Saturday, April 22, 2017

Sinologist

Bila baca buku ni ha rasa macam nak jadik Sinologist. Ada Egyptologist, Arabist, Japonist, hijabist, haha. Aku ada tiga lagi literature mau tambah dalam LR. 2 untuk negara membangun, 1 untuk negara maju. Malaysia punya sudah complete. Lega bukan kepalang.

Oh semalam aku dapat pesanan segera or instant messaging yang mengatakan aku ni positive tak bertempat. Yeah positivist and positivism itu wujud. Tapi aku bukanlah positivist dalam konteks tu. Itu konteksnya dalam philosophy.

Yang nyata, aku sangat positif dalam hidup, dari kecik lagi. Basically, attitude yang semakin prevail pada hari ini adalah diri aku yang sebenar. Kalau orang tu kenal aku masa awal aku amek PhD, memang tak pernah terjumpa diri aku itu. Basically, kini aku makin berjaya kembalikan diri. Bukan mudah. 

Aku pernah lalui zaman yang sangat gelap, zaman meroyan, zaman emosi keterlaluan, zaman yang hampir buat aku tergelincir dari landasan. Tak semua tahu, tapi few people know. Dan ada yang claim sahabat, tidak tahu segala apa yang telah aku lalui. Yang benar-benar tahu memang akui, challenges yang aku tempohi itu bukan untuk semua orang.

Maka, based on that experience, being positive is a way forward. It is the only option. Di kala semuanya di luar kawalan. Apa option yang kita ada? Melatah? Marah? Meratap? Meroyan? Menyalahkan diri sendiri secara keterlaluan? Or yang paling sadis ialah apabila menyalahkan orang sekitar or Tuhan atas segala apa yang berlaku. Apa hasilnya? Apa kepuasan yang dapat dikecapi? 

Maka, being positivelah option terbaik. Kita tak mampu nak kawal apa orang pikir pasal kita, Kita tak mampu untuk kawal behavior orang lain. Kita tak mampu seratus peratus merencana masa depan. Tapi sebagai manusia kita boleh control our own thoughts. 

Kebolehan mengawal apa yang kita pikir, terutama apa yang kita pikir tentang diri kita sendiri ini akan terserlah pada kata-kata, perbuatan dan pembuatan keputusan. Hasilnya magical!!! Bila kita mampu kawal diri, terutama thoughts, kita akan membentuk perception orang terhadap diri kita. Kita nampak sangat kuat, kita nampak hebat. Lepas tu InshaAllah mudah. Indirectly, kita yang kuasai persekitaran kita. Kita mampu bina persepsi orang tentang diri kita.

Maka, kerana itulah in a time of crisis, kita kena focus pada apa yang bermain di minda kita sendiri. Pandangan orang lain tentang diri kita, kena put aside. Itu di luar kawalan semasa krisis. Tapi sebaik kita mampu control our thoughts. Sebaik crisis berakhir, then the rest is history. Semuanya InshaAllah sangat mudah.

Suatu yang tricky tentang berada dalam crisis ialah kita tend to pikir kita alone kononnya "me against the world" atau "I only have myself." Masa aku tempuhi crisis, orang yang paling aku harap ada tak ada. Tak mengapa sebab masing-masing ada kekangan dan halangan. Sebab keadaan yang sangat menghimpit aku belajar untuk letak pengharapan kepada ALLAH instead of manusia. Manusia lemah, sering kita berharap pada seseorang, tapi kita tak sedar yang orang itu mungkin jauh lebih lemah berbanding diri kita sendiri. Suatu yang luar biasa tentang sentiasa meletakkan harapan pada Allah ialah Allah tolong kita menerusi manusia juga. Allah menghadirkan orang yang baik-baik, At the end, kita tak merasa alone at all. Kita kena awasi perkataan tu, takut-takut bila cakap I always alone sampaikan kita merasa kita ni takde Tuhan.

Apapun semunya dengan izinNYA. Kena sangat bersabar. Satu perkara penting, bila always positive kita akan sentiasa sangat bersyukur dengan segala apa yang kita sudah raih, bersyukur dengan khalayak yang always ambil tahu and ingin membantu, bersyukur dengan cabaran yang merintang. Yang sonok, bila positive, dalam cabaran itu kita nampak peluang. Misalnya, crisis, dalam pada kita boleh tengok ia as a kafarah, boleh saja kita being postive dan bersyukur mendapatnya sebab ia membantu kita belajar sesuatu. Untuk aku pulak, crisislah yang buat aku kembalikan diri aku yang sebenar. Crisis buat kita lebih hebat, lebih kuat. Maka takde reason untuk kita tidak bersyukur dengan crisis.

