Friday, September 16, 2016

4th generation warfare

Ini pasal terrorism. Aku pun tak tahu apa ke menda nya ni.

Euroskeptic Eurocrats

Is bersikap skeptic really bad? Aku saja guna perkataan atas tu.. skeptic buat kita hati-hati.. Is hati-hati tak bagus? Is all the way baik sangka really bawa kebaikan pada diri kita?

Aku hari Selasa tu hari pergi ke Satun. Aku pergi dengan member aku.

Later aku story. Apapun Satun tak sebest Patani Yala Naratiwat. Kena pergi lagi kot.

Apa lagi yer? Aku sudah berjaya buat 3 interview so far. Maka tinggal 8 saja lagi. Ya Allah permudahkan segalanya.

Aku sering cakap aku buat sesuatu ikhlas.. Tapi bila digali lagi dalam.. aku mengharapkan OUTCOME yang bagus. Macam bila kita senyum... tapi orang tak balas senyuman.

Apa yang dirasa? Atau buat kerja tapi tak dapat gaji... cemana tu ye? 

Saturday, September 10, 2016

Coup de grace

It is extremely hard to stay positive. Sering fikir to live in isolation. Aku tak tahu lah.. macam-macam. Mana mungkin aku boleh really teruskan kehidupan kalau orang keliling asik merajuk dengan aku. Bila diorang jauh hati.. they tend to hurt me.. Aku tak tahu nak buat macam mana.. aku seriously pelik la.

Mak aii tak tau kenapa tadi aku boleh sedih. Tapi sekarang ni aku dah ok. Tapi perut aku sekarang serious dalam keadaan yang buruk. Tak tau nak buat macam mana.

Siang tadi aku aku kuar makan dengan member baik aku. Aku makan 4 ketul ayam. Banyak gila. Aku tak tahulah. Teruk benar gemuk aku sekarang.

Kul 4 pagi

Ingat nak bertolak sekarang. Tapi ngantuk teruk. Perut aku makin boyak sekarang. Aduh. Teruk lah.

Thursday, September 8, 2016

Crophi & Mophi

Ada citer best kat TV3 slot Akasia. Kah kah kah. Aku tengok gak. Malam tadi aku swim. 20 laps saja. Tapi penatnya rasa macam 100 lap. Tak tau la apasal.

Wednesday, September 7, 2016

Aras 6

Aku baru saja habis mencantikkan soalan-soalan untuk interview. Tengah taking a breather. Aku breathless. Aku penat. Aku bosan. Aku rasa life aku is so turturing. Aku takde tempat nak mengadu. I feel so all alone...  tak tau nak happy kan diri macam mana. Kalau bagitau orang.. sah sah akan ada yang saran begitu begini yang aku akan end up annoyed. So, aku terpaksa keep everything to myself. Aku tak boleh salahkan orang lain sebab tak faham.. tapi aku dah tak larat nak keep on blaming diri sendiri untuk apa yang aku lewati. Kalau ekspresi lebih-lebih pulak ada pula yang sangka aku ada depression. I am just tired.

Tuesday, September 6, 2016

1st class

1st class untuk sem ni patutnya semalam. Tapi budak-budak Part 6 still cuti. Hari ini project management. Aku berjaya ajar banyak. AIB and AOA sekaligus aku ajar. Laju sungguh. Kena laju. Mesti laju. Maju terus.

Another Kaplan

Anatoli

Ismi Fa

Esok

Ini semua siri Esok yang memang menyayat hati. Aku tak sure dah pernah tonton semua. Yang pasti.. yang watak Jiman tu.. memang aku dah tengok... terlalu tragis la siri. Masa aku kecik-kecik.. aku tak pernah terpikir yang life aku juga akan penuh drama and tragedy. Banyak kekecewaan.. banyak hampa.. tapi aku tak nafi.. banyak juga kejayaan.. tuah.. dan kemewahan... cuma kemelut itu ada.

