Tuesday, May 31, 2016

Segget

Aku nak tido. Tapi takleh nak tido. Tak tau napa. Walhal aku tak cukul tido. Semlm aku sembang dgn kakak aku psl bukak kedai. Aku plak yg excited.

Bkk kedai sgt best le. Rindu dengan kedai aku tu. Tapi masa tu entah knp aku tak proud dgn kedai tu.
Padahal aku yg buat all the paperworks. Aku harap sgt dpt bukak another kedai soonest possible.

Tapi aku mcm nak beli rumah.. berangan nak beli kat Mont Kiara.. pastu bukak kedai lak kat Publika. Jual kampung stuffs.. Haha...

Mambau

Haha.. tak nampak pintu gerbang.. best gila breakfast pagi2... rasa best gila. Today is a good day. Alamak lupa nak update picture. Sedap makan sini. ada ayam goreng yang sangat best.

Rainbow

Semalam lupa nak cerita. Masa aku dgn member nak carik tempat lepak kat Bangi.. tengok langit nampak Pelangi yang full formed. Cun gila. That was the first ever dpt tengok yang penuh. Aku yakin itu petanda yang rezeki aku bakal mengalami penambahan berkali ganda.. Ameeeeeen
Alhamdulillah. Dah kul 6. Aku kat opis lg.

Monday, May 30, 2016

Neo

Buku hilang tuhari dah jumpa. Lega.. ada orang pulangkan. Buku ni by Prof Madya Dr. Taki. Beliau ni member lama sekelas masa aku amek pre-req papers masa master.

Masa tu beliau degree.. aku plak baru resigned CIMB semata mata nak pursue jadi lecturer. Aku pandang rendah pada beliau masa tu.. konon sebab aku nye cakap omputih lagi power dari beliau.. pastu konon aku ada 'industry' experience.. pastu private lak tu....

Pastu aku plak buat master ada scholarship. Begitulah masa berubah... bagai roda.. sekarang aku tengah mengangkang nak siapkan PhD.. beliau pulak sudah jadi Prof Madya... aduh.. dulu beliau pakai motor panther kalau tak silap.. nak roboh motor tu.. sekarang beliau tunggang motor besar yang berkuasa tinggi...

The best part SV ke dua aku baru isytihar Dr. Taki bakal jadi internal examiner tesis aku.. Mak aiiii... aku takde lah rasa jaki, malu, or awkward.. aku terima itu sebagai pelajaran.. tak perlu pandang rendah pada orang lain... sebab dunia berputar.. harini kita di atas.. tapi esok lusa.. yang dipandang rendah itu berada di atas kita..

Beliau ini memang hebat dan kritis.. memang aku ngaku kalah. Dari sudut akademik beliau terlalu banyak lebih nya banding aku.. penulisan pun begitu gak.. mungkin spoken English aku je la yang lebih sikit.. tapi tu pun sket je.. padahal tunggang langgang tapi cover dengan muka kompiden. Buku beliau memang best.. ada kat Kedai Buku UKM.. pergi lah cari and beli.. jangan potostat.. berdosa.

Empathy

Malam tadi lepak Bangi.

Mula-mula aku rimas.

Lepas tu aku ok...

Malam nak tido aku tak ok..

Pastu pagi ni aku ok..

Aku nak pulun Chapter 6..

Ada tiga subtopics.

Aku pening memikir sejak minggu lepas.

Mesti siapkan jugak by the end of this week.

Harap Khamis siap.

Ya Allah please help me.

Permudahkanlah segala urusan hambamu ini..

Lepas tu rezeki semakin bertambah.

Pastu ni nak bikin soklan interview.

Semi-structured.

Minggu nak tak pergi swimming kot.

Harap Khamis kalau siap boleh dah swim.

Macam-macam dalam kepala otak ni sebenarnya..

Berkecamuk..

Ohya.. semalam kat kampung..

Ayah tanya aku..

Yang aku hujung-hujung minggu ke Shah Alam tu buat apa?

Aku bagitau yang aku mengajar..

Selama ini beliau pikir aku pergi kelas.. hahaha..

Beliau empathized... Beliau cakap cemana yer.. aku mengajar..

Pastu belajar... pastu dengan kerja lagi..

Beliau cakap berat kepala menanggung..

Memang.. aku rasa terharu dan lega bila someone yang dekat boleh empathize..

Aku tak perlu orang nak kesian ke kat aku..

Aku sekarang malas nak explain..

Sebab sering people fail to show empathy.

Ni tenant aku dah nak keluar rumah..

Tak tau nak sewakan ke rumah flat Bangi tu or aku duduk sana.

Member suruh aku duduk sana.. entahlah.

Aku doa Allah dorong apa yang patut aku lakukan.

Ni nak pulun..

Bismillahirrahmanirrahiiiiim

Home

?? Home Alright Ok X Sho Xda Lom Penat

Sunday, May 29, 2016

Bemban

Aku tengah sembang macam-macam dengan kakak aku. Salah satu nya is tentang Mak Cik Yot yang aku beli penyapu kat kedai dia siang tadi. Kalau dari Ayer Keroh, kedai beliau sebelah kanan jalan.. sebelum Petronas.

Ini kedai jual kraf and local SME products. Ala jenis yang selalu jumpa kat Simpang Empat semua tu.. kat Simpang Kendong pun ada gak.

Mak Cik Yot nye kedai.. yang nomor tiga dari kanan. Ada empat pintu semuanya. Masa mula2 aku berjinak2 beli jajan kat situ, aku gi kedai beliaulah dulu.. tapi lepas aku terjumpa ada produk yang pada aku sangat hebat kualitinya..  GULA MELAKA yang terbaik.. gula tu jual kat kedai paling kanan.. maka aku dok pergi kedai makcik kanan saja.

So, ini hari bila makcik kanan penyapu lidi sudah habis.. maka aku pergi ke Mak Cik Yot. The best part.. kakak aku dah sembang2 dgn Mak Cik Yot... Best le kalau dapat meniaga kat situ.

