Tuesday, December 26, 2017

Too Narrative

Aku terlalu penat. Aku tak tahu nak wat camna lagi untuk puaskan hati SV aku. Aku tak balik kampung nak siapkan segala keje. Aku tak cukup tido. Aku rasa bodoh... Aku rasa tak bagus. Aku nak positivisekan camna lagi? Aku letih.. Aku teramat letih.

Saturday, December 9, 2017

Pegu Yoma

Aku rasa aging process has taken its toll on me. Muka aku haggard. Memang aku dah tua. Aku tengah rasa x best sebab tak makan dinner, terlebih minum teh and nak tido tapi aku cuba tak tido....

Wednesday, November 15, 2017

Puasa Nabi Daud

Konon ni hari nak puasa lagi sebab Senin dah puasa. Rupanya pagi ni Imsak 5.27 pastu Subuh 5.37. Patutlah masa berak tu aku dengau macam bunyi Azan. Rupanya memang betul Azan. Lepas berak aki siap leh minum lagi. Bila cek waktu solat NS memang betul dah masuk subuh. Sedih. Terus aku down seketika. Masa tulah aku rasa aku ni tak bagus, tak hebat, lembik, lembab buat kije, tak pandai lead, tak pandai kendali financial, tak pandai jaga makan, gemuk, hodoh... Aku yang tadi dok depan laptop untuk wat tesis terus saja masuk bilik, baring bermalasan. Tapi pastu aku sedar aku kena jaga my own thoughts. Kena cepat move on gak. Karang lagi banyak menda tak siap. Aku banyak menda nak siapkan. Selain kije and thesis, aku nak kena siapkan ngecat, pindah rumah, uruskan pindah Astro n Unifi.. Dalam pada tu aku kena kemas umah ni.. kena nyapu.. barulah aku kurang serabut.. Tapi dah berminggu aku nak nyapu.. tapi aku tak daya.. nak bangun pegang penyapu punyalah payah.. aku salu end up terbaring atas sofa tengok tv. Aku harap Allah beri aku kekuatan luar biasa untuk siapkan satu demi satu kerja. Semalam aku ke KL.. pergi PUNB. Alhamdulillah.. cuma aku rasa sedih and sangat kurang selesa dengan cara penyelesaian yang aku sendiri usulkan pada PUNB tu. Again aku terpaksa mengharapkan Emak. Emak dalam keadaan macam tu pun.. Aku masih terpaksa mohon bantuan beliau. Paling keji, aku mohon bantuan beliau tanpa beliau ketahui. Aku sangat sedih.

Monday, November 13, 2017

Sudairi Seven

Ada ada lead ada satu small committee.. sekali lagi pengalaman aku membagitau yang leadership aku suck. Aku memang tak pandai nak menyuruh orang. Aku rasa mungkin gak sebab orang tak respect aku.. mungkin gak sebab aku bukan bakal timbalan dekan... Sebabkan orang bawah aku tak berapa nak endahkan sangat aku punya instruction.. maka aku end up doing nearly everything on my own...

Aku terpikir... orang kata.. "Diamonds are formed from ugly rock under great pressure. The pressures of life can cause us to transform into something strong and beautiful." So, aku dah tahap diamond ker?

Dah lama aku tak nangis, kejap tadi aku keluar air mata sikit. Lega sebenarnya bila dapat nangis sikit. Kisah lama pasal PUNB tu aku tak mau kenangkan lagi. Yang aku pikir ialah betapa banyaknya perkara yang aku kena buat. Syukur gak sebab aku masih boleh menulis tesis, Ini pun aku tengah take a break jap. Kalau takde aral, inshaAllah malam ni boleh siap sub-topic 5.5 ni.

Berbalik kepada aku sebagai berlian... Yeah, mungkin belum sepenuhnya jadik berlian.. mungkin dalam process. 

Apa yang penting, aku masih bernyawa, dapat berfikir secara waras, semakin menjauhi buat perkara merapu dalam hidup, makin bijak handle stress. Aku sedih bila kenang Ayah dah tahu hal ni. Aku kecewakan Ayah... Sekali lagi... Tapi rather dok fikir 'salah' aku kecewakan beliau.. buang masa dan tenaga... better aku fikir cemana nak banggakan beliau or terus kerja keras untuk buatkan beliau bangga dengan aku.. Tul tak?   

