Saturday, March 26, 2016

Conceptualizing

Nak story pasal conceptualizing versus framing.

Mengkonsepsi ini suatu perkara yang amat jarang ditekankan dalam kehidupan.

Tapi yang aku sedar skill ini amat perlu dan amat penting.

Possessing skills ini buat kita jadi bijak, paling bangsat pun kita akan rasa bijak dan menolong untuk teruskan kehidupan no matter what happens.

Aku ni tengah analyzing results of GE13 2013. Aduh lambatnya aku rasa menulis. Aku mesti cepat.

Semalam aku balik kampung, aku berazam untuk jadik lebih relax. Tapi pagi ni aku rasa attitude relax macam buat aku tak bergerak. Aku kena ada sense of urgency gak. Tapi nak semua urgent buat aku stress. Entahlah tapi stress is good gak kan.

Ni pasal COMMUNALISM versus DEMOCRACY

Yang aku pasan CONCEPTUALIZING adalah versi baik.

Version jahat ialah FRAMING.

Yang aku pasan, a democratic 'fight' can be framed or conceptualized as communal.

A communal stance pulak can be conceptualized or framed as democratic.

Ni entry prior Saigon.

Aku keluarkan jelah.

Aku terpikir pasal the REAL WEALTH

What is wealth?

Dari zaman dulu pemikir dok memikirkan the true definition of wealth which pada aku mereka sebenarnya CONCEPTUALIZING WEALTH.

Macam Adam Smith with the Wealth of Nations yang mikirkan bahawa perbendaharaan negara (kenapa tak perbendahar'i'an) is not the real kekayaan. Smith reconceptualized wealth dengan mengatakan yang the people is the WEALTH.. sebab kat situ ada productivity.. and paling penting they are TAXABLE!!!! Tu sebab the real wealth is the people.. kah kah kah

Tapi tah le.. aku walaupun bukan le seorang 'abid tapi aku sangat percaya satu saja. The real wealth is the knowledge. So, hari-hari wajib membaca. Membaca is the real ibadah. The Wealth is the knowledge... Tu sebab IQRA' is the first ever order dari Tuhan.. aku tak rasa Tuhan sekadar advocate.. or encourage.. tapi Tuhan perintahkan.. Then Ikhlas... Ikhlas sama ke dengan integrity? subset kot.. tu le tuari aku sembang dgn mamat colleague aku ni.. aku kasi tau.. ikhlas yang akan membatasi kita dari korupsi... itu saja.. Ikhlas juga akan reflect kita nye attitude...

And social media punya kinda of info.. yang itu 'bubble' knowldege.. not real... MASS SELF-COMMUNICATION.. remember MASS can be MASSIVE.. but MASS is not EMAS.. MASS is MESSY.. MASS is MASSACRE... so anything got to do with mass memang kena elak...

Camna eh nak cakap..  macam bubble economy

People today are greedy.. greed for something superficial. hahaha. lantak ko le,..

Heheh.. chapter four dah nak siap!!!!!

Oh by the way.. in today's perspective.. the real mass media is no more TV Radio.. Newspaper and etc.. Social Media is the Mass Media.. Massive and Messy.

Sokay

It's not right but it's okay. Yeah itu lagu the late Whitney. #INRBIO

One thing for sure sejak balik dari Saigon (sorry aku hesitate untuk guna Ho Chi Minh, I prefer Saigon sebab Ho Chi Minh sounds too communistic, too orient, too Chinese.. Aku rasa sewajarnya Vietnamese gomen consider to rename the city to Saigon. Saigon lebih commercial and vibrant).

Masa kecik, masa tengok peta vesi nama belum tunred to HCMC aku sangat kepingin nak tengok Saigon. Just because the name. Not because sebab river Mekong, bukan sebab civil war. But because of the name per se. Hah begitulah how impactful sebuah nama.

Aku kat opis ni. Agak bengang, tapi aku ok.. I am managing my bengang quite well. Aku dah hampir habis buat chapter for and while completing chapter aku sudah mula chapter 5.

Chapter 5, that chapter memang really analyzing the way BN and PR (dalam jirat already) using social media masa GE13. Boring gila. Malas gila sebenaunya tapi buat jelah.

