Showing posts with label BOOKS. Show all posts
Showing posts with label BOOKS. Show all posts

Wednesday, January 10, 2018

Gandhara

Ada dua Gandhara.. Satu yang nama sekarang Kandahar kat Afghanistan.. satu lagi is Yunnan... One of the many provinces in China (Haah.. baru aku sedau.. sampai sekarang aku tak hafal ada berapa wilayah dalam China and ada berapa negeri dalam India). Ghandara ni is one of the chapters dalam buku yang tengah sibuk aku baca sekarang... Semalam masa aku kat CIMB S2, sambil nunggu nak kuar duit ASB tuk bayau CIMB punya ASB loans, maka aku pun dok lah baca that chapter.. Lama sungguh queue.. Nomor aku 2036.. haha masih segar di ingatan... Of course that chapter citer pasal Yunan.. The Land South of the Clouds.. Negeri di Selatan Awan... Jaman dulu Chinese punya scholars panggil Yunnan as Nanzhou or Nanchou.. Nanzhou is simply Southern.. Macam Nanyang la... Southeastern... Nanyang Siang Pau..

Best betul buku tu... tapi tak bawak opis ni hari.. ada kat rumah.. so, tak dapatlah nak share judulnya... Itu buku a Burmese yang tulis.. takat aku baca kisahnya banyak pasal Rangoon, Mandalay, Shan State and Yunnan.. Selain Kaplan nyer buku pasal Romania.. Ini memang LAGI best.. terlalu best!!!! Memang berbaloi.. aku beli kat Siem Reap tuhari... masa tengah sedih note 100 USD aku hilang... Masa dalam book store tu...  aku kejap letak... pastu amek balik.. letak balik.. amek... belek.. letak.. amek... last-last aku beli.. takde cash.. maka aku guna credit card.. So, aku macam takut nau.. takut kalau-kalau nanti bajet lari nanti... Tapi bila dah baca, ternyata terlalu berbaloi... Aku teramat yakin buku tu memang tak jual kat Mesia... even kat Kinokuniya pun sure takkan jumpa!!!!

Rupanya kisah Myanmar.. sangat best.. dulu aku punyalah menyampah Myanmar.. Burma and yang sejenis dengannya or anything related to them..sampaikan aku buang satu topic syllabus untuk satu course ni.. huhuhuhu.. Memang visiting a place memang boleh ubah perception kita pasal tempat tu... Myanmar yang busuk.. kotor.. orangnya kurang ajau.. pastu kena tipu naik cab... Tapi aku tak pernah nyesal and bila baca plak buku ni ha.. terus kuat azam aku nak pegi Bagan pulak.. bukan Bagan Datok yer.. itu tempat Zahid Hamidi... hihi..

And bila baca plak pasal Yunnan.. maka makin mengukuh perasaan yang aku kena pergi Southwestern part of China instead of pegi Shanghai, Beijing, HK, Macau dan yang segerombolan dengannya.. yeah.. pergi Gandhara... Pergi kawasan yang salah satu teori cakap Orang Melayu datang dari situ... orang Austronesia.. Orang Kepulauan Selatan...

Pasal buku tu.. satu hal.. mamat author tu dok cerita pasal Shan.. orang-orang Shan yang berjiwa bebas.. Ini macam Afghan people... selain Bangsamoro, the Shans are the Afghan of South East Asia.. Rupanya.. dalam ejaan tulisan Burma yang macam mi tu.. Shan bunyiknya Siam.. Makanya memang betul pun.. Shan people memang closely related to the Thai and the Lao.. Tulah tapi diorang ni sedang kena Burmanification... 

Aku ni dari tuhari nak sembang pasal a term AUSTRO... yang simply meaning SELATAN.. Aku yakin.. orang Melayu.. Siam.. Kemboja.. Burma semua tu.. sepupu sepapat... hmmm nantilah aku sembang bab ni... 

Ohya.. Austro maksudnya selatan.. Makanya aku tertanya-tanya.. adakah AUSTRIA maksud sebenarnya ialah Jerman Selatan??? Huhuhu...

Akunyer life quite happy sekarang.. Boleh aku katakan I am very happy.. tapi kita ni mana leh terlalu happy... kena sentiasa waspada.. huhu.. Takat ni banyak kerja-kerja aku yang dapat aku siapkan.. Aku pun makin ada masa untuk baca buku... Semuanya sangat teratur and berjalan dengan sangat lancar... Aku sentiasa berdoa dan berharap semuanya semakin bagus for me.. Emak makin sihat dan bahagia.. Ayah pun camtu gak.. Kesihatan.. kewangan.. semakin baik... Aku pun akan ada lebih banyak masa untuk spend masa dengan family.. especially Emak.. and ada masa untuk work out...

Apa lagi ek.. as first ever coretan in 2018.. Azam... aku memang takde specific azam untuk any tahun.. Aku just mau Allah berkati umur aku.. umur Emak dan Ayah.. Adik beradik and sahabat handai.... Semoga Allah terus limpahkan kasih sayangNYA...

Takleh panjang ler.. mesti siap kije dulu.

Friday, December 9, 2016

Stasi

Stasi ni singkatan untuk State Security Service... Ini semua involve spying secara OVERT & COVERT. Ini intelligence bagi East Germany.

BND is singkatan untuk West German foreign intelligence. Ini semua dalam buku Myers (2015) yang discusses tentang Putin. Putin dedulu keja dengan KGB, kena posting kat Dresden, GDR. Dia ni dulu loser gak orangnya. 

Begitulah dunia berputar. Semalam berkuasa, esok tersiksa. Kelmarin loser, lusa tulat kaya dan glamour. Sering menda yang tak disangka tiba dan membawa ceria. 

Yang aku perasan kita ni kena keep on berusaha.. Tapi tulah processnya selalu muncul obstacles untuk ditackled and dihandled... Melelahkan.. Patutlah orang-orang bijak.. orang-orang agama suruh kita banyak bersabar dalam mengerjakan sesuatu perkara.. 

Umur 40 baru paham. Kah kah kah. Terlambat? No lah, takde yang terlambat dalam hidup. Yang penting be grateful sebab tersedau, daripada tak tersedau langsung.