Satun

Pukul 3.20am aku sampai kampung. Kat dapur bau busuk.. sampah kat dalam tong sampah tu tak berbuang. Memang there's no way for me balik seminggu sekali.. memang kena balik dalam seminggu dua kali.. takpelah. Aku terima sajalah itu tugas aku... cerita pasal lain lah. Tadi aku berjaya siapkan lecture notes.. I mean slides dari chap 1 to chap 4. Takpelah aku buat jelah gak since aku a resource person for that subject. Agak bengang gak sebab aku beri kebebasan untuk colleagues develop notes sendiri based on the syllabus. Tapi mereka masih harap aku as a resource person untuk buat.. apa penghalang diorang untuk develop pun aku tak pasti. Takpelah.. aku anggap saja mereka kurang mahir or kurang pakar dalam that area.. lagipun aku boleh siapkan cepat. Cuma agak ralat.. mereka tahu aku sedang busy pursue PhD.. kepala otak aku banyak nak pikir hal lain... tapi terlalu nak bergantung.. mereka bukan jenis yang ada initiative sendiri dan tak memikirkan apa yang boleh mereka contribute.. berkira.. always pikir apa yang mereka patut dapat banding apa yang boleg mereka sumbangkan.. tapi takpe.. aku lihat itu sebagai opportunity untuk aku update.. recap balik pengetahuan aku... bolehlah.. berjaya gak aku positivize situasi... tadi dalam kereta otw balik dari kampus ke kampung.. aku nangis.. kena nangis.. ada orang pikir nangis tak dapat ubah apa-apa.. buang masa nangis.. rugi air mata.. tapi aku beza pandangan.. nangis dapat ubah.. dapat melegakan perasaan. Nangis is good. Nangis tidak lemahkan aku.. tak juga kuatkan aku.. tapi dapat neutralizekan emosi aku.. sure kalau ada yang terbaca curhat aku ni.. cakap aku keterlaluan share di sini.. tapi buat bagaimana lagi? Share dengan real people.. aku end up terima kecaman. Salah ke being expressive? Argh.. lega dah. Memang kena luahkan.. walaupun bukan dengan manusia.. sekadar tulis kat sini.. walaupun analog.. cakap sorang-sorang.. the best past.. kalau kita cakap sorang-sorang.. orang kata kita gila.. tapi kalau kita tulis dalam diary.. or tulis kat blog.. orang boleh terima.. so, here I am.. mencurah rasa di sini.

