Wednesday, June 24, 2015

Nawaitu

Tadi aku sembang dgn ex students. Bercakap tentang dia yang indecisive antara kawen and tak kawen and dengan siapa perlu beliau berkawen.

Rumit. Yang dpt aku kenalpasti, beliau berkira-kira tentang apa bakal suami dapat dan apa yang beliau perolehi daripada ikatan tersebut.

Aduh. Mungkinkah trend masa kini marriage for advantage? Hapus pupus sudah marriage for love?
Mungkin aku yang idealist atau utopianist.... atau naive?

Sejak kecil aku sering persoalkan tentang sesuatu perkara..

Pada aku kalau ikhlas semua jadi mudah. Ada orang cakap in order to ikhlas kita mesti suka apa yg kita buat. Benarkah?

Bercakap pasal suka. Betul ke perkara yang kita suka hari ini kita suka esok hari? Can we be consistent?

Aku pun x tau nak tulis apa ni. Aku drafted this posting lama dah.

Tadi aku tengok citer maze runner.. best gak citer tu.. pasal survivorship.. kemampuan utk fight.. kemampuan to be resilient.. best lah. Better la dari the  giver.. the Giver not bad tapi mcm x mengujikan.

Nak tulis apa ni yer..  sebenarnya tadi aku teringat pesanan mak aku masa nak balik malam Sabtu.. she said.. "awak jangan kecewakan emak". I think she cried yesterday...

Don't worry Mak, I already made a pact with myself.. Emak pun tau how strong your son is.. kalau tak kuat.. dah lama dah xde dalam dunia.. I keep on fighting.. cuma tunggu masa yg tepat to conquer.. Ill make you proud.

Cakap pasal mak.. tu hari keluar beli barang.. aku rasa best dpt sembang dengan beliau.. mcm2 gak topic sembang.. the best part.. Mak Teh, Mak Itam and Dak Busu dah kembali pada Emak. I told Emak.. kebenaran will surface.. kita hanya perlu sabar.

Begitu juga dgn aku kini.. there have been many let downs.. the are people who take me for granted... tapi aku sangat sabar.. masa akan memberitahu...

Oh cuma aku sedih dgn anak2 buah Emak.. I mean my cousins yang masih biadap pada emak. Entahlah kebiadaban ini memang suatu penyakit. Berjangkit dan merebak.

Adoi apa aku tulis ni.. berbalik pada tukar nawaitu.. aku masih ingat ada seorang rakan.. yang aku meluat.. tapi masih aku sayang... beliau sering ingatkan aku... "Bad.. betulkan nawaitu".. Friend tq so much.. kini apabila aku betulkan niat.. segalanya makin mudah... dan aku tidak merungut lagi dalam hidup walau biar apa yg mendatang.

Another friend.. beliau tak pernah give up on me.. sering tegur.. "babe.. stop merungut".. betul I admit.. masa aku selalu merungut waktu di Kedah dulu.. aku trapped.. trap dgn dunia yg aku bikin sendiri..

Kini Alhamdulillah things get better... quit magical sekarang semuanya elok..

For those who have never putus asa on me.. Terima kasih... aku sgt hargai.

Monday, June 22, 2015

Ramadan

1 Ramadan. Aku suka tarikh tu. Sejak dari 1 Ramadan tahun lalu bawak ke 1 Ramadan tahun ini.. mcm-mcm pahit manis aku lalui. Yang pasti keadaan semakin baik.

Walaupun 1 Ramadan tahun ini tak macam 1 Ramadan tahun lepas... tapi ia tetap bermakna macam tahun lepas. Kali ni aku ke Behrang hantar anak buah aku masuk politeknik. Tak dapat aku pick up sahabat aku di airport. Alhamdulillah beliau faham.

Harini dah masuk Ramadan ke 7. Buat pertama kali dalam banyak tahun aku ke surau untuk berterawih. Allah Maha Hebat.. aku merasa sungguh tenang sekali.. dan sungguh aku happy. Aku berusaha untuk terus berterawih pada malam-malam seterusnya.