BTW, kami ada je sedara nama Mak Cik Yot.. pun ada bukak kedai kat kedai MARA Bemban.. tapi Emak kata Mak Cik Yot dah pindah FELDA. Paling aku ingat pasal Mak Cik Yot sedara kami.. beliau dari dulu dah pakai tudung labuh. Tu tahun awal 80-an. Satu pemandangan yang aku rasa sangat asing di Melaka.

Oh Mak Cik Yot orang Air Panas.. tuhari aku dengan emak masuk le ke kampung tu.. mmmm kolam air panas tu dan dikomersilkan.. sedih le.. kalau komersil pun takyah le buat macam tu.. buruk le.. nak masuk kena bayau rm8 kalau tak silap.

Aku nak baca buku.. tapi masih tak terbaca.. aku ada nak curhat pasal member aku yang sorang ni.. aku sangat irritated dengan beliau. Ohya.. ada dua.. sorang lelaki sorang perempuan..

Ha.. dah ingat.. ini jenis kawan yang suka berbicara tentang the IDEAL FRIEND.. eeeiiii. Cakap tentang betapa a kawan mesti berada disamping kawan yang lain. Sanggup susah sama2.. pastu senang sama2.. pastu aku ni kan jenis yang suka melayan.. maka mereka nampak aku ni le kawan yang sangat baik.. pastu tak suka tengok aku dipandang rendah oleh kawan yang lain.. pastu suka sampaikan apa kawan yang lain kutuk aku kat aku.. apa lagi ek.. pastu suka pikir mereka ni mangsa... pastu selalu suruh aku berpikir seperti mereka berpikir.. maksudnya play victim..

Ohya.. apa yang buat aku gila takleh blah.. mamat yang gila annoying ni.... memang aku tak pernah kot ditch dia.. tapi bakal la.. sebab aku bukan jenis ditch org.. tapi sebab memang bila tiap kali komunikasi dgn dia aku tak happy.. be it via any medium.. dari media sosial bawak pada media bersemuka...

Mamat ni dgn penuh esteem yang macam dah sampai self actualization macam Mahatma Gandhi or Mandela kasik statement.. "aku berada di level yang lain". Siyes kompius.. ok.. aku terus mendengar... wow pada aku bila beliau dah berkata begitu.. maksudnya beliau bukan saja banyak duit tapi cultured plak.. tapi sekali lagi aku hampa sebab dalam pada dakwa diri berada di kelas yang beda.. tapi again play victim. Aku malas nak layan dah...

Yang aku pelik jenis orang macam ni.. dia expect kawan2 wah jadik SuperKawan.. mendengar.. setia.. sentiasa ada untuk dia.. tapi pernah tak ko dua ekor ni CERMIN DIRi... what kind of friends are you?

Aku paling geli dengan statement "aku menangis takde sapa yang tahu".. bahalol.. dah ko tak bagitau orang.. mana orang nak tahu.. aku memang sentiasa bgtau orang bila aku nangis.. tapi ko plak suruh aku jangan nangis..

Berbalik kepada cermin diri... MAMPUKAH anda berdua sebagai superfriends betul2 sudi menolong orang yang benar-benar susah? Aku dah lalui dah.. aku mintak tolong dari sekor yang always expect orang jadi her superfriend tu.. haahahahaha... aku dah agak.. tak mampu... satu lagi.. bila korang kononnya dah berhati waja.. kah3 aku doubt so.. korang mmg superlembik.. bila konon dah berhati keras takyah le dok cakap u jadi begitu sebab experience dgn member2 dulu.. termasuk le aku.. woi bangang.. kalu aku ni teruk sangat... buat apa ko terhegeh lagi?

Nak kawan dengan aku kawan saja.. tak perlu expect aku jadi superfriend.. sebab anda sendiri tak mampu lakukan seperti apa yang ko harap orang lain buat untuk ko.. kalau kawan dgn aku nak ungkit2 or macam nak pulangkan paku buah keras.. aku malas ler.

So, kalau korang sendiri tak mampu memberi seperti mana yang ko expect orang beri pada kau.. so stop preaching about friendship. Geli la woi.

Kalau ko baca belog aku ni.. aku just nak bgtau ko.. ko classless. Lega. Maaf ini mmg medium curhat. Kat wasap aku layan le mereka baik.. tapi elok gak kalau mereka terbaca.. kah3.

Saturday, May 28, 2016

Vigoda

Itu diagram bwh tunjuk type of relationship yang emerged and might emerge.. rel. Antara gomen dengan masses. Best.
Tengok the greyed ones. All about collaboration.

Surat

Alhamdulillah surat sudah siap dikarang. Satu lagi kemajuan. Kena terus maju ni. Memang rasa lega.

Patut maklumat sebegini takyah share kat blog right? Tapi aku takde sapa kot nak dishare kalau kat Whatsapp and what not.

Sebab kalau share berita happy orang selalu tafsir aku menunjuk. Kalau asik share berita buruk, orang pikir aku ni tak pandai kendali hidup (which aku tak kisah pun apa pandangan mereka).

Kalau asik keluh kesah, orang tuduh aku kuat bersungut and ungrateful. Last-last aku share sini saja. Walaupun ia perkara kecik. Aku tahu korang ada baca, walaupun tak respon tapi korang tak respon dengan cara yang buat aku lebih kompius lagi.

Cakap tentang ada orang baca.. Aku terlalu yakin, Allah pun mesti baca blog aku. I believe Beliau (boleh ke guna kata ganti nama ni?) paham apa dalam hati aku.

Tuhari.. ada member aku ni siap nasihat kat aku jangan dok share sangat keluh kesah dekat Whatsapp group. Walhal group tu aku bikin untuk AKU. Untuk beri ruang pada aku untuk share all my crazy thoughts. Kalau member-member aku tu boleh berpikir secara aku berpikir.. at least.. mereka boleh nampak the creation of that group allow mereka to CONTRIBUTE..

Contribute untuk 'jaga' aku supaya leh keep my sanity dalam hadapi cabaran. Hehehe.. Tapi dah mereka decline... elok gak.. It opens another opportunity.,, yeah oppo untuk aku curhat kat sini...

