Tuesday, May 30, 2017

Siem Reap

Aku beli satu lagi tiket.. Kali ni pegi Siem Reap. Sehari saja. Pergi 16 October.. balik esok tu.. 17 October.

Mula-mula aku try beli ke Davao. Tapi katanya takde flight plak. Pelik. Aku rasa Davao ni destination baru for Air Asia kot.... Moga-moga cepat ada... leh aku ke Marawi City. Aku nak sangat gi situ... Yang aku baca, Marawi ni cun sungguh bandau nye, tepi tasik. Even dulu ada wartawan TV3 pegi lama kat situ.. ingat muka je.. nama tak.

Dengan perginya aku ke Siem Reap maka completelah sudah jalan kat Indo-China punye region. Aku ingat nak buang Astro untuk jimatkan lagi expenses aku. Tapi salu rasa macam sayang plak. Tengok la cemana. Tapi ni aku dah amek nomor customer servicenya. Sok nak call.

Boring dah sebenaunya dengan Astro ni, bayau mahal untuk repetitive content. Habis je study kelak aku nak masukkan Unify and buang terus Astro.. then beli smart tv. Nak tengok movie, live streaming sahaja!! Huhu.

Oh aku masih lagi buat Bab 3. Bab paling tak best sebab betul-betul pasal politik Mesia. Buatnya buat aku rasa bodoh and buat aku lagi convince untuk tidak mengglamorkan diri kelak... konon dulu nak jadi penganalis politik popular. Huhu.. Malaslah... 

Tengkuk aku sakit...

Semalam, ada student aku perlukan kata-kata semangat... Kah kah kah... aku bagi tau dia.. waktu aku ok ni.. memang payah aku nak kasik kata semangat.. caci.. keji tu senang...  hahaha... kenapa? Sebab emosi tengah stabil dan rasa segalanya mudah....

Tapi tulah... takleh leka... dalam pada semuanya ok kang... ada je menda yang menduga... So, kena salu doa ler jawabnya..

By the way... aku dapat merasakan cerita-cerita aku dah takde jiwa.. takde soul.. Tapi biau jerlah cenggini... kalau berjiwa sangat.. itu tanda gundah gulana...

Ohya, semalam aku teringat nengok klip tah sapa actor from China ni... dia confessed pasal diri dia yang asik fail.. pastu cerita pasal rejection.. dia cakap dia applied kije KFC pun kene rejek... Then dia cakap orang yang self-checking.. tak komplen itu punya chance untuk berjaya yang sangat tinggi.

Menda ni aku melampau setujunya.... 

Ohya, pasal self-critical tu... dulu aku rasa macam beban tau... tapi sekarang ni.. self-critical tu buat aku very peaceful..... Ha.. inilah tips terkini aku...  dah lama dah nak share.. tapi sebab aku ni sekarang tenang banget... setenang Cikgu Mala yang pernah jadi calon PAS untuk PRK DUN Tenang dalam kawasan Parlimen Sembrong, Johore.. dalam tahun 2011 dulu.. lama dah ek... Emak dulu salu sembang pasal Cikgu Mala ni... hmmmm... rindu kat Emak...

Memang susah nak rasa tak puas hati.. nak rasa kecik hati jauh sekali... takde nak rasa tak dihargai.. takde rasa diketepi.. even takde rasa rendah diri walaupun being very crtical terhadap diri sendiri... 

Paham kan.. kalau jadik cenggini maksudnya kita ni sedau diri.. aware pasal kehodohan dan kebangangan sendiri.. pendek kata kita sedau kelemahan diri...

Tapi persoalannya.. cemana leh rasa sangat ok??? Cemana leh rasa tak marah dengan persekitaran?? Cemana leh rasa tak rasa apa-apa walaupun dihanjengkan???

Senang jer... macam aku lakan.. bila orang macam turn me down for certain things... aku terus ingatkan diri... yeah.. aku ni boroi... aku bengap... hodoh... aku ni bukan artis.. aku tak kaya... aku takde bisnes impot ekspot yang nilainya miliar... so aku sedau diri... lagipun ketiak aku baunya bacin.. 

Basically... aku cuba paham apa justifikasi orang yang layan aku sebelah mata saja tu... dapatkan jawapan... walaupun may be itu assumption kita je sendiri... yeah.. tapi itu sangat melegakan... pahaminya dan tahulah kita cermana nak bawak diri.. and tak perlu terus meneka.. tak perlu nak bermuram durja... teruskan saja kehidupan dan tak sempat aku nak down.