Pada Ramadan kali ini jugak aku berjaya tolong jualkan 28 balang rempeyek Mak Ngah aku. Seronok aku dapat membantu. Sahabat aku pula semakin ghairah dengan tart nanas nya. Aku tumpang happy... aku ada order tapi beliau sendiri sudah ada lebih daripada 200 order. Moga beliau sempat siapkan juga untuk aku sebab tart nanasnya aku mahu hadiahkan kepada orang-orang penting dalam hidup dan kerjaya aku... tapi kalau beliau dahulukan tempahan orang lain.. aku x kecil hati... sebab seperti kata beliau tart tidak semestinya untuk hari raya. Semoga cita-cita melihat tart beliau di kiosk stesen-stesen minyak dan pasaraya akan termakbul.

Namun aku agak terkilan sebab masih tak dapat menolong kakak aku dalam bisnes beliau.. beliau ada jual keropok tempe. Aku dah rasa.. memang sedap and boleh go.. harapan aku.. tak berapa lagi dapatlah aku bantu beliau juga.

Phd aku pulak masih bab 2.. semoga Ramadan kali ini memberikan momentum untuk aku menyudahkan bab 2 dan bergerak dengan bab 3. Moga Allah membantu aku untuk aku menyiapkan tesis phd pada 2016. Sudah tak sabar untuk bergelar Dr. Gelaran tersebut adalah bagi menunaikan cita-cita ibuku untuk melihat salah seorang zuriatnya beroleh gelaran tersebut. Semoga Ibu dan Ayah dipanjangkan umur dan terus sihat agar dapat melihat hasil kesabaran mereka dalam membesarkan aku... teringin sekali aku berjasa sehebat-hebatnya kepada mereka berdua..

Satu lagi aku ingin menjadi seorang yang lebih humble.. semakin berisi semakin tunduk.. menjadi seorang yang lebih menghormati orang-orang disekeliling.. lebih tenang.. lebih gembira.. lebih sabar..
Moga terus maju.. terus mara..

Wednesday, June 17, 2015

Decaf

Mungkinkah terlebih kopi? Too much caffein running through my veins...

Inikah punca kepada segala emosi? Inikah punca kepada segala kebimbangan? Mudah aku tersentuh.. mudah aku berkecil hati...

Entahlah moga Tuhan membantu...

Kebelakangan ini aku sering dikecewakan.. mungkin situasi yang tidak mengizinkan...

Aku cukup kecewa apabila aku sudah rancang segalanya dengan baik dan sesempurna mungkin tapi situasi tidak mengizini..

Semoga Allah permudahkan segalanya... semoga Allah tenangkan hati ini.

Toxic

Pagi bangkit. Terima email.. tahap kerisauan aku meningkat mendadak. Email diterima dari my very own personal toxic handler... masih beliau tidak boleh pulang kerana laut gelora. Me myself is a toxic handler.. a toxic handler for my mother.. kadangkala to my sisters.. to my closed friends.. to my colleagues....

Diwaktu my toxic handler berada dalam stressful environment aku memaksa diri menjadi berganda luar biasa kuat berbanding biasa... hampir dua minggu berlalu aku sendiri terpana dengan kekuatan aku.. Alhamdulillah.. tapi email terkini buat aku lemah.. Kerisauan mengenangkan cuaca yang boleh affect keselamatan.. moga beliau selamat.
Kisah lain....

Lately... banyak expectation yang perlu aku penuhi... aku bukan manusia yang bijak to say No... dan pada aku siapa kita untuk say No di kala ada yang memohon pertolongan... diperlukan di kala aku keterlaluan sibuk adalah suatu cabaran besar...

Diperlukan.. merasa diperlukan itu indah.. ia bukan bebanan.. ia adalah kepercayaan.. ia adalah tanggungjawab...

Kakak aku mintak tolong hantar anak dia utk register politeknik.. tuhari dok uitm.. tapi this the very 1st anak buah in the family tak boleh nak survived lantas membuang dirinya sendiri.. bapak dia marah sungguh...

Dapat poli bagaikan peluang kedua.. aku faham benar tentang peluang kedua.. tidak semua beroleh peluang kedua.. kerana itu sedaya mungkin aku mahu menolong my nephew ini... menghantar beliau ke Behrang adalah suatu tanda sokongan yang tidak berbelah bagi.. ia suatu tanda keyakinan... kisah my nephew walaupun tak sedramatic kisah Burn kawan kepada kawan aku bernama Abu... tapi byk similarities...

Burn dapat peluang kedua... begitu juga my nephew.. aku sebagai pemerhati kehidupan semahunya accomodative.. walaupun my nephew tak segenious Burn.. namun setiap individu ada potensi sendiri...