Maka, tidakkah indah dunia apabila segalanya kita lihat dari sudut yang positive? Even, bila positive kita jadi manusia yang takde masa nak tengok kurangnya orang lain sebab kita terlalu busy nak perbaiki diri sendiri. Lagipun buang masa carik lemahnya orang atau senaraikan history kelemahan dalam kehidupannya walhal tak mampu kita deny kekuatan dan kehebatan yang seseorang itu miliki. Kita jadi takde masa nak argue berjela sebab tahu ia tak bawa masuk duit berkepuk. Kalau nak argue, berbahaslah tentang idea or ideology barulah kepala otak rasa best. Takde masa jugak nak blame game sebab lagi syok main game kat tenet or main game sukan. So, being positive sentiasa ada tempatnya.

Apapun aku sangat bersyukur pada Allah. Sekarang semakin hari semakin mudah, Tak nafi, tetap ada cabaran, tapi aku tempuhi dengan tenang dan penuh stail.

Tapi ada satu menda yang aku payah nau nak control. Nafsu makan. Huhu.

Friday, April 21, 2017

Grope for Stones to Cross the River

Aku sangat suka buku ni.

Plate Plateu Plato

Aku kat kampung. Patutnya ni malam kat Dayan. Tapi aku balik kampung. Jengok Mak and Ayah. Takpelah kot. Aku planned tanak balik kampung. Nak jimat duit. Nak pulun buat thesis sampai hari Senin. Senin petang barulah balik kampung. Tapi aku pikir, kenapa perlu nak berkira sangat. So, aku pun balik je. Aku singgah solat kat masjid yang dekat dengan Exit Pedas Linggi. Tu memang favourite. Pastu aku singgah dinner and tapau untuk Emak and Ayah. Ni ada satu kedai Melayu Patani dah jadi fav aku gak. Aku belikan Mi Kungfu. Emak suka, seronok aku tengok beliau sangat berselera makan tadi. So, bolehlah pasni aku makan kat and tapau kat situ. Things get better sekang. Memang sangat bersyukur.

Peta ni dah lama benau aku nak tengok kembali tapi tak tercarik dan tiba-tiba ada orang yang share kat whatsapp group. Mala aku pun ameklah 
Ini kek untuk hari jadi Ayah and Emak.. Masa besdey Emak, kek tak menjadi.. so, aku buat sekaligus.
Emak and Ayah pergi jalan-jalan

Sunday, April 16, 2017

Populist Leader

Alamak tah mana article aku baca tadi. It was a good one. Aku jumpa through Twitter kot.. adohai.. Ini pasal China... Oh no.. a book.. buku merah..  part YELLOW RIVER CAPITALISM (YRC)..

Ini bukan menda baru sebenaunya.. Ini memang Asian style.. South Korea dulu-dulu pun cenggitu gak... ini semua pasal ROLE OF STATE in economy.

Tentang China.. It is exporting YRC to Africa... Paling awal were ZAMBIA and MAURITIUS... Pastu buat corridor economy which of course infrastructure jadi pemangkin ekonomi. TANZAM.. Dari Dar Es Salaam to Lusaka... Sonok bacanya.. Kalau Tesis dah habis memang cepat je abis buku tu.

ALHAMDULILLAH syukur pada ALLAH.. Ini hari I would say.. Chapter 1 sudah siap!!! Weekend yang begitu memulun. Tak rasa letih dah... Memang dah boleh print and submit to Pak Agus. Ini kira 2nd Draft. Tapi dalam pada nunggu Rabu.. aku plan untuk add on 3 lagi LR for Malaysia.. 2 untuk LR for negara membangun and 1 LR untuk negara maju. So, 6 lagi mau tambah.. eceli bila-bila masa saja leh tambah...

Leganya hanya Allah yang tahu... Aku planned nak balik kampung and bawak Emak makan mi tarik kat Mydin Tampin.. tapi dari hari Jumaat bertangguh balik kampung.

Allah sahaja yang tahu.. Komitmen for PhD is untuk Emak juga... Terpaksa korbankan quality time with her demi siapkan thesis. Yang penting orang sekitar especially family and sahabat-sahabat utama aku pun paham..