Yang menarik.. this approach tak buat aku rasa rendah diri... tak gak buat aku rasa nak bunuh diri... jauh sekali tu.. dan tidak gak buat aku rasa berdendam... sebab apa tak dendam... sebab kita paham....

So sangat peaceful kan????

Ah satu lagi... self-critical buat kita mencari... ada tak salah kita pada orang lain?... itu buat kita tanya diri sendiri... pernah tak kita buat apa yang orang yang tadi tu buat kat kita tu kita pernah wat kat orang lain??? Macam ni lah... kita marah sangat orang tipu kita.... sebelum nak melenting.. tanya diri? Pernah tak kita menipu orang lain??? Kalau ada... tak perlu marah... and tak perlu justify perbuatan salah kita tu... sebab salu je.. "aku nipu sebab.... so ok.. yang ni dia nipu...." Tipu tetap tipu walau sebaik mana tujuannya.. huhu.. 

Ha... itulah caranya... dengan demikian.. takdelah drama...

Alamak.. buka







Saturday, May 27, 2017

1 Ramadan

Hidup lagi.. dapat lagi posa. Aku bengang.. Bab 3 macam payah benau nak buat. Rasa bodoh menyelubungi jiwa. Progress memang ler ada, tapi sikit. Pastu info banyak, tapi tak tau nak susun cemana. Kena siapkan gak chapter 3 ni by ujung minggu depan. Tapi payah nau. Tengok ler camn kang. Harap berjaya ada progress malam ni... Kalau leh siap 3.2 ni. Ya Allah tolonglah hamba mu ini. Aku dah dapat baju raya.. cantik, tapi leher tu aku kasik kat student jahitkan tulang belut.. Huhu. Tadi gi Ikea.. Khamis pun dah gi.. tapi still aku nak beli gak rak tu.. so tadi pegi beli and tempah slack. Rupanya kat Sungai Besi banyak kedai tukang jahit. Alhamdulillah, InshaAllah tahun ni dapatlah beraya. Aku dah sampai Juzuk 28... lagi 2 khatam lah aku for the first time in life.. Umur 41 barulah dapat. Aku asik mikirkan tentang Bab 3... Sub Bab 3.2 citer pasal senario politik Mesia pasca PRU-12 then terus citer pasal isu politik dalam PRU-13. Aduh... Masa baca satu blog ni tadi aku teringat statement DSAI sebelum PRU-12. Beliau cakap bunyi nye lebih kurang cenggini, "pembangkang bukan nak jadi kerajaan, tapi hanya nak nafikan majoriti 2/3 BN." Malam ni aku terawih kat umah je. Sama macam semalam... kang nak buat keje.. pastu solat isyak and terawih.. pastu nak wat kije.. pastu nak pasang rak ikea.. pastu nak pasang jam ikea.. pastu nak balik kampung. Tadi Cik Pid bagitau Emak masak. Oh semalam aku makan banyak gila. Lepas Jumaat aku dok tunggu Kuriang.. so takleh nak kuar makan. So, petang semalam aku makan nasik beriyani kat Mydin tu siap makan kambing... mak aiiiii besau.. pastu aku makan plak A&W.. Ohya, Jumaat pagi aku pegi jap UKM.. jumpalah Dr. Sity.. konon nak beli buku yang beliau and Taki tulis... tapi takde. Cumanya beliau suruh aku hantar complete thesis a week before Raya. Boleh ke ni?

Tuesday, May 23, 2017

Colorful Revolution

Ni jadik kat Macedonia... Salu Color Revolution je macam kat Kyrgyztan, Ukraine, Iran, Myanmar.. tapi yang ni revolusi warna warni. Aku baru je berjaya habis tulis sub-bab 3.2.. tapi just 2 para je. Tapi kira kemajuan yang bagus. Dari takde. Aku ngantuk sangat ni...