Aku stress sebab byk benda nak buat.. kena kemas rumah sebab malam ni kakak aku and the nephew plus his sister nak datang.. rumah macam rumah kongsi...

Stress sebab kredit kad tak bayar lagi..

Stress sebab kena keluarkan duit yg untuk bayar ASB loan untuk bayar kredit kad..

Stress sebab tak lama lagi kena bayar phd tuition fee..

Stress sebab kereta tak service lagi....

Stress nak pergi bank jap lagi.. stress nak basuh kereta.. stress marking tak siap lagi...
Stress singki penuh....

Sering aku luahkan all of the above to my toxic handler... tapi memahami keadaan beliau.. aku luahkan di sini...

Kalau diluah beliau akan stress.. stress bila the toxic handler sendiri bagitau aku yang beliau stress dgn my own stress..

Sering kalau stress aku akan end up atas katil.. baca buku kejap pastu tertidur.. alhamdulillah.. aku blah dari katil terus mandi.. and here I am jotting down rasa aku...

Lega.. kurang stress....

Saturday, June 13, 2015

Bitter

Lately I've learned so many things about life... be it from my own experience or from surroundings...

I've been tryin extremely hard to stay positive and be as nicest as possible not only to people around me but also to cats.. dogs.. plants.. my car.. my mom's car..

Tapi.. I don't understand certain people who just love to be bitter.. grudgy.. is it fun to be that way?

Would being bitter help you to feel good about yourself? Is being bitter making you at least a penny rich?

Pelik....

Preaching about options in life.. tapi it is so ironic when you choose to be bitter.. grudgy.. grumpy.. every second.. every minute...

When I wake up in a morning I always choose to be happy.. and I am trying hard to make sure people around also be happy with me.. tapi to my frustration I keep on receiving bitter treatment from surroundings.. it is heartbroken when the bitterness dtg from people that you love.. from people that you care.. from people who claimed care about you....

Frustration management is the answer I guess

Situs

Aku betul-betul bengang dengan any pihak yang destroy historical sites be it during conflict or in the name of development...

Tu hari.. few years back kot.. yang giant Buddha statues kat Bamiyan Valley.. tu Taliban..
Kali ni.. kat Yemen.. masalahnya Moslem sendiri yang musnahkan...

Yang kat Makkah in the name keselesaan jemaah haji and umrah.. habis buildings yg erected during Ottoman era kena bulldozed... rumah kelahiran Nabi pun kena sodok.. aku doubt alasan the Najd rulers yg claim to be the guardian of the Haramein tu... konon not to promote idolatory...

Yang kat Mesia pun ada... dataran Pahlawan dok bina atas padang pahlawan.. patut biarkan aje.. tgok apa jadik.. last2 A Famosa yg jadik lambang Melaka sekian lama dah hilang gah.. xleh nampak dari jauh.. seolah dok belakang bangunan.. kalau dataran pahlawan tu memang betul2 buat mcm dataran Merdeka takpelah.. that is a dataran.. ni aku tak tau nak decribe cmna dataran tu.. yg aku tau.. it is an eyesore...

Masa construction of dataran pahlawan tu aku ingay lagi dalam tahun 2002 kot the Star ada reported pasal terjumpa historical relics masa korek2 kat situ.. tapi state gomen still proceed..
Sedih.

Saturday, June 6, 2015

Burned

Aku dpt call dari member aku... dak Burn was hit by depression. Kesian beliau. Entahlah aku pun tak dapat nak menolong. Abu kawan Dak Burn lately terlalu busy dengan his new business. The business seems thriving. Alhamdulillah.

Cuma begitulah dalam pada memburu wang.. jangan dilupakan rakan rapat tu. Dak Burn sedang study.. kesian beliau... dalam kesibukan itu luangkan masa... rakan itu bagaikan harta.. bagaikan membeli rumah mungkin... harini setengah juta.. esok lusa harganya might appreciate exceeding a million.

Bercakap ttg study.. aku sendiri amburadul. Apataknya terkejar-kejar ke sana ke mari... buat part time terlalu mencabar. Jiwa pulak memang selalu kacau.. x semua faham. Study phd terlalu berbeda.