Nak harap Emak and Ayah paham.. rasanya Emak tak paham dah.. Tapi harapnya kesihatan Emak pulih segera.. Aku pikir kalau aku dah abis PhD memang boleh aku beri undivided commitment untuk pulihkan Emak.. Yang boleh aku buat sekarang is keep on berdoa.. Mintak dari Allah pulihkan Emak.. Emak mesti kembali macam dulu... Emak the Matriarch. Yang sangat berkuasa ke atas familynya.

Nak balik kampung dah.. semoga semua makin bagus.

Ohya, bercakap tentang bagus.. seorang member aku ni menghadapi cabaran yang agak mengesankan. Tapi begitulah harap beliau tabah.. Terasa mau judge.. sonok menghakimi orang lain... tapi bila pikir semula.. apa gunanya,.. apa pekdah yang aku dapat.. kepuasan sebab buat orang lagi down??? Terpikir mau membalas sebab masa aku down pendekatan beliau terhadap aku lebih kepada torture berbanding advise... again.. any gains? Tak juga... lantas aku mengelak dari judge dan jauh sekali kasi kata-kata kesat or menjauhkan diri..

Mungkin beliau ada silap.. tapi kita tak berada dalam situasi beliau... kalau kita jadi beliau.. kita juga akan behave begitu dan react to the situation sebegitu. Satu lagi, someone gotta help.. Bukan mau menjadi hero... Lagipun tak de apa yang significant mampu aku lakukan.. Tapi being nice is a big help di kala orang lain not so nice kepadanya.

Begitulah CHINA... guna SOFT-POWER untuk meluaskan pengaruhnya di pentas dunia.. tak hala senjata.. tak jugak pemimpinnya bermulut jahat... cuma keep on bekerja and being nice to the other countries.

Arhhh.. nak balik kampung!!!

Saturday, April 15, 2017

Khazaria

Aku came across the term kat Twitter.. Tapi sekali lalu je membaca.. Macam bosan nak melayan sebab cenderung conspiracy theory pasal segala menda dalam dunia dikuasai oleh this group of people.. Mereka Jewish tapi keturunan Turkic.. 

When it is Turkic maka macam-macam lah term lain yang berkait kena paham bila bacanya... macam Khanate, Khaganate, Khaganate. Those basically refer kepada system pemerintahan or lebih tepat siapakah pemerintahnya... Macam king.. kingdom.. sultan.. sultanate.. emir.. emirate.. prince.. principality... caliph... caliphate... so KHAN... Khanate.. Khanagate.. Khaganate.... So, dalam Melayu nye... Ke-khan-an.. 

So, ini macam RAJA.. KE-RAJA-AN.. tu sebab pada aku yang hina dina ni berpendapatan the most accurate term untuk government is not kerajaan.. tapi pemerintah.. sebab KINGDOM is KERAJAAN... cumanya ia betul bila check KETUA NEGARA the Federation of Malaysia is a KING... maksudnya gomen represents a king.. and therefore it is valid to use the term KERAJAAN untuk GOVERNMENT.

Ilmiahnya.. siap philosophical kat situ sebenaunya.. tapi when it comes to thesis... entahlah tak siap-siap.. lembab plak tu.. Tipulah kalau aku tak manding nasib diri dengan nasib orang lain.. Yeah.. jiwa aku ni taklah hebat sangat sampai tersangat berjiwa besau...  

Taku merungut.. tapi kena gak express.. sebab aku sangat berusaha untuk mengubah nasib diri.. tapi mungkin gak masih not good enough usahanya.. or masih tak cukup berusaha.. Terpiukir gak.. mana silapnya... apa kurangnya aku.. lemah sangat ke aku ni.. bodoh sangat ke?? Pemalas sangat ke aku... tak focus ke aku ni?? 

Aku just nak things get better.. aku mau ubah nasib... Memang betul.. nak bangkit tu memang payah.. nak pecahkan ruyung untuk dapat sagu tu.. fuhh usahanya bukan kepalang... Aku rasa macam trapped.. 