Apa ye aku nak tulis. Banyak, tapi tak mampu. Aku balik kemarin rasanya. Jumpa emak, 1st meeting after balik from Saigon. Risaulah. She needs me, she needs the anaks and the cucus all the time tu. Tapi me being superbusy aku tak taulah nak wat cemana. Aku yakin emak mahu terus hidup. Aku sebenaunya yang selalu rasa malas dah nak idup. Tapi, entahlah aku lalu jelah, terlebih pikir nanti rosak jiwa.

Aku rasa ekonomi makin teruk, not only Msia, but the whole world. It's goin to be real bad this time. Banyak akan bungkus. The hari raya won't be a hari raya this year. I believe we are entering a SUPER DEPRESSION... last time GREAT DEPRESSION.. ini kali lain pulak,

The most affected region... the whole world but Africa and Latin American countries. Kenapa? Aku pun tak tahu.. Hahah.. Best nya kalau dapat pergi Havana. That's the city that everyone should flock to.. baru di'bebas'kan.

Aku tak tahu nak tulis apa, yang sure.. one day I wanna write about THE NAME.. specifically about similarities or copy and paste of names by submissive cultures untuk peroleh legitimacy or sounds gah di mata rakyat sendiri or orang luar. Tapi tak ke confusing and misleading?

Aku tau susah paham ayat aku tu.. Nah, example,

Ayodhya and Ayutthaya.. satu kat India (Uttar Pradesh) and satu kat Thailand. Both are important in history.

Delhi and Kesultanan Deli.. satu kat India, satu lagi kat Sumatra..

Satu lagi nama Grisek, Kerisik, Gresik.. nama ni pemes sebagai nama tempat, nama mesjid, even nama kesultanan.. menarik kan?

Penemuan paling baru.. BINTAN vs BEN THANH... hahahaha

walaupun orang Mesia yang ignorant akan gelak-gelak sebab associatekan ia dengan Ben Thanh Market, tapi aku percaya yang Ben Thanh yang merupakan DISTRICT 1 dalam system address kat SAIGON says something. Yakin inspired by the role of Pulau Bintan suatu ketika dulu dalam sejarah of this region.

Similarities and sameness to indicate sejak zaman berzaman wujud inter cultural interactions.

Hah.. aku nak buat kije

Saturday, March 19, 2016

Saigon

Not bad gak pergi Saigon. Aku gi dengan member-member zaman sekolah. Puluh tahun tak jumpa bila umur nak cecah 40 baru jumpa. OK lah tu.

Saigon will be very meaningful to me. Aku harap trip kali ni memang life changing experience. Aku baru je lepas jalan kat area mahal kat Saigon tu. Best gak le. Sight seeing saja.

Aku tak tahu nak tulis apa. Yang aku tahu balik dari Saigon, I wanna write more, wanna swim more, happy more, smile more. Aku terlalu banyak rasa bosan. Aku terlalu banyak tekanan. Tapi redah saja lah ek.. Harap terus ok.

Opera house kalau ga silap.
Ni French architecture kot. Aku pun tak tahu. Aku nak belajau pasal sejarah architecture sikit lepas ni. Best la.
Aku amek pic ni dari satu buah rumah kedai lama yang dalam tu ada gallery lukisan. Cun banget.
Apakah itu? Itulah elevator.
I love the poster. Tengok color schemenya.. very much communistic. Haha.
Yang ini.. jiwa socialist and communist nya lebih ketara. Tapi system economy sudah capitalist.. Paradox.. Tapi begitulah hidup.. begitulah manusia.. begitulah dunia... 
Bangunan ni legacy French rasanya ni. Nice kan?

Thursday, March 10, 2016

Menakan

Aku tengah wat analysis GE13. Tapi aku bosan. Takde tempat aku nak ngadu kebosanan aku ni. Aku just mau PhD ni cepat berakhir, so that I can really go from here... Ya Allah cepatlah semua ini berlalu. PhD is such a lonely journey, memang takkan ada orang yang paham. 

Ada saja yang janji konon nak mendorong, tapi takleh bertahan. Malas nak salahkan sesiapa, and malas dah nak explain, sebab at the end aku akan jadi lagi down dengan segala arguments and actions. Susah nak temui orang yang really can empathize gejolak orang yang tengah ambil PhD. Bear in mind, aku buat part time.

Yang jelas, individualism semakin ketara. Manusia hanya mendekati pabila kita ok. Waktu tak ok memang menjauh. Lumrah kot. Takpelah, insha Allah waktu aku senang kelak aku tak kan buat begini pada orang sekeliling.

