taip.
Kucing ni rupa macam dan Apan.
Ini lah lokasi kedai, pergi lah carik. Sedap gila, selalu aku makan dua mangkuk. Sup nya luar biasa.
Masjid Paroi dekat saja.
Ni kat Ampanan, otw ke Paroi.
Ni Dak Jail nye kemera. Sedap burger spesial daging ni. Tapi cheese mur.
Ni buah limau nipis and lemon aku nak buat mandi. Aku dah bacakan surah-surah tertentu kat buah-buah tu. Nanti nak kasik campur air pastu embunkan then mandi dengan ais. Nama mandian ni namanya MANDI MENJADI.

Thursday, June 16, 2016

Rahang


Aku sakit kepala, baru terjaga. Terlajak solat Jumaat. Pukul 12 tadi tidur lepas presentation research. Aku rasa bongok gila sebab baru ini hari aku benar-benar ingat tentang tool of analysis. Kalau nak tengok correlation choose Pearson. Kalau nak tengok the most influential factor pilih Regression.

Bertahun aku mengajar, tapi ini hari baru ingat by heart. Aku came accross satu perkataan ini HEARTH. Maknanya the floor of a fireplace, Tapi kat Melayu tu dia cakap PERAPIAN. So yang perapian tak tahu nak guna dalam konteks yang bagaimana.

Takde topic yang best dari students tadi. Semua boring, lagipun aku ngantuk. Masuk ini hari, sudah 4 hari aku tak balik rumah dan tak mandi. Harap malam ni habis betul first sub-topic of chapter 6.

Picture bawa ini di Rahang, Seremban. Lalu belakang ni je kejap dah sampai downtown.

Wednesday, June 15, 2016

Lawak

Lawak la, YouTube has really changed the way people getting entertainment. Brunei punya accent sounds macam Pinoy punya accent. Now make sense kenapa the whole archipelago ini adalah Alam Melayu. Kalau ada sorang member ni, Mohiyudin, beliau kalau boleh nak masukkan Indo-China countries macam Thai, Myanmar, Vietnam, Cambodia, and Laos sekali dalam Alam Melayu. Betul cakap dia banyak menda yang similar seantero ASEAN ini banding beda. Tengok saja nama tempat, Macam BAGAN kat tengah Burma tu. Aku rasa sebab pengaruh Bagan satu ketika dulu sampai banyak nama tempat using that name. Macam Bagan Serai. Dah lama aku tak makan ikan bakar. Aku sedih lah. Ohya, takat ni rempeyek sudah ada 22 order. Maka, dapat RM440.00. Macam tak sempat sales RM1K kali ni. Tahun lepas banyak.

It's Democracy

Aku suka ini. Memang gelak habis. Paling aku suka is Tony's statement cakap "it is a logic, it's democracy." Yeah, democracy.. Freedom of choice.

Democracy and capitalism.. even capitalism is democratic. Is capitalism autocratic? Is democracy capitalistic? Is autocracy capitalistic? Ha.. pening.

Juadah Buka

Ini saja juadah untuk berbuka puasa. Rindu nak buka di kampung.

Zara Bella & Kak Nedd

Both are penjawat awam who expressed their political opinion.. Aku pun tak sure nak cakap sama ada political opinion atau tidak cuma perkataan mereka buat sesetengah orang kurang senang. Cuma the occurrence of the incidences requires certain people to revisit the objectives and practice. Objectives apa? Ini pasal deployment cybertroopers and mercenary bloggers.

Adakah matlamat utama untuk POLITICAL ENGAGEMENT atau CITIZEN SURVEILLANCE? Or to be specific government servants surveillance.

Apa matlamat kewujudan social media? Mau instill democracy or strengthen autocracy? Will social media end up like newspapers, radio, and TV?

Is the incidence of Bella & Nedd indicating the sinification of social media in Malaysia? Do we have what it takes to behave like China in treatment of the media?

Lambat betul nak buka.

Pressure

Aku tak boleh berpikir sebenarnya. Tadi ada colleague datang. Alhamdulillah aku rasa cukup terharu at last ada orang yang memahami and try to empathize. Dalam dunia yang semua jadi very greedy kini, aku rasa sangat bersyukur.

Aku kena tidur kejap ni. Kalau tak takleh fikir.

Belum sempat baca buku ni.

Rempeyek Mak Ngah

Ini percubaan aku untuk berniaga di media sosial sewaktu hari raya. Raya tahun lepas memang banyak aku jual di fakulti. Kali ni nak try plak jual kat sini. Ada sesiapa nak beli please contact me. Nah.. whatsapp personally di 0183119545. Badrul. RM25 sebalang. Tolonglah beli.

Berbaloi dengan kuantiti dan rasanya. Selalu testimoni cakap memang tak sempat raya rempeyek dah habis kena baham dengan suami dan anak-anak.
Aku jual ni pun untuk bantu business Mak Ngah aku. She is a 73 year old lady yang masih lagi kental jiwa berniaga.
Rangup and full of flavor.

Tuesday, June 14, 2016

Bazaar

Beli makanan kat Seremban 2. Aku beli karipap gergasi, air cincau, air epal, pastu ayam golek madu seekor. Banyak nye.

Kalau tak silap aku ada satu nam tempat ni, namanya is Harper's Bazaar. Kat  Bangladesh.

Deret kedai accross the Bazaar
Ayam Golek
Ada satu gerai ni kat S2 nye Bazar Ramadan
Karipap Gergasi

Tidur

Kalau aku tak terjaga camna? Bawah tu pic tah mana-mana. Satu kat Rim, yang ladang long leong tu. Banyak ladang dia kat Melaka.

On the way balik kampung.
Ini on the way ke kelas ePJJ. Kat Shah Alam ni.
Ah ha.. Lao Leong. Kalau aku duit banyak aku nak takeover estate ni.

Cari

Aku tak boleh tido. Ya Allah mohon mudahkan segala urusan hambaMu ini. Cuba cari kucing di balik segerombolan owls tu.

Gula Melaka

Pic tu adalah gula Melaka yang paling pure. Memang hundred persen dari nira kelapa. Takde mix dengan gula biasa. Maka tak keras gulanya. Tadi kakak aku cerita Emak buat pengat pisang sedap gila. Aku tau tu sure hasil guna gula Melaka yang aku beli tuhari di Bemban.

Ini lah INANG. Bukan inang pekerja istana di zaman silan. Ini makanan. Even orang Melayu Mesia pun ramai tak tahu kewujudan masakan kering ni. Goreng jadi snacks. Ini serious Melaka punya makanan.
Gula Melaka yang terbaik pernah aku jumpa. Sangat sedap, memang buat dari nira kelapa yang pure. Takde mix dengan gula biasa. Kalau letak dalam kete kalau panas gula ni boleh cair. Itu tanda ke-pure-an nya.
Kolej Kenang ke Perindu. Baru lepas hujan. Ahad lepas ni baru keluar dari kelas ePJJ.