Aku yakin semua ini sure ada hikmahnya. In fact mesti terlalu besar manfaatnya. Satu yang aku sedar, aku sekarang sedikit pun tak malu dengan 'kesilapan' tu. Pinjaman PUNB and the business pernah menjadi suatu massive embarrassment. It was also a great source of stress yang menyebabkan life aku amburadul suatu ketika dulu. Tapi kali ni aku hadap je lah.

Aku rasa aku tau kot nak wat apa. InshaAllah semua mesti ok... Aku tak cerita pun pasal Sudairi Seven

Saturday, November 11, 2017

Life After PhD

Lately aku banyak mikirkan pasal hidup aku lepas PhD. Tuhari aku membayangkan ianya bakal jadi easy, banyak duit leh simpan. Aku duduk senyap-senyap, publish sikit-sikit, berceramah sikit-sikit, keje macam biasa saja. Tapi bila dapat surat PUNB ni, makanya aku mikirkan kenalah aku kije lebih kuat lagi. May be tulis artikel sebanyak mana yang boleh sampaikan orang betul-betul kenal aku.. pergi ke sebanyak mana conference yang boleh. Kuruskan badan supaya penampilan jadi lagi bagus.. Orang ensem selalunya opportunity lebih banyak. Pakai kete Mesia kembali.. may be Axia sebab kena jimat gila-gila.. Aduhai.. tak boleh overthinking.

Mimpi Sedih

Tuhari ex-student aku mimpi pasal aku.. dia cakap ada menda buruk terjadi pada aku. Semalam kakak aku bagitau aku dapat surat lawyer yang wakili PUNB. Surat sampai kat kampung and macam biasa, yang kesiannya is Ayah aku yang cukup risau. Apa tidaknya saman tu tuntut 198k. 

Aku memang menunggu-nunggu gak selama ni, bilakah gerangannya surat cinta dari PUNB nak sampai. Tapi yang mengharukan yang sampai was surat saman. Ini terus nak kena tindakan mahkamah. Aduh.

Aku terima perkhabaran dari kampung dengan tenang. Yelah, nak buat cemana lagi. Cuma yang rimasnya ialah aku nak pergi Mahkamah Sesyen KL nanti. Penatlah, banyak kerja nak buat. Kenapalah awal plak diorang ni manggil aku? Why not lepas aku submit thesis.

Nak kata sedih, tahlah sedih sangat. Nak kata nyesal, buang masa nyesal. Sebab aku dapat experience buat bisnes. Bisnes kedai runcit ni memang tak sesuai dengan aku. Itu sajalah yang aku tahu.

Aku pikir tuhari lepas PhD aku nak duduk lepak-lepak, tapi memandangkan aku kena bayau hutang ni maka terpaksalah aku bekerja keras.

Apapun memang aku sudah prepare untuk bayau utang PUNB. Rumah kecik kat Bangi tulah yang pikir mungkin aku gunakan untuk langsaikan utang tu.

Masa kecik dulu, aku tak pernah terpikir akan kena bayau utang banyak seumur hidup. Especially membayar utang untuk menda yang aku tak nampak. Yer, bisnes tu tak wujud lagi. Kedai tu dah takde, dah tak nampak. Cuma pengalaman saja.

Aku just bersyukur saja diorang mintak awal. Bukannya mintak lagi setahun aku nak pencen or mintak lepas aku pencen. Haru...

Sekarang ni aku pikir, kena lagi bersemangat, tak boleh layankan sangat kebimbangan. Memang banyak nau kije aku. Nak pindah rumah, habiskan Bab 5, buat article untuk converence kat Hokkaido, promosi event untuk uni, kije-kije hakiki kat kampus, balik kampung, isi borang naik pangkat. Aduh... 

Alhamdulillah pagi tadi around pukul 4.00 aku berjaya siapkan sub-topic 5.4. Ni pun aku dah mula buat 5.5. Harapan aku semoga aku berjaya siapkan Bab 5 ni sebelum masuknya bulan Disember. So, bulan 12 tu bolehlah aku siapkan plak Bab 6 which is Rumusan.

Termangu gak.. kenapalah begini??? Tak habis-habis.. kenapa ada saja pancaroba? Ni semua ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Aku pun tak tau. May be Allah nak beri something yang hebat in future.

Aku demam pagi semalam.. sampaikan tak solat Jumaat. Tak mampu nak bangun. Tapi lepas je dapat perkhabaran sedih tu aku gagahkan diri. Bangun dan mandi... Pergi kampus dapatkan fail PUNB and pastu pergi klinik.. then dinner. Pastu balik umah habiskan 5.4 dan mulakan 5.5. Alhamdulillah. Aku kuat.