Aku nak tido jap, bangun lebih fresh so aku boleh hadap tesis. Bawah ni picture my niece yang jadi best student SMK TTDI. Siyes proud of her.

Wednesday, March 9, 2016

Hillary

Tadi dah post. Tapi ini nak post lagi. Aku happy sebenarnya ni, tapi dalam masa yang sama agak bosan. Aku nak cite pasal politik tapi aku dah lupa. Apa ye?

Takpe, nak citer pasal Hillary Clinton. Ini hari aku agak sedih sebab beliau kalah kat Michigan. Takpelah kasik can sikit kat Sanders.

Ohya, aku lepas setahun menjauhkan diri dari Instagram, maka aku bukak balik Ig dan installed app kat henset aku.

Aduh, setahun berlalu ternyata banyak perubahan. Perubahannya ialah ramainya manusia guna and banyak sangat maklumat yang pada aku sampah. Serious bosan.

Apapun, Ig pada aku mendorong ramai orang untuk SHOP more, TRAVEL more, and WORKOUT more.

Agaknya boleh tak Ig jadi app yang buatkan orang lebih READ more. I mean read good books. Camna ek nak promote?

Aku walau nampak keduniaan dan keBaratan tapi aku terlalu percaya Quran. Aku terlalu percaya dengan Tuhan yang memerintahkan kita membaca. Itu sebab perkataan pertama ever yang turun dari langit untuk Nabi was IQRA'. Bacalah.

Tapi itulah, membaca banyak tak dapat duit, tak dapat harta. Sekadar dapat ilmu. Orang suka duit. Aku pun suka duit. Tapi aku sedih ada orang suka sangat duit sampaikan terlupa.

Tapi mungkin juga hujah orang sekarang, 'membaca' or dapatkan ilmu tak semestinya through readings. Many other means. Tapi aku sangat percaya hujah Tuhan itu. Bacalah, sure ada khasiat maha hebat yang tersembunya disebalik amalan membaca. Membaca is the ultimate exercise.

Hmmm. Entahlah.

Gerhana

Hari ini gerahana matahari. Excited gila semalam. Tapi pagi ni aku bangun lewat, tapi still dapat jugak tengok. Seronok. Ini second time dapat tengok gerhana matahari seumur hidup. Yang lain banyak missed. Bulan punya selalu la tengok. First time tengok masa darjah satu, kat Sekolah Kebangsaan Chohong.

Pagi tadi aku call Emak bagitau ada gerhana matahari. Itulah dia pesan menda yang sama macam tahun 1983. Jangan tengok direct, leh buta. tadi aku tengok guna spec itam. Ok kot.

Aku rindu gila kat Emak, tapi malam ni kena siapkan analyzing the results of GE13. Aku tak tahu nak analyze camna. Siyes bosan politics Mesia ni. In fact, aku dah bosan dengan politics.

Aku macam nak buat menda lain dalam life. Tapi aku rasa perasaaan ni temporary je. Jap lagi aku suka la balik politics.

Anak buah favourite aku, Narkoba nama dia dapat straight As. Hebat. Aku harap sangat dia dapat buat medic kat Upenn. Kalau kat Upenn dia akan belajau next to my uni dulu. Haha, Drexel Uni. School of Business Drexel korok saja. Tak macam Upenn, apatahlagi kalau beliau dapat buat medic. Narkoba ini memang really brainy. Macam aku gak aku rasa. Sangat fond of knowledge, suka membaca. Aku nak sembang lagi pasal Narkoba, tapi later lah.

Nak cerita pasal progress PhD. Aku sebenaunya berdebar. Aku tak tahu lah betul ke tidak cara aku buat. Aku pakai hentam buran saja. Tapi aku rasa cara aku menulis macam best. Tapi itulah, is my writing tepat dengan cara academic writing? Argh, lantaklah, paling penting bendanya dah ada. Kalau dah ada at least bila nak modify dah senang. Aku suka masa edit-edit tu. Macam-macam aku akan tambah. 

Aku tuhari beria nak buat macam-macam lepas PhD. Tapi sekarang, bila pikir-pikir balik macam malas nak jadi itu semua. Aku mau life yang laid back dan tenang. Yang penting aku sihat dan di kelilingi oleh orang-orang yang sayang aku dan aku sayang.