Monday, May 22, 2017

7 Artis Bukak Tudung

Baru balik dari kampung. Tadi berjayalah sapu seluruh umah dari depan bawak ke dapur. Impressed gak lah aku. Balik dari kampung aku rasa bengong sebab still terbangang-bangang nak letak apa dlm sub-bab 3.2 Politik Mesia Pasca PRU12 dan Isu Politik dalam PRU13. Semua yang wat kena slashed. Ada 5 isi yang aku rasa relevant. Tapi entahlah. Aku end up dok tengok IG Mimi Peri, Misum and Kencana Wungu. Pastu dok tengok YouTube 7 artis bukak tudung. Tak nyangka tak enduga Sara Ali rupanya dah bukak tudung. Apapun yang paling cantik pastinya Uqasha Senrose. Rupanya dia lagi cun dari Nellydia.. Dah nak pukul 4. Esok puasa. Dahlah tu esok pun ada lecture. Tapi aku dok buang masa. Ni aku nak mandi, pastu nak Isyak.. and buatlah apa yang patut. Ohya, aku rasa macam bengang sebab akunye baju Melayu tak boleh tulang belut... 4 kot aku buat tahun ni. Aku bengang, tapi tulah my decision gak untuk buat dengan tailor bodoh tu. Takpe lesson learned. Mungkin kot pasal kecewa tak dapat tulang belut maka aku cenggini. Tapi aku yakin boleh. Aku akan cuba. Aku nak carik gak tailor yang leh. Demit.

Wednesday, May 17, 2017

Qinghai

Aku dah siap betul 2.3. Alhamdulillah lega. Tapi tak sempat siap pun 2.4 and conclusion 2.5. Makanya tak sempatlah aku submit Bab 2 ni hari. So, aku mintak tangguh jumpa SV to Saturday. Aku sangat yakin boleh siap the whole chap 2 by Jumaat. In fact esok pun boleh siap. Kalau ikut performance keje sekarang, memang leh submit thesis tahun ini. Semoga Allah makbulkan. Aku harap banget Allah permudahkan segalanya supaya cepat bergelar Dr. B. Aku nak sangat pastu dapat ke Qinghai pastu naik ketapi ke Tibet. Oh my, Lhasa memang aku nyer dream destination. Aku sekang tengah pikir, lepas Yangon mana plak aku nak gi? Aku rasa nak ke Siem Reap dululah. Nak habiskan SEA, kena gak ke PHI nanti. Satu pasal travel ni, dapat bantu aku makin paham bidang aku ni. Yay, Dato' baru saja called, esok tak perlu jumpa, jumpa hari Ahad. Mohon makin mudahlah perjalanan ini. Ameeeen.

Tuesday, May 16, 2017

Ba Wang

Ini dua term pasal China's approach in international relations. Dalam buku Leonard... buku merah tu. Dah lama tak curhat. Aku tak mau lagi curhat pasal orang. Apa kurangnya orang tu or orang ni... Apa tak eloknya sipolan-sipolan. Sebab kalau sipolan terbaca nanti salah tafsir. Wang refers to China's relation dengan countries yang persamaan budaya dengan dia. Ba pulak refers relation dengan countries yang luar kawasan. Macam US gak bila deal dengan negara-negara sekhufu, lain caranya, salu guna soft approach. Cooperative, mesra. Bila dengan non-West salunya tunjuk senjata saja. Bawang ni shampoo yang Jackie Chan jadi spokepersonnya. Pastu sekhufu dah lama tak come accross term tu. Dulu salu jumpa dalam Harakah. Aku ni hari rasa agak sedih sebab pagi tadi aku bagitau orang-orang yang berkenaan, kiranya ada kuasa lah dalam faculty. Bagitau mereka aku demam takleh nak wat kelas, tapi takde notification amek maklum pun. Kalu tak cakap GWS at least cakaplah ok. Biadap betul. Pikir aku sengaja ke nak postpone kelas? Memang aku tak demam, tapi aku bersin-bersin sebab tak cukup tido. Aku sampai kampung pukul 4.30 pagi semalam. Pastu tak tido. Ingat kul 8 pagi nak bertolak ke kampus. Ya ampun tak daya. Pastu konon kul 12 noon nak ke Bangi ada meeting with SV Dr. Sity, tapi memang aku tak mampu. Sedih, apa yang aku plan for ni hari tak jadi. Ini semua gara-gara aku janji nak balik kampung dengan Kakak aku. Aku plak bila bab dah janji dengan family, especially balik kampung, sedaya mungkin aku balik gak. Tak mau hampakan hati family. Bagitu gak dengan buat kelas, and jumpa dengan SV.. tapi tulah tadi memang terbukti aku ni bukan superhuman. Aku manusia biasa je... Tak tido ngantuk, makan banyak jadik gemuk. Tapi risau gak dengan persepsi orang bila aku kensel kelas tadi and sekali lagi no show untuk meeting. Tapi aku yakin bila kita dahulukan family, inshaAllah yang lain tu pasti hebat gak. Tadi berjaya gak aku nyapu longkang and nyapu kat laman. Tapi separuh lah, hilir yang banyak daun tu tak sempat. Penat nyapu, nak nak bersihkan longkang, sebab kena angkat besi sebelum bersihkan longkang tu. Aku memang dah merosot kefitnesan aku. Lama dah aku tak bersihkan rumah kampung. Sian parents and kakak-kakak aku bila aku tak berapa nak dapat buat menda tu semua. Tulah kena habiskan PhD ni cepat. Emak tengoknya makin ok. Tapi taklah macam dulu. Tapi aku trylah salu berinteraksi dengan beliau. Cumanya tadi tu memang aku sedih bila terpaksa kensel kelas and bila kita maklumkan kita dilayan macam kita ni kaki ponteng kerja. Takpelah menda kecik je tu. Fasha Sandha lagi hebat dugaan. Ohya aku dah masuk Juzuk 25. Tak lama lagi khatam solo buat pertama kali dalam hidup. Mintak sempatlah sebelum Ramadan. Esok aku puasa Nabi Daud. Mintak mintak Emak pulih macam dulu dengan puasanya aku ni. Aku tak selebret pun Hari Emak dengan Hari Cikgu. Taklah hari-hari hari Emak dan Cikgu, cumanya pada aku memang jenis tak selebret.. Aku just nyapu jer.. Mungkin itu selerasion kot. Eh aku jumpa satu term baru. Lawak gila, kat IG Mimi Peri Rapunzel. Termanya ialah SLOMOSION. Apa tu?