Wednesday, October 25, 2017

Lotus Drinking Water

Ini hari sudah masuk bulan November 2017. Aku dah berjaya habiskan sub-topic 5.3 and now I'm working on 5.4. Agak terhegeh-hegeh jugak nak siapkan. Aku sangat-sangat berhadap mampu habiskan Bab 5 bulan November ini gak.

Tapi, inilah semester yang paling busy dalam sejarah hidup aku. Tak pernah aku kerja macam aku kerja semester ini. Inilah baru betul-betul kerja. There are too many things in my plate right now. Nak kena promo satu event ni.. pastu nak ngajau banyak gila kelas.. banyak gila gak kelas ePJJ, sampai 5 kelas this semester.. Pastu kena plak pindah rumah, sebelum pindah nak cat umah tu.. balik kampung itu satu kewajipan.. pastu kena plak jimat cermat sebab banyak nau duit kena pakai sebab nak pindah umah... beli cat lagi.. pastu nak balance plak life dengan buat walk yang aku dah missed few days.. thesis plak aku wajibkan ada progress tiap hari... 

Dah dekat dua minggu aku tak kemas rumah.. aku naik rimas.. tapi aku memang tak daya... Aduh.. pastu rasa rindu yang sangat kat Emak.. tiap masa and ketika aku ingat Emak.. nak balik selalu tapi aku banyak nau keje.. nak kemas umah kampung betul-betul tapi aku kepenatan... 

Apapun aku just bersyukur saja dengan apa yang aku ada sekarang... orang keliling plak desak aku apply kenaikan pangkat.. Ya Allah nak isi borang tu.. itu satu cabaran besau.. satu lagi, supervisor aku suruh aku buat satu article untuk a conference in Hokkaido. Aku pasrah.

Badan aku plak tak susut-susut berat walaupun kerja macam orang gila, salu orang banyak bekerja jadi kurus.. aku plak lain cerita.. itupun aku bersyukur gaklah..

Aku betul-betul pasrah.. satu lagi, ni nanti dah kena buat SKT pulak... ohya update files untuk audit.. tu tak kira lagi.. ohya.. buat soalan mid-term untuk subjek Global.. banyak nyer.......

Aku computer mode je sekarang. Tak sempat nak emosi. Aku tak daya nak mintak tolong.. just mohon pada Allah mudahkan semua urusan aku. Harap makin lama, life aku makin bagus.. begitu gak dengan Emak. Cepatlah grad supaya aku leh spend more time with her.

Inilah air mineral yang aku beli kat Cambodia. Harap sangat habis PhD sesegera mungkin supaya boleh aku jalan more frequent.

Tuesday, October 24, 2017

Buang Barang

Apa yang boleh dibuang.. aku buang...

Angkor

Aku sebenaunya rindu betul dengan Emak.. Rindu Emak yang sihat macam dulu.. Tapi aku mesti terima Emak walau apa jua keadaannya. Aku semacam rasa yang Allah bawak Emak pergi dari aku sikit-sikit, Dia tak amek sekaligus. Tapi aku tak putus asa, aku yakin Emak akan kembali sihat macam dulu. Ada waktu aku blame gak Ayah, terpikir gak mungkin sebab Ayah ni orangnya jenis macam-macam, banyak sangat songehnya, selalu negatif, maka buat orang sekeliling jadi stress. Of courselah yang terdekat which Emak, maka Emaklah yang paling teraffect. Tapi aku tak boleh berpikir begitu, pikir camtu tak mungkin memperbaiki keadaan dan tak mungkin dapat mengembalikan Emak macam dulu. Aku cuba buat yang terbaik. 

Aku sekarang banyak benau kerja. Aku sampai selalu rasa terlalu penat. Macam pagi tadi, aku tak boleh buat apa dah. Tapi Alhamdulillah, weekend ni berjaya gak aku habiskan perbaiki tesis sampai sub-topic 5.3. Memang sekarang tiap hari sure ada progress. Memang aku sangat bersyukur bab itu.

Aku nye aim sekarang sekadar nak habiskan PhD and afterward aku akan berusaha spend more time with Emak and Ayah kat kampung. Itu azam aku. Aku dah tak kisah dengan Prof. Madya or full professorship atau dapat position. Itu semua memang penting, tapi tidaklah sepenting family.