Mana tau nanti nak buat autobiography (berangan).. senang lek ek. Kalian yang baca belog aku ni.. please pray for me yer..

Mau beroleh rezeki yang melimpah ruah dari Allah.. supaya bukan saja boleh ubah nasib diri, tapi juga orang-orang sekeliling aku.

Being rich opens another kind of opportunity.. leh reach more people. Arr nak solat Zohor pastu balik Melaka.

In

Aku pening.. Yang mana satu... In consideration of OR In consideration to?

Ni tengah karang surat.. haha surat berantai.. itu dulu.. zaman sekarang viral saja. Patut dah balik kampung.. tapi masih stuck kat opis.. tadi dah makan.. tapi masih lapar..

Badan makin gemuk.. Tadi aku jumpa satu statement best..

"Roman Empire finally Expired." Ha.. itu Gibbon quoted by Morris. Sorry le buku tu aku tak abis baca lagi.

Aku rasa aku ni kalau nak habiskan baca buku kena dok jamban.. Kena duduk lama.. itu tempat paling best baca buku.

BTW pasal entry semalam yang mamat German yang kerja dengan Dutch Empire tu.. Silap kot persepsi aku selama ni yang dia Christianizedkan orang Batak..

Mamat German tu sekadar mengaji Islam kat Jeddah and Makkah pastu gi lepak kat Aceh.. Basically beliau le master mind yang berupaya lenyapkan Aceh resistance towards Dutch colonialism.

Masa kat Mekah di pur-pur convert to Islam.. sebab nak betul-betul paham masyarakat Islam.. Balik Netherlands dia bukak fakulti kalau tak silap.. tak sure Pengajian Melayu or Pengajian Islam..kat Uni of Leiden.. Best kan?

Friday, May 27, 2016

Hurgronje

Aku teringat pasal Batak people.. Sebab dok tulis pasal Indonesia tadi..Is BATAK & DAYAK connote perkara yang lebih kurang sama?

Sebab sepintas lalu.. term Batak & Dayak macam NATIVES & ABORIGINES. Kalu camtu cemana plak dengan BUMIPUTERA & PERIBUMI?

Kembali pada B&D.

Pada aku both are aboriginal terms.. Satu khusus untuk northern part of Sumatera.. Satu lagi untuk Borneo..

Cuma bila bab Borneo ni.. Aku tak rasa the Kadazan-Dusun or the other natives kat area Sabah yang mereka begitu related dengan southern part of Philippines itu suka digelar as Dayak...

By the way, Snouck Hurgronje tu Islamologist..  bukan Islamist.. beliau le yang kalu x salah yang Christianize the Bataks yang dok kat hinterland of northern Sumatera.

Dulu masa kecik2 ada baca pasal beliau... Aku sampai sekarang tak upaya nyebut nama Jerman tu... Kalau kat Sarawak ada Dayakism.. agaknya ada tak Batakism kat Sumut?

Dynasties

Aduh lega... Satu keja siap.. Aku mohon Allah beri aku ilham untuk siapkan kerja-kerja lain...

Merujuk kepada perkara di atas...Hahaha.. Aku sungguh selalu kompius...

Kompius antara both dynasties yang pernah ruled China..

YUAN = Mongol

QING = Manchu

So inilah dia dua NON-HAN or NON-Chinese people yang pernah ruled China. Ada few lagi.. Jap aku senaraikan.. ceduk je info from Wikipedia.. bagus menda alah tu. Tapi aku kena ada notes sendiri, barulah sentiasa ingat. Lagi dua ialah:

LIAO - Orang Khitan - Mongol related people

JIN - Jurchen - Manchu related people

Mereka empat dipanggil CONQUEST DYNASTY.. Hmm menarik kan? Cemana the minority boleh kuasai majority?

The best part majority itu adalah orang Han or orang Cina yang hebat dalam segenap segi.. Hehehe.. Orang Melayu kena belajau dengan orang Mongol kalu begitu.. Tuntutlah ilmu walau sampai ke Ulan Baatar.

Makin study pasal sejarah China.. makin best.. BTW southern Chinese memang golongan pekerja yang salur kekayaan ke utara... dari dulu lagi camtu..

Ini bukan blog perkauman.. sekadar dok cerita je.. sebab kat Mesia sibuk sangat persaingan mesti dalam aspek perkauman.. Oklah.. nak semayang Maghrib.





Fernandes

Aku terjumpa kata-kata ini..

Kat Adecco nye page.

It mentions Tony Fernandes nya kata-kata.

We've moved from the age of dictate and direct to the era of engage and manage.

Jelebu


Aku dengan member siap masuk Muzium Adat Jelebu.. takde lah adat sangat.. tapi oklah info-info nya untuk the masses.. kalau untuk pengkaji sejarah atau golongan akdemik rasanya tak sesuai kot...

Ini kira sumbangan DSU Rais Yatim...

Ha.. kat bawah tu le rupa paras Masjd Pantai.. tapi kena cek balik nama masjid tu.. tapi itu le masjid yang seni bina menarik kat NS ni.. kalau Masjid Negeri yang kat depan tasik and dekat dengan A&W tu memang tak cun.. xde jiwa lokal....

Patut masjid-masjid ni jangan letrak awning macam tu.. hapus seni.

Ini tengkolok Agong right?
Giant gazebo kat Kuala Kelawang
Ini masjid Pantai kalau tak silap. Ini sebelum Jelebu dari Seremban.

Pantai

Jalan Somban - Jelebu kat bawah bukit tu ada kampung nama Pantai.. aku suka area tu.. ada masjid yang cun.. tapi pic ni tak nampak rupa paras nya.. aku suka tengok masjid yang takde kubah.. sebab seni binanya nampak asli belah sini.

Another view of Masjid Pantai

Masjid Kuala Dulang

Hari Rabu aku gi Kuala Klawang or Jelebu.. Tempat Datuk Seri Utama Rais Yatim... Beliau ni ler yang particular pasal ejaan semua..