Friday, May 12, 2017

Monster Calls

Patut aku tengok Monster Truck tapi ternengok plak yang ni... Ni semua gara-gara Dak Nad... Ni pasal budak yang nak sangat penderitaan mak nye berakhir tapi tak daya nak let go... tapi kena let go gak.. Bosan gak citer tu.. macam nyesal plak, patut tengok Truck sure aku happy. 

Ni hari tadi berjaya renew insurance keter and roadtax.. lega rasa.

Ini hari puasa.. berjaya gak habiskan puasa. Ni jap lagi balik umah aku nak habiskan 2.3. Semalam memang banyak gak progress.

Malam ni mesti lagi pulun!!!

Aku tak tau lah lately takde apa nak diceritakan..

Oh nanti nak ke PJ ada satu kedai buku yang sangatlah ilmiahnya. Diorang banyak jual buku pasal politik kat Mesia.. Sebab ilmiah maka buku buku tu tak berpihak...

Nak balik Dayan!!!

Best lagu ni

Check out @_TNIAU's Tweet: https://twitter.com/_TNIAU/status/862363530783322114?s=09

Monday, May 8, 2017

4.37 am

Aku terjaga, aku mimpi. Patutkah aku share or patutkah senyap. Tapi mimpi tu memang sangat tak best.

Saturday, May 6, 2017

Diaspora Study

, http://gulfnews.com/news/americas/how-arabs-shaped-latin-america-1.1829470

Satu lagi menda yang aku nak buat lepas PhD is buat kajian pasal diaspora. Sure seronok. Aku baru perasan, dalam bidang aku sekarang, tak banyak masa yang tinggal. Kalau nak keluarkan masterpiece, patutnya masa umur 30-an. Tapi buat jelah kan. Ada orang aku perasan lifenya penuh strategy. Sangat teratur. Bila nak naik pangkat, bila akan jadi Prof. Madya, bila begitu, bila begini. Malah boleh plan bila nak mati. Tapi tulah aku bukan begitu. Oklah, aku jat kampung, nak Asar pastu kemas umah kampung ni.