Balik dari Seam Reap aku makin boleh say no. Aku manusia yang sangat susah untuk say no. Tapi sejak pulang, aku dah boleh. Aku kena say no demi prioritize goals and financial aku. Aku tak boleh sewenangnya pakai ikut saja cakap orang or ikutkan saja kehendak hati aku. Yes, paling penting ialah say no pada diri sendiri dulu. Itulah yang aku buat.

Tadi tengok Gegar Vaganza, Ni tulah aku malas nak terjerumus dalam the rat race. Aku just nak lepak, buat kerja aku, selalu travel, reduce weight sebab semalam timbang dah 99kg and of course betul-betul jaga Emak and Ayah kat kampung.

Aku nak really distant myself from colleagues kat campus. Sebab aku dah bosan talking to them. Bukannya mereka orang tak baik, tapi aku too different. Memang aku perasan aku lebih bagus daripada mereka. Maksud aku dari sudut akademik and many more. Aku bosan sebab aku yang aku cakap mereka tak paham. Which pada aku, untuk level mereka, mereka sepatutnya faham. Pastu priority mereka beda banding aku. Pendek kata, aku tak boleh masuk.

Cuma aku hormati mereka sebagai induvidu. Tapi aku tak pandang tinggi pada mereka. Sebab bosan. Mereka membosankan aku. Aku takkan berusaha ubah mereka, dan aku tak mahu jadi seperti mereka. So, better aku jarakkan diri sejauh mungkin.

Yeah, senyap, jarakkan diri tapi perform.

Thursday, October 19, 2017

Planting Seeds In The Same Spot Every Day

Apa aku nak tulis ni??

Ini hari aku dah better.. semalam tu aku rasa macam payah nau rasanya... Tapi memanglah aku tau semua akan ok.. cuma semalam tuh macam tak nampak.. Alhamdulillah.. ini hari sudah nampak.

Yang penting semangat aku nak travel and of course buat kerja semakin memuncak.. huhu.. memuncak tu... 

Semalam.. aku rasa macam patah semangat.. satu lagi aku rasa the idea of pergi harini esok balik tu was a bad idea.. memang tak sempat nak mengenal.. and sangat penat.. Tapi untuk Siem Reap.. aku rasa ok kot..

Konklusi aku.. mana je aku pergi.. aku tengok banyak persamaan berbanding perbezaan. Adalah menda-menda unik setiap tempat tu..

Tapi itulah.. Apapun.. aku memang nak jadikan travel ni as a routine... Ia bukanlah satu menda yang kadang-kadang... yang nak persedian melampau... tak.. aku nak jadikan dia.. biasa saja.,.. sampai aku rasa dah takde apa langsung... Masih teruja.. cuma takdelah berdebau sangat.. huhuhu.... 

Bulan dua tahun depan aku ke Perth dengan kakak aku.. bulan lima pulak InshaAllah ke Hokkaido plak.. semoga semunya jadi mudah.. yang sekarang agak tak mudah is exercise..

Makanya, aku sedang mikir.. cemana nak simpan duit... hahaha.. 

Oh.. tuhari masa kat Siem Reap.. aku beli 3 bijik buku.. aku rasa sonok gila bila dapat beli buku tu.

Apa lagi?? Pagi tadi timbang... hahaha.. 98kg kau.. mak aiii.. Then harini aku puasa gak.. Aku kembali dengan Puasa Nabi Daud... 

Yakin.. aku rasa happy ni hari sebab puasa gak ni.... tu pun kena jadikan routine. Satu lagi sebab aku curhat... sesekali memang aku kena blog.. otherwise, kepala otak sarat dengan macam-macam thoughts and hati penuh dengan emosi yang tak bagus.

Aku pun sangat syukur sebab sekarang cepat aku ni move on dengan sesuatu perkara... macam ni ha.. USD100 tu.. aku memang dah dapat get rid sepenuhnya...

Satu lagi.. aku sendiri sangat gemar dengan sikap aku yang maha demokratik sekarang.. Aku sangat tak macam dulu.. aku tak bagitau apa yang orang perlu buat dalam life mereka and sangat ok sekiranya orang tak ikut cakap aku...

And sekarang aku melatih diri untuk semakin tak kisah kalau orang tak minat nak dengar cerita aku... Cuma kalau ada yang berminat... Alhamdulillah... tak minat.. pun Alhamdulillah...