Paling penting mencari equilibrium dalam hidup.. emosi kena stabil... kerja yg full time kena ok.. hubungan dengan ibu bapa dan keluarga juga mesti dijaga.. hubungan dengan rakan sekerja juga mesti bagus... apatahlagi dengan teman-teman rapat...  paling penting kesihatan fizikal dan mental.

Pasal Dak Burn yang baru keluar rehab... perlu lebih perhatian agar emosi beliau stabil... sokongan padu dari khalayak di sekeliling terlalu penting.

Aku selalu dengar kalangan bijak pandai.. kurang pandai.. terlebih pandai.. yang sering tunjuk pandai.. yang memandai-mandai.. dan yang terasa pandai yang sentiasa menuding jari pada sang pesalah.. seolahnya segala yang datang sama ada positif atau negatif dtgnya dari dalam individu itu sendiri. Kononnya.. it is all about choice...

Namun.. memerhati persekitaran... hujah di atas ada sintingnya.

Sinting akibat terlalu memfokus kepada faktor dalaman... internal determine.. kalau dalam ilmu politik.. Marxism yang terlalu "economic determine". Kalau Huntington's Civilizational Paradigm pula begitu "religion determine".

Kalau belajar nak jadi kritikal.. atau nak mengkritik.. atau mau menganalisis.. tool of analysis yang paling mudah or paling haprak digunakan ialah SWOT... strenght.. weaknesses.. opportunity.. threat..
Kekuatan dan kelemahan are apart of internal factors. Manakala opportunity and threat merangkumi external.

Sekiranya faktor persekitaran or luaran boleh digunakan bagi menganalisis sesebuah organisasi.. mengapa apabila berhadapan dengan entiti yang bernyawa.. yakni individu... kita manusia.. hilang manusiawinya...

Kita lupa bahawa faktor persekitaran punya pengaruh besar dalam pembentukan kekuatan dalaman!!!! justeru faktor tsb erlalu berpengaruh dalam pembetukan tingkah laku dan decision making...

Any entity.. be it for profit or not for profit.. be it an MNC or a nation-state... semua entiti ini bertingkah bukan sahaja kerana faktor dalaman tetapi juga kerana desakan luaran..

Bahkan faktor luaran seringkali dipersalahkan when a crisis surfaces (sebagaimana jari hanya menuding kpd Soros walhal diri sendiri juga boros)...

Tanpa kuasa persekitaran.. maka mana mungkin boleh berlakunya Arab Spring.. mana mungkin runtuhnya Tembok Berlin (1989).. tidak juga mungkin   lucutnya the Iron Curtain di Eropah Timur... tanpa kuasa luaran tidak mungkin Wings mengeluarkan album Teori Domino dan tidak juga anak muda awal 90an bersiulan lagu Wind Of Change...

Paradoksnya.. apabila kemaslahatan menimpa individu... atas nama tanggungjawab.. individu itu disalahkan tanpa melihat faktor luaran...

Not only the blame.. but the insult also go to that particular person. Dalam kes Dak Burn... beliau melakukan kesalahan.. telah dihukum sewajarnya oleh pihak yg professional dan berautoriti.. tapi kenapa rakan-rakan beliau kelihatan menghukum beliau secara sedar atau luar sedar...

Difahami ini berikutan kebimbangan teman-teman di sekitar yang takut terluka lagi sekiranya Dak Burn kembali kepada tabiat lama aka re-lapse. Ironi.. dalam pada masing-masing mahukan beliau fully sober or beyond sober (hahaha).. teman-teman yang have been sober for the rest of their life ini think and acting negatively...

Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan itu suatu hukuman yang berterusan buat Dak Burn???
Tidakkah mereka sedar bahawa "takut terluka" mereka itu suatu perbuatan yg sangat melukakan Dak Burn yg pada masa sekarang sgt memerlukan sokongan moral...

Masing-masing mendabik dada kerana bersih dan suci nya mereka sejak lahir.. mendongak langit kerana sentiasa waras.. tapi waraskah mereka dengan pemikiran dan tindakan sebegitu?

Di mana kewarasan jika masing-masing gagal mengoperasikan konsep empathy dalam kehidupan mereka yang kudus itu? Ye anda semua bukan Nabi.. tiada kekuatan untuk memaafkan sepenuhnya.. tapi kenapa perkara lain boleh pulak nak contohi Nabi tapi tidak pula dengan yang ini?