Aku dalam pada buat tesis dapat gak luangkan masa sikit kasik progress pada novel. Hantam sajalah. Mana tahu kot-kot jadi best seller, Pastu kot-kot Syamsul Yusof berminat mau bikin filem adaptasi dari novel bangang aku nanti. Berangan.

Tuhari aku sembang dengan sahabat baik aku dunia akhirat. Ini memang gila baik, cantik dan bijak. Masa tak kenal aku ingat beliau ni jenis ngok... rupa-rupanya luar biasa.. jiwa luar biasa, kepala hotak pun bergeliga...

Sembang pasal inovasi... itulah ada beberapa idea hebat terkeluar dari kepala hotak aku hasil asakan beliau.. memang menarik.. Tapi banyak kerja kalau nak materalisedkan... Rupa paras product ni macam online quiz yang aku dah kasik untuk students Project Management. Ia boleh buatkan students lebih fun dalam belajau sesuatu subjects. Tapi matlamat paling penting is memudahkan lecturers nak menanda. Product itu boleh merevolusi cara belajau dan mengajau!!! 

Barulah dua-dua seronok... Yang belajau seronok.. yang  mengajau pun seronok. Takdelah kijenya ngabiskan kelas awal... Product ni leh bantu lecturer yang kepala hotak tumpul untuk isi masa.. Eg. kalau lecture abis cepat, baki masa tu leh guna product ni... Maksudnya, lecture & tutorial punya masa boleh dimaximizekan penggunaanya...  

Siyes aku layak jadi Dekan lepas ni...   

Tapi itulah masa.. masa tak cukup.. banyak sungguh menda yang perlu aku bikinin.. Satu lagi aku mohon Allah beri aku kesihatan yang berterusan, ketampanan yang tiada tolok bandingan dan ketajaman akal fikiran... Pastu mohon kewangan dan harta yang melimpah ruah macam Donald Trump. Barulah senang nak memberi sumbangan.

BTW untuk Project Management.. sudah nampak gimana mau bikin menda tu.. Cuma untuk Global Affairs saja belum. 

Aku mau create team.. Tapi mesti yang benar-benar ikhlas bekerja.. Pastu yang dengar kata.. tidak membantah.. tidak melawan,.,. yang lebih penting kepala hotaknya sentiasa memikirkan APA YANG BOLEH AKU SUMBANGKAN kepada project dan bukannya APA YANG AKU DAPAT dari project ni... Kena admit bahawa aku always right when it comes to the project.. lagi satu mesti tahan kena maki.

Mana aku nak carik team member macam tu eh? Wujudkah?

Thursday, December 8, 2016

Karpov vs Kasparov

Malam tadi masa berak sebelum nyental jamban aku terjumpa dua nama yang dah decades aku tak jumpa. Ini antara nama yang selalu keluar kat Dunia Jam 10 di RTM1 dan ruangan sukan Utusan Malaysia. Finale World Chess Championship selalunya involved mereka. Myers (2015:41) bagitau battle mereka bukan sekadar chess tapi was seen as an ideological clash between the old and the new guards.

Nama diorang pun remind me of Ayah. Dulu beliau kaki chess, kaki main dam. He loves games yang banyak guna otak. Beliau juga suka main crosswords sampai simpan banyak gila keratan crossword dari sok kabar... Sebab beliau nak tengok parterns & chronology... sebab soalan cenderung berulang. It was a simple research.  Ayah jugak suka "bar game" or may be namanya is PIXELS. Kakak aku yang nombor 5 introduced the game pada Ayah. Itu memang 90's punya game.

Mata Ayah sekarang sudah berselaput.. Nak baca Quran pun tak boleh dah.. Klinik Jasin sudah buat thorough check-up bila pergi Melaka GH, mereka pergi buat semula check-up yang sudah dibuat di Jasin. Apa ke bangangnya hospital. Pastu Ayah suspect GH tanak buang selaput because of his age. Orang GH bagitau beliau masih boleh melihat. Apa ke bangang.. kalau aku ada situ masa tu sure mereka dah kena kata-kata nista.

Kasihan Ayah... Waktu kecik, masa Emak hospitalized kat UH... Masa tu PPUM was simply known as UH... masa tu PJ masih aman & tenteram... masa Jalan Gasing tak memusingkan kepala macam sekarang... Masa tu ada sebuah bangunan tinggi di UH memang very iconic... architecturally simple tapi nampak je kita akan ingat itulah UH. Masa emak kena kangker.. rasa macam pangkal rahim kot... 

Masa itulah aku sangat rapat dengan Ayah... ke sana ke mari dengan beliau... even masa sebelum emak masuk UH pun aku selalu dengan Ayah.. naik motor duduk depan.. Pengalaman yang paling aku ingat ialah Ayah bawak aku tengok masa Lebuh Raya Utara-Selatran sedang dalam pembinaan. Naik motor Suzuki merah... Legend betul motosikal tu.. Aku ingat lagi.. Ayah cakap.. "Ayah mungkin tak dapat tengok lebuh raya ni siap.." hehe.. beliau dapat tengok.. Pastu beliau ada bawak aku jalan estet.. jalan tanah merah dari Meriang kat Masjid Baru tembus kat Sungai Dua di Asahan. Takut masa tu sebab lalu lereng-lereng bukit yang curam.

Haha.. basically kegemaran aku jalan-jalan merata tempat... tak takut explore sendiri adalah kerana Ayah.... Terima kasih Ayah.. oh.. Ayah jugak yang ajar aku main chess.. tapi tak jadi kegemaran.. sebab asik kalah.. mungkin gak aku jenis takut kalah.. That explains aku ni tidak competitive.. Sebab takut kalah... 

Tapi aku realize yang aku sering diheret sama untuk bertanding.. Atau orang bertanding dengan aku senyap-senyap... Dapat tau dari member lain.... Atau orang jadikan aku sebagai the benchmark... Tipulah kalau tak rasa bagus.. dan tipulah kalau tak rasa seronok.. 

Ok perumpamaannya macam ramai orang syiok kat kita... kat mulut cakap rimas.. menyampah.. meluat.. tapi dalam hati seronok.. good for our ESTEEM.. buat kita rasa confidence... tapi lama-lama memang betul-betul merimaskan gak sebab orang-orang yang syiok kat kita tu sering went overboard... 