Friday, May 5, 2017

Black Cat versus White Cat

Deng Xiaoping said "it doesn't matter if the cat is black or white. All that matters is that it catches mice" (Leonard 2008:42). Makanya, China's economic growth for the last twenty years has been 'Black Cat GDP Growth.' Pertumbuhan yang tak peduli environment. 1980's model is based on 'getting rich first, clearing up later.' Ini memunculkan saranan for 'Green Cat Development' which is synonymous with sustainable development. Inilah dilema pembangunan, ada menda yang terkorban. Macam aku study ni. Habiskan dulu, penampilan diri komdian. Nak balancekan study dengan penampilan mak oii payahnya. Tido tak tentu, exercise terpaksa korbankan sekarang ni cuma leh agak menjaga makan and tadi start kembali buat walk. Harini berjaya puasa lagi. Alhamdulillah hari ni genap aku usia 41 tahun ikut perkiraan Masihi. Ikut Julian Year or Gregorian Calendar aku pun tak sure. Rasanya apa yang the world guna sekang or Civil Calendar is Gregorian which is a modification of Julian. Huhu. Tak tercapai dek kepala hotak aku. Rasa sangat bertuah, rasa sangat bernasib baik. Tahun ini birthday nya sangat indah. Aku cuma celebrate dengan solat and baca Quran saja tadi and pastu baca buku Merah tu and pas ni nak sambung keje. Aku target chapter 2 habis modify this week. Then Chapter 3 habis next week. Mengimbas kembali, last year pada hari dan waktu yang sama. Aku dalam keadaan paling terduduk. Aku bersyukur sebab bermulanya daripada besdey last yearlah aku mula secara serious mencari jalan untuk melepaskan diri dari pasir jerlus yang aku cipta sendiri. Alhamdulillah pada waktu itu munculnya para sahabat yang hadir membantu. Tapi waktu tu aku sedar aku sendiri mesti ada kemahuan untuk keluar dari pasir jerlus tersebut. Orang lain boleh bantu, tapi peranan diri sendiri itu yang terpaling penting. Sejak itu aku cuba jaga solat, baca Quran. Hari ini aku dah sampai Juzuk 23. Azam aku untuk khatam by the end of Syaaban. Masuk Ramadan, aku akan try khatam untuk kali kedua. Semoga semuanya makin bahagia, makin makmur. Bila aku dok citer aku solat and baca Quran, bukanlah aku manusia yang baik or hebat. Cuma aku nak kongsikan itulah rutin paling best untuk membina semula apa yang telah musnah. Aku pun dulu tak sangka aku akan sekerap ini guna sejadah dan bukak Quran. Tak sangka. Aku juga tak sangka aku mampu bangkit setelah tenggelam. Tidaklah sehebat mana aku kini. Tapi kiranya dibanding aku pada tahun yang lepas, pada tarikh and waktu yang sama, maka aku pada hari ini sangat jauh dalam keadaan yang lebih baik. Walaupun hari ni aku 20kg lebih berat. Hari ini, aku berpijak di bumi nyata. Hari ini aku tidak berangan-angan lagi. Hari ini aku lebih tegas especially pada diri sendiri. Hari ini aku lebih fokus. Hari ini aku lebih tahu apa yang aku mahu dalam hidup. Sungguhpun begitu, hari ini aku tetap seorang empath yang sangat memahami dan sangat penyayang. Esok mau celebrate besdey dengan Emak. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Parents yang luar biasa hebat. Kakak-kakak dan abang yang sangat luar biasa baik dan anak-anak buah yang sangat luar biasa bijak. Aku juga dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang terus menyokong. Aku juga sangat bertuah dapat students yang hebat semangat. Aku juga dapat supervisors yang tegas tapi luar biasa skillsnya dalam mendidik aku. Pendek kata, aku di kelilingi oleh manusia biasa yang luar biasa. Yang aku perasan, semakin aku tenang, semakin aku kerja keras, semakin aku berdamai dengan kehidupan.. Maka, semakin mudah segalanya. Tapi ini semua dengan izinNYA. ALHAMDULILLAH. Aku rasa macam dah banyak kali aku nye entry cenggini. Tapi sempena besdey ni relevant kot sounds syahdu.