Yay!!! Sonok... Itulah akibat salu berjalan.. memang tiap kali aku balik dari travel.. memang jiwa aku jadik bertambah.. tambah apa yer.. aku rasa.. happy kot.. yeah that's it.. takde grudge.. takde marah.. takde kecil hati.. aku just happy..

Oh.. satu lagi.. aku dah mula Bab 5.. dia nye progress makin hebat.. Moga Allah bantu aku percepat and permudahkan perjalanan menuju graduation!!! Tak sabau!!

Oklah nak pergi shopping sket....

Siem Reap

16 sampai 17 Oktober tu hari aku pergi Siem Reap. Alhamdulillah.. penat.. pergi sana buat aku menghampiri konklusi.. huhuhu.. konklusi pasal Indochina.. konklusi pasal ASEAN.. konklusi pasal akunya travel behavior.. konklusi pasal diri aku sendiri. 

Dengan angkuhnya tuhari aku bagitau students aku.. kita kena travel.. tapi kalau lepas travel kita pulang sebagai individu yang sama.. maka better takyah travel. 

Travel kali ni kisahnya lain.. cabarannya lain.. Kali ni aku hilang USD100.. Aku sedau aku hilang note tu masa aku nak beli teket masuk Angkor Wat and segala mak nenek ruins yang ada kat serata siem reap tu. 

Memang rasa nak menangis.. rasa hampa.. terpikir apa dosa.. Memang terus lari bajet aku.. bukan saja bajet bulan.. tapi bajet tahunan. 

Kalau tak hilang note tu.. memang trip Siem Reap supposedly the cheapest trip ever in my life. Ia boleh jadi trip paling efficient. 

Entahlah... Aku rasa aku kena senyap.. tak cakap besau.. tak bongkak.. stop carut orang.. and paling penting tak ngumpat.. 

Mungkin juga aku berkira.. tapi aku rasa aku sangat tak berkira.. dengan sapa jua.. tapi mungkin berkira dengan Emak & Ayah dalam soal balik kampung. Alasan aku ialah bila balik aku penat... and lepas balik dari kampung aku amek masa nak dapatkan mood untuk tesis. 

Satu lagi aku fikirkan tentang duit ulang alik Sendayan-Jasin. Betul kot aku berkira dengan parents. Betul.. mungkin aku lebih utamakan orang lain berbanding parents aku sendiri... 

Aku sebenarnya rasa nak menangis... sebab aku penat... Duit USD100 tu second time aku hilang.. first time kat Mesia..tahun 2014.. 

Makanya yang aku belajau.. next time.. go for smaller notes. Jangan sesekali beli USD amek note 100.. sekali hilang nearly RM500 tu. 

Tak ngapalah.. a currency is only a currency.. Yang penting aku selamat sampai ke Mesia semula.. and paling penting.. aku gagahkan gak diri pergi Angkor Wat.. kena jalan kaki.. manjat.. dengan air pun takde. Memang betul-betul trip Siem Reap ialah trip yang menguji kekentalan aku...

Aku pilih untuk terus ikut plan aku.. Memang rasa tak sonok.. tapi aku paksa diri aku berseronok.. huhu. 

Then balik Mesia.. sampai je airport landlord aku text and pastu called bagitau aku kena kosongkan rumah by bulan December. Ya Allah... dugaan betul.. 

Pastu ni hari.. hari Deepavali... aku dapat tau aku terbook dua desktop... mak aii satu desktop RM500. Ya Allah banyaknya duit nak pakai this month.. dahlah gaji lambat benau.

Lagi. 40 hari kalau tak silap jarak gaji yg tuhari dengan gaji bulan November nanti... Tak tau camna aku nak tempuhi. 

Makanya.. aku lepas balik Kemboja.. aku mikir.. cemana nak reduce expenses.. and camna nak kumpul duit yang hilang tempohari.. tapi tu semua buat aku unhappy.. so akan affect rekod travel aku..

So, aku pun halalkan saja duit USD100 tu. Aku tolak ketepi all what if or kalaulah.. macam kalaulah kasik kat anak sedara.. kalau lah beri bantuan pada rakan sangat perlukan duit.. kalaulah guna duit tu buat isi minyak untuk balik kampung.. kalaulah duit tu untuk upah tukang cat rumah parents aku tuk raya tahun depan.. 

Aku simpan notes tu sejak trip Myanmar lagi. Sedih betul.. tapi mesti mara.. aku mesti halalkan saja. Barulah rasa lega.. barulah rasa move on.. and rasa trip kali as good as the previous trips. Banyak lagi nak tulis tapi terlalu ngantuk.