Kenapa perlu ada double-standard? Siapa di sini yang perlukan pertolongan dari sudut jiwa? Dak Burn yang berdosa atau anda semua yang berpahala?

Sungguh aku kecewa pabila ketahuan cara layanan sesetengah pihak berkaitan Dak Burn.

Meneliti penulisan Dak Burn dan mengamati penerangan khalayak yang rapat... beliau ini punya potensi diri yang sangat besar..

Intuisi aku mengatakan beliau hampir layak diperbandingkan dengan arwah Dak Ben... member rapat Rafizi Ramli..

Kenalan aku yg pernah lepak lama kat UK yg juga bekas aktivis pelajar zaman reformasi bercerita bagaimana Dak Ben yang battling coke itu luar biasa pintarnya.. arwah adalah think tank dan strategist yg luar biasa.. beliau dikenali sebagai a mobile encyclopedia... hebat alumnus MCKK tersebut.

Dak Burn walau mungkin kurang hebat berbanding Dak Ben.. mendapat juga jolokan mobile encyclopedia itu... alangkah bagus kalau aku sehebat mereka.

Dak Burn ini jangan disia-siakan... perlu khalayak sekeliling accomodate beliau.... be there for him.. be nice to him... bukan perlu menderma pada beliau kerana beliau ada biasiswa.. hanya perlu tunjukkan concern dan jaga emosi beliau agar beliau boleh habiskan pengajian... (inilah yang dikatakan hasil empathy).

Aku melihat Dak Burn ini bagaikan hartanah di Bandar Seri Sendayan... pulangannya dua tiga tahun lagi memang berlipat kali ganda... strategically located.. tu sebab developer terlalu berani letak harga mula yang setara dengan hartanah di Klang Valley...

Apa tidaknya.. hampir dengan putrajaya.. hampir dengan both KLIAs.. terlalu banyak agensi samada public or private yang bina HQ di sekitar sini.. dekat dengan Mitsui.. apalagi? Tertekan?.. Port Dickson is just miles away... obsess with Melaka??? Melaka pun sgt dekat from Seri Sendayan.

Pendek kata.. the FUTURE is HERE.. so do Dak Burn.. He is THE FUTURE... aku yakin kalau dak Burn ni dapat dihidu oleh negara luar... sesungguhnya Malaysia pasti berada dalam kerugian...

You may hate him.. but please la.. ACCOMODATE him.. layankan saja when he throws tantrum..... pabila berjanji dengan beliau.. penuhilah... 

Thursday, June 4, 2015

Fail

Aku dok dalam meeting students.. pastu ada sorang ni sibuk dok cadang supaya panggil para usahawan yang berjaya...  ini kiranya program yang berkaitan dengan enterpreneurship...

Cadangan yang biasa... cliche.. mediocre.. boleh dijangka...

Entahlah kita hanya sibuk menumpu pada yang sudah berjaya.. dengan harapan bila panggil yang sudah berjaya maka kita boleh belajar dari yang dah berjaya ini.

Boleh tak instead sibuk tumpu pada kejayaan.. kita tumpu pada kegagalan... kita carik org yang sedang menempa kegagalan untuk bagi talk.... apa significantnya?

Satu, kita boleh belajar daripada yg sedang gagal ni mcm2.. faktor kegagalan.... tanda-tanda kegagalan.. menangani kegagalan.. dan yang paling penting bagaimana kita menguruskan kegagalan...

Mesti ada yg counter-hujah... kalau panggil yg dah berjaya... mesti lagi bagus.. yg dah berjaya sure pernah gagal.. and kejayaaannya adalah bukti empiri bahawa dia telah menguruskan kegagalan...

Tapi.. yg sdg berjaya tu.. sure dah byk lupa zaman susah dia.... satu lagi sasah zaman susah dia tu tah zaman typewriter.. skg zaman komputer.. zaman susah dia zaman MiRC.. padahal skg zaman whatsaapp..  zaman susah dia zaman telegram yg polis antau kat umah tu.. zaman skg zaman telegram yang boleh buat chatroom sampai sejuta ahli tu..

Pendek kata susah zaman dia tu obsolete...  dah stale.. dia pun dah lupa.. apatahlagi kalau yg kita panggil tu pun jurang generasi nya ketara.... baby boomers kalau cerita kat gen X okla tapi kalau kat the millenials????