Sumbangan.. no.. aku suka perkataan legasi.. tapi dalam angle lain leh kot dinengok sebagai sumbangan.. Legasi is tinggalan.. tinggalan mungkin berguna, mungkin nyusahkan..

Legasi beliau.. kalau silap maaf yer.. ialah ejaan BARU to BAHARU... Aku sampai sekarang merungut pasal ejaan ni. What is wrong with BARU? Tak ke senang nak eja.. lebih senang nak sebut.. dah disebut as BARU kenapa nak tambah HA?

Atau beri people option.. BARU and BAHARU.. both accepted... Siyes rimas bila dari DUA suku kata jadi TIGA suku kata.

Tak ke dunia makin nak cepat dan meringkas.. tapi ini nak melambat dan menyulit... Kalau Indonesia sering saja mengABREVIATEkan perkataan demi untuk lebih pantas.. atau dalam BI (Bahasa Indonesia).. KEPENDEKAN...

MENLU - Menteri Luar..

Kalau nama tempat or propinsi memang biasa le tu 

Sumatera - Sumut, Sumbar, Sumsel, Babel, Kepri = 3 + 2 = 5

Kalimantan - Kalbar, Kalteng, Kalsel, Kaltim, Kaltara = 5

Jawa - Jabar, Jateng, Jatim = 3 + 1 = 4

Sulawesi - Sulsel, Sultra, Sulteng, Sulbar, Sulut = 5

Maluku - Malut = 1

Papua - Pabar = 1

Pastu ada plak akronim macam DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta) NTB & NTT (Nusa Tenggara). Pendek kata, Bahasa Indonesia penuh kependekan and Bahasa Malaysia sibuk dengan KEPANJANGAN...

Aku rasa baru ganti dengan baharu sebab pasal kompius bila buat translation transformasi..nak guna PEMBARUAN or PEMBAHARUAN...

Pada aku bila tang transformation guna jelah pemBAHARUan.. tapi bila untuk NEW.. guna jelah BARU. Kenapa nak dimangsakan BARU sehingga dipaksakan jadi BAHARU? Treat la dua ni macam GARU and GAHARU...

Bawah ni ada le pictures kat Jelebu.. Aku and kawan siap pergi kat Masjid Kuala Dulang.. Solat Dzhur kat situ... Doa agar PhD habis dengan jaya.. Pastu rejeki yang barokah semakin ditambah-tambah.

Tak kurafat right pergi solat kat Masjid tu? 

  

Pekan Kuala Klawang.
Cemetery outside the Masjid.
The Masjid yang orang yakin ramai orang-orang alim lepak sini zaman dulu.
Can read?
Nak masuk the bangunan asal masjid. I mean, the entrance.
Ini bawah bumbung utama. Yang tengah tu.
Ni kat gate. Ada creek just outside the compound.
Aku suka tengok dan dengar bunyi taboh. Dulu masa kau kecik selalu dengar bunyi taboh. Now, no more.

Wednesday, May 25, 2016

Hospital Jelebu

Aku teman member aku ziarah mak sedara dia sakit. Paru-paru dia rosak. Aku suka kot gi Jelebu. Tapi pekan dia namanya Kuala Kelawang. Tapi orang tak guna nama tu. Macam JB le.. Orang Johor panggil.. "nak gi Johor".. bukan JB

Gigi gergasi.
Apa ke nama tumbuhan itu?
Tengok bangunan yang jauh sikit tu? Yang depan ni jamban. Kolonial ek bangunan tu.
Lokasi spital atas bukit. Nyaman.
Haha. teringat sekolah dulu-dulu mesti ada susur gajah yang macam ni.
Panas terik masa aku gi ni.
Very colonial. Rasa bangunan kat negara-negara Africa macam Ghana or Nigeria macam ni ke?

Jula Juli

Jula Juli Bintang Kita. Ini lah sebenarnya nama gerai yang ngadap taman tasik seremban. Yang ayam goreng dia sedap gila. Tadi aku makan 3 ketul ayam lagi. Aku tak tahu le kenapa sekarang kuat gila aku makan....

Tartar

Tartar tu rupanya gelaran lain untuk orang Mongol.. Datang dari Greek word tartarus which means hell. Kah3. Aku ingat Tartar is gelaran untuk the Turkic or Caucasian nomads of Eurasian Steppe. Either or kot.

Yang sure.. Mongol men selalu ada Turkic wives.. I guess that explains the mixed physical looks the people the steppe..  Kazakhs and Kirghiz mostly Chinese-look.. Turkmen mixed.. ingat lagi masa aku kat Philly ada sorang student yang lepak kat International House of Philadelphia.. muka macan Keanu Reeves. Reeves kat ada darah Jepun... Uzbek pun kalau tak silap pun muka mixed European plus Asian.. kalau Azeri and The Turks of Turkey.. they are mainly Caucasian... pelik.. macam tau2 je diorang.. kalau ke Barat kena muka Caucasian.. belah2 timur muka Cina.. tapi Uygur kalau tak silap memang muka Caucasian..

Kenapa aku kata pelik? Sebab diorang ni nomad dulu.. macam Turkey tu jadi Turki sebab orang Seljuk...  itu bukan tanah asal Turki..  Itu tanah orang Greek.. kalau eastern Anatolia tu tanah orang Kurdish.. even Armenian.. haha... kita kan suka hujah-hujah tanah ni... Orang Melayu..

Macam Cyprus le.. Utara Turki.. Selatan Greek.. aku pelik  kenapa Turki kat Turki bukan Asiatic Turkic? Kenapa Kazakh and Kirgiz yang brbahasa Turki muka Cina.. cuba tengok muka Nazarbayev.. Pastu kenapa Tartar kat Tartarstan rupa mixed? Yang paling mind boggling ialah taburan rupa paras.. diorang ni kira nation or bangsa yang mixed.. tapi kenapa makin ke barat mereka ni rupa Caucasian? Itu dia.. macam soklan atas tadi la.. kenapa Turki kat Republic of Turkey lebih muka macam orang Mediterrranean.. rupa orang Greek.. lebih rupa Arab.. Persian.. banding rupa Turki kat Asia Tengah or kat China.. or kat Tatarstan di Russia? Padahal kongsi bahasa.

