Sedap plak. Aku meeting dgn ex student. Dah banak pinak. Aku? Haha. Dalam hidup ramai gagal melihat masalah adalah peluang. Tu sebab ada nama problem solving. Ramai gagal melihat kenapa SILENCE IS GOLDEN. Kenapa? Benda tu dari zaman kecik kat sekolah cikgu letak kat sama ada kat kutub kanah or kat dalam kelas sendiri. Silence is POWERFUL. Tapi ramai perceive being silent sebagai tiada usaha. Sebagai tidak berbuat apa-apa.
Dalam dunia yang semua orang nak bercakap, mau berekspresi. Dalam dunia yang semua orang mahu didengari kini, maka being silence semacam tidak trending. Senyap bagaikan salah lilit shawl, nampak hodoh, tak kena gaya. Tapi tidakkah terfikir bahawa senyap dan tak buat apa-apa itu memerlukan kekuatan dan kesabaran yang cukup hebat?
Sayang, ramai yang tak nampak perkara ini walhal, terbinanya masyarakat majmuk Malaysia yang tidak integrated ini adalah kerana perbuatan senyap dan tidak buat apa-apa. Walhal Melayu, walhal Malaysian, tapi tak tahu macam mana penduduk Malaysia yang masih fail identify diri sebagai BANGSA Malaysia ini lahir hasil dari TAK buat apa-apa.
Pecah dan perintah atau divide and rule. Cemana laksana? Takde laksana apa pun... Melayu jangan diusik, biarkan mengeram kan kampung. Cina dari selatan China dibiarkan buat apa yang mereka mau di area lombong yang pastu urbanized. Tamil dibiar lepak kat ladang and jalan keretapi. Cemana pecah dan perintah? Guna apa nak buat kaum-kaum yang sedia ada beda dari sudut LANGUAGE, SKIN COLOR, FAITH ini merasakan diri mereka berbeda? Duduk di Tanah Melayu, tapi lokasi residensi pun beda.
So apa yang dibuat oleh Inggeris nak kasik pecah? Jawabannya, tak payah buat apa. Sebab mereka memang beda. Kalau buat sesuatu, sure mereka ini sudah berintegrasi. Tengok Jepang, bila dia incite kebencian Melayu-Cina.. memang menjadi.. tapi endingnya Melayu dengan Cina bekerjasama. Ramai kata Jepang Occupation lah yang sebabkan Melayu dengan Cina gaduh sampai kini. Pada aku itu hujahan dangkal yang tidak dalam. Benar tapi bukan jawapan yang jitu. Pada aku, kerana Jepang Occupation lah yang munculkan kerjasama Melayu dengan Cina. Kerana pengalaman itu juga Melayu dari yang elit sampai le kat bawah yang kena sentiasa kena belit setuju untuk 'share' (ini sejarah, please jangan emo) the land with Chinese.
Gelagat Jepang sebenanya yang buat Melayu dengan Cina mula berinteraksi dengan lebih galak. Bila ada interaksi baru le kenal mengenal walau pun masa tu kenal dalam suasana tidak harmoni dan benci. Kalau tak the PLURAL society of BRITISH MALAYA interaksi nya limited to kat pasau je.. Ini Furnival yang cakap.. Ini interaksi je eh.. takde integrasi apa pun.
Itu sebab SILENCE IS GOLDEN. Nak buat a bunch of people yang against you agar tidak go against you lagi... Mudah saja. Senyap. Jangan buat apa-apa. Lihat hukum alam melahirkan kebencian kepada khalayak yang tadi bersekutu menentang anda berpecah. Dan mereka datang kepada anda untuk sama ada mengadu atau bersekutu. Pengajaran, jangan baik-baik kan mereka. Haha.
Throughout history.. we have seen how being senyap and no action sangat powerful.. Cuma aku pertegaskan.. No action kat sini.. no actions towards the others.. To ourselves.. of course perkuatkan diri.
No comments:
Post a Comment