Maka begitulah dengan pertandingan... bertanding sapa lebih besau keter... sapa ada umah besau.. sapa paling banyak pergi oversea.. sapa gaji lagi besau.. keja sapa lagi mencabau... begitu gak dengan tempat kerja.. sapa dah dapat kanan.. sapa sering menjadi pilihan management untuk kelola kerja.. sapa dah siap PhD... markah sapa lebih tinggi untuk audit dan pemantauan.. SKT sapa lagi tinggi..

Seriously I don't give a shit about semua menda tu... Sebab dari kecik aku berada dalam dunia aku yang sangat tersendiri.. even aku tak merasa sibling rivalry.. sebab atas-atas aku jauh lebih tua dari aku... That explains kenapa aku selalu mengalah dengan kakak-kakak aku and dengan abang aku.. In fact aku sangat look em up. 

Tapi cuma satu... lama-lama bila asik diheret untuk bertanding.. dan lama-lama asik dijadikan benchmark.. maka memang aku akan bertanding... ha ha ha ha ha.. dan seringkali gear penuh.. Full Throttle!!! 

Kenapa? Sebab seronok juga.. dan sebab memang bagus untuk esteem.. Maka bertandinglah aku... One thing.. bila aku bertanding... Aku memang menang!!!! I can be Siti Nuhaliza.. We always win...

Semalam.. appraisal.. aku taklah berdebau.. tapi risau.. I was very calm mengadap 4 bosses. In fact mereka pulak yang tersipu-sipu dan mereka yang kelihatan anxious. Apapun,  aku terlalu bersyukur pada Allah.. Aku punya markah terlalu bagus untuk tahun ini.. Tahun ini aku banyak dilanda kontroversi.. Aku ramai gak yang benci.. 

Itulah namanya MIRACLE... Tanpa Allah.. tanpa SAHABAT-SAHABAT.. I should mention names.. tapi aku yakin.. individu-individu tersebut tahu siapa diri mereka... aku tak dapat markah yang sebegitu baik tanpa mereka.... Mereka inilah yang tarik aku keluar dari kegelapan.. yang tanpa jemu bagitahu aku yang aku bagus.. yang bagi tahu aku yang aku boleh buat.. yang bagitahu aku yang mereka sayang aku...

SKT or LPNT 2016 bukan sekadar nombor.. ia adalah SYMBOL.... 

Tak terungkap kata semalam... Ia bukan cemerlang.. tapi ia cukup untuk naik pangkat... In fact ada peningkatan banding dengan tahun lepas.. Yang penting.. gaji tetap naik. Syukur Alhamdulillah.. Nanti mau buat potongan zakat dan Tabung Haji.

Nak cerita lagi panjang.... tapi dah dekat pukul 5.00 pagi... yeah.. SKT itu tanda kemenangan aku bertanding hadapi diri sendiri.. bertanding dengan the demon inside me.. bertanding dengan persepsi buruk orang sekitar terhadap aku.. bertanding dengan khalayak yang intentionally and unintentionally happy dengan aku yang tidak happy... 

It was a good luck.. it was a miracle... Tapi dalam pada yang sama... kecekalan dan ketabahan dalam ni.. hanya few people and Allah sahaja yang tahu.. 

In fact orang sekitar aku perlu 3 kali lebih tabah untuk hadapi aku pada waktu itu.. hadapi aku yang sudah hilang punca.. hadapi aku yang sudah hilang maruah..  Terima kasih khas sebab terus bekepercayaan terhadap aku.

Apa lagi yer.. Ohya.. ada seorang sahabat ini.. beliau dari kemarin dok cakap tentang miracle... kata dia kena stop waiting for miracle.. 

Kalaulah aku boleh bagitau... please redefine.. rebrand.. reconceptualize miracle.. ubah.. kita semua perlukan wang.. tapi wang bukan miracle... yang ajaib itu adalah ANDA dan orang-orang di sekitar anda... 

Macam khalayak yang kata betapa sukarnya nak baca buku ilmiah.. ko tak suka paksa diri.. Nasihat aku... UBAH istilah.. tadi guna PAKSA.. sekarang guna LATIH... 

Bezakannya...  AKU PAKSA DIRI BACA BUKU... AKU LATIH DIRI BACA BUKU.... 

In fact... there's nothing wrong.. it is not negative to use that term....  

PAKSA = FORCE, FORCE connotes POWER, KUASA... tu sebab.. AIR FORCE.. ARM FORCES.. Your ability to paksa diri.. itu POWERFUL... Ko kuasai diri sendiri.. kalau ko boleh kuasai diri.. lama-lama ko boleh kuasai orang lain.  

So, satu menda bangang tentang aku.. kah kah kah.. aku percaya aku ni AJAIB.... Tapi of course dengan izin Allah, dengan restu Emak & Ayah, dan bantuan rakan-rakan... Sila lihat cara aku kerja... obstacles yang aku tempuhi so far.. lihat potentials.. lihat jika outcomes.. di situ boleh nampak aku memang ajaib.. bukan sebarangan orang...

Bukan sebarangan orang yang boleh sental jamban... dan tengok hasil sentalan itu... Kalau ko leh pasang kemera kat toilet.. ko tengok plak cemana cara aku sental jamban...  Harap leh "dapat" dengan analogi yang aku kasi ni.. kalau dapat maksudnya sedang berlaku limpahan keajaiban.. kalau tak dapat... 

You've been waiting for miracles.. tapi keajaiban itu sentiasa ada dalam diri anda.. kalau ko tak rasa keajaiban itu.. Maka lihat keliling.....  hahahahah yang ajaib itu aku... Make full use of me.. I can do wonders.. 

Mak aii dah kul 5.27 pagi.. aku kena buat Thesis!!!

Wednesday, November 2, 2016

The Experiments & The Turbulence

Dah lama tak update. Pagi tadi masa tengah berak.. macam biasa masa tu lah masa paling syok baca buku.. Aku masih lagi tak habis-habis baca buku The Invention of Russia itu.. 

The author nyebut tentang Yevgeny Primakov (an Arabist) yang jadi Russian Premier dari 1998 sampai 1999.. Ini waktu Yeltsin sebagai presiden... ini pre-Putin era.

Syok aku membaca pasal beliau.. dia ni tak wat apa-apa pun towards Russian economy.. memang ikut liberal or conservative nye strategy... which tak buat apa-apa. Tak buat apa-apa is the best medicine for a crisis in economy. Tengok aje... ikut hukum pasar... demand & supply...