Entahlah. Aku bosan sebenarnya. Aku tak tau apa nak buat, and aku tak tau apa yang nak ditulis. Ohya, Family aku sekarang banyak gossip. Pasal Mak Itam aku. Beliau ini adik mak aku. Beliau balu, Pak Itam aku meninggal setahun lepas kalau tak silap. Haha the best part beliau sekarang dah ada boyfriend. Kahkahkah, her sisters semua menentang kecuali Emak. Hahaha, aku suka gila dengan pendirian Emak. At the age of 74 beliau sungguh cool. Ramai cakap termasuk ada sepupu aku yang cakap she is already 54, kenapa nak berboyfriend and mau kawen lagi. Tapi aku pikir itu hak beliau lah. She is entitled to be self determined. Macam-macam hujah ini. Satu lagi mereka risau Mak Itam aku next year akan boleh keluar EPF, maka takut 'bakal' suami rompak. Entahlah, aku pikir itu hak Mak Itam aku. Apa lagi ek hujah mereka? Ohya, mereka kata arwah suami beliau baru je pergi tak sampai dua tahun. Tapi pada aku, itu hak individu lah. Aku rasa arwah Pak Itam sure mau yang terbaik buat balu beliau. If remarry is the best, then why not?

Aku sebenaunya tak tau apa nak share, aku tak suka cerita pasal kisah personal orang lain. Tapi pada aku kisah Mak Itam bukan suatu aib, beliau hanyalah seorang wanita yang mahu kecapi kebahagiaan dalam hidup. Lagipun 54 is still young. Ramai kata angka itu sudah tua. Dalam politics 50's terlalu muda. Tengoklah Tun M, at the age of 90 masih bertenaga, masih bersemangat, kenapa perlu dilunturkan semangat seseorang yang masih muda?

Yang sedang bosan,

Badrul.

Electoral

Aku dah siap analyzed Buku Jingga and Manifesto BN for GE13. Sungguh lega. Ini mau proceed with analyzing GE13 results.

GORE versus BUSH

PR versus BN

Popular votes versus electoral votes.


Monday, March 7, 2016

Siapkan

Aku sebenaunya kecewa. Tapi few days ago. Malas aku nak pikir. Aku rasa aku banyak berangan selama ni. Lama gak berangan. 2 tahun rasanya.

So, semalam aku buat unilateral declaration. Aku ada tiga options; replacement, transformation, or transplacement. Ini model pendemokrasian Huntington.

Hahaha aku pun tak tau apa yg aku pilih sebab aku quite comfortable with now. Pelik.. sebab aku very tolerant with the pain and bitterness.

Ok lah tu. Yang penting aku lebih prioritize on Chapter 4. Ni dah nak siap pasal Buku Jingga. Pastu nak analyze manifesto BN pulak. Then terus tulis pasal results PRU.

Kepala otak aku penat sebenarnya. Ni aku kat umah sendayan, baru balik dari Bekoh.

Friday, March 4, 2016

Sapurba

Sang Sapurba melepak dengan Demang Lebar Daun

Dalam politik, dalam masyarakat, dalam parti, sentiasa ada dua pembahagian yang nyata.

Yang berkuasa, dan yang dikuasai.

Pemimpin dan pengikut.

Penaung dan yang dinaungi

Yang empunya, dan yang tak punya apa.

Yang berkuasa sentiasa berada di bahagian atas hirarki.

Yang dikuasai berada di bahagian bawah strata entiti.

Kenapa adakala yang tak berkuasa cuba unjuk rasa? Kekecewaan? Ketidakadilan?

Apa tindak balas yang berkuasa? Menyekat? Mendengar? Menghukum?

Siapa sebenarnya yang bermasalah? Penaung? Dinaung? Pemimpin? Pengikut? 

Yang berkuasa sentiasa menuntut ketaatan, yang dikuasai sentiasa rela memberi kesetiaan.

Namun yang berkuasa selalu lupa tanggungjawab pembelaaan.

Perlukah ke the Wailing Wall untuk merintih meratap?

Habis meratap terjun bunuh diri di Laut Mati.

Mana mungkin lemas, maka mundar mandir menunggu wahyu di Sinai.

Apa aku tulis? Aku pun tak tahu.

Kenapa tah tahu? Sebab tak tahu nak sampaikan bagaimana lagi.

Hanya menunggu habis waktu ku.