Tuesday, February 28, 2017

Rasa Bodoh

Aku dah bosan buat abstract... aku rasa dah buat betul.. tapi tak betul gak... entahlah cemana yang betul pun aku tak tau.. so aku jadik bosan.

Sekarang aku sedar.. kalau cikgu cakap muridnya bodoh.. memang murid tu akan bodoh and matikan kreativiti murid tu.. and matikan juga motivation.

Aku dah jadi student yang begitu... Buntu.. tak tahu nak buat cemana.. Aku just harap belas ihsan supervisors aku untuk kasik aku habis ASAP... Aku bosan... 

Knowledge-wise aku ok.. readings semua bagus.. cuma writing tak pandai.. and lagi gigih kena kritik.. makin aku buntu... sebab aku tengok orang previous thesis orang lain biasa-biasa je.. and aku pun tak paham apa mereka tulis.. So, takyah la nak simpan-simpan aku lagi.

Makin tambah teruk.. aku makin tak minat dengan politics.. tak kira apa sisinya.. academic ker or secara practicenye ker.. semua.. aku dah muak.

Even aku dah tak minat dengan dunia academic.. makin tak minat buat research... Ini ke objective PhD??

Mungkin aku tak layak kot.

Ati duduk dalam tudung saji... aku pelik dengan dia ni
Tuk tuk warna Brazil kat Luang Prabang... Yang bangunan tu is Luang Prabang Municipal Council nyer building... Yang warna hujau tu.. tak sure sama ada green tea or mint milk... tak sedap... pic tengah.. family SUCK (owner rumah tumpangan) tengah lepak-lepak... malam kang tu ada family dinner.. esok Taipusam... tu V-Soy.. aku haus gila masa tu.. bila minum rasa sedap bangat.. yang papan tanda tu.. papan tanda for Mucipal Council building.

Monday, February 27, 2017

Oscars

Aku kat dobi.... aku nak baca buku.. entahlah.. rasa macam makin bodoh.. aku bosan buat thesis.. tah hapa-hapa. Esok nak interbiu Ketua Puteri Umno.. YB Mas kat opis dia kat Masjid Tanah.

Tadi agent jual umah / property valuer datang umah Sendayan.. landlord umah aku tu nak jual.. Aku lah gatal tanya.. dia ada niat nak jual ke.. aku ingatkan beli subsale senang.. payah.. takde 30k cash dalam tangan takyahlah.. aku congak-congak macam.leh sediakan upfront tu... and boleh gak bayau bulan-bulan.. tapi aku abort the mission.. tak mau lah.. nanti banyak benda kena sekat..

Aku nak focus pada PhD dulu and gi travel. Aku kesan yang aku ni mesti kuar dari sempadan negara at least 6 bulan sekali.. kalau tak kepala rasa macam dirasuk tungau.

Aku kepenatan.. and sket rasa macam bengang.. macam irritated.. macam apa lagi yer.. sampai aku agak keciwa dengan diri sendiri.. taklah teruk sebab aku sekarang bijak tangani emosi and attitude.. tapi ada gak..

Aku rasa macam tak dapat bantuan.. and macam keliling tak cuba nak paham betapa penatnya aku.. macam tak nampak.. 

Aku tak expect bantuan duit ke apa.. cuma tunjuklah yang anda semua bersama aku..  beri aku kelonggaran.. aku rasa macam kena bully kadang tu.. semua hempok or baling kat aku macam baling baju masuk dalam washing machine and dryer.. 

Argh lega curah perasaan kat sini.. 

Alamak baju dah kering.. aku nak lipat baju.. huhuhu


Sayang rumah ni...  aku beli 2003 kot.. aku pun tak ingat.. pastu duduk dari 2003 - 2007.. kejap je.. then pindah Kedah...
Inilah ad kat mudah.. berbaloi beli umah kat Bandar Baru Bangi.. senang dapat renter.. Ada jer orang dok tanya.. tapi tak larat la orang asik mintak diskaun.. bukan korang saja perlu guna duit.. aku pun...
Kalau tak silap keter antik tu Jagiuar.. kat Luang Prabang tu.. rindu lepak sana.. memang aku akan kembali ke sana... sangat best... Aku macam dah meluat gila dengan study aku... Aku sangat marah... Ohya.. rumah tu ada tangga macam tangga Melaka.. Aku rasa kalau ada orang nak sebarkan Islam.. Laos is a good place..  Elok kalau Raja Salman from Saudi gi visit sana gak... 

Kunming

Bulan 8 ni aku ke Yangon.. excited. Ni dua orang kakak aku and anak buah aku.. Dak Kakak dah balik Mesia dari Hokkaido.. nengok gambau mereka nampak sungguh best.

Bunyi azan Subuh.. ni kat kampung.. Aku sebenaunya gila banyak menda nak cite tapi macam susah benau nak sampaikan.

Malam tadi member aku yang kena remand MACC tu responded to my text kat wasap. Alhamdulillah.. bayangkan 4 hari terkurung dalam lokap.

Aku tak peduli sama ada betul ke idak dia guna credit card corporate tu secara betul or salah.. satu takde rasuah.. menda ni lebih pada misuse of power yang leh settle internally.. rasa macam bukan MACC nyer jurisdiction.... Yang penting, dia salah or tak salah.. beliau tetap kawan aku and aku support beliau...

Aku dulu pernah gak terpalit dengan kontroversi.. tapi Alhamdulillah ramai sangat kawan membantu.. cuma satu dua saja yang very grudgy and judgy (huhu aku coined perkataan baru). Yang grudgy and judgy tu aku tak kisah pun sebab mereka tak ngerti dan tak lalui... so mana nak paham.. tapi takdelah nak doakan mereka lalui untuk paham.. tak sempat kot nak doakan begitu... huhu better aku doa untuk diri sendiri. 
 
Tu sebab bila ada member yang ditimpa kontroversi.. aku mendoakan mereka dapat tempohi dengan baik dan segala isu dapat selesai dengan sangat baik... Aku contact dia... Cakap elok-elok... Bila contact aku tak keji... tak maki-maki.. tak sesal-sesalkan... tak jauhkan diri... 

Yang aku pasan.. kita ni kalau bila orang susah kita sesal-sesalkan dia macam "kan aku dah cakap dulu... tu lah tanak dengau cakap aku... cakap aku ko tak pernah dengau.. " or cakap threaten.. "kalau ko buat lagi memang aku takkn peduli lagi or ko takkan jumpa aku lagi...".. itu buat orang tersebut lagi down.. teruk lagi.. dan menda tu akan balik kat kita.. 

Perhatikan.. kalau kita suka cakap macam itu.. Bukan saja orang yang sedang ditimpa tu lari.. tanak ngadu apa-apa lagi kat kita... tanak mintak tolong dari kita (loss of opportunity untuk buat baik.. buat pahala)... tapi orang-orang lain pun lari... 