Dah kul 5.17 pagi. Aku nak tido.

Tuesday, May 24, 2016

Sesat

Aku rasa macam lemah sangat plak. Ni otw balik kg. Entahlah. Macam2 yg aku rasa. Mcm2 gak yg aku fikir. Mixed. Skg baru aku benar2 fhm apa itu kehidupan. Tu pun x pasti yg aku phm. Yg pasti aku mmg kuat, tp aku x mau lagi dugaan2 yg begitu.

Balik dari kg hari Ahad tuhari aku had chance in a car with my two beautiful nieces. I asked their opinion about SESAT. Is sesat good?

Aku dah sampai Jasin. Depan Masjid TGB. Masjid yang baru and mungkin yang terbesar kat daerah Jasin. Bawah tu pic nya. Jap nak gi masuk dalam tu.

Done with Maghrib prayer. Rasa lebih bagus. Bila aku hitung2 rasanya aku jadi Muslim yang not so proud to be Muslim ialah hampir 20 tahun kot. Sejak aku di US. Not blaming US. Ramai je yang duduk abroad mereka tapi mereka pulang bertambah tawaduk. Tak mau lah citer pasal menda ni.. Sebab boleh buat aku sedih.

Yang aku pasan aku banyak buat self-reflection lately. Kata lain yang sounds lebih Islamic is muhasabah diri.

Pasal US sebenaunya.. satu perkara yang aku paling pasan ialah aku ni jadi berani. Segala segi... gelagat, perkataan, pemikiran.. terlalu nak push the envelope.. aku plak terlalu berpegang kepada no limit attitude. Bagus.. tapi ada waktu aku tersalah pengoperasian.... therefore, aku nak make sure semua elemen bagus itu dioperasikan dalam konteks yang patut. Barulah benar2 prosper.

Huh.. jap nak drive balik.

Kat kampung dah.. dah makan.. dah Isha.. Emak tengah lipat kain.. ni aku tengah rasa sangat sayu.. The only thing yang leh wat aku tak sayu.. baca buku.. dengan tido.. kadang rasa nak saja terus tido dan tak bangun2 lagi... 

Aku rasa me = let down + disappointment + failure.

Academically aku kira bagus.. tapi life.. aduhhh... karier.. aku mau karier yang luar biasa.. pastu nak kaya.... Aku terlalu penat. Terlalu letih.. ohya takleh layan sangat... pasal sesat tu.. banyak kali kot aku cakap.. 

Kalau tak sebab sesat.. Christopher Columbus tak jumpa America... Columbus gagal.. sebab dia tak jumpa China...

Aku.. aku sesat.. apa aku jumpa? Aku gagal apa yang aku tak jumpa? Ok kot aku sesat tuhari. BTW aku suka term HILLY FLANKS.. itu Morris yang guna.. selalu orang guna term FERTILE CRESCENT. It refers to a region to the north of Arabia... situlah ada Mesopotamia.. btw kan.. kat Argentina pun ada Mesopotamia.. MESO - tengah.. POTA - dua sungai kot.. MIA - land.. agak2 je ni..

Kalau kat Iraq nye Mesopotamia antara Sungai Tigris aka Dajlah and Sungai Euphrates aka Furat.. yang kat Argentina aku tak ingat.. salah satu sungai is Sg La Plata kalu x silap.

Fertile Crescent paling ramai Orang Kurd aka Kurdish.. Ragad al Kurdi tak pasti beliau org Kurd ke tak. Sebab beliau dari Lebanon... kalau dari Syria, Iraq or Turkey mungkin la beliau org Kurd.. tapi mungkin gak sebab Lebanon termasuk gak dalam the Hilly Flanks.... 

Selain Ragad.. Kurd yang ternama or yang femes dalam history is Saladin or Salahuddin Al Ayubi.. haah ek Dinasti Mamluk tu aku tak sure sama ke tidak dengan Ayubiyyah.. Mamluk kalau tak silap Sultan2 nya keturunan hamba... hebat kan.. dari hamba kepada raja.. kalau jaman sekarang from Zero to Hero.. aku plak.. a zero who dreams to be a hero... in fact bukan hero.. tapi superhero.. megahero.. Aku teringat perihal cities... ada conurbation.. ada megalopolis.. ada superlopolis takde plak.. Cakap pasal mega... aku teringat Megawati Sukarnoputri. Aku suka gila nama beliau.. Mega.. gah...fuhh...

Member aku janji nak kasik movie.. The Iron Lady.. pastu mother Teresa.. tah bila nak kasi.. cakap pasal Mother Teresa.. teringat Calcutta.. sekarang bawah BJP Bharatiya Janata Party dah nama KolKata.. Calcutta ni dulu the Capital of British India.. teringat movie City of Joy.. pastu bila mention Calcutta aku teringat Calicut.. itu kat Kerala kalau tak silap.. dulu2 bila orang kutuk Tun Mahathir sure nye akan sebut Kerala.. 

Bila ingat Kerala.. ingat Cochin yang sekarang BJP sudah namakan ia as Kochi.. dan sekarang aku lapau.. aku nak sangat makan kuih koci.

Bye.. tertengok kat Emak.. Beliau sedang baca buku pasal Dajjal.. Aku sayang kat Emak..

Syukur

Aku rasa bukan diri aku gila bila cakap elok-elok kat sini.. Aku selalu maki-maki.. Tapi aku rasa memang aku kena ler ucapkan Alhamdulillah...

Memang aku rasa begitu bersyukur pada Allah. Semoga banyak perkara berpihak pada aku dalam waktu-waktu mendatang..

Aku pun berdoa agar Allah flexes his muscle.. tunjukkan kekuatan & kehebatan dengan brings miracles...

Miracles yang sangat berpihak pada aku.. yang begitu memudahkan... yang bring prosperity.. please please please..

Aku tadi jumpa my bosses..oklah aku kena tumbuk. Tu jelah kot yang aku boleh disclose.. Apapun aku rasa sangat lega pada hari ini.. At least ada satu perkara sudah siap. Cuma kena tunggu perkara lain.

Jap lagi lepas saja Asar aku nak balik kampung.. malam kat kampung aku nak katamkan buku yang aku tak katam-katam tu... Aku macam nak join dinner malam ni.. tapi itu ler.. takpe le better balik kampung.

What else yer... Oh semalam aku buat 30 laps. Pastu member aku suruh dok citer pasal Germany.. nanti lah.. wat masa sekarang macam pening-pening lagi.

Oklah nak solat.

Monday, May 23, 2016

Rightsizing

Baru hari ni aku dengar this term. Rightsizing. Lebih kurang macam downsizing je cuma diorang ni kata rightsizing ini is not reactionary.

Rightsizing is proactive and constant or istiqamah. Lain kata, rightsizing ni is ukur baju di badan sendiri.

Mmmm.. aku mesti lakukan rightsizing secepat mungkin!!!

Muckraking

Aku baru temui this particular term.. MUCKRAKING JOURNALISM. Hari ini baru aku tercheck Wikileaks after years being reluctant nak jenguk that site.

Nengok Wikileaks really an eye opener untuk aku. Sebab aku percaya kerana Wikileaks lah social media or the Internet tu sendiri leh maintain status sebagai the FIFTH ESTATE in country.

Tadi sembang dengan sorang member setempat kerja. Best saja tengok beliau. Nampak tenang, relax.. composed.. and stable.

Aku berdoa aku akan sampai stage yang begitu plus prosperity.. bukan takat makan prosperity burger.. tapi life aku sendiri diselubungi prosperity sampai ke akhir masa supaya dapat tolong diri sendiri dan orang-orang di sekitar aku.

Tadi sembang dengan beliau pasal MARA sekarang duduk bawah kementerian mana satu? Sebab masa lepas PRU-13 MECD which was Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dah tak wujud.

Aku check kat tenet memang takde jawapan. The prophecy.. ni pasal prophecy dalam ekonomi. Sebab dulu aku ingat kakak aku masa sebelum 1997... masa tu ekonomi gila rancak.. dalam 1994-95 kot.. masa balik kampung beliau cakap ramai orang ramal ekonomi Mesia merudum lepas Commonwealth 1998..

Tak sangka betul.. tak sempat 1998.. masuk 1997 tu sendiri negara-negara Asia Timur kena landa kegawatan. Asian FInancial Crisis 97. Fuhh ngeri ek.

Masa tu aku kat MCC Kuantan.. best le lepak Kuantan.. selalu pergi swim kat MPK nye pool yang kecik tu kat dengan Pantai Teluk Cempedak.. satu hari nanti nak kembali ke sana... masa kat sana lah yang aku betuk2 kompom dah pandai berenang.

Haah ek.. banyak plak peristiwa menarik dalam tahun tu.. tahun tu gak gi US..


Sunday, May 22, 2016

18th

Ini hadiah aku kasik untuk niece aku. Selamat Hari Jadi Kilot yang ke 18.

Mangkuk

Murah saja. Tapi cun kot. Sempena Hari Ibu

Saturday, May 21, 2016

Armagedon

She loves mastika-like, or Isham Rais kind of writings. Something yang panas, sensational.. so, aku belikan Emak this book. Although panas tapi ini agama punya. Font size is big. So, it is readable be her. Haha. Tak sabar nak balik kampung jap lagi. I am going to give my niece a book too. Kang aku kasik picture. Ni battery nak habis.

Kabinet

Bukan kabinet dapur, tapi Jemaah Menteri. Baru mahu ambil tahu... kalau tidak malas. Aku kena update general info pasal segala di sekeliling aku. Susah betul la nak jadi informed citizen ni. Dalam tahun 2015 ada:

1 orang PM
1 orang TPM
35 + 1 Menteri (sebab ada Menteri Kewangan I and II)
11 Menteri kat JPM
16 Menteri berpotfolio
32 Timbalan Menteri
2 Timbalan Menteri JPM

Tadi checked UK nye Cabinet.. Keahliannya agak banyak beza dari Mesia walau basically Mesia nye bermodelkan UK. Paling best dalam UK cabinet tu itself ada ada wakil dari Scotland, Northern Ireland, and Wales... Cuma dari England je takde.

Hari ini gak baru aku sedar yang UK gomen sekarang sudah Conservative, bukan Labor. Aduh memang dalam gua aku ni.

Post-MT (Margaret Tatcher) PM adalah:
JM - John Major
GB - Gordon Brown
TB - Tony Blair
GB - Gordon Brown
JC - James Cameron



Simpuh

Lawak tadi sembang dengan member aku. Beliau kata bersimpuh semasa tahiyat akhir menunjukkan kesimpulan. Tulah aku setuju.

Friday, May 20, 2016

Jumaat

Alhamdulillah.

Ini hari aku managed solat Jumaat. For me it is a success. Tadi pulak aku berjaya buat 60 laps. 3 km. Alhamdulillah. Another success. Tapi pagi tadi aku stress sebab ada colleagues yang pada aku really put me down. Memang betul, lidah tu lagi tajam dari mata pedang.

Kekadang aku rasa ada manusia yang hobbynya ialah buat other people don't feel good about dirinya. Tapi aku pun ada buat orang kot. Tapi aku rasa aku takdelah seteruk mereka ni. Aku mungkin quite terus terang tapi aku always make other people rasa bagus dengan diri mereka. Yang aku pasan, ada orang memang aku tak boleh rasa happy bila dia around.

Bukan orang itu tidak bagus, or tidak baik, tapi memang aku tak happy. Kalau aku tak happy mana mungkin aku berkolaborasi? Seperti biasa hidup mesti diteruskan. So, aku buatlah apa yang patut aku buat. Tenangkan diri, petang tadi qada tidur and pergi swimming.

Buku Ian Morris tu tak habis lagi aku baca. Sekarang ni aku curi-curi baca Adam Khoo nye buku. Tajuk Winning the Game of Life. Aku part yang aku suka, ada part yang aku kurang suka. Beliau cakap pasal setting goals in life. Yang aku perasan aku memang a goal-less person.