Aku sedau aku ada talent.. ada knowledge.. cuma yang sekarang ni kurang is DR. kat depan tu.. the DR. is the license.. ni macam nak dapat lesen memandu.. pergi test tapi tak lepas-lepas.. ada je silapnya... Huhu.. teringat aku.. back in 1997.. aduhai.. dah 20 tahun.. aku nak amek lesen keter.. lesen L dah ada sejak form 4 sebab nak bawak motor pergi sekolah.. Ingat lagi aku mintak duit kat Emak nak belajau mandu.. Emak tanpa banyak bicara kasik je duit RM700 sekaligus bayaran belajau and amek lesen.. Aku memang dah pandai bawak keter.. cuma kena formal education.. tapi tulah dah mahir.. tapi kena dua kali amek test.. sebabnya masa first test tu.. ni dah lepas parking test semua.. ni tuk jalan raya.. aku dah kuar gate tempat test.. aku lupa pakai seat belt.. bengang betul.. 

Oh aku pandai bawak keter sejak tengah tunggu result SPM.. belajau sendiri saja.. ini kete manual.. masa tu mana ada lagi kete auto.. Ingat lagi kete Ayah Mitsubishi Gallant jadi mangsa. Aku gostan dan gohed.. lama-lama.. aku bawak kuar terus ke jalan raya.. first sekali tempat aku tuju was pekan bekoh Dalam.. huhuhu.. Ohya masa mula-mula nak bawak kuar keter dari umah.. aku terlanggar tiang gate.. huhu kemik.. mula takde sapa perasan.. pastu Emak perasan... yang best aku tak disyaki.. Kakak aku.. Cik Pid yang kena tuduh.. Aku senyap sahaja.. huhu

I know I am good.. even swimming aku belajau sendiri.. takyah masuk kelas pun.. tapi entah kenapa PhD rasa senak perut.. Apapun pengalaman buat PhD ni macam kena sembelit.. Nak berak tapi takleh nak berak... taik keras sangat sampai takleh nak kuar.. sampai angin naik ke kepala.. sampai kena sakit kepala yang keterlaluan mencucuk.. camtulah ALLEGORY nya... ni sama ler dengan ANALOGY... 

Aku terus buat saja... terus berjalan... aku nak ubah nasib... umur dah nak masuk 41.. InshaAllah ada masa lagi.. Tak lambat kot.

Aku rindu Emak.. konon hari ni nak bawak beliau makan mi tarik kat tampin.. tapi ni still tak gerak lagi dari Dayan...   



   

Thursday, April 13, 2017

Moral Legitimacy Crisis

Sangat tertekan... sungguh.. aku baru sedau yang aku terjumpa satu artikel yang sangat hampir.. sangat serupa.. tapi tak sama dengan tesis aku... Ini written by Mohd Hariszuan Jaharudin (2014).

Terpana aku dengan data and details nya yang sangat lengkap... Terus aku terpikir.. kalau kajian dah dibuat pasal menda ni.. so apa relevant and significant nya kajian aku.... 

Serious tension... kejap badan panas.. kejap sejuk... 

Ni dapat pulak news sorang member baru lepas viva... aduh.. rasa kena tampar.. sebab aku lembab... bodohnya rasa diri ini...

Ya Allah cepatlah habis.

#BeltandRoad

Ini initiative menarik by China.. banyak kat Twitter menda ni... 
Oh semalam aku jumpa supervisor.. pastu pergi Mines beli baju then pergi AEON Balakong makan tepanyaki... then aku beli blender harga RM269... hahaha.. happy aku dapat beli blender tu... sonok rasa...

Pagi ni aku test blender tu.. memang performancenya sehebat blender mahal Emak yang aku rosakkan tempohari.. So, sekarang takdelah rasa bersalah.. 

Tadi aku letak buah naga, kurma, kismis, epal and tomato.. sedap... Ini sebahagian langkah aku nak kembali jalani life yang lebih sihat...

Mintak-mintak dapatlah kurangkan berat badan.. dah melampau sangat sekarang.. aku nak exercise agak payah sekang sebab nak pulun tesis...

Tapi yang paling penting aku leh buat jus untuk Emak.. nanti nak masukkan celery, pisang and broccoli... 

Harini dah Khamsi.. banyak menda kena buat.

Lord Cromer

Semalam balik kampung.. bawak kek birthday Ayah. Emak macam tu gak.. refused makan ubat. Aku hari ni busy gila.. aku plan nak buat keje lepas je balik dari kampus.. tapi end up tengok TV.. aku nengok citer Paul Blart Mall Cop... lawak but inspiring... 