Kena dengau lirik lagu Marsha Milan Londoh... aku tak ingat tajuk... tapi dia ada cakap.. bila kita sembang... or bila berhadapan dengan situation.. it is not about siapa benar siapa salah... it is also not about siapa menang sapa salah... It is about finding solutions.. it is about brainstorming.. 

Aku pelik kenapa ramai orang marah bila member dia or kita tak ikut nasihat dia... I mean.. berlapang dada.. masing-masing dah besar kot... dah tua bangka.. satu lagi cermin diri.. adakah anda sentiasa menerima dan ikut sahaja pendapat and nasihat orang lain... sasah lah akan timbang tara before you decide... 

Nak balik Sendayan... 

Ohya.. aku nak travel ke Kunming.. A city of eternal spring.. sure sejuk kan??? Aku nak beli beskal ni.. nak bawak beskal ke swimming pool... baru lah sonok. 


Ini ubat aku beli kat Luang Prabang.. untuk perut yang gassy.. aku selalu sendawa.. aku tak suka. Tapi aku tak bawak balik sebab aku takut kot-kot ada daun-daun tu daun ganja ke hapa.. walaupun beli kat pasau malam tapi mana tau kena tipu. 

Sunday, February 26, 2017

Empath

Kat kampung.. jap tadi jumpa balik term yang aku suka.. Populist Kleptocracy.

Tadi sakit pala sket.. pusing sebab aku pening seolah dunia mengharapkan aku... Kat Sendayan begitu.. kat kampung pun begitu.. dengan member begitu.. dengan family pun sama.. dengan supervisor pun gitu gak.. 


Satu sudut.. Mak aii... aku bukan tuhan Hindu yang banyak tangan tu (maaf kalau ada yang Hindu kat sini.. jangan kecam aku macam Prof kat UM tu... sian dia)


Siyes... tak nampak ke aku banyak gila menda yang kena buat.. takanlah menda kecik-kecik pun nak suruh aku gak... memanglah leh buat.. tapi aku penat.. tak kesian ke? Siyes kebanyakan perkara yang diadukan.. diajukan.. boleh selesai sendiri... tak perlu aku pun...


Satu sudut lagi.. aku dipercayai.. diperlukan.. memang sonok rasa tu.. tapi manalah aku sempat nak wat semua.. so.. mohon banget.. kalau leh dibuat from your end.. or by yourself.. please buat.. 
Bantulah aku yang memang banyak perkara yang mesti dihandle..


Tak best nya aku curhat sekarang.. macam xde jiwa.. Eloklah.. aku tak suka nak meroyan cam dulu... nak Asar pastu sambung sidai baju.. huhu.


Mak aii 90kg... sekarang entah berapa pulak... usaha gak nak reduce weight.. harap-harap berjaya.
Depan kedai-kedai kat Luang Prabang.. diorang suka pokok-pokok.. cantik.

Friday, February 24, 2017

23 February

23 February.. Ini hari sangat mengejutkan aku... I was petrified... stunned.. betul ke perkataan to tuk describe how I felt semalam... A news yang aku baca left me without a word.. speechless... jap lagi sambung... aku nak gi makan.

Ni dah pukul 2.36 petang.. 25 february... semalam nak sembang.. tapi lepas balik dari dinner aku terus tidur.. Sekang ni aku nak buat kijer.. tapi kena gak curhat sikit kat sini sebab curhat kat sini macam stretching before workout.. 

Moh cerita pasal 23 Feb.. yer hari Khamis.. aku bangun-bangun bukak grup wasap kuar newspaper cutting pasal senior officer of a GLC kena tahan remand dengan MACC.. Itu member aku... tak member masa kat PPP ITM, pastu jadi member rapat kat MCC Kuantan.. pastu rapat-rapat tidak kat Drexel Uni, US.. pastu balik Mesia memang setahun sekali pun susah jumpa..

Yang aku tahu mamat ni memang sangat berjaya... 

Aku wat kije dululah..

Aku malas nak baiki entry ni.. biarlah.. pasal member aku.. Alhamdulillah dah kuar lokap.. katanya takde pertuduhan.


Kak Ita.. Cik Pid.. and Dak Kakak... sonok diorang pergi Hokkaido.. Semua ok sampailah hari Jumaat.. Kak Ita merajuk.. siap bila dah sampai Mesia left group.. aku call tak angkat-angkat.. dia bengang dengan Cik Pid and Dak Kakak.. biasa lah tu.. travel sure ada drama.. tapi pastu baik semula.. kena travel sama.. travel membina kenangan.... Travel yang paling aku bangga of course lah dapat bawak Emak ke US and Canada... banyak cities plak tu... even dah sampai kat Hatten Island.. eh yeke nama dia.. yang ada Lady Liberty tu... Travel tu gak lah yang buat aku rapat dengan family.. kalau tak memang aku tak balik Mesia.. and tak dulik pasal Emak and Ayah aku and family.
Member aku Dak ENdot.. member masa PPP, MCC and Drexel tunjukkan postcard Philly.. Haah la.. aku rindu Philly.. moga dapat balik sana nanti.
Inilah dia.. Aku rasa beliau ada salah.. tapi aku sokong beliau. Alhamdulillah tuhari sembang beliau very calm and composed.
Jumpa kat bilik belakang or Bilik Emak masa kemas... dulu masa kecik aku nak belajau solat semua aku baca buku ni.. dalam Jawi ok... dulu sangat lancar baca Jawi.. sekarang tak sure...
Stupa.. kat Luang Prabang.. aku sebenaunya banyak sangat nak cerita pasal sana.. tapi sekarang macam tak reti menulis.. Supervisor aku asik cakap aku tak pandai menulis.. sampai aku tak boleh nak jadi kreatif.. tak tahu kenapa.. Harp aku dapat kembali rasa seronok menulis.. be it creatively or in academic...

Saturday, February 18, 2017

Rokki and Multilateral Retrenchment

Apa ke jadah maknanya? Aku pun malas nak mahamkan.. ni jumpa dalam artikel by an Israeli academic Efraim Inbar dalam buku The Arab Spring, Democracy and Security.

Tadi pagi aku berjaya swim 30 laps or 1500 meter.. aku wat rilek rilek pelan pelan saja..  berjaya juga.. then aku masuk gym.. buatlah tah apa nama machine tu.. Tapi sebelum tu aku timbang.. Aku sudah 91kg!!!! Aduhai.. berat sungguh.. mesti lakukan sesuatu.

So far tak minum manis dah dekat seminggu.. minum air kosong manjang.. rasa macam ok badan. Argh.. ngantuk gila.


Ini in flight nye wifi.. kimak memang tak payahlah.. tapi kalau nak guna gak sign in guna CHROME.. jangan guna google.. boleh TEXT MESSAGING SERVICES only.... Internet surfing and streaming.. youtube ke memang takleh.. buang duit RM9 je.. jahat Air-Asia ni.
Hari ni Mak Tom meninggal dunia.. hari ini gak Cikgu Mokhtar.. cikgu masa aku kat Sultan Muhammad.. meninggal.. sedih kan..
Aku tak ingat apa aku makan... RM15 kalu tak silap... sedap.. ini macam chicken role.. very nice..
Inilah rupa paras BUREAU DE CHANGE kat airport Luang Prabang.. Aku sampai je tarus tukau USD to Kip di situ... Tadi aku timbang berat aku 91kg wei.. fuhh.

