Thursday, July 11, 2019

Bakar Dalam

Aku burned out.
Aku terlalu penat. Aku nak balik kampung sekerap mungkin tetapi terlalu banyak kekangan. Kenapa orang keliling aku tak faham. Could you please give me some times to celebrate, to rest? Kenapalah begini?
Aku nak menangis. Aku nak mengadu. Mengadu pada Tuhan is the best, tapi kalau ada manusia yang boleh mendengar pun ok gak.
Cuma sekarang aku kena kuat saja, tak boleh lemah and tunjuk lemah walau seketika. Sebab aku rasa semua keliling aku lemah. Aku yang terkuat. Tapi aku penat nak bagitau aku mesti happy barulah aku kuat. Aku kena selalu balik kampung. Aku tak boleh duduk lama, tapi aku kena balik kerap.
Satu lagi please empathize me. Memang aku rasa aku ni superhuman. Tapi aku ada perasaan.

Tuesday, July 9, 2019

Post Doctoral

Ini kali pertama aku memblog after months of absence. Lega dah viva. Lega correction pun dah siap. Cuma tinggal nak hantar hard cover thesis sahaja.
Tapi aku terlalu stress sebab aku banyak betul artikel kena buat. Ada yang memang aku nak buat, anda pulak yang supervisor aku suruh.
Aku say yes to him. Malangnya, tajuk tu aku tak suka. Dia suruh tulis pasal freedom of speech and democracy dengan comparing Malaysia and Indonesia.
Bosan wei tajuk tu.
Aku bila tajuk aku tak berapa nak suka, maka payahlah jadinya.
Memang aku anggap ini sebagai training. Konon nak train diri supaya boleh tulis cepat.
Tapi keje aku banyak sangat. Aku sendiri kena tulis tiap minggu di The Malaysian Insight.
Alhamdulillah berbayar. Tapi itulah kerja dah banyak sangat. Aku terlalu penat.
Entahlah, tak elok merungut.
Tapi aku seriously penat. Tak cukup tidur.
Mintak mintak Allah kasik aku ilham mencurah-curah.
Memang itu beban, tapi itulah juga rezeki.