Monday, November 23, 2015

Dormant

Ahad sudah. Semalam ke Blue Lagoon, dapatlah aku berkayak. Memang best. Tapi hari ini aku kepenatan. Sudah berhari-hari aku penat, asyik tidur. Progress? Too slow, aku tak tahu bagaimana lagi mau speed up my writing. Entahlah, aku buntu. 

Friday, November 20, 2015

NIl

Itu pertanyaan yang aku tanyakan kepada beliau. Beliau tahu siapa dirinya.

Hari ini aku ambil keputusan untuk kongsi segalanya di sini. Mungkin ini keputusan yang terbaik, dan ini juga mungkin keputusan yang terburuk dalam hidup aku. Tidak mengapa. Bukankah kehidupan ini penuh risiko?

Sebab coretan di sini adalah begitu peribadi. Memang sesungguhnya kehidupan aku sendiri sangat peribadi. Aku seboleh mungkin tidak mahu berkongsi, tetapi apakan daya buat masa ini aku tidak punya a toxic handler. Justeru, di sinilah mungkin ruang terbaik untuk aku meluah rasa.

Aku sangat takut orang sekeliling tahu siapa aku, aku takut dengan apa pandangan mereka, aku takut apabila mereka tahu mereka akan sekat peluang. Aku takut didiskriminasi.

Mana tahu, aku mungkin mahu menjadi ahli politik, aku mungkin mahu jadi orang yang dikenali. Blog ini akan jadi bagasi berat buat aku kelak. Yang penting aku tidak mempromosi blog ini. Pada awalnya memang aku mahu semua orang baca sekala entry, konon mahu jadi blog politik, Tidak mengapa, biarkan saja coretan di sini sebagai coretan syok sendiri. There's nothing wrong with syok sendiri.

Entahlah, aku hanya berserah. Sebab sekiranya aku tidak berkongsi di sini, emosi aku jadi tidak menentu. Aku sudah bosan apabila aku curhat ramai yang salah anggap. Ada yang konon sanggup mendengar. Tapi mereka tidak faham. They will never be.

Kerana keputusan itu, aku published kisah Hari Malaysia yang sangat mengecewakan aku. Juga kisah Kak Tim seorang Dewi atau mungkin sebelum ini adalah Gusti Puteri yang bersemayam di puncak Gunung Ledang.

Kekecewaan aku semakin lama semakin mendalam. Memang tiada siapa yang memahami. Na da, none, nil... hmmm.. harapan aku semoga Nil pada hari ini menghadiahkan Nile pada esok lusa dan seterusnya.

1509

Hari Malaysia. Just another day. Tapi hari ini aku menangis lagi. Dari petang semalam bawak ke hari ini. Aku tak tahu kenapa. Aku tahu kenapa aku sedih gila tapi aku cuba nafikan itu faktor utama aku sedih. It is a fact, I am just being in denial. Sudah berapa banyak movies aku dok tengok sejak malam tadi sampai lah tengahari ini. Still the sadness persists.

Semalam lepas attending pengumuman pilihan raya kampus, aku drove to PD. Just wandering aimlessly. Aku ok, Tapi bila balik rumah aku sedih balik. Then aku watched movies. Aku pun tak ingat apa movies yang aku tengok. Tapi pagi ni aku ingat judulnya "The Amazing Now".. argghh aku lupa,.. nope it was "The Spectacular Now". Pathetically, my now is not spectacular. There is nothing spectacular about my now.  I went to bad really late yesterday, aku lupa solat Isha, then I woke up late too.. I should have gone to Amanah Grand Launching kat Shah Alam. Again, I blew up opportunities to meet important people over there. Again and again aku allow myself to be stupid.

Sedih sebab kena tinggal, Sedih sebab there are people who just can't wait. Can't wait for my big moments. Tak boleh tunggu this huge investment of theirs matures. Tak boleh tunggu. Can't you just wait and be here.. get here for me????!!! Aku cukup benci thinking as a victim of situation. However, I can't help myself from saying that people hanya mahu bersama sewaktu segalanya mudah, bukan susah. Perhaps it is an innate-character of human beings including me. I just hate this feelings. Since yesterday, I've shut all means of communication. No, I didn't switch my cell, I just refuse to open that Whatsapp.

Sedih over something that I shouldn't be sedih at all. Entahlah. Aku betul-betul penat sekarang. Penat being surrounded by people who do not know what is empathy. Penat dengan people who do not know how show empathy. Yeah. I am crying real bad now. I've been trying to be positive every in every single minute... nope.. in every single second. Tapi pada 15th September till now I just can't do that.  Hati aku remuk.