Friday, February 17, 2017

Rumah Bangi Siap Chat

Alhamdulillah.. terima kasih buat sahabat aku yang sorang ni.. Aku di Luang Prabang beliau sensorang ngecat rumah aku.... balik2 aku just kemas sikit-sikit je.. Kalau takde beliau... susah aku.. khidmat ngecat beliau pun foc sahaja.. aku nak bayau.. tapi budget tengah ketat.. huhuhu.. Tapi beliau tak merungut.. Alhamdulillah.. mana nak dapat member sebaik ini... Syukur banget tuah sentiasa menyebelahi diri aku ni... Aku nak sewakan RM650 plus RM33 maintenance fee... Masa dok cuci rumah ni.. aku teringat zaman lepak umah tu... best gila.. sejuk..

Saturday, February 11, 2017

DO NOT BREAK THE CHAIN

Alamak aiii.. aku lupa lak ada satu kata-kata hebat dari sorang mamat yang aku bump into.. Mulanya atas Puncak Mount Phousi... 

Hahaha.. Aku dah ingat.. Tu baru je letak as judul entry...

Mamat ni accountant... sembang panjang bila jumpa balik dalam flight.. paling tragis bila dia seat sebelah aku.... Aku 18E dia 18D... huhuhu

Kang aku sambung.. malas plak.. ni nak beli gula-gula ubat batuk Jub Jub and Minyak Geliga kat kedai Sinseh kat Simpang Bekoh.

Huhuhu.. aku sedang berusaha tanak makan minuman bergula.. tak tahulah berjaya ke tidak.. xde option.. kena tegas kali ni..huhu..

DO NOT BREAK THE CHAIN ni.. Mamat tu bagitau... dia mau CONTINUOUS.. CONSISTENT... kalau dalam tradisi Islam plak mungkin comparable to ISTIQAMAH.. huhuhu.. nampak tak??

Dia kasik example.. kalau hari-hari main golf kat Mesia.. walau travel.. dia tetap main golf... ha gitulah.. kat Mesia solat tak tinggal... gitu gak bila travel.. menurutnya salu orang solat tu tertinggal di Malaysia... takat dalam sempadan negara saja.. kuar saja tak solat...

Beliau orang nya begitu... once beliau lakukan sesuatu beliau cuba untuk tidak stop or lari dari kebiasaaan.. beliau jadikan menda tu routine

Macam aku ni.. try not to drink air manis.. jangan break the chain of minum air kosong sahaja.. menarik kan?? Jangan break the chain of modifying thesis..

BTW tadi aku disuruh sorang lecturer ni masuk pertandingan BICARA TUNTAS.. buat apa aku pun tak tau.. aku tak nolak.. for me setiap offer adalah rezeki.. lagipun second SV aku.. Dr. Sity yang beri nama aku tu.. huhuhuh.. kena lah hargai beliau kan???

Itulah cakap pasal rejeki ni.. pada aku orang mintak tolong.... itu rejeki.. kalau dapat tolong Alhamdulillah.. Sangat nikmat sebenarnya bila kita dapat menolong ni...

Aku sentiasa tidak pikir yang orang mintak tolong itu satu bebanan.. Kalau sonok tolong orang.. tak beban apa pun.. macam tolong Mak Ayah.. rasa beban tak??

Lagipun kena pikir camtu.. sebab esok lusa kita pun tak tau... huhuhu..

Lagipun satu penghormatan bila orang mohon pertolongan dari kita.. maksudnya kita ni orang percaya.. kita ni orang nampak hebat dan kuat...

Tapi salu gak aku ketemu orang melihat orang yang cuba mintak tolong itu sebagai cuba mempergunakan...konon ada unsur eksploitasi..

Percayalah.. kalau kita pikir kita sedang dipergunakan.. memang end up begitu.. kalau kita pikir kita sedang memberi sumbangan.. PASTI DAPAT GANJARAN...

Huhuhu.. Alhamdulillah jumpa Mamat tu was a VALIDATION... dengar cakap beliau seperti mengesahkan apa yang aku lakukan sekarang ini betul... Cara aku uruskan kehidupan sekarang ini adalah tepat...

Yang best.. beliau ni juga very minimal.. sangat kebetulan aku pun sedang ke arah itu.. tu sebab barang-barang aku sikit.. aku always DE-CLUTTER rumah.. opis angkat (aku ada dua opis.. satu bawah.... satu atas..).. Aku simpan apa yang perlu saja.. yang tak perlu lekas-lekas buang or sedekah sahaja.. yang tak leh pakai.. semua buang....

Lagipun being minimalist and aktiviti de-clutter buat aku mara dengan sangat pantas.. Yeah.. so far.. itu yang aku rasa...

ALHAMDULILLAH.

Muka Forever Alone

Aku baru pas terbaca student aku nyer statement yang layak dijadikan bidalan... silap konsep.. tapi aku nak guna gak.. katanya muka orang gemuk ke kurus memang salunya transform abes.. better dari sedia ada kurus.. tapi yang paling lawak ada muka sorang mamat ni yang dia kata.. Muka forever alone.. mamat tu obese.. huhuhu...

Aku kat kampung ni.. malam ni nak balik Dayan semula.. esok nak finalise kemas umah Bangi.. huhuhu.. tak sabar nak sewakan rumah itu.

Banyak gila kije nak buat ni.. tapi aku menten lek lek sahaja.. huhuhu..

Tadi bawak Emak and Mirrah yakni niece aku ke Tampin.. makan Mi Tarik kat Mydin Tampin.. sedap sungguh..

Pastu aku dah lama takde jam... beli jam tangan.. huhuhu.. murah je RM89 jer.. Aku nak simpan duit untuk gi jenjalan..  Malas le nak beli mahal-mahal.. kalau kita ni memang branding mahal.. pakai menda murah pun tetap orang pikir mahal.. kalau branding diri tu murahan.. pakai ler apa je jenama.. tetap murah..

Macam member aku cakap ler.. rasa dia pun metik dari orang lain.. You can't by style.. oh bukan.. You can't by taste.. hahaha

Oklah.. nak solat..