Mungkinkah itu main contributing factor to my amburadul life. Part set goal tu memang aku tak suka. Aku rasa mungkin aku takut kecewa kalau failed to achieve. Tapi aku layan saja buku ini. Baca saja. Aku pun tak pasti kenapa aku keep on baca buku sebab aku memang takde specific goal bila baca a particular book.

Aku sangat percaya pada perintah Allah yang first itu. Iqra'. So, aku just baca saja apa saja yang ada. Semalam aku beli 9 bijik buku. Aku beli sebab buku-buku tu macam best. Dalam dunia yang materi ini.. dunia yang penuh KPI, dunia yang performance-based, maka aku terfikir. Apa aku dapat baca menda-menda ni semua?

Entahlah, Aku baca sajalah... Sure Allah lebih mengetahui. Sebab ramai je member aku tak suka baca buku and they are really proud. Mungkin gak, zaman sekarang getting information is not necessarily from readings.

Banyak lagi cara. The technology allows kita tengok TV, YouTube, and many intellectual materials yang available kat Internet. Boleh guna all the senses.. menonton, mendengar.. tak semestinya baca.

Tapi, aku still sangat percaya Iqra' itu bukan sekadar seeking knowledge.. aku percaya the best way of seeking knowledge is through reading.

Kalau rak masakan itu perkataan yang pertama turun. Betul tak? Ohya, office aku sekarang sudah ada map. Semalam beli kat MPH AEON Seremban 2. Boleh lah not bad.

Wednesday, May 18, 2016

Dizalimi

Aku scroll contacts kat Whatsapp pastu tengok DP one of em aku pun tengok le.. mak aii doa ketika dizalimi. Aku rasa aku takde kot dizalimi.. menzalimi diri sendiri itu aku rasa ada ler.

Aku kat umah konon nak tidur secukupnya malam ni. Tapi dok umah ni buat aku stress gila. Me not happy dok sorang ngadap TV. Bukan pasal bosan.. tapi rasa macam2... pikir macam2..Tadi aku tengok2 internet jumpa satu article.. dia citer pasal personal tapi ada mention pasal The Stolen Generation.

Aku tak cek ke menda nye tu. Tapi aku yakin itu pasal the OZ Aborigines. Kenapa stolen? Rasa sebab macam ada unsur2 ethnic cleansing kot. Nak swim tapi kalau swim kang bahaya sebab aku tak cukup tido.. kena tido tapi kepala pikir macam2.. nak tengok movie kat Astro tapi semua aku dah tengok. Asik rerun saja. Boring la.. may be kena baca buku Moris tu.

Upgrade

Fait acompli, raison d'etre. Ular Yang Dulu Mematuk Kini Memakai Mahkota. Ni aku jumpa kat blog mana agaknya.. dia letak Surat 14 Perkara DSAI.. Beliau memang bahasa sukar tandingi..

Ni aku sedang Up&Up maksudnya di atas.. untuk jadi buku aku nye thesis Phd. Ramai-ramai lah beli nanti ye. Ya Allah, prosper kanlah idup aku,.. nak kaya ni.. heheh

Puncak

Di sinilah kedai makan yang located di Puncak Kuasa. Ayam goreng dia sedap gila sebab rasa macam Emak yang masak. Aku selalu makan sini makan tiga ketul ayam goreng dengan sayur masak internal organs macam pedal, jantung and hati. Sedap gila.

The best part, makan kat situ murah. Pastu Makciik yang kat tepi tu baru buat surgery mata. Esok aku buat presentation untuk progress report depan Dr. Sity.

Kelompok gerai ni duduk depan Jalan Dato Hamzah... Gerai MPS tu located depan Taman Tasik Seremban.

Leh parking depan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Colonial nya bangunan. Cun gila.. tapi warna pastel.. patut biar putih je.. biar majestic.

Aku namakan puncka kuasa sebab keliling gerai tu semua Gomen Offices.. kat kat situ ada DUN, MBO, pastu Wisma Persekutuan.. and many more..

So, makan le ke Puncak Kuasa.. sedap gila.. tapi tengahari saja.


Cendol

Tadi tengahari makan cendol Hj Shariff kat Seremban. Ni dah pukul 4 pagi. Aku masih di office. Progress meaningful tapi slow. Yang penting 1st part dah ada enough points. Tadi sembang dengan member kat Whatsapp. Beliau ni baik.. tapi aku bosan lah dgn cara beliau kasik semangat.

Pernah jumpa tak dengan orang yang beri srmangat tapi ko end up feel down? Aku jumpa few ppl yg character begitu. Big no utk face to face meet up. Hargai. Tapi rimas kasik semangat kat aku pastu sendiri play victim.

Another thing dok cerita tentang people who talk about me. I don't care what people think about me (care sikit le.. kalu tak aku x luah pun perasaan kat sini). Sang pengadu ni macam sedih sebab aku dihina oleh member yang lain. Masalahnya.. aku tak kisah pun.. sebabnya aku tak pandang tinggi pun pada mereka tu. They are no better than me..  so mereka punya perception psl aku tak penting.. aku siyes rimas... aku nak kawan dengan kau.. masalahnya pemikiran kita jauh beda... boring le bersemangat utk buat something sebab nak prove sesuatu pada org lain. Sapa orang lain tu? Aku buat sesuatu sebab aku nak buat... sebab aku nye passion... tolong le.. ni sekor lagi yang..

Rimas.. part yang boring... nasihat menda yang dah stop buat. Ya Allah pening kepala otak aku.... then suruh aku rehat.. jaga kesihatan..  aku nak buat keje kot.. nak habiskan phd.. kenapalah bz body sangat... kalau kasik duit sonok gak.. Oklah nak tido... tengok le pic cendol tu

Monday, May 16, 2016

Ellen

Member aku tanya aku pernah tak tengok that program... Little Big Shots. Ni aku tengah tengok.. pasal budak2 kecik yang ada extraordinary talents... 

Aku rasa masa aku kecik leh je masuk this Ellen nye program. Yeah I am extremely good with map.. pastu hafal semua nama capital cities of the countries.

