Tuesday, April 21, 2015

Muna Tanya













Conversation

Lari

Lately aku sibuk pikir nak jadi kaya. Sebab dah bosan tak ke mana. Bosan juga buat phd tak habis-habis. Penat saja baca buku.. Menulis.. Tapi tak jugak kaya-kaya.

I've been talking to good friends mcm Aishah, Aini, and Tam semua bukan nama sebenar). Semalam dok sembang dgn Aini depan 7E sampai habis credit. Tadi pulak Dak Aishah called aku sampai dia sendiri naik muak dgn idea2 aku. Malam semalam and tadi aku wasap Dak Tam betapa konon aku ada idea biz apa mau cebur.

Dengan Aini aku bagitau dia yang I want to have my own products.. Tangible ones.. Overhead mesti rendah.. Maksudnya mesti takde peti sejuk, chiller, or takleh aircond 24 jam.. Pastu product takde expiry date. So tak involve benda yang boleh membusuk.. Pastu tak perlu hire skillful staff. Yang perlu ialah staff yang manis wajah, manis mulut, and ada very good eye contact. Orang Melayu payah nak carik yang begitu.

Dgn Aishah pulak mula-mula dia cakap tentang mahu refinance rumah and jadikan homestay. Brilliant ideas... Pastu beliau mau proceed pulak dengan masak untuk small scale event or program macam birthday bash ke camtu.

Lantas aku yang masih tercari-cari nak buat bisness apa setelah gagal dalam business mini market dapat idea. Aishah yang ada rupa paras menarik patut jadi social media celebrity.... Update saja apa aktiviti beliau di social media... 

Org ada rupa seringkali attracts attention. Macam-macam beliau boleh lakukan dalam masa jadi a fulltime housewife. She is currently sedang undergo her very own weight loss program. Bila dia berlari, berbasikal, timbang berat.. Leh update... Timbang berat tu ada unsur suspense...

Beliau sebenarnya yang jadik aku punya personal trainer on weight loss. She keeps on sharing her tips like activities.. She read a lot about fitness.. She is also a great motivator when it comes to weight loss and health. Tapi the best part she is embattling weight herself. Therefore her advise lebih genuine and current. Memang best.

Sebab aku sedang menyelidik tentang social media, maka aku sarankan beliau takes advantage on social media. Beliau banyak baca buku... Pasal self help.. Motivation.. Weight loss.. Health.. Beliau pandai masak.. And beliau baru nak start bukak homestay. Semua ini boleh jadi paparan berguna.. She should share by blogging

Moga beliau ikut saranan aku sementara my consultation masih lagi murah. Ah ha...

Tentang Dak Tam... Beliaulah yg advise aku to blogging. Aku ada masalah jiwa.. Sering emosi.... So katanya kena express....

Pasal biz ni.. aku kongsi sikit-sikit aje dengan Dak Tam. Dia ni suka berwasap saja.. Aku selalu baik bengang.. Boleh je call or facetime... Tapi beliau sering penat... Percaya ia gara-gara kerja yang demanding.... Maka payahlah nak share byk info. Cuma aku bagitau dia aku sedang mencari-cari business. 

Beliau juga, malah malam tadi beliau expressed yang beliau mau dapatkan seorang business partner. Tapi aku tegah. Kerana berdasarkan experience sendiri dan Kakak aku sendiri punya pandangan yang partnership ini leceh lagi merbahaya. 

Buatlah sendiri kerana kita akan jadi lebih bertanggungjawab dan sebarang kegagalan dan kesilapan kita yang tahu puncanya dari siapa. Kalau mau biz skala kecil lah.. I wasn't talking about big biz. 

Aduh sekali biz mau terus biz.. Tapi tidak pasti apa yabg mau di biz kan... 

Nak kaya... Tapi malas.. Phd pun tak habis-habis lagi. Berangan saja.... Cakap saja.. Idea hebat.. Tapi execution... 

Aku pun inconsistent. Ini kali ketiga aku padam semua entry. Harapannya kali ini aku istiqamah sebagaimana komitmen yang aku tunjukkan terhadap aktiviti running aku yang bermula dari March 2015. Sekarang sudah lebih 100km aku berlari... 

Lari lari dan terus berlari!!!!!!!!!!!!!!!!!