Ini lemang Luang Prabang.. memang sangat sedap.. Mak Cik itu lah yang menjualnya.. 3 menda alah tu macam biasa 5K Kip.... Aku memang tak tau berapa dalam RM.. memang tawakkaltu 'ala Allah saja... Aku konon takut makan sticky rice maka aku beli satu jer.. Makanya aku beli 4K Kip.. Makcik tu dengan suka hati amek duit aku.. Halal jelah,.. Kalau tak silap mata Makcik ni pun hazel... Yang penting lemang ni memang sangat sedap!!! Huhuhu.
Tuan-tuan dan puan-puan.. Ini kat terminal bas menghala ke selatan... Aku suka terminal bas ni.. Kalau terminal bas utara yang dekat dengan STADIUM LUANG PRABANG tu kureng best nyer... Yang ni nampak dia ngangkut tah orang dari kampung mana ke stesen bas yang ni.. Aku first dari kiri tu.. AKu suka banget.. Itu bas jenama HYUNDAI kalau tak silap.. Ake pernah ada obsession dengan busses masa kecik-kecik..Sayang aku tak amek bas warna kelabu taik anjing tu punya wajah depan.. wajah depan bas tu comel... Bas ni era 90-an kalau tak silap bermaharaja lela.. Of course kat Korea Selatan banyak.. Even kalau nonton drama Mesir pun ada tau.....Nak kata van.. dia bas.. tapi dia comel sikit banding typical busses... Aku pergi terminal ni on the 4th day.. yang aku bawak motor lalu ke BYPASS road tu... 
Ini hari ketiga... Pagi naik.. petang pun naik.. pagi nak tengok sunrise.. petang op kos nak tengok sunset.... Sungai MEKONG ni ngalir kat bahagian utara Luang Prabang.. Luang Prabang ni is a peninsula... THUMB peninsula.. kalau Italy nya peninsula looks like a boot.. yang ni macam ibu jari...  Mount Phousi ni rendah je 150 meters.. tapi aku rasa tinggi... tak tau lah mungkin sebab dah lama nau tak gi hiking.
Ini lah kawasan pekan dia.. Pekan dia ni.. makin ko ke timur.. makin cantik... Bangunannya citarasa colonial French blend with local.. Aduh cantek banget.. Aku syak yang suasana Luang Prabang ni ada persamaan dengan ANTANANARIVO... sama-sama tengah gunung.. sama-sama bawah French dedulu... cuma benua yang berbeza... and of course orang-orang nyer...
Tengoklah beras-berasnya... aku rasa semua ni sticky or nearly sticky rise.. kuat makan pulut.. tapi takde le gemuk gemuk orang kat sini.. huhu.. yang penting lemang dia sedap... cuma manis... huhu teringat pasal lemang bila cakap pasal beras pulut.. BTW lemang kat atas tu.. dia campur sikit dengan pulut hitam... Huhu.. teringat aku buat lemang pulut hitam masa raya 2014.. mmm 2013 kot.. tak jadi.. sebab semuanya pulut hitam.. Tak boleh!!! kena pulut biasa : pulut hitam -- 10: 1. Paham math kan?? huhu

Monsun Tropika

Huhuhuhu.. Aku kat opis ni... Tak solat Asar lagi... 

Dah solat...

Pasal tajuk tu.. teringat aku masa kecik-kecik baca buku teks geography kakak aku punya.. aku rasa sekolah menengah nya.. 

Buku tu cakap.. tempat beriklim Monsoon Tropika ni musim dinginnya cold and dry.. pastu masa musim panasnya lak panas dan banyak hujan...

The text book didn't lie.. betul macam aap yang aku experienced kat Luang Prabang... Sejuk.. udaranya sejuk.. tapi matahari mencarak.. 

Yang pasti, hari pertama and kedua aku rasa sangat sejuk.. hari tiga.. empat.. and of course hari Jumaat.. hari balik.. aku tak rasa apa pun.. aku rasa biasa jer.. mungkin juga memang aku mudah adapt.. 

Tulah dak Loy Mao masa pagi Jumaat masa nak antau aku ke airport tanya leh ke aku tahan tak pakai sweater.. walhal dia berjacket bagai... huhuhuhu



Entry tadi ada pic ni ke jugak.. kat jalan ni.. jalan ni kira pusat segala-segalanya kat Luang Prabang ni.. kat sini le entrance "depan" nak naik Mount Phousi yang banyak hantu tu.. sini gak tempatnya Royal Palace.. sini gak entrance for so many majestic temples.. sini gak pasau malam.. jalan ni gak banyak opis-opis adventure and travel agents.. nak sewa motor.. beskal.. nak naik gajah bagai.. sini lah... lupa nama jalannya.. in fact aku tak penah kisah nama jalan sebab senang benau Luang Prabang ni.. banyak sangat landmark kat sini yang leh jadi GUIDE arah.. macam Mount Phousi.. even Namkhon River.. and Mekong.. senang banget.. sapa sesat.. itu bahlol namanya..  pastu kat jalan ni gak banyak high end restaurants... kena jenjalan sini.. wajibul..
Leh baca tak sign board tu???  Kanan pegi Vientiene or Wingchan... tarus ke Phonsavan.. situlah ada PLAIN OF JARS.. ni aku pegi kendian.. aku nak pergi lepas aku pergi Yangon and etc.. nak kembali ke negara yang sama.. malas lah..  atas kanan.. nampak tak vehicles jenama CHANGAN... ini Chinese brand... huhu.. ngambik nama lama Beijing/Peking kot.. or nama lama Xian... jap google...  huhu betul... nama lama XIAN!!! memang aku bijak!!! Maksudnya PERPETUAL PEACE.. nice meaning. The presence of Chinese brands indicate cengkaman China yang makin kuat.. huhu inilah the impact of the rise of China!!! Pic dua buses tu..  Aku amek sebab aku suka tengok.. cantik.. dulu-dulu bas kat Mesia lebih kurang cenggini lah rupanya.. kalau kat Melaka tu .. bas renti renti.. Bas MOS, Bas Tuah, Bas Put Hup, Bas Bumi, Bas Aziz, Bas Batang (huhuhu).. ha tu jelah kot.. kalau ke KL masa ikut Emak buat post-cancer medical check-up.. salu naik bas Labu Sendayan dari Melaka.. huhuhu.. lalu jalan lama ok.. Melaka.. Alor Gajah.. Simpang Empat... Simpang Kendong.. Rembau.. Pedas.. lalu Senanwang yang busuk.. then bus stand Seremban... Aku lupa Bus Stand lama Seremban.. kat mana dulu.. rasa tempat yang sama.. tapi pastu roboh.. dan bina terminal yang ada sekarang..  Then dari Somban.. gi KL naik Bas SKS.. Aku sempat yer merasa naik bas ekspres takde aircond.. yang mula-mula berekon was SKS.. then baru lah yang lain... Ini zaman Lebuh Raya Utara Selatan belum wujud.. yang ada Federal Highway and KL-Seremban Highway jer.. tu pun 4 lorong saja.. sekang 8 lanes.. huhu.... Yeah.. pic last.. ini jalan baru.. inilah THE BYPASS.. maksudnya orang dari Vientiene takyah masuk Luang Prabang.. leh ke Phonsavan taruss.. cantik pemandangan ikut bypass ni.. 
Aku amek pic sungai Namkhan dari atas jembatan tu.. Nak develop Laos is not easy.. it is geographically challenging.. Gerai buahan ni dalam pic tengah tu.. belah kiri jalan lepas jembatan... Kiri anak.. kanan emak.. macam adik beradik.. kulit mulus.. mata hazel.. rambut macam keperangan... tapi takde lak trace Caucasian.. memang Mongoloid... tapi jenis lain dari kita semua ni... huhuhuhu... Aku syak diorang ni hilly tribes.. orang pekan muka macam oirang Malaysia je..especially macam Melayu and Chinese.. or lebih tepat kalau Melayu mix kan dengan Chinese.. muka jadi macam Lao.. cam tu ler..
Buruk dah Stadium Luang Prabang ni... Aku rasa macam pernah je stadium ni guna masa SEA Games 2009..  Tapi maskot masa 2009 tu gajah.. ni kat atas tu ayam plak.. huhuhu... Walupun buruk tapi sekitar tu gunung ganang.. so the view is very scenic from here...