Monday, September 5, 2016

The Pursuit of Happiness

Sungguh aku tak tahan tengok movie ni. Bagaimana mau hidup dalam situasi sebegini. Hari Sabtu aku pergi bengkel. Malam sebelum aku berjaga sampai pukul 5 worked on my project and updated my thesis. Aku tak larat mau ke bengkel. Penat... tapi aku gagahkan juga diri, sudah bayar RM150 di UTM Space. Seorang rakan seakan marah sebab aku rugi tak join dari pagi. Beliau memang begitu, suka focus on rugi berbanding my effort yang push juga diri untuk ke sana. Alhamdulillah banyak juga yang aku dapat. The best gain was the confidence. Aku diconfirmedkan yang apa yang aku buat selama pursuit the project itu benar. I am on the right track. Petang dari KL aku ke Bangi, attended an open house by my second supervisor. Itu sempena Hari Raya Puasa and Haji. In future ini boleh jadi trend. Open house non-stop dari Raya Puasa ke Raya Haji. Lepas open house aku ke Dutamas, lepak dengan member-member yang pernah rapat dengan aku masa aku kat PPP. Lepas dinner and a Thai movie yang banyak cerita tentang amulet, kami impulsively naik Genting. Aku drove. That was a good one. Lepak kat Starbucks.. 20 degree celsius. Dah lama tak rasa suhu sejuk. Itu antara perkar yang buat aku sangat happy. Aku ada saja rakan-rakan yang aku consider mereka as bff tapi lately aku semakin tidak merasakan gelagat mereka sebagai bff. Aku takde issue dengan mereka yang ada antara sudah kawan sejak sekolah menengah. Kenal dari 1989. Cuma makin lama aku rasa sikap dan values yang mereka embraced too different... aku hanya diikat dengan mereka kerana sentimen kenegerian... aku pernah jarak diri dari rakan-rakan PPP ini kerana sentimen negeri suatu ketika dulu. Tapi kali ini aku try lakukan sesuatu berbeda.. Open myself untuk jumpa different crowd.. Aku cuba hang out dengan mereka... Man.. resultnya memang hebat! Aku jadi happy.. takde tekanan at all.. takde cakap tentang menda-menda yang serabut otak.. takde yang nak menunjuk-nunjuk walhal mereka boleh tunjuk-tunjuk.. best gila.. this are the people yang aku nak lepak with.. bukan jenis yang rewind kisah lama tak habis.. takde kisah tak puas hati dengan orang sana or orang sini... takde kisah nak laga-laga orang itu dengan orang ini. Yang paling best naik Genting and lepak dengan mereka yang sangat tak berkira. Alhamdulillah aku digerakkan Tuhan untuk open myself.. masa untuk luaskan jajahan and horizon.. kenal ramai orang.. buat perkara baru.. perkara tak disangka.  Tak kata member yang sekian lama dengan aku tu tak bagus.. or tak kawan lagi.. tapi pada aku kena jarakkan sikit.. biar mereka reda dari kemelut dalaman mereka. Once merek ok.. kembali saja. Esok dah mula kelas.. lecture kul 4.00. Ohya, aku berazam untuk pikir perkara elok dan buat menda happy saja.. tak mau pikir yang bukan-bukan.. orang sekitar.. kalau mau pikir yang buruk teruskan.. maaf aku terpaksa fokus pada diri sendiri.. hahaha. Nacissistic. Harap betul ejaan.. jadi begitu sebab tak mau vibes negative affect aku yang walau kuat tapi ada waktu terinfluenced oleh perssekitaran. Nak tido. Ohya, weekend ni tak balik kampung. Sampai Sendayan waktu Subuh Ahad pagi. Lepas solat aku terus terbongkang. Pikir gak nak jalan kul 7 pagi... tapi badan memang tak mampu.

Friday, September 2, 2016

Harbinger

Harbin.. ini a city kat Machuria.. nama sekarang aku tak ingat. Jap, jom google.. yeah betul.. a capital city of Heilongjiang. Aku bosanlah. Aku terlalu banyak perkara nak dibuat, tapi aku tak tahu nak buat macam mana. Kat opis... seriously rasa mahu naik ke tingkat lapan.. then terjun dari level tu biar jatuh kat parking lot bawah tu. Bila aku mati mungkin orang sekeliling baru sedar betapa peritnya life aku... Entahlah nak kuat macam mana lagi? Mahu bertahan untuk apa? Nak sabar apa lagi?

Pagi tadi dapat video kat WhatsApp UFO. Excited gila aku.. nampak macam real. Elok kot aliens datang kat bumi and invade the Earth. Tu hari tengok cerita yang ada satu character by Samuel L. Jackson... An IT tycoon yang percaya bahawa humans are parasites. Kan.. bila pikir memang.. Bumi sebagai the host dihuni oleh manusia yang yang jadi parasit. Makanya.. urbanized areas tu macam kurap kat kulit ek.. kesian bumi.. gatal tu. Bila pikir betul lah.. relationship antara manusia dengan bumi bukan symbiotic.. 

Aku bengang.. buku aku hilang.. Morris, I. 2010. Why The West Rules – For Now. New York: Picador. Aku puas carik kat Opis.. tak jumpa.. siyes pelik.

Tadi aku being interviewed by ada a group of masscom students. Aku jadi meluat dengan mereka ni. Lepas ni memang aku tak mahu lagi diinterviewed students dari faculty tu. Seriously.. entahlah.. mungkin aku yang terlebih sensitive kot.

Mana agaknya buku tu... Aku sayang buku tu.. 

Thursday, September 1, 2016

Rumah Besar

The Rumah Besar. Patut Jabatan Muzium and Kerajaan Negeri Melaka, and the family of Mak Ngah Izzah patut buat sesuatu. Aku pernah naik rumah ni beraya sekali sahaja. Tangga Melaka nya yang memberngkok memang cun habis. Penuh seni and gaya rumah ini. Hujan renyai-renyai tadi.
Hahaha. Ayah dengan Emak. Aku sebenarnya takut nak letak picture diorang or myself kat sini.. tapi pikir-pikir banyak je orang letak gambau menimbun kat FB.. even kat Instagram. Kat sini tak ramai visitor. Malah certain people say blog era is over. So, untuk manusia yang perlukan sedikit privacy and tak really need attention, maka blog adalah tempatnya.

Tambak Merlang

Nenek pindah dari rumah besar ke Tambak Merlang dalam tahun 1961. Tahun 1963-64 rumah nenek kat hilir tu. BTW, aku sempat duduk rumah nenek dari tahun 1976 ke tahun 1980. Aku boleh ingat apa yang berlaku kat rumah tu.. duduk dalam buai... nyorok belakang pintu.. pastu ingat rupa tangga yang macam mangkuk tu... kat belakang ada pokok belimbing... pokok delima.. jamban curah kat luar... pastu aku sangat ingat aku suka beri ayam makan tahi aku sendiri.. bila takde orang jaga aku kat jamban... maka aku akan keluar berak di halaman rumah demi mahu ayam-ayam tu dekat pada aku... satu lagi.. aku gak sure... but then kakak aku bagitau yang aku suka tangkap anak-anak ayam dan bunuh mereka.. aku picit diorang.. hmmmm... apa lagi yer? Aku menetek sampai usia aku 4 tahun.. ingat lagi ada orang datang.. tu sure nak bergossip la tu.. tengok aku tengah menetek.. pastu mereka kata.. lamanya.. sampai 4 tahun.. tapi tengoklah bonding aku dengan Emak..  hahaha.. tapi overbond kot.... anyway aku takde lah jadi anak manja.. aku sampai je oversea segala.... ohya.. bila pindah sini.. aku pasan Emak akan ada jadual bersosial atau mengumpat... kalau tak kat umah sendiri.. Emak akan bertandang ke rumah Mak Uda or Mak Cik Selamah.. and paling amazing.. Mak Cik Nyemah.. naik beskal berpalang.. yang lelakinya.. singgah untuk ngumpat... hihihi

Emak kusyuk nonton TV. He loves Nabil. Beliau suka tonton Meletop. 
Aku rasa masa ini Emak tengah tengok cerita SPY.. Yang Melissa McCarthy berlakon. Terkekek-kekek beliau gelak. Been awhile tak tengok Emak gelak begitu. Those yang jumpa Emak kini, pasti tak sampai hati nak guris hati beliau. 

Surat Cinta

Emak cakap masa beliau usia 11 tahun dah ada orang kirim surat. Pangkat Pak Long untuk Emak. Pak Long tu masa tu tingkatan 3. 11 tahun mak panggil SM2. Lepas baca mak cakap bakar. Ruginya.. surat tu semua in English.. Mak kata Pak long may be sekolah High School... Orang Simpang Bekoh pun ada kirim surat pada Emak.. tapi mak tak balas sebab tulisan arwah tu macam budak darjah dua... Pak Long tu still hidup... dah pukul 3. Aku patutnya baca buku. Aduh.