Primakov sekadar beretorik saja.. which really helped Yeltsin Administration.. One of the best rhetoric by him is..... "Don't worry, the experiments and the turbulence are over." Ostrovsky (2015:249).

Petang ni kena jumpa supervisor.. aduh.

Tuesday, October 4, 2016

Novy Mir

Normal human feelings were cultivated by theaters and literature (Ostrovsky 2015:31). Buku terbaru yang aku beli, yang aku pikir sangat sesuai dengan jiwa aku tajuknya The Invention of Russia. Aku beli 14 September 2016 tuhari lepas beli kemeja and khakis slim fit untuk aku yang semakin membesar. Lepas balik dari Satun masa Raya Haji tuhari.. then lepas 15 September... aku rasa sungguh penat. Mungkin banyak main emosi kot dalam waktu-waktu itu. Dalam pada main emosi.. aku ok pulak.. apapun yang penting dalam beremosi kerja mesti jalan...

Ini punya posting lama dah.. tapi aku keluarkan hari ini. sekarang di office member, beliau kasihan dengan aku sebab bila habis tempoh jawatan aku kena naik semula office atas. Malangnya, aku tak ada budget untuk beli laptop.. Alhamdulillah ada yang sudi bantu. Beliau ada jawatan, tapi tak guna office bawah. Aku cukup bersyukur.

Yang aku perasan kini, kita always dibantu oleh yang tak disangka akan membantu.. Yang diharapkan membantu seringkali tampil dengan kata-kata sesalan dan hinaan... Begitulah.. Tapi tak kecil hati walau sedikit.. ada gak kecil hati.. tapi seboleh mungkin aku tak melayan perasaan tu.

Btw ini hari sudah 4 Oktober 2016. Aku kena start pulun. Macam biasa bila start pulun.. memang lebih beremosi.. sebab aku paksa diri untuk bekerja.. aku paksa otak aku berfikir.

Malam ini juga aku mesti swim.. dah lama aku tak swim.. Aku doa Allah permudahkan.. Thesis ini aku nak siapkan dari kulit ke kulit.. no compromise.. lantak le apa nak jadi.. So that aku hantar kat SV akhir bulan 10 ni dengan lengkap...

Apa lagi ye aku nak cerita.. aku ada menda sikit aku tak puas hati dengan seorang rakan. Tapi itulah, aku rasa berdiam lebih baik dari berkata-kata. Ini hari beliau bagitau eksiden.. I believe ia minor.. Alhamdulillah takde apa-apa.

Aku tak tahu apa nak cerita.. cuma sekarang ni aku macam agak emosi.. agak marah.. agak terkilan.. camna nak cakap yer.. nak luah tapi aku tak boleh luah... ini aku rasa macam nyanyi nak tarik note tinggi.. or yang orang panggil belting.. tapi tak sampai.. atau mungkin sampai.. tapi malang tak sedap.. camna yer.. entahlah.

Aku rasa aku kena work out on my thesis dulu.. buat juga novel.. Hahaha.. aku tak bagitau lagi kat sini.. eh.. dah ke lom ek? Rasa macam lom.. tapi rasanya dah.. aku currently tulis novel gak.. entahlah.. aku pun tak tau apa yang aku buat.. harapan aku nak jadi kaya.,.. nak kaya banyak... sebab nak bantu diri sendiri and bantu family and those yang really important in my life...

Tulis novel buat aku rasa lebih calm... 

Monday, October 3, 2016

Perestroika

Aku try nak baca buku ni.. payah gila aku nak baca progress dgn buku ni. Btw ni ha ada kata-kata best gila. The first signs of freedom came not in tbe form of laws and manifestos, but in tbe form of sensations and impressions (Ostrovsky 2015:59). Banyak pulak nyamuk.. tadi aku kemas laman and dalam rumah sekali.. tapi bilik tak lah.. ruang tamu.. dapur.. yang penting luar tu yang banyak daun dan buah rambutan.. aku berjaya bakar.. pastu porch dapur berjaya basuh.. fuhh.. satu pencapaian walau kecil semut api. Terpikir gak nak upah orang.. tapi Emak sure tak suka... and aku sendiri pikir.. better aku sendiri yang buat.. ini untuk parents.. Btw.. yang aku perasan.. bila rumah ni gila bersih.. parents aku less conflictual... kalau tak masing-masing ada je yang tak puas hati. Alhamdulillah semua makin bagus. Jap letak le satu tu hari picture naik Bukit Batu Putih kat Tanjung Tuan.. turun takut.. lagi takut banding turun Gunung Nuang berdua dengan kakak aku dulu..

Another great book. Best gila.
The photo taken from a friend's handphone. Friday worth spending.

Wednesday, August 17, 2016

Judah







Mengantuk betul. Aku kat opis. Aku dok terpikir tentang nationalism. Aku rasa banyak buku ter"miss" pasal JUDAISM bila cakap tentang nationalism. Memang le ada sebut, tapi selalu sebut Judaism as a religion berbanding an ideology about a nation. Judaism.. an ideology about a nation named JUDAH. So, Judaism is Judah nationalism.. macam Malay nationalism.. macam Dayakism... Pan-Arabism..  

Monday, June 6, 2016

Reinhold Niebuhr

Aku kat kampung. Jap lagi nak makan pastu balik Seremban. Ada satu part.. page 57 of Kaplan's.. suka gila.. di metik few cakap-cakap by important scholars.. mungkin gak leaders. .. aku pun tak sure.
Earnest Renan cakap.... "To forget and get one's history wrong are essential factors in the making of a nation." "The more history people know, the greater the danger to national myths."

Reinhold Niebuhr plak.. "The incompatibility of emotion and mind can only be resolved through dishonesty." So, nationalism in order to be successful requires self deception. Maka... "Myth, forgetfulness, and self deception suffuse national memory." Buku ni memang best. Aku jadi malas nak buat menda lain bila start reading this book. Aku nak tulis novel. Tapi tak sure genre apa. Macam nak buat seram... Cuma aku tak pernah tulis novel or cerpen.. so, tak tau cemana.

In Europe's Shadow by Robert D. Kaplan. Best gila.

Sunday, June 5, 2016

Crowds & Power

CROWDS & POWER itu buku by Elias Canetti.. cited by Robert D. Kaplan... Kaplan cerita tentang Canetti yang identified "national crowd symbols". Tak pernah terpikir aku..