Husnuzon Suuzon Luzon

ALHAMDULILLAH...

Berjaya gak aku ngadap laptop ni.. Semalam aku ke Shah Alam.. hantar bundle.. kemudian aku lepak dengan Cik Pid and Kak Ita.. Pastu aku ke Balakong.. then aku ke Sendayan..

Aku sedang melatih diri untuk bersangka baik dalam apa jua keadaan...

Lepas tu tak mudah dicucuk..  Sebab aku ni mudah sangat diinfluenced....

Ini entry sebelum ke Laos.. huhuhuhuhu.. tah hapa-hapa emosi ku di waktu ni... banyak nak cerita tu.. siap aku letak LUZON...BTW kalau ke Pulau Luzon.. aku mau ke BAGUIO.. huhuhu.. lepak sana pastu smule lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Lepas je abis edit entries.. aku nak balik kampung.. konon kakak aku plan tu hari nak bawak Emak jumpa Ustaz Ahmadi ni hari.. tapi tunda to 18th..

huhuhu

Friday, February 10, 2017

Luang Prabang

Hoore esok balik.... Aku dah abis uoad IG semua gambau.. menimbun aku amek gambau.. huhu.. tak penah aku beria camni.. Pasni nak pack barang..

Paling sonok tadi bila ronda keluar dari bandau.. amek gambau budak-budak tu antara paling best.. Aku pegi ni ada yang kecik hati... sebab tak bagitau.. lambat bagitau..

  
Aku tak kecik hati bila orang lain kecik hati.. mungkin itu tanda aku important dalam life mereka...

Pengalaman kat sini best.. berjalan best.. satisfies my curiosty pasal Luang Prabang and sikit pasal Laos.. itu sonok..


Yang aku kurang ialah badan aku ni.. susah badan camni.. berat.. rasa tak sihat.. confidence.. sasahlah.. Konon lepas je cuti aku nak dapatkan semangat baru.. entahlah.. macam tak meningkat je semangat tu... hmmm


Banyak sangat Wat kat sini.. aku memang tak ingat nama-nama nyer.. tapi memang cantik.. rumah-rumah yang mungkin ada tinggalan French and local aristocrats nambah lagi cantik bandau ni.. 
Kalau diorang ni jadi lebih pembersih.. sure masa maju Laos ni rupa parasnya lebih macam Jepun or South Korea... rumah-rumah diorang not bad...
Aku kompius tengok tumbuh-tumbuhan kat bukit bukau and gunung ganang kat Laos ni.. tak sure sama ada hutan or ladang.. sebab ada area tu yang penuh dengan pokok jati.. di tanam ker?? or grow in wild.. banyak banget... Ini aku keluar dari the City naik skuter.. naik je wei.. selamat.. huhuhu...ada yang kata "berani nyer aku... redah jer wei..." 

Wednesday, February 8, 2017

Mountphousi

This is what I wanna do.. Aku siyes jemu dengan menda-menda yang kononnya 'serious.' BTW aku membelog dari atas puncak Mount Phousi yang rendah ni... Satu sebab kenapa aku pergi sorang and mengecikkan hati mungkin beberapa orang ialah aku nak berpikir tanpa tekanan.. bukan takleh kat Dayan tu.. banyak masa sensorang.. tapi kat Dayan tempat biasa.. Aku pun naik nyampah dengan suasan di Dayan... 

Bila teringat pasal kerja.. pasal study... buat apa pikir apalah yang aku terkejar-kejar suatu ketika dulu.. Bukan aku tak happy dengan kerja and study.. memang ada waktu jemu and meluat... tapi pada aku dah sampai masa aku add colors to my kerja..

Aku very lucky sebab travelling adds values to kerja aku.. it helps me a lot.

Travelling bukan je untuk personal.. tapi directly kasik benefit kat career...
 
Kat bawah tu the monks are chanting.. kat wat paling tua kat Luang Prabang.. may be the oldest kat Laos gak... 

Huhuhu.. Aku konon nak pegi PLAIN OF JARS.. tapi tu jauh.. kena naik van... Itu kat area Phonsavan.. bangangnye aku mikir boleh sampai baik motor.. huhuhu....

So, takat ni.. aku dah jalan kat bandau.. dah pegi pasau malam.... dah nyusur sungai Namkhan & Sungi Mekong... dah mandi air terjun Kuangsi yang macam Pamukkale tu... dah nengok sunrise kat Mount Phousi.. dah pergi Istana.. dah nengok kereta-kereta mewah Raja Sisavang Vatthana.... dah pegi pasau malam waktu masih siang.. dah nengok sunrise kat Mount Phousi.. Sekarang.. aku memblog di Mount Phousi... huhuhuhu

Aku tak suka beritinerari or ikut itinerari orang.. aku orangnya unplanned.. ikut sedap hati.. ikut gerak hati sendiri... and I love and proud being that way.. pernah cuba ubah.. tapi entah.. tak selesa.. orang lain mungkin begitu.. no wrong..

Sonok tengok Laos ni... pada aku masih raw.. lama gila those monks ber'wirid.' Ada waktu diorang nyer perkataan and even diorangnye lenggok tu macam Arabic.. Aku salu pikir setiap religion ni sure ada hubungkait... teringat Mr. V. Ganesan.. Boss aku masa kije CIMB... Rindu kat dia.. nanti aku nak pay visit to him.. dia always baik dengan aku.. huhu.. 

Ohya.. dia bagitau aku banyak kali yang Hinduism is just like Islam.. It is a monotheistic religion.. Yang those gods and goddesses itu hanyalah representation of THE GOD.. or represent the characters of the God.. macam Ganesha.. Maha Bijaksana.. camtulah.. aku tak dalami pun menda-menda ni.. cukuplah aku pernah konon nak expert nau-nau dalam politics suatu masa dulu... nak jadi academician terkenal... nak ada research grant sampai juta-juta.. nak masuk TV hari-hari.. huhu.. cukuplah.. I am ok with NOW.. cuma ingin maju.. tapi ada masa untuk diri and family.. 