Nomor dua.. kalau panggil org yg tengah gagal.. selain drpd pengalamannya still fresh from the oven.. lebih related dgn zamana skg.. relatable gak dgn social media gen.. kita sbnrnya dpt bantu org yang gagal itu.. sbgai penceramah.. kita bayar dia...

Selain dia kita bayau.. kita dapat bantu esteem or harga diri manusia yg gagal itu.... barulah win-win.. drpd dok bayah penceramah sampai ribu-ribu padahal x dpt nak belajau apa pun... better bantu yang sedang gagal ni... kita kasik dia job..

Nomor tiga... Dalam era Web 2.0.. public relation 2.0.. event mcm ceramah pun mestilah 2.0.. kita selalu dengau ceramah.. yang 1.0 tak interactive.. the audience bukan xnak tanya soklan.. tapi x dpt nak relatekan dgn kandungan ceramah.. settingnya.. penceramahnya... pengalaman ceramah.. besar gapnya dengan audience.... so mesti QNA session akan meriah dgn pelbagai soklan pabila kita pilih penceramah yang sedang menguruskan kegagalan.. yang sedang menangani kekecewaan....

Audience yg merupakan pelajar.. yg sedang belum berjaya.. malah ramai yg mungkin sedang hadapi kegagalan.. atau yg tak gagal tapi melihat diri mereka gagal.. mcm kalau 1st year or 1st sem... isunya selalu masuk course tu sbb uni or course lain tak panggil.. this is my last choice.. frust kan???

Yg 2nd year plak.. mungkin  pernah gagal subjek killer... terduduk CGPA below 3.0... sedih berpanjangan....
Yang final year plak mungkin gagal dlm cinta.. dari 1st year bersama last2 gaduh sebab pasangan melebihkan komitmen dgn pasangan buat research.. sedih.. xde lagi org yg nak buatkan assignment... meraung sebab xde org yang nak dibuatkan assignment...

Dalam keusahawanan... ada yg berangan nak kaya cepat jual tudung online... beli shawl byk2 guna duit ptptn masa travel ke ho chi minh.. tapi malang member facebook ciput.. x ramai.. last-last.. shawl pakai sendiri.. lebur impian lepas grad nak travel europe dgn pasangan.. pasangan pulak dah dpt awek anak org kaya.. tak ke sakit ulu hati???

Maka..  GAGAL sebagai fokus ceramah.. dan org yang sedang gagal sebagai penceramah pasti sangat relevan dengan audience yang belum berjaya... lagipun kekecewaan dan kegagalan are part and parcel in life... ia perkara biasa.. anticipated.. maka sudah sampai masanya kita face the reality... x usah asik berangan berjaya sehingga mengenepikan realiti hidup.. fokus kpd topik gagal dan memikir risiko gagal bukan bermaksud kita berfikiran negatif.....

Aku yakin.. sebuah bengkel "Menangani kekecewaan.. menguruskan kegagalan".. boleh membantu sesorang drpd terjerumus dari kancah arak.. dadah.. bantu seseorang dari kemurungan.. bantu seseorang daripada telan pil tidor.. bantu seseorang daripada mintak xanax or any anti-depressant drugs yang membodohkan itu... bantu seseorang untuk memilih terus hidup berbanding terjun bangunan or minum racun.. atau masa aku kecik-kecik.. selalu dengau org baring-baring kat railway track.. tak ke sakit? Kalau high-speed train or bullet taklah sakit sangat kot....

Wednesday, June 3, 2015

Sixth St.

Aku ngantuk.. tapi still nak share.. this morning I felt like talking to people.. so I called few closest friends tapi mereka busy. So aku call la this friend yang kiranya a friend yang paling malas aku nak call and nak jumpa. Kenapa? Sebab he is a person yang full of negavities... a person yang full of sadness. Ah ha.. bukan tak boleh lepak dengan dia.. tapi paham-pahamlah sadness and negativities are infectious.. contagious. Bahaya untuk kesihatan minda dan mental. Hahahaha.

Sebab yang lain takleh nak pick up my call, maka I called him. As expected.. he picked up. Alamak memang aku sesal. Sebab memang dia menunggu kot panggilan aku.. dia cerita le yang dia nak pergi travel Europe. Mak aiiiii.. bosan siot aku dengau.