Canetti citer.. national crowd symbol untuk English... LAUT, Dutch... DAIK... or dlm English.. dykes.. daik tolong orang Belanda bikin polder, Germans... HUTAN, and French.. REVOLUTION.

So, based on the above Adrian Poruciuc suggested MAKANAN sebagai NATIONAL CROWD SYMBOL. Ini kisah zaman Nicu Ceausescu. Sbb he failed to bring foods to Romanians' homes. Menda alah semua ini ada di page 56 buku Kaplan berjudul In Europe's Shadow..

Hati terdetik bagai diketik untuk metik menda tu sebab at last aku berjumpa yang Malaysian in common dgn Romanian.

Kalau Romania foods jadi national crowds symbol sebab tak cukup makan sehingga merevolusi.. maka Malaysia foods wajar jadi simbol kebangsaan rakyat jelata sebab our lives are very much centered on foods. Segalanya mesti ada makan-makan.

Meeting kena ada makan-makan.. event mesti ada makan.. hatta event bertema sihat pun sure ada makan-makan. The irony makanan untuk makan-makan selalunya unhealthy. Sebab makanan camtu yg sedap. Kalau tak crowds complain and tak mau datang lagi.

By the way, national crowds symbol is different from national symbok. NCS ialah symbol rakyat biasa.. NS ialah simbol negara.. symbol rakyat itu marhaen sifatnya.. wataknya kebanyakan... NS simbolnya elitist.

Esok dah Ramadan... aku doa Ramadan kali ni sangat membahagiakan. Hmmm.. aku sedihlah.

Kaplan's book. Buruk bunga-bunga tiruan kat belakang tu.

Bucharest

Itu capital city of Romania. Nama Bucharest. Perkara pertama kalau aku jejak kaki ke Bucharest.. Aku akan ajukan soalan ini pada local pertama yang aku bertemu di sana.. iaitu, Can I have some rest?

Aku rasa aku haven't been getting a real good rest untuk suatu masa yang sangat lama... sangat.. sangat.. sangat.. lama...  I am seriously tired... Aku terlalu penat... So, mungkin di Bucharest aku akan boleh rest.

What if kalu aku ke Budapest? Adakah akan terjumpa Buddha gergasi seperti di Bamiyan bila lepak kat Buda... Adakah aku akan terima treatment seperti seekor serangga perosak bila ronda-ronda di Pest?

Am I some kind of pest? Itu yang aku rasa lately.. Yeah.. no more a pet.. no more that blue-eyed... True, that very long honeymoon of mine is over. Sekarang aku rasa aku ni macam anai-anai... Good builders.. built beautiful structures yet not needed. Ye, binaan yang pada mata aku cantik tapi eye-sore to others.

Apapun, gigantic lords pun tak semestinya selamat like what had happened kat Bamiyan by the Talibans.... Mungkin jadik tiny anai-anai lebih selamat..  walauu berapa kali kena musnah rumah.. tetapi sentiasa buat comeback... So, be a termite.. kalau jadik Kermit the Frog plak cemana ek?

Cerita pasal being tiny.. Aku teringat cerita Ant-Man... Best cerita tu.. Haha.. Aku rasa aku kena balik rumah berehat. Aku dah seminggu tidak swim. Esok pun rasanya takkan swim. Badan rasa lesu, otak rasa tepu.

Khamis tuhari masa meeting with my ex-student yang begitu beriya mahu membantu aku.... Initially teruja tapi bila jumpa aku sedih.. instead rasa being uplifted.. aku rasa downgraded... Yang aku perasan, apabila kita bertemu seseorang or segerombolan orang, kita sama ada akan jadi down atau semakin bersemangat.

Begitu juga kalau interacting kat social media.. whatsapp ke FB ke.. mana-mana je lah.. sama ada makin diperkuatkan atau kita diperkecilkan. Dalam hidup aku dari kecil sampai kini, seingat aku.. aku sentiasa mahu orang yang berada dikeliling merasa bersemangat apabila berdamping dengan aku. Tak pula aku nak patahkan semangat mereka..

Tapi aku tak paham kenapa ada manusia yang suka nau nak mematahkan semangat orang lain? Aku sesungguhnya amat tidak memahami... Another thing.. kenapa orang sekitar mahu kita buat decision based on their thoughts? Aku just pelik, mereka fikir apa yang terbukti baik untuk mereka akan sesuai juga dengan diri kita?

Aku tak faham kenapa dalam dunia yang sepatutnya menghasilkan manusia yang well-informed tapi yang aku jumpa hanya manusia yang too ignorant? The worst, terlalu payah jumpa listener.. aku sentiasa bump into preacher.

Dalam hal pertemuan dengan ex student itu.. niat beliau bagus.. aku terlalu hargai.. beliau concern, beliau memberi tunjuk ajar, beliau share pemikiran tentang apa yang beliau perceive terbaik untuk aku lakukan dalam menangani perkara tersebut.. Aku rasa I've done a very good job, cuma aku fikir kalaulah aku mampu undur masa... aku pasti akan anjurkan perkara ini.. LUASKAN PEMBACAAN.

Aku hormati maklumat dan world view beliau.. tapi...

Arggghh.. Takpelah.. accept jela.. ini dunia.. lupakan saja.. mungkin saja aku yang sebenarnya tak mampu terima pandangan orang lain. Terima hakikat yang ini masa untuk aku mendengar dan bukannya masa bersyarah...

Aku patut fokus pada nawaitu yang mulia itu.. Iaitu, membantu aku yang beliau emphasizedkan berkali-kali sebagai tanda penghargaan pada aku yang penah ngajau dia...

So aku kena fokus pada nawaitu beliau berbanding contents of the conversation or the choice of words.. atau tinggi rendah intonasi. Yes, itu yang sewajarnya.

Aduh.. bila curhat barulah aku boleh bersyukur.. Alhamdulillah... Memang healthy ler memblog ni.. Mula-mula aku memang rasa negative je tadi.. lepas curah dapat rasa buruk sangka tu hilang pelan-pelan.

Back to Bucharest and Romania.. Aku selalu pikir Romanian bukan orang Rome sejati. Mereka orang Rom jadi-jadian. Even Italy pun tak namakan diri guna term yang ada nama ROME....