Tim

Lepas balik swimming kat Paroi tadi Kak Tim called. Aku tengok handphone ada miss call masa sampai kat depan rumah. Keluar kereta telepon umah plak bebunyi. Mesti Kak Tim. Kak Tim macam aku.. lebih tepat lagi aku ni menurun Kak Tim yang selalu tak sabar, yang selalu suka memaksa directly or indirectly, yang tak kenal putus asa... kalau mahu sesuatu Kak Tim akan usahakan... dan beliau akan pastikan ia termateri secepat mungkin.. sesungguhnya Kak Tim tak sabar.

Kak Tim kahwin dengan Bang Mad. Aku tak pasti sama ada perkahwinan itu membahagiakan atau menderitakan mereka.... haah.. their anniversary!!! We never care to ask em.. aduh ignorant sungguh kami.. soal derita atau bahagia... pada aku selagi Kak Tim and Bang Mad bersatu.. bersama.. itu pada aku sudah cukup membahagiakan.

Kak Tim secara sedar atau tanpa sedar sangat sering mengadu pada aku sejak aku kecil-kecil lagi tentang ketidakpuasan hati beliau tentang perhubungan beliau dengan Bang Mad. Sehingga kini selain adik beradik Kak Tim seperti Kak Ani dan Kak Iti... aku lah her ultimate toxic handler.

Tu antara sebab kenapa Kak Tim terlalu sayangkan aku.... malah aku juga terlalu sayangkan Kak Tim.. sayang aku pada beliau is almost unconditional...

Yang aku perasan... Kak Tim sangat setia.. setia pada Bang Mad.. itu sudah pasti... beliau di situ juga walau apa jua yang Bang Mad lakukan pada beliau.

Kak Tim setia pada kerja... jarang aku dengar Kak Tim bersungut tentang kerja.. lebih 30 tahun Kak Tim jadi guru.

Kak Tim resilient.. Kak Tim is definitely a survivor... pernah kena kanker. She is a cancer survivor. At the age of 73, aku cukup kagum dengan daya tahan Kak Tim.. pernah kena chikugunya.. pernah juga diserang minor stroke... Alhamdulillah Allah masih mahu meminjamkan kesempatan bersama Kak Tim kepada kami semua.

Tapi sungguh aku terkilan dengan beberapa pihak yang pada aku terlalu biadap pada Kak Tim.. sekiranya kebiadapan itu berlangsung tika Kak Tim masih muda ataupun sihat aku masih boleh terima.. tapi aku cukup tak faham apabila Kak Tim diperlakukan secara tidak wajar..... Kak Tim dipinggirkan ketika beliau di usia 70-an.. Kak Tim ditiadakan sewaktu beliau masih ada...

Corpse

Hari Jumaat...

Aku solat Jumaat.

Aku bosan dengan sekeliling aku. Patut hari ini aku renew passport. Tapi aku malas. Aku tak de duit nak renew passport. In fact, kalau aku renew pun aku tak tahu nak pergi mana.

Aku bosan dah nak terhegeh-hegeh dengan orang yang sepatutnya paling memahami aku. Aku tak faham kenapa perangai dia jadi macam ini. A God fearing person I guess. I don't think so... beliau hanya takut dengan diri beliau yang sebenarnya. The truth of being a true you. Teruskan. Keep on living in denial. Teruskan pura-pura gembira. Teruskan pura-pura mencapai nirvana. Tengoklah apabila dibangkitkan semula what kind of creature that you gonna be?

Aku nak mandi, tapi terbantut. Patutnya sudah mandi dan sudah juga solat Maghrib. Tapi aku delaykan. Aku tak tahu pada siapa yang aku marah. Marah pada diri sendiri?

Tapi aku sudah bosan menjadi the ultimate self-blamer. Yeah, I don't point fingers to others. I don't. I always take responsibility. Tapi kenapa perlu aku begitu sedangkan people all around me tidak begitu? At least we share the blame. We share the burden?

Kenapa when it comes to kuasa ada concept power sharing? Apabila bercakap tentang kekayaan. Ada pula re-distribution of wealth?

Kenapa benda yang sedap, yang syiok, maka perlu share? Tapi kenapa jadam harus dihidangkan kepada seorang individu? Kenapa perlu ada scapegoat, blacksheep? Kenapa?

Can someone please tell me so?

Ini lah realiti dalam apa jua social entity, a partnership, be it business or social. Family, organization, public or private. Semua sibuk dengan rehlah, dengan teambuilding, esprit de corps kononya.

But why when it comes to an incident, a catastrophe, a malapetaka, a wrongdoing... seringkali hanya seorang sahaja yang dirasakan perlu dilihat bersalah dan wajib merasakan dirinya bersalah!!!!!

Oleh itu ke mana perginya the esprit de corps?

I know the answer. Yang ada hanyalah esprit de corpse.

Yang amat kecewa.