Monday, September 25, 2017

GE14

Ni aku letak menda ni sebab tak lama lagi nak PRU-14.. Sebab tu hari aku lepak warong Pak Abu.. memang dia dok sembang Tok Jib banyak sangat curah duit kat Indians.. lepas keciwa dengan Chinese dalam PRU lepas.. and lepas orang Melayu pun suam-suam kuku nyokong BN.. Maka Tok Jib pun tabur duit... paling senang kat Sekolah Tamil.. kat Seri Sendayan.. Sekolah Tamil nyer ada LAMPU LIMPAH tau kat padangnya.. hebat kan?? Cash is king.. duit ni minyak pelincir.
Rindu banget aku pada Emak.. Emak still kurang tido sekarang.. cemana eh.
Ini murtabak makan kat Pekan.. Aku bawak member aku jalan sempena hari jadinya.. sian dia.. so, aku bawaklah dia makan sini.

Sunday, September 24, 2017

Rayau

Sonok tu hari dapat jenjalan. Susah betul aku nak curik masa update blog ni. Sudah sebulan aku berjalan ke Pahang, Terengganu and Kelantan.. At last berjaya gak aku lalu jalan Hulu Terengganu - Gua Musang tu. Lama dah teringin.. Pastu berjaya gak aku kembali ke Lipis. Aku tak tau apa nak tulis.. Apapun pictures bawah ni aku amek dalam 15-16 September 2017.

Masjid kat Lipis, kampung Siti Nurhaliza
Ah ha.. tengok tu.. PAS punya slogan.. SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.. Aku rasa sentimen terhadap PAS di Terengganu berbeza daripada sentimen terhadap PAS di peringkat nasional.
Aku suka Kertih. Haha.

Bantal

Beli kat U.S. rasanya kat KMart.. nak kena bakau dah... sedih.. one by one barang kena let go.. tapi mesti move on.. Kat kampung.. aku just spend masa kat kampung. Tak wat apa pun.. just lepak.

Wednesday, September 20, 2017

Gua Musang

Aku sampai kelas epjj kampus Bandaraya Melaka tersangat awal.. Mati-mati aku ingatkan kelas mula 10.15.. rupanya 11.15.. sudahlah malam tadi aku tak cukup tido.. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lanca sekarang.. Orang Melaka sebut lancar.. as lanca.. bukan lancau... huhu..

Aku rasa inilah semester yang paling aku organized dalam hidup.. cakap pasal life.. bila kenang balik.. nearly 10 tahun life aku amburadul.. 

Haah.. sejak aku duduk Kedah.. messy betul... bila sambung study.. pun jadik lagi teruk...

Tapi sekarang semuanya dah sangat sangat sangat OK. Tak tau nak aku gambarkan keokayan aku tu.

Ohya, tu hari mantan biz partner aku masa kat Kedah dulu ada text thru WhatsApp.. huhu.. nak pinjam duit.. RM200.. Aku tak kasik.. teringin sangat nak membantu... tapi tak boleh.

Aku memang takde rasa apa.. marah ke.. dendam ker.. takde rasa dia salah ker.. memang takde.. in fact... aku takde rasa dia berdosa pada aku... and aku plak.pernah mintak maaf pada dia... so, basically, kami 0-0 lah...

Cumanya aku tak mau ada apa-apa langsung deal dengan dia.. unless dia nak kasik duit sama aku... tu lain cerita la.. 

Maka, aku dengan sewenangnya blocked dia masa dia sedang merayu nak pinjam duit...

Pas block tu terasa nak unblock untuk bagitau dia yang jangan kontek aku langsung.. tak kisahlah masa tu ko jutawan ker.. hartawan ker.. aku tanak berkomunikasi langsung dengan ko.. unless ko nak kasik duit kat aku... tapi tak terbuat plak.. jadi malas lak... menda tu sket jer.. tapi sebab memang aku tanak berinteraksi langsung sama dia lagi.. maka takde ler aku wat.

Hmmmm.. bosannya kisah... 

Jom aku cer pasal menda lain... tu hari.. entah sipolan mana forward kat aku.. quiz tentang diri aku sendiri... ada satu soklan ni.. dia bagi options.. antara fixing the past and duit.. rasa dalam.sejuta dollar Amerika.. 

Students dah masuk kelas.