Romanian not truely Roman. Aku yakin mereka Latinic due to Romanization.. Romantification.. Romanticized (Kenapa romantik? Kenapa tidak melayuntik.. melantik.. arabintik.. haah kata French romantik.. kenapa tak Frenchistik.. kenapa dalam meniaga guna frenchise.. orang Perancis pandai sangat meniaga ke?)

Proses pengRoman-an itulah yang Romanized the inhabitants of present-day Romania. Siapa yang romanize or lebih tepat Latinized Romanian? Sasah le Roman Empire and later on Byzantine.

Geographical location of Romania agak pelik.. keliling semua Slavs plus Magyar.. tup-tup ada pulak sebuah bangsa yang dalam kelompok bahasa Latin kat situ.

Tapi sebenaunya tak lah pelik sangat sebab Maori and Malagasy dalam kelompok Bahasa Melayu.. Cemna leh sampai Madagascar and NZ?

The best part.. Maori tu ada scholars categorized them sebagai Causcasian race.. Menarik kan? Cemana Caucasian leh datang situ and berbahasa rumpun Melayu.. Walhal most of rumpun Melayu speakers are Mongoloid. Semua idung kembang muka pinggan... kalau ada yang muka lain tu sebab mixed in later years.. Yang Maori sejak awal begitu.. bukan result of cultural interaction.

Even aku yakin.. Turkish kat Rep of Turkey itu pun sebahagian besau kena Turkification.. sebab muka diorang too Mediterranean ler.. Patut kena Asiatic sket.. Haah.. Yang Romanian plak yang muka Asiatic tapi bahasa Mediterranean... mak aii pening..

Tapi pada aku negara.. aku rasa nak gelar diorang bangsa takleh kot.. negara yang paling mengada-ngada is MACEDONIA.. patut negara SLAV itu carik nama lain.. jangan guna nama Macedonia.. itu Greek.. Bila Greece oppose padan muka kena letak FYR of Macedonia.. FYR is Former Yugoslav Republic.. Bukan for your reference ke.. no.. salah tu..

Kalu ikut case Macedonia.. patut India leh oppose nama Indonesia.. even Pakistan and Bangladesh takde nak guna nama India-based.. Macam Pakistan leh je namakan diri Islamic Republic of India.. takde salah pun sebab nak bedakan dengan secular Indian or skg Hindu India.. tapi aku pelik kenapala Sukarno and perhaps bersama Hatta decided nama Indonesia  yang bawak maksud Indian Archipelago.. kenapa tak guna nama dari rantau sebelah sini?? Kenapa??

Yang lagi nyedihkan.. Philippines.. Pulau-Pulau Phillip.. bila la agaknya nak tukau nama??? Keterlaluan nama tu warisan kolonial.. Kena la contohi India.. even aku rasa kat India pun diorang lebih selesa dengan nama Bharat banding dengan India yang nama tu Arabic..

Satu lagi.. Cambodia.. Kemboja.. Kampuchea.. Dulu dah tukau Khmer Republic.. sekang Kemboja.. derang kata Kemboja tu Indianic.. nama tu bukan nama bunga.. itu nama kaum pendatang yang berkuasa dan kaya dari India.. diorang datang kat present day Kemboja.,. mereka orang Kambuja...

Try google ada kot.. Yang lagi sedih.. yang paling aku tak tahan is Timor Leste.. kalau benci sangat dengan Indonesia guna je lah TIMOR LOROSAE.. tak perlu kot nak guna Basa Portugis..

Perlu ke aku mikir semua ni??? Aku bosan. Aku nak jalan pergi Laos, Cambodia, and Myanmar...

Bilalah aku nak lepak kat Smyrna? Ini semua antara destinasi yang orang Melayu masih malas nak pergi... sebab tak femes nak shopping.. semoga Romania stays that way.

Ni ada satu nama yang worth googling.. William Shellabear

Monday, May 30, 2016

Neo

Buku hilang tuhari dah jumpa. Lega.. ada orang pulangkan. Buku ni by Prof Madya Dr. Taki. Beliau ni member lama sekelas masa aku amek pre-req papers masa master.

Masa tu beliau degree.. aku plak baru resigned CIMB semata mata nak pursue jadi lecturer. Aku pandang rendah pada beliau masa tu.. konon sebab aku nye cakap omputih lagi power dari beliau.. pastu konon aku ada 'industry' experience.. pastu private lak tu....

Pastu aku plak buat master ada scholarship. Begitulah masa berubah... bagai roda.. sekarang aku tengah mengangkang nak siapkan PhD.. beliau pulak sudah jadi Prof Madya... aduh.. dulu beliau pakai motor panther kalau tak silap.. nak roboh motor tu.. sekarang beliau tunggang motor besar yang berkuasa tinggi...

The best part SV ke dua aku baru isytihar Dr. Taki bakal jadi internal examiner tesis aku.. Mak aiiii... aku takde lah rasa jaki, malu, or awkward.. aku terima itu sebagai pelajaran.. tak perlu pandang rendah pada orang lain... sebab dunia berputar.. harini kita di atas.. tapi esok lusa.. yang dipandang rendah itu berada di atas kita..

Beliau ini memang hebat dan kritis.. memang aku ngaku kalah. Dari sudut akademik beliau terlalu banyak lebih nya banding aku.. penulisan pun begitu gak.. mungkin spoken English aku je la yang lebih sikit.. tapi tu pun sket je.. padahal tunggang langgang tapi cover dengan muka kompiden. Buku beliau memang best.. ada kat Kedai Buku UKM.. pergi lah cari and beli.. jangan potostat.. berdosa.

Saturday, May 28, 2016

In

Aku pening.. Yang mana satu... In consideration of OR In consideration to?

Ni tengah karang surat.. haha surat berantai.. itu dulu.. zaman sekarang viral saja. Patut dah balik kampung.. tapi masih stuck kat opis.. tadi dah makan.. tapi masih lapar..

Badan makin gemuk.. Tadi aku jumpa satu statement best..

"Roman Empire finally Expired." Ha.. itu Gibbon quoted by Morris. Sorry le buku tu aku tak abis baca lagi.

Aku rasa aku ni kalau nak habiskan baca buku kena dok jamban.. Kena duduk lama.. itu tempat paling best baca buku.