Wednesday, May 3, 2017

Mingnong

Mingnong ni term jumpa kat Leonard (2008). Baru pasan bila buku ni published. Lama dah, tapi best gila. Sebelum ni aku memang tak minat langsung pasal China. Pada aku overcovered. Semua nak sembang pasal China. Punyalah aku bosan topic China sampai discard topic China dari syllabus. Sebab pada aku cerita China is a only a sub-theme of Globalization. Samalah reason aku buang Myanmar yang pada aku just another case study of Human Rights. Sementelahan aku nyampah dengan sorang ex kelik dari negara tu. Mulut dia busuk. Siyes, konon bau akibat berpuasa. Tipulah hari-hari puasa. Aku tengah seronok betul buat tesis. Tapi gentar gak. Esok dah kena hantau second draft of chap 1 to SV. Tak taulah. Aku berserah saja. Ni chap 2 dah nak separuh 1st part tu siap. Tapi ni aku rehat. Lepakkan kepala dengan baca pasal China. BTW aku punya reference yang paling updated termisplaced. Tapi aku rasa ada je kat komputer opis angkat kat bawah tu. Esok aku tengok. Tadi dalam kul 10 macam nak ke kampus and carik file tu. Tapi rasa gentar plak. Sekang agak takut dengan entity and activity paranormal. Dulu tak langsung, sejak dua menjak ni plak. Haah aku dah berubah. Pecaya plak aku dengan menda tu semua. Aku minat sangat nak ke China bila baca buku ni. Aku plan nak ke Kunming je dulu. Pastu baru pikir tempat lain. Teringin nak tengok Yunnan. Sebab ada tiga teori tentang asal usul orang Melayu. 1st datang dari Dataran Tinggi Yunnan, 2nd dari Champa, 3rd memang dari Malay Archipelago tu sendiri. Aku tak ingat sebenaunya ni. Tapi hantam jelah. Malas nak gugel. Yang penting yang sangat aku ingat is orang Melayu ada dua waves of migration. Macam waves of migration to America. Tapi tu jaman moden. Ini jaman pre-modern. Ada Melayu Proto and Melayu Deutro. Proto Malay. Proto kulit cerah tapi less advanced pastu dok kat area gunongan. Deutro plak more civilized and maritime. Kulitnya gelap sikit. Salu, orang kulit cerah lagi maju kan. Macam kat Indian sub-continent, the Indo-european races yang putih, yang hidung mancung, yang tinggi always yang berada kat kelas atas societies. Mereka enjoy hegemony and dominate dark skinned Dravidians. Tempat lain pun macam tu, macam kat US. Or South Africa during the era of Apartheid. Or kat Sudan era sebelum munculnya Republic of South Sudan. Sudan ni best, the lighter skinned Arabized Northerners repressed the darker skinned Christian-pagan Southerners. Maka salunya memang yang lebih cerah kuasai yang lebih gelap, memang dah macam suatu yang alami. Tapi kat Malay Archipelago. Oh BTW budak-budak aku terkejut aku, bila aku sebut archipelago waktu lecture tuhari, tercengang. Pastu siang tadi menjelang waktu dinihari waktu berkeliarannya jin dan syaitan aku dapat komplen yang aku ngajau luar dari syllabus. Mak aaaii. Persoklannya, siapa yang lebih tahu luar dalam pasal subjek tu sampai dengan pandainya boleh dakwa segala mak nenek yang aku ajau tu takde kena mengena dengan syllabus? Bila gagal paham, bila gagal linkkan segala apa ilmu tu, bila diri sendiri tak meluas pembacaan, disalahkan orang lain. Aduh apa ke bengapnya tu. Punyalah baik hati aku INTRODUCEkan segala mak nenek ilmu tu, dengan mudahnya dikatakan aku ngajau luar syllabus. Kita kasik LEBIH. Lebih yang masih dalam ruang lingkup sylabus, tak terkeluar walau sedikit pun, tapi dituduhnya kita menyusahkan dia. Katanya tak tercapai dek akal pikiran. Haah, pergilah amek mathematics, pegilah amek medic, pegilah amek statistis, pegilah amek engineering. Tercapai tak dek akal ko? Dah sedia ada band bawah, dia mahu terus syok berada di bawah. Kita mau elevate, upgrade kualiti dia, dia mau terus di takuk lama. PENAT. Hmmm lantak ko lah, yang penting aku dah buat keje aku. Haah kan, bodoh pun ramai je yang jadik jutawan. Ramai je orang bodoh tapi mampu employ orang cerdik and mereka jadi boss kepada orang bijak pandai. Yang penting licik. Tapi betul ke oooiiii yang jutawan nampak bodoh tu tak cerdik or sekadar licik? Bosannya aku tulis pasal menda ni. Kenapalah still curhat walhal tadi nak cerita pasal China. Ni ha pasal China ni. Sekarang ni penuh paradox, munculnya NEW LEFT and NEW RIGHT. Yang kirinya tak betul-betul kiri. Yang kanannya pulak berpaksikan kepada kirinya measure. Haha. Konpiuskan. Tapi sedaulah wahai umat, kekonpiusan itulah yang bawakan kau jumpa sesuatu yang sangat indah, sangat luar biasa. New Left dia mahu social justice aka equality tapi dengan gomen yang mendemokrasi. Bila ada je terma social tu. Itu elemen kiri. Tapi demokrasi tu kanan. New Right dia mahu MARKETIZATION & PRIVATIZATION tapi guna autocratic measures, guna kuasa negara. Ekonomi pasar itu kanan, tapi autocracy itu kiri sebab negara lebih berperanan. Nampak tak? Dalam kanan ada elemen kiri, and vice versa. Blah. BTW MINGNONG is a byproduct of Chinese Marketization. Ini macam lagu Beyonce, lagu LISTEN, "I'm not home in my on home." Maksudnya, perubahan system economy menyebabkan penghijarahan dari kampung ke bandau, from inland to the coastal area, munculnya urbanization. Ameklah urban sociology kot-kot senang ko paham. Huhu. Kalu kat Indonesia ada TRANSMIGRASI. Gugel le sendiri. Tapi nyebabkan gak ethnic conflict. Paling ternama was PERISTIWA SAMPIT di KALBAR between the Madurese and the Dayaks. Better aku baca buku.