Aku pun teringat gak kat ada sorang colleague ni bila dengar wirid dari Wad Buddha tu... beliau bagitau lepak-lepak di Buddhist temple buat dia rasa nyaman dan senang.. Yeah masa tu kitorang OTW ke Kuala Kelawang.. tengok Mak Sedara beliau yang masuk spital.. huhu.. Lepas visit siap pergi ke Masjid Kuala Dulang.. katanya Masjid itu ada 'karramah' or bahasa kita keramat.. huhuhu.. aku siap solat hajat kat situ.. Mohon pada Allah.. supaya kehidupan.. nasib.. menyebelahi aku.. doa aku rasa ok.. bahagia..

Masa tu aku sangat tak ok.. or I would say extremely not okay.. tapi banyak aku belajar.. aku belajar untuk belajar skill manage emosi sendiri.. orang lain nye emosi kita tak mampu nak kawal.. orang lain nye mulut tak mampu kita nak tutup.. so, kawallah diri aku sendiri.. Alhamdulillah.. makin bagus..
Huhu.. sedap pulak dengau music from temple tu.. sayup-sayup dari bawah tu...

Apa aku nak cita lagi.. Oh pasal Laos.. takde apa sangat.. yang aku pasan China memang makin luas influence nya kat Laos.. Dari sudut G-to-G usah cerita ler.. ini dari sudut non-G2G. huhu... lupa.. G is GOMEN... malas lak nak citer.. BTW pengaruh China ternampak cara mudah je.. bila rakyat China tu sendiri ramai datang as tourist.. that creates HEGEMONY.. maksudnya bila berdepan dengan mereka.. local always rasa kureng bagus.. ni salu antara orang Asia dengan Omputih.. huhu.. kalau dalam negara sendiri selalu guna SUPREMACY.. macam Trump's white supremacy... tapi ANTARA or INTER negara or nations.. maka HEGEMONY...

Sudah kul 7.33 local time.. masih dok atas ni.. aku nak biau sejuk baru turun... Aku bebenaunya sedang REDEFINE what travelling is all about.. Untuk my own terms la.. salu dulu mesti kena sentiasa bergerak.. lepak hanya untuk berak, makan and tido jer.. Tapi sekang aku nak lepak dan enjoy the view.. the moment.. or segala mak nenek di sekeliling aku.. just nikmatinya.. Macam sekang ni.. aku tengah dok bawah satu pokok..bersandau.. sambil membelog.. sambil dengau the chants dari temple kat bawah.. sonok gak dengau.. berubah-ubah dan macam makin bersemangat mereka.. The KUNYIT... 

Aku rasa dok bawah pokok ada calming effect la... tenang rasa.. tu sebab dulu Buddha dok lepak bawah pokok... huhu.. apa ke nama pokok tu... Oh.. Bodhi tree... 

Ohya.. bila perati.. tourists China ni memang ramai.. selama tuhari banyak nye datang dari Kunming.. Yunnan.. ni senja tadi.. dari Beijing.. Apapun.. tourists/travellers who travel with style.. KOREANS.. baik laki baik pompuan... Omputih.. cam biasa cenggitulah.. Chinese from China.. masih kekampungan style mereka.. tapi ada tadi aku silap teka.. ingatkan satu family ni Koreans.. rupanya Chinese from Yunnan.. datang sini drive... Maksudnya Cina dari China makin ok taste mereka.. Tadi ada gak bumped into Japs.. diorang cenggitu gaklah.. apapun Koreans memang no. 1 dalam bergaya.. 

They are Brazilian of the East... Paling best.. derang ni travel muda-muda lagi.. 

Budak-budak Malaysia or Melayu ramai je yang travel..tapi rasanya lebih nak ke Europe segala.. may be for those yang tak study US or UK kot.. macam aku memang sangat tak bernafsu ke sana.. nak le pegi.. tapi list paling bawah.. lagipun aku penah ke UK masa lepak US dulu.. huhu.. ini ramai orang tak tau... masa Harrods still owned by AlFayed... Lagipun Europe itu tamadunnya dah ke limit... so kena explore societies yang CHANGING ni.. sebelum mereka develop... macam Luang Prabang ni.. sebelum ia jadi JUST ANOTHER CITY.. huhu.. semalam sembang dengan Minah Korea ni... dia cakap.. Been to KL.. and she said.. Yeah.. nice.. It is just another city.. huhu.. sebelum Luang Prabang ada McDonalds and KFC.. or even Starbucks and Coffee Bean...

Lagi satu.. yang suka berdakwah tu.. aku rasa Laos ni tempat yang bagus tuk sebarkan Islam.. 

Satu lagi.. lepak sini ada sikit rasa macam lepak Sabah and Sarawak.. kalau Kadazan-Dusun memang pun dikatakan datang dari Indochina... 

Atas ni dah ramai teenagers.. budak-budak lelaki.. dok atas ni.. rasa macam baru lepas riadah petang tadi.. instead of balik umah tarus... derang datang sini... lepak-lepak.. pastu isap rokok.. huhu.. sonoknya masih muda.. sekang baru paham kenapa orang dok suruh hargai waktu muda.. huhu.. relatively.. aku still young and perasan muda.. Yeah I should appreciate it.

Nak blah la.. Ni ha.. ramai plak young monks.. Monks sekarang banyak issues.. mula tuhari Thai nyer.. ni recently Myanmar plak.. Laos menyusul kot.. huhu.


Cantik ler gambau guna kemera phone aku ni... kena beli gak IPhone ASAP.
Dah gelap ni... Imagine sendirilah yer cemana kat atas ni.. memang best.. tapi best pun ikut one's term.. huhuhu
Memang jatuh cinta dengan Luang Prabang.. tengok tu KEPALA NAGA.. 
Remaja biasa bersama tenage monks...
Eh gambau ni lagi.. Kat sini banyak stupa.. aku tak google lagi apa significantnya STUPA dalam Buddhism.. haah.. even Onion-shaped kubah kat sejid and the minarets pun aku tak check lagi.

Sisavang Vatthana

Aku ke Laos or Luang Prabang ni tak wat homework apa pun.. tapi ada ler sikit-sikit.. malas ler.. aku pun sekarang ni macam nak kembalikan sikit kemalasan tu.. bertoya ni penat.. pastu stress nya melampau kelak... 

Tadi pagi bangun pagi sungguh aku.. tarus solat subuh.. siap dengau beduk berbunyi.. huhu teringat lagu raya P. Ramlee.. Dengar beduk berbunyi.. Sayu bergema memecah sunyi... hihihi

Terus aku gegas naik Gunung yang layaknya dipanggil bukit je.. tapi mencungap gak ler.. Ni kat luau matari tengah mencarak.. kul 1.23 local time.. malas aku nak kuar.. so tadi lepas naik mount Phousi.. huhu macam pussy.. yang penting bukan kucing yang jaga.. tapi anjing.... dia tu tak bermaya.. tapi nyalak.. aku gelap gelita masa tu naik seram.. and tarus tadi aku dapat afraid of height.. 