BTW pasal entry semalam yang mamat German yang kerja dengan Dutch Empire tu.. Silap kot persepsi aku selama ni yang dia Christianizedkan orang Batak..

Mamat German tu sekadar mengaji Islam kat Jeddah and Makkah pastu gi lepak kat Aceh.. Basically beliau le master mind yang berupaya lenyapkan Aceh resistance towards Dutch colonialism.

Masa kat Mekah di pur-pur convert to Islam.. sebab nak betul-betul paham masyarakat Islam.. Balik Netherlands dia bukak fakulti kalau tak silap.. tak sure Pengajian Melayu or Pengajian Islam..kat Uni of Leiden.. Best kan?

Friday, May 27, 2016

Dynasties

Aduh lega... Satu keja siap.. Aku mohon Allah beri aku ilham untuk siapkan kerja-kerja lain...

Merujuk kepada perkara di atas...Hahaha.. Aku sungguh selalu kompius...

Kompius antara both dynasties yang pernah ruled China..

YUAN = Mongol

QING = Manchu

So inilah dia dua NON-HAN or NON-Chinese people yang pernah ruled China. Ada few lagi.. Jap aku senaraikan.. ceduk je info from Wikipedia.. bagus menda alah tu. Tapi aku kena ada notes sendiri, barulah sentiasa ingat. Lagi dua ialah:

LIAO - Orang Khitan - Mongol related people

JIN - Jurchen - Manchu related people

Mereka empat dipanggil CONQUEST DYNASTY.. Hmm menarik kan? Cemana the minority boleh kuasai majority?

The best part majority itu adalah orang Han or orang Cina yang hebat dalam segenap segi.. Hehehe.. Orang Melayu kena belajau dengan orang Mongol kalu begitu.. Tuntutlah ilmu walau sampai ke Ulan Baatar.

Makin study pasal sejarah China.. makin best.. BTW southern Chinese memang golongan pekerja yang salur kekayaan ke utara... dari dulu lagi camtu..

Ini bukan blog perkauman.. sekadar dok cerita je.. sebab kat Mesia sibuk sangat persaingan mesti dalam aspek perkauman.. Oklah.. nak semayang Maghrib.





Wednesday, May 25, 2016

Tartar

Tartar tu rupanya gelaran lain untuk orang Mongol.. Datang dari Greek word tartarus which means hell. Kah3. Aku ingat Tartar is gelaran untuk the Turkic or Caucasian nomads of Eurasian Steppe. Either or kot.

Yang sure.. Mongol men selalu ada Turkic wives.. I guess that explains the mixed physical looks the people the steppe..  Kazakhs and Kirghiz mostly Chinese-look.. Turkmen mixed.. ingat lagi masa aku kat Philly ada sorang student yang lepak kat International House of Philadelphia.. muka macan Keanu Reeves. Reeves kat ada darah Jepun... Uzbek pun kalau tak silap pun muka mixed European plus Asian.. kalau Azeri and The Turks of Turkey.. they are mainly Caucasian... pelik.. macam tau2 je diorang.. kalau ke Barat kena muka Caucasian.. belah2 timur muka Cina.. tapi Uygur kalau tak silap memang muka Caucasian..

Kenapa aku kata pelik? Sebab diorang ni nomad dulu.. macam Turkey tu jadi Turki sebab orang Seljuk...  itu bukan tanah asal Turki..  Itu tanah orang Greek.. kalau eastern Anatolia tu tanah orang Kurdish.. even Armenian.. haha... kita kan suka hujah-hujah tanah ni... Orang Melayu..

Macam Cyprus le.. Utara Turki.. Selatan Greek.. aku pelik  kenapa Turki kat Turki bukan Asiatic Turkic? Kenapa Kazakh and Kirgiz yang brbahasa Turki muka Cina.. cuba tengok muka Nazarbayev.. Pastu kenapa Tartar kat Tartarstan rupa mixed? Yang paling mind boggling ialah taburan rupa paras.. diorang ni kira nation or bangsa yang mixed.. tapi kenapa makin ke barat mereka ni rupa Caucasian? Itu dia.. macam soklan atas tadi la.. kenapa Turki kat Republic of Turkey lebih muka macam orang Mediterrranean.. rupa orang Greek.. lebih rupa Arab.. Persian.. banding rupa Turki kat Asia Tengah or kat China.. or kat Tatarstan di Russia? Padahal kongsi bahasa.

Dah kul 5.17 pagi. Aku nak tido.

Sunday, May 22, 2016

18th

Ini hadiah aku kasik untuk niece aku. Selamat Hari Jadi Kilot yang ke 18.

Saturday, May 21, 2016

Armagedon

She loves mastika-like, or Isham Rais kind of writings. Something yang panas, sensational.. so, aku belikan Emak this book. Although panas tapi ini agama punya. Font size is big. So, it is readable be her. Haha. Tak sabar nak balik kampung jap lagi. I am going to give my niece a book too. Kang aku kasik picture. Ni battery nak habis.

Friday, May 20, 2016

Jumaat

Alhamdulillah.

Ini hari aku managed solat Jumaat. For me it is a success. Tadi pulak aku berjaya buat 60 laps. 3 km. Alhamdulillah. Another success. Tapi pagi tadi aku stress sebab ada colleagues yang pada aku really put me down. Memang betul, lidah tu lagi tajam dari mata pedang.

Kekadang aku rasa ada manusia yang hobbynya ialah buat other people don't feel good about dirinya. Tapi aku pun ada buat orang kot. Tapi aku rasa aku takdelah seteruk mereka ni. Aku mungkin quite terus terang tapi aku always make other people rasa bagus dengan diri mereka. Yang aku pasan, ada orang memang aku tak boleh rasa happy bila dia around.

Bukan orang itu tidak bagus, or tidak baik, tapi memang aku tak happy. Kalau aku tak happy mana mungkin aku berkolaborasi? Seperti biasa hidup mesti diteruskan. So, aku buatlah apa yang patut aku buat. Tenangkan diri, petang tadi qada tidur and pergi swimming.

Buku Ian Morris tu tak habis lagi aku baca. Sekarang ni aku curi-curi baca Adam Khoo nye buku. Tajuk Winning the Game of Life. Aku part yang aku suka, ada part yang aku kurang suka. Beliau cakap pasal setting goals in life. Yang aku perasan aku memang a goal-less person.

