Itu pertanyaan yang aku tanyakan kepada beliau. Beliau tahu siapa dirinya.
Hari ini aku ambil keputusan untuk kongsi segalanya di sini. Mungkin ini keputusan yang terbaik, dan ini juga mungkin keputusan yang terburuk dalam hidup aku. Tidak mengapa. Bukankah kehidupan ini penuh risiko?
Sebab coretan di sini adalah begitu peribadi. Memang sesungguhnya kehidupan aku sendiri sangat peribadi. Aku seboleh mungkin tidak mahu berkongsi, tetapi apakan daya buat masa ini aku tidak punya a toxic handler. Justeru, di sinilah mungkin ruang terbaik untuk aku meluah rasa.
Aku sangat takut orang sekeliling tahu siapa aku, aku takut dengan apa pandangan mereka, aku takut apabila mereka tahu mereka akan sekat peluang. Aku takut didiskriminasi.
Mana tahu, aku mungkin mahu menjadi ahli politik, aku mungkin mahu jadi orang yang dikenali. Blog ini akan jadi bagasi berat buat aku kelak. Yang penting aku tidak mempromosi blog ini. Pada awalnya memang aku mahu semua orang baca sekala entry, konon mahu jadi blog politik, Tidak mengapa, biarkan saja coretan di sini sebagai coretan syok sendiri. There's nothing wrong with syok sendiri.
Entahlah, aku hanya berserah. Sebab sekiranya aku tidak berkongsi di sini, emosi aku jadi tidak menentu. Aku sudah bosan apabila aku curhat ramai yang salah anggap. Ada yang konon sanggup mendengar. Tapi mereka tidak faham. They will never be.
Kerana keputusan itu, aku published kisah Hari Malaysia yang sangat mengecewakan aku. Juga kisah Kak Tim seorang Dewi atau mungkin sebelum ini adalah Gusti Puteri yang bersemayam di puncak Gunung Ledang.
Kekecewaan aku semakin lama semakin mendalam. Memang tiada siapa yang memahami. Na da, none, nil... hmmm.. harapan aku semoga Nil pada hari ini menghadiahkan Nile pada esok lusa dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment