Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.

Marah

Aku sangat marah. Aku penat. Aku dah bosan kena mengadap tesis lagi. Ada lagi yang aku kena ubah and in fact asa yang aku kena tambah.

Semalam SV aku bgtau yang bab 2 tak menjadi, especially part Politik Baharu. Dia kata dari cara aku tulis nampak sangat aku tak paham what is politik baharu. Aku terlalu keciwa. Aku tahu lah!!!

Politik baharu ni idealisme, amalan, budaya, dan retoriknya adalah berasaskan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat or universal. Ianya berbeza daripada politik lama yang berasaskan perkauman, agama, politik pembangunan dan penaungan. Satu lagi rakyat berada di titik tumpu. Perjuangannya merakyat dan segalanya kerana rakyat.

Tak tahulah bila nak move on... Aku seriously dah takde hati.. Aku bosan. Bosan dengan tesis.. bosan dengan dunia akademik.. bosan dengan politik Malaysia. Bosan dengan dunia.

Maka personal life aku jadi sangat bosan. Asik keje saja.. tak habis-habis. Aku sangat bengang. Aku nak ada masa swimming.. jogging... aku nak selalu balik kampung.

Sampai bila aku nak cenggini?