Mungkinkah itu main contributing factor to my amburadul life. Part set goal tu memang aku tak suka. Aku rasa mungkin aku takut kecewa kalau failed to achieve. Tapi aku layan saja buku ini. Baca saja. Aku pun tak pasti kenapa aku keep on baca buku sebab aku memang takde specific goal bila baca a particular book.

Aku sangat percaya pada perintah Allah yang first itu. Iqra'. So, aku just baca saja apa saja yang ada. Semalam aku beli 9 bijik buku. Aku beli sebab buku-buku tu macam best. Dalam dunia yang materi ini.. dunia yang penuh KPI, dunia yang performance-based, maka aku terfikir. Apa aku dapat baca menda-menda ni semua?

Entahlah, Aku baca sajalah... Sure Allah lebih mengetahui. Sebab ramai je member aku tak suka baca buku and they are really proud. Mungkin gak, zaman sekarang getting information is not necessarily from readings.

Banyak lagi cara. The technology allows kita tengok TV, YouTube, and many intellectual materials yang available kat Internet. Boleh guna all the senses.. menonton, mendengar.. tak semestinya baca.

Tapi, aku still sangat percaya Iqra' itu bukan sekadar seeking knowledge.. aku percaya the best way of seeking knowledge is through reading.

Kalau rak masakan itu perkataan yang pertama turun. Betul tak? Ohya, office aku sekarang sudah ada map. Semalam beli kat MPH AEON Seremban 2. Boleh lah not bad.

Saturday, May 14, 2016

Aquaduct

Tu picture paip air zaman Rome.... member aku gi jalan ke Belanda pastu jalan ke France semua... tu yang dia amek pic aquaduct. According to him, that is the last remaining roman aquaduct... may be in France kot.

Tadi ada part of the book yang for me very stimulating. Ini citer pasal mercenery armies. Empires and kingdoms zaman dulu memang perkara biasa upah askar upahan. Selalunya diorang ni amek nomadic tribes. Byzantine kalau kat eastern frontier and southern shore of Mediterranean suka upah the Arabs.. kalau northern alps suka upah Germanic tribes.

Caliphate plak suka upah Turkic slaves. China plak suka upah Turko-Mongol armies. The best past seringkali yang diupah itu makin kuat.. and boleh takeover the empire. Best gila buku ini.
Another part... even aku pun sudah berpendirian begitu agak lama.. tapi Huntington buat ia nampak beza.

Pada aku Islam is a part of the WEST. Tapi dalam kerangka yang lebih besar. Bukan kerangka biasa Roman Empire tu.

Sebab Western punya civilization mula kat Mesopotamia.. pastu baru ler era Hellenistic. Pastu Islam banyak dipengaruhi by Greek culture... Morris pun categorizekan Persian empire sebagai western..

Lagipun dari sudut agama.. tiga-tiga agama tu asal usul dari Asia Barat... so kenapa leh ada Judeo-Christianity tapi takleh dirangkaikan sekali Islam?

Lagi satu, Muslim nyeblah Byzantine masa conflict Byzantine-Persian. So, Islam ini lebih cenderung ke dalam Barat banding Timur.. Pada aku tu sebab le Sadiq Khan leh jadik Mayor London. Lagi satu aku caya sangat Islam and democracy memang compatible.. in sync.

Habiskan

Dah kat kampung. Dari tuhari try habiskan.. tapi tak daya.. ni pun tak tahu leh abiskan tak. Ngantuk banget. Tadi baru baca pasal TMJ nye statement yang beliau bagitau with all the money that he has he would rather buy perdana menteri than referees.

Inilah new politics of Malaysia. Character paling terkini of new politic ataupun politik baharu (aku cukup tak setuju dengan baharu... aku mau baru saja) ialah kerabat diraja dan raja Melayu itu sendiri very participative dalam democracy despite no immunity... kan imuniti dah takde due to consti amendmen in 1993.

Social media is no more platform for the people but also the platform of the royalties. Mengantuk ya ampun, Emak tengah siang ubi. Nak rebus jap lagi. Sedap. Nak tido jap. Bye.

Friday, May 13, 2016

Tarabulus

Tadi aku baca kat dalam satu chapter kat dalam buku Why the west rules-for now. Morris (2010:337) cakap Dinasti Sui.. Dinasti Sui ni aku kompius sebab kat dalam buku ni ada mentioned kisah Northern Wei and Eastern Wei yang pemerintahnya bukan real Chinese.. Maksudnya dalam kontemporari speaking, they are not Han Chinese. Yang real Chinese was Liang Empire.. Sui ni datang dari Northern We...

Lepas je asaskan Dinasti Sui, makanya dia emperors bikin 1500 mile long and 130foot wide Grand Canal that linked Chang Jiang (Yangtze Kiang.. ni spelling lama) dengan Northern China. Jap nak google map.. sebab aku rasa mesti linkkan dengan Hwang Ho (Yellow River)... Hahaha.. dah dapat dari Hangzhou to Beijing. Hebat sungguh.

Cakap psaal terusan.. teringat Terusan Wan Mat Saman.. dari SP.. lepas Guar Cempedak sebelah kiri tu is the terusan Pelik sampai sekarang Kerajaan Kedah tak perkenalkan terusan tu. Leh jadi modal pelancongan kot. Buat le merket terapung ke kat situ.. tiru Thai.. kihkihkih.

Tapi cakap pasal Grand Canal aku lebih teringat mega project Muammar Gaddafi. Lepas Arab Spring apa jadi ek kat projek pengairan terbesar di dunia tu. Aku ingat lagi dia nak sedut air bawah tanah naik ke surface pastu salurkan kat dalam terusan yang kalau tak silap stretch dari Tripoli or Tarabulus kat barat Libya ke BenGhazi kat timur... kalu tak silap le.. mari cek.

Takde info dah siap ke tak.. Yang ada kat wikipedia.. Great Man Made River. Tu jer.. the best pasrt kat sini diorang kata.. amek air bawah tanah tu lagi murah dari desalination in long run.. aku nak sangat nengok sungai buatan tu..

Oklah.. masa utk menulis tesis... aku takde mood sebenarnya ni.. entahlah sedih.. tapi sekarang aku tak mau share lagi sedih aku kat orang.. aku share kat sini saja..