Oh pas lepak area royal palace.. aku pun menapak balik Muanglao Guesthouse ni.. owner dia benci aku.. nanti aku cerita..  lama wei aku lepak atas gunung and lepak kat istana...

Masa lepak istana tu ler aku baru teragak google pasal raja last Laos.. sian ko.. dipaksa abdicate.. tapi bodoh ler kominis Laos.. ini proxy Vietcong.. Tapi yabg sebenaunya.. masa civil war tu.. semua pihak bertelingkah tu... ada tiga.. semuanya dipimpin oleh sepupu King Sisavang.. tu la aku rasa kalau orang biasa je yang pimpin puak-puak tu sure Laos ni is still a Kingdom.

Sebelum dok lepak menggoogle tu.. aku sempat masuk tengok kereta king. Ada 4 bijik.. xleh amek pic.. satu land rover... 2 lincoln.. besau gile.. tayar dia pun sangat besau.. satu lagi macam James Bond zaman dulu nyer.

Oh semalam.. semalam lepas je gi morning walk keliling peninsula.. aku balik bilik.. then dalam kul 11 aku bertolak ke Kuangsi waterfall.. cantik.. macam pamukkale.. tapi kecik... aku baik motor gi situ.. depan kawasan air tejun tu ada banyak kedai.. macam kat Mesia la.. teringat Sagil zaman dulu.. pertama kali tengok air tejun tu.... trus ternganga.. or omputih kata jaw-dropping... 

Aku ngantuk gila ni.. Semalam hiking naik atas waterfall.. pagi tadi hiking naik Mount Pussy.. Aku banyak gila nak story.. tapi mata memang kuyu gila. k bye... later sambung.. nak tengok picture pergila kat IG.. imsoniacrepublic.. macam mozaic aku wat.. bye.



Bibirnya merah kucing yang sedang menyeringai ni terus mengingatkan aku pada Tok Jibby... BTW sini ada LDB - Laos Development Bank.. huhuhu.. leh kawan dengan 1MDB
Ini bukan truck army.. ini CARAVAN.. Aku syak from China... Memang cun wei and looks so tough. Bergaya kalau dapat travel guna menda ni.
Limestone waterfall... air carved the limestone.. jadik macam cendawan... huhuhu.. nanti kena tengok Pamukkale plak.. ingat lagi.. Kak Ita sent postcard of Pamukkale.. terus cari map.. jaman tu mana ada google segala.. zaman aku sekolah rendah.. makanya terus simpan impian nak travel all around the world.. Bila balik US ada gak jenjalan.. tapi lepas masuk nagajau.. bila kat Kedah aku entahlah.. mula masuk era KEMURUDUMAN... pastu era yang hampir bawa aku pada KEMURUNGAN.. Now.. I am back!!! Aku mesti kembali jadi diri aku yang dulu!!!! Alhamdulillah kini makin sangat OK!!!
Aku sebenaunya ada obsession dengan THE MIGHTY MEKONG!!!!Banyak negara bergantung harap padanya.. MEKONG symbolizes ME.. Vietnam.. Cambodia (Tasik TONLE SAP tu.. sangat depends pada MEKONG... China EMPANG Mekong.. terus tak berair TONLE SAP.. Kesian.. Jadik macam ARAL SEA kat Kazakhs-Uzbek..), Laos, Thai and China... Tuhari masa ke Saigon, Vietnam.. aku nengok Mekong at the DELTA.. so.. kita one of the tributaries.. tak rasa... lagipun gi reramai... SO seeing MEKONG with my own eyes.. Oh my.. aku boleh rasa semangat.. and all the emotions yang mengalir bersamanya.. Kat Laos ni kiranya Mekong yang at the middle.. di tengah-tengah.. Aku sure akan jengok Mekong yang kat China.. tapi kena cek ada cities tak yang lepak di tepinya.. Alhamdulillah.. syukur banget.. nampak jumpa Mekong.. Paling sedih China dok buat Empangan tu... So, Mekong sekarang bukan lagi Mekong yang dulu.. 

Tuesday, February 7, 2017

Kip Laos

Cenggini ler rupa paras duitnya.. tukar ke USD dulu kat Mesia... sampai sini tukau Kip.. rugi kalau belanja using USD kat sini.. sia-sia dapat Add Maths kalau shopping using USD.

Kip

Semalam aku tukau.. aku dapat 2.5 juta kip... 2.455.400.. harini.. aku kira.. duit tinggal.. 2 juta duit 100k.. 60k duit 20k.. 1 10k.. 1 5k.. 8k 2k nye notes.. and 1 1k.. total.. 2, 046,000.00.. USD plak ada USD35.

Wifi Bangang

Aku duk bilik no. 9.. bilik paling belakang.. celaka betul.. Aku berangan nak wat tesis kat sini... huhu buat berat beg je.. in fact laptop and articles yang aku bawak tu menda paling berat. Aku sebenaunya macam malas-malas je nak ke sini.. sebab penat nak mampus.. Hari Sabtu.. 4 Feb.. aku ke hulu ke hilir.. Dayan-Bekoh-Pantai-Shah Alam-Bekoh... Pastu 5 Feb.. aku kononnya nak balik Dayan early morning.. last-last balik lepas Maghrib.. aku dok buat laundry untuk aku and parents punya.. bukan je nyidai.. lipat pun aku wat... kesian dengan parents.. pastu takleh ler aku nak harap niece aku.. Pipah.. sebab dia pun under medication... aku pun buat le house chores pelan-pelan.. petang tu berjaya gak nyapu dapur.. 

Semalam.. sampai Dayan dalam kul 10 kot sampai Dayan.. penat tak terkata.. pastu aku plak malas nak solat Isya.. bila camtu memang le tak lena sangat tido.. pastu dalam kul 2.00 aku terjaga dari mimpi.. huhu.. yg aku ingat.. aku berada dalam istana.. aku nak lari sebab life bagaikan dalam sangkar emas.. then masa nak belah ada dua orang mamat tahan aku.. diorang cuba keluarkan sesuatu dari belakang tengkuk aku.. rupanya ada makhluk purba Al-Hin dok dengan aku.. huhuhu.. lepas terjaga aku tido gak.. then kul 3.00 barulah aku kuatkan semangat.. bangun and tarus mandi then solat isya and pastu packing.. 

Kih kih kih.. aku humban segala mak nenek yg aku rasa nak pakai.. aku yang selalu travel light tetiba bawak banyak baju.. dulu spender memang tak bawak.. recycle yang tu jer.. kali ni tah kenapa.. semua bawak.. pastu sebab tak sempat beli megi.. maka aku bawak kerepek pisang Mak Ngah yang patutnya aku jual.. huhu.. seb baik bawak.. megi nasib baik tak bawak sebab takde tempat nak buat... kettle takde dalam bilik ni.. bangang tul.. then kul 3.50 baru lah kuar dari Dayan.. kul 4.30 sampai KLIA2.. Aku yang tak print lagi boarding pass cukup risau.. huhu.. rupanya senang jer.. mesin tu was very easy to use.. mesin self check-in.. aku nye flight kat gate Q11.. sebelum masuk tu sempat ler dok kat kusi urut 30 menit.. RM5.. 