Violin has strings and fiddle has strands.. haha.. ini budak kat dalam program tu cakap. Tadi aku berjaya buat 44 laps. Fuhh mulanya sukar tapi bila lepas saja 20 laps terus rasa mudah and boleh cepat...

Skg ni kat opis... Malam ini mesti ada progress!!


Meatballs

Semalam lepas kelas ePJJ kat Shah Alam aku ke Ikea. Konon nak beli map cun hitam putih. Tapi x jumpa. X sure samada xde stok org dah rembat or bgmana. Gi Bordes pun xde. Maps KL ada le. Nak watpe.

Semalam aku makan terlalu byk. Mula2 makan kat Kluang Station. Pastu lepas cari map x jumpa aku makan kat Ikea. Makan 23 meatballs. 20 aku nye. 3 lagi rembat member. Ni semua member2 PPP. Rindu terubat walau teruk kena bahan.

Ni aku naip dari dalam jamban D'Tempat.. tempat aku swim. Aku rasa letih gila. Tghari td aku makan 3 ketul ayam, 1 potong ikan tenggiri, sayur pedal, sayur kacang pjg, and nasik separuh. Kul 4 sampai 6 kuliah tadi ok je aku. Tapi lepas magrib otw ke mari.. aduh aku rasa letih. Paling tak best aku ada plak rasa sedih. Letih + sedih adalah set kombo yang paling tak best. Macam2 aku rasa. Pastu terpikir macam2.

Aku nak ngadu. Tapi dah serik ngadu pada manusia. Karang ada saja response yang lebih buat aku down. So aku decide bgtau kat sini je. Aku malas karang.. ada je nasihat cliche.. kena ngadu pada Tuhan. Itu terbaik. Bukan kita tak buat camtu.. tapi ada waktu kita nak ngadu pada manusia lain.. Entahlah.. takpelah aku redha je. Tadi before masuk kelas ada insan yang mau aku tolong. Sedih aku sebab tak mampu nak tolong buat masa sekarang.

Aku doa Tuhan akan perbaiki kehidupan sesegera mungkin, especially aku nye financial dan kerjaya agar dapat menolong2 orang2 spesial di sekitar. Berapa lap yang aku mampu buat jap lagi.. ni masih meneran. Sebab kalau perut penuh tak sedap swim.

Ya Tuhan, pertingkatkan rezekiku.

Walmart

Aku sakit perut hebat. Diiringi oleh sakit kepala. Ini second time lepak toilet sejak masuk class kul 2 tadi. Kesian student tu. Tapi cam biasa selagi boleh aku keluarkan dari kepala otak ni.. aku teran. Yes, aktiviti yang aku lakukan tadi adalah meneran otak. Walau sakit kepala bukan kepalang, tapi aku teruskan meneran sebab mahu berikan yang terbaik.

Tadi cerita ler pasal forms of organization. Throughout times macam-macam bentuk organisasi or agency yang kita jumpa. Btw agency tu normally entity yg independent or autonomous tetapi serves the interests of a particular state. Tu sebab aku lebih setuju kalau agensi.. agensi kerajaan.. agensi swasta kurang tepat.. agensi ni ada agenda.... hahaha.. malas nak elaborate.

Yang aku citer ni is pasal menda dari Toyota kalau tak silap yang telah pengaruhi amalan kerja, struktur organisasi, cara berniaga.. even akademik seluruh dunia... Apakah mereka? TQM pastu JIT.

Jom citer pasal JIT (teringat Jit Murad yang tergolong dalam geng-geng artis yang nampak educated and elitist masa zaman 90-an.. geng-geng Suhaimi Baba... filem ada mesej.. tapi tak best)... Jap. kena tangguh menulis..

Manufacturer - Warehouse - Wholesaler - Supplier - Retailer.

Aku keluaukan jelah entry ni yek

Ni semalam masa aku kena cirbit (cirit-birit) aku tulis. Eh takpelah aku sambung.. ni kat opis.. yang aku tulis atas tu hari Ahad.. sekarang sudah Senin.

Pasal JIT... tadi aku cerita kisah cemana hypermarkets kill small retailers. Aku ingat lagi masa aku amek subject Latin American Literature kat Drexel.. Lecturer tu aku tak sure orang mana, aku rasa dia leh cakap Spanish.. eh.. aku pun tak sure.. aku rasa macam dia datang dari Eastern Europe... rasa Poland.. beliau memang anti neo-liberalism and globalization.

Yang paling aku ingat beliau bagitau dengan emosional betapa Walmart kills small retailers. Masa tu aku tak paham. Terbangang-bangang mikir cemana Walmart yang aku suka pergi tu jejaskan kedai-kedai kecik. Memang kepala hotak aku tak sampai masa tu... bodoh gila masa tu. Sekarang ni bolehlah.. sedikit enlighten.

Yang jelas.. hypermarket adalah warehouse yang bunuh wholesaler, supplier, and retailer.






Saturday, May 14, 2016

Selandar

Dulu masa lepas balik dari US aku dengan member aku Zamani dan Zamri bukan nama sebenar selalu lepak kat sini.... kat Selandar.. kat simpang tu. Kitorang selalu makan kuih udang dengan popiah. Tadi aku belikan Emak popiah. Sedap jugak le lagi...

Waktu tu dalam tahun 2001-2002.. ya Allah remaja nya masa tu.. kih3... hahaha.. tapi aku masih bermasalah.. masih rasa remaja...

Dalam politik, tokoh yang ada masalah macam aku ni ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ni Ayah pun tak ingat pasal satu lagi part dalam UPSR.... yes LISAN.... beliau yang bgtau... ini le hasil braimstorming.. kesian Ayah dengan Emak.. aku paksa-paksa diorang recall.
So,

Math, English, Kefahaman, Lisan, Penulisan. Tah hapa-hapa UPSR tu. Adoi.. ni Ayah kuar dari mandi... dia bgtau Lisan takde plak.. pening le.. tapi aku le yg masalah.. aku yg amek tapi tak ingat.