Picture ni aku amek malam tadi. Ada orang perasan banyak gila Ridsect. Rumah ni banyak semut. Emak sebelum gosok gigi kat sinki dapur, beliau akan sembur Ridsect dulu.. aku siyes tak suka bau tu.. tapi hadap je lah.. dah Emak yang buat.
At 74, She is so comel. Aku rindu Beliau already.
Emak keluar tengok aku menyapu porch tepi tu semalam. Balik cuti Merdeka ni, aku berjaya buat banyak menda kat kampung. Takdelah terbongkang saja.

Maktab

Emak masuk maktab tahun 1960 mak masuk maktab. Mak tak seronok sangat masa datang Simpang Bekoh. Rumah tak banyak sangat. Masa tu banyak sawah... mak kata cantik. Aku kena cek balik bila Emak masuk MPPM Durian Daun tu. Antara 58, 59, or 60. Emak kata masa datang Simpang Bekoh tu pun dah bermula fenomena orang tak buat sawah. Aku ingatkan fenomena itu bermula dalam tahun 80-an. Rupanya very much earlier.. Maksudnya Merdeka saja orang makin malas buat sawah. Kenapa ek?

Sana tu kari asam.. biarkan semalaman lagi sedap.. Hari ini asam pedas biasa.. takde kari.. lagi sedap.. aku macam biasa lepasa makan asam pedas memang berak-berak. 
Aku dah siap bersihkan halaman rumah.. Cun gila dah.. Rumah bersih.. parents pun happy. Aku percaya bila rumah bersih sure diorang kurang berkonflik.
Macam Olympic Torch kan? Ini hasil tebang dan trimmed pokok-pokok rambutan. Siyes buah rambutan yang Emak tanam memang sedap gila.
Dah nak senja.. kalau guna Iphone.. sure lagi cun pic ini. Mohon ada rezeki berlimpah ruah, baru leh beli Iphone.
Ini pokok rambutan kuning.. trimmed pokok-pokok yang apit dia, supaya dia boleh membesar dan berbuah ASAP.. tahun depan mesti ada.
Dah ada picture ni tadi.. takpelah letak lagi.

Simpang

Rumah Mak Ngah Izzah.. Emak pernah duduk rumah besar tu. Cantik gila. Patut di preserve. Aku masih di kampung. Malas nak balik Seremban.

Ini dari tepi belakang...
Tinggal pintu pagar.. Mak sedara aku.. Dak Busu dah jual rumah Nenek. Sedih... Kalau aku banyak duit memang aku beli rumah nenek.. Mak cakap Beliau start duduk rumah Nenek dengan Ayah sejak tahun 1962.. So.. 1962 sampai 1980.. 18 tahun.. lama kan? Dak Long SPM dah kat rumah baru.. Aku ingat Dak Long suruh aku tengokkan belah rambut dia.. Kena assymetric! Kalau tidak dia akan bukak balik rambut. Dak Long dengan Jitot cantik gila masa kecik-kecik. Sekarang both are in 50s. 
Satu lagi tinggalan..  pokok kaktus.. ini lama ni... aku suka tengok kaktus ni masa kecik-kecik.. Masa dulu aku teringin sangat nak keluar dari kampung tu dan pergi jauh.. tapi sekarang.. aku lah yang sentiasa ada kat kampung tu... 
Selain kaktus.. pokok nyior ini satu lagi tinggalan rumah Nenek dan family kami... belah kanan ada garrage.. pastu tersadai kereta Volkswagen Beetle. Damn.. kan best kalau Ayah jaga betul dan still ada..  Emak dulu kereta FIAT.. pastu Mak Lang beli, pastu Mak Ngah pulak beli dari Mak Lang.. sekarang history.. tensen betul aku,.. aku suka gila kete fiat tu.

Dressing

Mendeka

Pengangkap.. banggunan.. mendeka.. raksaksa... yg tu sampai sekarang kompiusing.. apa lagi ek.. ha ni ada soklan tambahan... untuk interview:

1 muckracking Journalism
2 citizen journalism
3 wistleblowing
4 viral propaganda