Aku nak sambung tulis entry ni.. tapi aku rasa biarkan jelah macam ni.

Friday, September 8, 2017

Minimalism

Aku dah start purging the unnecessary things from my life... tapi rasa sangat sayu... Tapi itulah untuk aku terus maju dan mara.. aku tak boleh terus hidup dengan masa lalu.. Sekonyongnya, pagi tadi aku berjaya derma mugs kat pantry bawah...  nanti banyak lagi yang aku nak dermakan... 

Makin banyak barang.. makin susah nak maintain kebersihan umah... makin banyak barang makin banyak belanjanya jugak.. sebab salu tersimpan tah kat mana.. So, aku decide mana yang tak perlu mesti di let go.

Ni aku nak list down channel YouTube pembangkang... entah napa lah aku ni slow.. tapi takpelah... mesti ada rahmat di sebalik semua ni... aku patut syukur sebab tiap hari sure nye ada progress...

Betul kena banyak sabau ek dalam hidup ni.. 

Aku sebenaunya agak bengang dengan Vet yang aku antau Ati tu.. tapi ni hari masa pick up Ati.. aku memang tak jadi nak menganjingkan dia.. sebab before amek Ati tu aku pujuk diri aku supaya bersabau.. So, ok jelah tadi.. aku pun happy dengan cara dia attend aku and nampak Ati pun ok tadi.. maka aku happy..  

Ini entry aku tulis dari marin.. Ini pagi Sabtu barulah aku nak nulis balik... Ni tarikh 9 September 2017. Ayah called semalam suruh balik.. Sebab Pak Abu buat ritual kat umah pagi ni.. Aku doa sangat Emak betul-betul pulih... Pastu Ayah siap cakap nama aku dah diberi pada group yang ini kali sebab katanya saka ni nak lepak dengan aku plak.. 

Haha.. aku nak buang sampah jap...

Fuhh.... dari nyapu sampah, aku berjaya buat walk, breakfast and nyapu porch...

Ni, kena balik kampung, lepas makan macam tak larat.... Aku dah makin berjaya reduce intake of nasik.. berat dah 95kg.. memang alarming.

Attitude the way to altitude, aku mesti incorporate exercise dalam daily life aku.. wat masa sekang, solat dah ok.. baca Quran pun dan ok.. cuma yang exercise je.. kena bina habit.

Ni samping tu aku nak keep on buang menda yang tak perlu.. menda yang menyemak umah and opis aku... life tak perlu banyak barang... 


Ini beg cerruti.. tak tau nak kasik sapa.. Ini dari aku kat US lagi ni.. beli perfume dapat beg ni ha. Era tu orang muda pakai beg cenggini. 

Thursday, September 7, 2017

Ribut

Alhamdulillah.. ini hari not bad lah.... Tapi konon nak puasa tapi tak jadi. Pastu konon nak buat walk tapi dah nak Isyak masih dok dalam umah.

Ni Ati warded.. sebab nak rawat telinga dia yang masuk air. Kesian dia.. Sure dia tak selesa duduk kat pet clinic tu.

Aku meluat betul dengan Vet nama Emelia dengan assistant dia tu. Diorang ni takde soft-skill. Sok aku nak tanya dia grad mana. Dia salu buruk sangka dengan statement aku. Dah lah tu, suka-suka panggil aku abang. Aku lagi suka orang panggil aku Encik, Mr. or Sir.

Bab 4 ni tak habis-habis lagi ni.. and masih kat 4.2 Perhubungan Politik oleh Pakatan Rakyat.. huhu.. lama nau.. PR dah musnah jadik PH pun.. PRU-14 pun dah nak menjelang, tesis aku masih lagi dalam progress

Aku baru ternengok Shila Amzah nya klip kat YouTube nyanyi lagu Mandarin... Habit aku sekarang suka dok baca comments kat YouTube.. the best part aku jumpa sorang dari Sinkiang or Xinjiang suruh dia pindah sana untuk conquer Muslim World of China.. besau gak pengaruh dia ni..

Inspiring betul la Minah ni.. Ini kalau PH especially DAP kalau dapat pujuk N.D. Lala yang memang terkenal UMNO totoknya tu sure boleh bantu kempen PH dalam PRU-14 kelak.