Then masuk kat tempat nunggu tu.. takde orang kau.. masuk aku 4 orang jer.. proven Luang Prabang ni bukan destinasi popular orang Mesia especially orang Melayu... Then masuk cabin lepas Subuh.. nak gi.. tapi kata kat pass.. kul 6.05.. propa.. kul 6.30 rasanya baru take off.. rasa lagi lambat.. huhu.. Aku duduk kat A21.. kalu A tu memang dok tingkap kiri ler.. busuk ko bau cabin AirAsia.. macam bau bas mini.. even masa diorang refuel minyak.. berbau.. Tahun lepas gi Saigon naik Malindo Air tak busuk.... lepas take off aku tido.. sejuk.. the  terbangun tengok bawah tu gunung ganang.. then jap pastu sampai.. kul 8 lebih local time kot sampai.. tak sangka sejuk.. 

Lepas imigresen tarus tukau duit USD300 to Kip.. aku tak paham.. Husnuzon saja.. then tarus aku beli local number... huhu.. seb bek sebab Pipah kasi tau kat wasap yang Emak asik call.. huhuhu.. masa tu aku dalam flight lagi.. aku oun call Pips and talked to Emak.. Emak cakap aku dengan kawan ke? Aku deny.. tapi mak tak caya.. Beliau yakin benau aku naik flight dengan member.. huhu mana ada.. even member terpaling rapat pun aku tak ajak travel ni kali.. even Cik Pid and Kak Ita pun aku tak ajak.. 

Huhuhu.. saja.. nak experience solo travel.. tuhari drive.. lain.. ni kali lain.. Aku yakin.. yang aku ada member tu is paranormal entity.. huhu. Kuar je dari airport..  aku jalan kaki je ke pekan.. dekat je.. tapi sebab aku bawak beg yang berkilo berat.. maka rasa takut banget.. tapi paling takut was when bak accross jembatan besi.. tinggi woi.. tapi sungai tu.. which is a tributary of Mekong amat cantik.. Nama NAMKHAN

Even masa kat tengah jembatan tu pun view was breathtaking.. tapi aku gementar nak benti.. lagipun aku lalu tengah.. tak lalu pedestriannya laluan... huhu.. aku siap on kan app yang lari-lari tu..aku bejalan lebih kurang 5 km lebih..  paling ngok... sampai kat satu area ni aku dah penat sangat.. pastu dah kenyang sangat sebab makan sesikat pisang and 6 biji jagung... BTW sesikat 5K kip.. 3 bijik jagung pun 5K kip.. huhu.. oh sebab penat and sebenaunya dah tersasar jalan.. aku pun naik tuk tuk.. regenya 30k Kip.. 

Bila sampai.. aku sedau yang Muanglao GH ni dekat je tadi.. patut aku tarus je kat satu junction ni.. tapi aku ke kiri.. huhu takpelah.. walhal dari junction tu ke MGH punya lah tak berapa tapak... tapi yang menarik aku sampai cun-cun kul 12.. so dah leh check in.. earlier ada poblem sket.. mamat receiptionist (rupanya owner) kata dia tak dapat email dari AirAsia tentang kehadiran dan payment aku.. hmm.. tapi pastu setel.. cuma tarus aku rasa pasni guna expedia.. trivago and yang seangkatan.. 

Naik je bilik aku berak.. memang dah sampai sakit pala pun.. then terbongkang tido.. pastu terbangun rasanya dekat kul 6.00 kot.. aku pun mandi.. pastu aku pun qada segala yang patut termasuk subuh.. aku pakai agak-agak je qiblat ikut metahari terbenam.. nak donlod app qiblat pun bateri weak nak mampus.. BTW bangun tadi kepala pun sakit banget.. aku rasa sebab makan jagung tu la.. jagung tu warna and rasanya pelik.. warna hampir lutsinar.. rasa plak very glutaneous.. kanji tinggi kot.. tu yang sakit pala.... 

Oh.. tadi makcik yang jual pisang masa OTW dari Airport ke MGH matanya hazel.. huhu.. Ohya.. lepas maghrib aku ke bawah.. charge hape.. pastu LOI.. mamat yang jaga bawah tu bawak aku gi beli kepala charger yang leh masuk sininya suis..  (charger 35k kip.. upah naim moto 30K kip) pastu aku makan nasik goreng (18k kip je.. murah).. kat sini takde Muslim restaurant.. maka aku makan jelah.. memang vegi and letak telur je.. huhu.. sedap.. nasi dia macam nasi pulut.. lembik tapi sangat sedap.. pastu aku gi jalan ke night market.. sebelum sampai aku jumpa kedai jual kepok.. pastu inang (Melaka nye jajan yang tak jumpa kat tempat lain di Mesia tapi ada di LB ni)... 

Kat pasau malam aku makan satu makanan vegi pelik.. buruk and busuk.. tapi sodap.. oh.. sebelum tu aku booked moto.. sok nak gi waterfalls.. 35 km outside LB.. pegi jelah.. huju.. aku lupa berapa aku bayau tadi.. oh.. pasau malam tu panjang.. tak banyak sovenir.. aku just beli dua shawl tuk Emak.. orang lain dapat keychain je nanti.. huhu... Aku nak beli baju kominis.. u know the sabit and tukul.. tak muat walaupun XL.. sial betul.. balik aku tak larat nak jalan lagi.. naik je tuk tuk.. kena 30K kip.. ngantuk dah ni.. kat Mesia kul 12 dah.. ni jap lagi aku nak baca buku sikit.. yang aku belajau.. kalau gi cuti..takyah ler bawak laptop.. buat berat jer.. dah agak...


Cenggini rupa paras suis kat sini.. betul ke menda ni namanya suis?
Aku pusing.. takut.. gayat.. aku lalu tengah.. tempat laluan keter motor.. jembatan Bailer yang panjang.. huhu

Saturday, February 4, 2017

Tukau duit

Huhu.. aku tukau kat AEON S2.. penat gila aku ni.. ni aku memblog dari bilik Muanglao Guesthouse.. nasib baik le aku amek Beeline.. nomor Laos.. nak harapkan wifi bongok guesthouse ni.. memang ler.. tukau duit RM1504.50 dapatlah USD340.00.. sedih.. ingat lagi masa aku kije US.. rasa USD hanyalah sekadar another currency.. tak rasa harganya.. tapi kini dok mesia dan earn in RM.. apatah lagi RM di jaman wan emdibee.. hmmm... apapun syukur je diriku.. tak kira.. nak jalan gak.. lama sangat aku dok memerap dalam Mesia.. asik 'delay gratitude'.. takde maknanya.. better aku kuar.. penting kuar trebel ni.