Weekend yang baru lepas aku patut dapat progresskan banyak.. tapi aku sakit kepala teruk.. Aku makan burger.. tu Jumaat.. Sabtu aku puasa... pun sakit kepala lagi.. then Ahad aku jumpa member kat AEON Mall Shah Alam yang baru bukak tu.. mak aii besaunya... makan plak steak.. sakit kepala kembali.. patut malam tu aku balik terus ke kampung.. tapi aku larat sampai Sendayan je.. teruk sakitnya... Senin pagi still sakit pala.. nak puasa pagi tu.. tapi kensel.. aku makan ubat... 

Banyak menda bermain kat kepala otak aku... tambah dengan makan tah hapa-hapa.. memang teruk jadiknya.. 

Aku banyak sangat menda nak buat... sampaikan jadik letih.. ..

Ni entry semalam.... aduhai.. 

Sunday, April 9, 2017

Sunday Walk

I just completed an activity with Runkeeper https://runkeeper.com/cardio/4f9ba739-800d-471f-8989-57a628fb3ba1

Wednesday, April 5, 2017

Moderator

Alhamdulillah.. Syukur......

Awal aku bangun tadi....

Ni tengah tunggu azan Subuh habis berkumandang...

Hening betul rasa pagi ni...

Azan dan selesai...

Bangun pagi... jantung aku berdegup kencang... aku mimpi... aku tak ingat detailsnya... Cuma aku rasa sebak... pastu rasa macam nak bunuh diri... aku tidur malam tadi.. sebenaunya pagi.. tak Isyak.. so, aku bergegas ler mandi pastu solat... then solat Isyak.. pastu baca Quran... Memang magic... the moment baca Bismillah... terus saja aku lega..

To be frank.. latetly memang aku been thinking about suicidal... aku rasa banyak sangat cabaran.. aku penat.. aku letih... aku tak tau pada sapa nak ngadu.... tapi memang aku always lah ngadu pada Allah... tu jelah tempat aku bergantung harap.

Bukan manusia kat keliling tak baik.. bukan mereka tak bagus.. tapi mereka ada limitation.. ada had sampai mana mereka boleh mendengar..

Lagipun.. being me.. aku rasa keluarga.. rakan-rakan... perlu aku yang kuat... and through my experience... aku yang lemah or nampak lemah was less appreciated.

Maka, it's TINO... there is no option... kena kuat.

Semalam... aku dapat news yang tak berapa aku suka... a day before yesterday plak aku balik kampung sekejap.. that was Monday.. sebab Emak pagi-pagi dah bersiap.. katanya menunggu aku balik nak bawak beliau ke Jasin... Ayah called bagitau tentang itu dalam pukul 10 lebih sikit... masa tu aku about to start a lecture.. Aduh... kerana tak mau Emak kecewa.. aku balik kampung kejap..

Aku balik kul 12.00.. sampai kampung pukul 1 lebih... then kul 2.30 aku balik ke Seremban... Sempat gak sampai kampus kul 4.00.. ada kelas... Walaupun ke sana ke mari.. Alhamdulillah berjaya gak aku progresskan isi borang 52 yang rumit tu and progresskan thesis...

Semalam.... aku dapat news yang aku kurang suka.. and dapat gak happy news.. aku kena jadi moderator kat Parliament... untuk a session... ada 3 panelist.. yang best YB Nurul Izzah is one of them.

Malam... aku kuar dinner dengan two colleagues and Dr. Nidzam.. he came all the way from Bangi to see me... Aku terlalu happy semalam.. Mulanya sangat malas nak pergi.. sebab aku penat and banyak menda nak buat... tapi aku kuatkan hati pergi gak... Alhamdulillah macam-macam tips and info aku dapat dari beliau and the other two colleagues..

Tapi dalam pada tu... ada gak menda yang buat aku ralat dan sedih jadi... Takpelah... begitulah adat kehidupan...

Aku kena tidur kejap ni... pukul 8.00 jap lagi ada kelas... tapi ni pun dah pukul 6.50... kul 3.00 petang karang kena plak jumpa supervisor kat UKM.

Aku kepenatan... tapi life kena diteruskan... aku tak tabah... aku just pakai redah.

Oh.. aku dah habis baca Surah Al-Anbiya'. So, dah juzuk 16 or 17.. x sure yang mana... Aku happy.. Semoga aku dapat lalui semua ini.