Tuesday, May 2, 2017

Paramaribo

Harini aku balik kampung. Pukul 3 lebih tolak dari Dayan. Bz gak hiway even for southbound. Tadi sempatlah lepak dengan Kak Ja and Mirrah. Aku bawak balik besdey kek dia. Rajin aku sekarang wat kek. Huhuhu. Nak try wat kek cekelat plak. Aku penat and ngantuk sebenarnya ni. Tapi malas nak masuk tido. Ohya tadi balik dari kampung ke Dayan lepas Isyak. Mokhzani dah lama tak datang rumah. Rasanya tuan dia dah kurung dia sebab takut dia hilang. Tuhari aku bukak rantai dia sebab dia asik garu leher. Rasanya sebab tu lah tuan dia kurung dia. Sian tengok Ati, salu pagi-pagi leh main kejar kejar dengan Mokhzani. Sekarang Ati lepak sendiri saja. Aku nak basuh mukalah, pastu ngadap laptop. BTW Paramaribo is a capital city of Surinam or dulu Dutch Guiana. Takde apa yang menarik kot kat situ. Tapi kalau di kasim teket free. Aku pegi je. Aku tengah pikir lepas Myanmar aku nak gi mana plak. Antara Katmandu dengan Colombo.

Monday, May 1, 2017

92 pages

Aku baru nak masuk tido. Seharian aku buat keje. Rasanya dah sampai page 104. 2nd draft for 1st Chap sudah siap. Pagenya 92. Mintak diterima as is. Aku buat kek semalam. Kak Ja nya besdey. Tapi besdeynya dah lepas. Patut ni hari kena balik kampung bawak kek tu balik. Tapi tak tau lah kang mampu tak aku drive. Ni terlalu ngantuk. Oh harini aku puasa. Masa tengah sem break ni aku nak pulun habis-habisan. Nak sangat cepat grad. Aku nak membaiki and membina kehidupan. Selalu aku membayangkan. Pernah dulu aku begini masa tu tengah buat master. Cuma waktu tu tak siksa macam sekarang. Dulu full time, takde hutang, parents pun masih muda. Tapi sayang, bila mula serve UiTM dalam tahun 2007 tu aku buat decision yang berisiko tinggi. Aku mencuba perkara yang aku tak minat. Tak nyesal, cuma mengimbas kembali. Apapun banyak gak yang aku belajar. Cumanya I learned the hard way. Takpe gak sebab aku sangat percaya itu semua cara Allah membantu aku. Bila difikir, rupanya banyak kepahitan yang aku dah telan. Tapi bukan ker ubat memang rasanya pahit. Alhamdulillah, lagi satu tak rasa sangat pahitnya sebab aku tak play victim. Boleh je nak lihat diri sebagai mangsa. Tapi tak syoklah camtu. Merasakan diri sebagai mangsa leads kita holding grudge. Itu tak tak membahagiakan. Grudgy buat kita makin lemah. Lagipun memang nature aku. Sangat berlapang dada. Ngantuk gila. Tido dulu.