Aku dok dalam meeting students.. pastu ada sorang ni sibuk dok cadang supaya panggil para usahawan yang berjaya... ini kiranya program yang berkaitan dengan enterpreneurship...
Cadangan yang biasa... cliche.. mediocre.. boleh dijangka...
Entahlah kita hanya sibuk menumpu pada yang sudah berjaya.. dengan harapan bila panggil yang sudah berjaya maka kita boleh belajar dari yang dah berjaya ini.
Boleh tak instead sibuk tumpu pada kejayaan.. kita tumpu pada kegagalan... kita carik org yang sedang menempa kegagalan untuk bagi talk.... apa significantnya?
Satu, kita boleh belajar daripada yg sedang gagal ni mcm2.. faktor kegagalan.... tanda-tanda kegagalan.. menangani kegagalan.. dan yang paling penting bagaimana kita menguruskan kegagalan...
Mesti ada yg counter-hujah... kalau panggil yg dah berjaya... mesti lagi bagus.. yg dah berjaya sure pernah gagal.. and kejayaaannya adalah bukti empiri bahawa dia telah menguruskan kegagalan...
Tapi.. yg sdg berjaya tu.. sure dah byk lupa zaman susah dia.... satu lagi sasah zaman susah dia tu tah zaman typewriter.. skg zaman komputer.. zaman susah dia zaman MiRC.. padahal skg zaman whatsaapp.. zaman susah dia zaman telegram yg polis antau kat umah tu.. zaman skg zaman telegram yang boleh buat chatroom sampai sejuta ahli tu..
Pendek kata susah zaman dia tu obsolete... dah stale.. dia pun dah lupa.. apatahlagi kalau yg kita panggil tu pun jurang generasi nya ketara.... baby boomers kalau cerita kat gen X okla tapi kalau kat the millenials????
Nomor dua.. kalau panggil org yg tengah gagal.. selain drpd pengalamannya still fresh from the oven.. lebih related dgn zamana skg.. relatable gak dgn social media gen.. kita sbnrnya dpt bantu org yang gagal itu.. sbgai penceramah.. kita bayar dia...
Selain dia kita bayau.. kita dapat bantu esteem or harga diri manusia yg gagal itu.... barulah win-win.. drpd dok bayah penceramah sampai ribu-ribu padahal x dpt nak belajau apa pun... better bantu yang sedang gagal ni... kita kasik dia job..
Nomor tiga... Dalam era Web 2.0.. public relation 2.0.. event mcm ceramah pun mestilah 2.0.. kita selalu dengau ceramah.. yang 1.0 tak interactive.. the audience bukan xnak tanya soklan.. tapi x dpt nak relatekan dgn kandungan ceramah.. settingnya.. penceramahnya... pengalaman ceramah.. besar gapnya dengan audience.... so mesti QNA session akan meriah dgn pelbagai soklan pabila kita pilih penceramah yang sedang menguruskan kegagalan.. yang sedang menangani kekecewaan....
Audience yg merupakan pelajar.. yg sedang belum berjaya.. malah ramai yg mungkin sedang hadapi kegagalan.. atau yg tak gagal tapi melihat diri mereka gagal.. mcm kalau 1st year or 1st sem... isunya selalu masuk course tu sbb uni or course lain tak panggil.. this is my last choice.. frust kan???
Yg 2nd year plak.. mungkin pernah gagal subjek killer... terduduk CGPA below 3.0... sedih berpanjangan....
Yang final year plak mungkin gagal dlm cinta.. dari 1st year bersama last2 gaduh sebab pasangan melebihkan komitmen dgn pasangan buat research.. sedih.. xde lagi org yg nak buatkan assignment... meraung sebab xde org yang nak dibuatkan assignment...
Dalam keusahawanan... ada yg berangan nak kaya cepat jual tudung online... beli shawl byk2 guna duit ptptn masa travel ke ho chi minh.. tapi malang member facebook ciput.. x ramai.. last-last.. shawl pakai sendiri.. lebur impian lepas grad nak travel europe dgn pasangan.. pasangan pulak dah dpt awek anak org kaya.. tak ke sakit ulu hati???
Maka.. GAGAL sebagai fokus ceramah.. dan org yang sedang gagal sebagai penceramah pasti sangat relevan dengan audience yang belum berjaya... lagipun kekecewaan dan kegagalan are part and parcel in life... ia perkara biasa.. anticipated.. maka sudah sampai masanya kita face the reality... x usah asik berangan berjaya sehingga mengenepikan realiti hidup.. fokus kpd topik gagal dan memikir risiko gagal bukan bermaksud kita berfikiran negatif.....
Aku yakin.. sebuah bengkel "Menangani kekecewaan.. menguruskan kegagalan".. boleh membantu sesorang drpd terjerumus dari kancah arak.. dadah.. bantu seseorang dari kemurungan.. bantu seseorang daripada telan pil tidor.. bantu seseorang daripada mintak xanax or any anti-depressant drugs yang membodohkan itu... bantu seseorang untuk memilih terus hidup berbanding terjun bangunan or minum racun.. atau masa aku kecik-kecik.. selalu dengau org baring-baring kat railway track.. tak ke sakit? Kalau high-speed train or bullet taklah sakit sangat kot....
No comments:
Post a Comment