Memang ada elemen jeles.. tapi yang lebih ialah pada aku dia ni bila jenjalan keluar mesia.. balik mesia sama jer. Kalau dok citer pasal kisah jalan-jalan dia tak menarik. Takde input baru dari kisah pengembaraan beliau.. sebab dia ni penah dah ke Europe few years back.. tapi balik masih the same he. Nothing change. Masih negative masih lagi grudgy... masih approach hidup dengan cara merintih dan tak amek tanggungjawab.. masih act victim... bosan.

Tapi tadi dia ckplah.. tiap kali dia pulang dari travel pasti dia akan dapat sesuatu yg baru. Dan sesuatu itu mengubah perspective beliau in handling life. Entah le. I didn't buy it.

Pada aku dia buang duit je pergi sana.. better tengok je Sweden.. Finland.. Estonia.. Latvia.. and Lithuania kat tv or google kat internet.. tengok gambau... kah kah kah.. sebab apa? Sebab beliau pasti akan pulang sebagai manusia yg sama.

Entahle.. perhaps aku ni akademik sgt kot.. yelah dia pun penjawat awam.. bila ko pegi oversea bawak le balik observation pasal societies kat sana..

Pergi Sweden.. kalau citer pasal pemandangan... pasal bangunan.. pasal rupa paras orang.. pasal makanan.. malas le aku nak dengau... tu semua boleh google...

Biar le pulang dengan sikit sikit input yang analytical... yang menggambarkan tahap intellectual anda...

Alangkah seronot kalau balik dok cerita pasal kehebatan impak konsep Welfare State di Sweden... cerita pasal "ombudsman".... cerita pasal lambakan Moslems imigrants from Somalia kat Stockholm.. cerita pasal those Baltic States really berjaya distant themselves from Russia lepas kuar dari Soviet Union and later joined EU... cerita sikit tentang Estonia and Finland yang bahasa dekat sama.. aku boring dengan traveller yang travel tanpa ilmu.. sebab balik mesti dgn cerita yang bosan and pulang dengan key chain or t-shirt sebagai buah tangan.. walhal those products pelancongan pun made in China..... bukan locally produced.. itulah hasil globalization....

Balik mesti cerita pasal shopping or carik hard rock tak jumpa.. or balik dengan thousands of pictures yang sebenarnya syok sendiri.. pastu bangga upload byk-byk tayang kat FB or IG.... konon nak inspire others.... muntah aku

Cukup-cukup lah tu.. jadiklah pengembara... bukan pelancong... ramai yang mengaku traveller are not travellers.. mereka adalah pemakan angin... itu sahaja....
BOSAN.

Kalau nak tengok bangang tak bangang.. tanya je mamat tu... is Finland apart of Scandinavia?
Or name three Baltic States..

Cmmon la.. these are not rocket science.. these are general knowledge.. no jargons pun... before travel buatlah homework... baca pasal the culture.. econk

Monday, June 1, 2015

Lambak

Badan aku memang mcm yoyo. Tuhari sebelum masuk hospital berat 74kg, masa dalam ward 77kg, lepas mc few days duduk kampung and lepas naik Gunung Lambak, berat aku jadi 84kg. Lagi 1kg je nak jadik macam berat asal.

Aku suka naik gunung Lambak tu hari. Gunung or bukit yang rendah. Untuk a 39 year old person dgn berat 84kg pada aku suatu pencapaian. Apa pun paling best was makan-makan after the hike.

Kami pergi makan nasi beriani gam kat batu pahat. Aku amek double yakni ada kambin dan ayam. Aduh sedapnya. Tu lunch. Aku lupa pulak nama restoran dia. Ini yang tepi taman jalan menghala ke Muar and Melaka nu.

Dinner makan ikan bakar and sotong goreng tepung setengah kilo. Tu second time kami makan kat situ. Sedap....

Hari ni hari Senin.. aku still in bed... ohya naik gunung lambak was last weekend. Weekend the latest aku balik kampung.. 2 orang kakak aku pun balik. Penat sungguh kemas rumah...

Btw aku makin actice swimming.. hari sabtu lepas jumaat yang balik dari Ipoh tu.. aku buat 60 laps... hahahaha 3km of swimming tu... luar biasa... semalam kat kampung aku buat morning walk aka jog for 7 km... pastu kemas laman rumah.. balik sendayan badan aku sakit... then tidur.. natijahnya aku masih atas katil hingga kini.