Tapi takyah le involve dalam potik mesia ni.. She should be a UN ambassador.. Rasanya impact dia ni besau and dah patut jadik headline news... Yuna tu tak berapa sangat.. sebab US memang is a land of opportunity... yang ni memang betul-betul odd... memang betul-betul pelik.. cemana leh penetrate China.. communist China.. mainland China.. kalau ikut kat Mesia ni.. orang Melayu ni nengok Cina kat mana pun sama.. Chauvinistic.. tapi ngapa pompuan pakai tudung leh success kat China.. apa lebihnya dia?

BTW.. cakap pasal tudung.. aku rasa guna jelah perkataan tudung tu.. ini tak.. hijab... basmallah pun tonggak tebalik ko nak guna perkataan Arab.. letih... kan best.. "I used to wear tudung..." "I want to buy a tudung..." "Duck tudung is my fav"... apa lagi?? Ini konon.. hijabista.. yuck.. nak muntah...

Apa lagi aku nak tulis ni?? Oh.. ada satu buku ni.. A Short History of the Middle East by Gordon Kerr.. best.. barulah lagi clear pemahaman aku pasal that region. Part yang aku ialah Ottoman Empire pada mulanya tak guna istilah CALIPH... 500 tahun tak guna rupanya.. diorang guna SULTAN... 100 tahun terakhir tu ler baru Sultannya guna title tu.. Maksudnya Islamic World take Khalifah selama 500 tahun.

Haha... maka teringatlah aku ada sorang member ni.. PAS totok betul.. pada dia Islamic Resurgence ialah nak revive Caliphate System.. Cemana Tu?

Oh pastu ada sikit pasal Wahabi Movement.. aku cukup geram betul dengan kalangan yang ngata Wahabi ni Syiah.. Pastu bila Syiah jer mula la dia dok tengok apa yang beza dengan dia banding nengok persamaannya.. Macam biasa nak tuduh orang sesat.. tah habis-habis.

Pasal Ribut kat atas tu.. aku dapat tau HURRICANE IRMA sudah muncul di Caribbean Sea.. Maka aku teringatlah akan terma-tema lain yang bersangkut paut dengan ribut... Monsoon... Tornado..Cyclone.. Typhoon..

Ha.. basically, ribut besau yang ada pusau tengah tu kalau muncul kat Atlantic.. salunya kat Caribbean or Gulf of Mexico... namanya HURRICANE.. Salu kena kat tenggara US le..

Kalau muncul kat Pacific... namanya TYPHOON.. dalam bahasa Melayu.. topan kot... Salu nya memang nyerang Filipina (teringat Philips the Arab... patut orang Filipina tukau nama negaranya ni.. itu foreign term.. kih kih kih... kalau lah aku ni Professor Ulung Di Raja.. memang aku cadangkan kat Duterte.. tapi apakan daya.. kita ni genius tapi kita sendiri je yang tau..). Nyerang Taiwan.. Okinawa... mainland Jepun.. tak sure...

CYCLONE plak untuk fenomena yang sama tapi jadik kat Lautan Hindi... salu nyerang Sri Lanka kot.. aku tak sure.. sebab tak salu banding Hurricane and Typhoon..

Pastu TORNADO.. ini puting beliung atas tanah.. ini kat US ler... Dulu tah cite apa kononya duduk dalam pusat ribut tu.. aku tertarik betul.

Tah bila aku dapat satu ungkapan... ATTITUDE THE WAY TO ALTITUDE... Do I have that attitude???

Malasnya.. aku ni rasa nak berjalan and baca buku jer.. aku bebenaunya malas tol nak menulis ke hapa.. just travel and read books... huhuhuhu

Kalau bersyarah ok gak.. tapi malas nak buat research tah hapa ke jadah ni.... BOSANNNNNN...

Tapi telan jelah.. telan tu lah is the attitude yang akan bawak aku ke altitud tinggi... Ini aku terbayangkan Lhasa.. Bilalah nak gi sana.. May be tunggu Shila Amzah buat konser kat sana barulah aku pergi.

Wednesday, August 30, 2017

Cape Town

Ini buat aku mau sangat ke Cape Town... Oh tadi aku pikir-pikir.. tuhari macam-macam angan-angan aku... aku pikir nak beli kete baru lepas habis belajau... pastu nak beli umah.. tapi bila pikirin lagi... aku percaya better aku keep my life simple.. teruskan life secara sederhana... simpan duit untuk pergi haji before 45... still go for budget travel... bukannya travel yang pakai banyak duit tu.. make sure tak commit dengan apa-apa hutang.. macam credit card ker.. sebab yang aku sedau sekang.. makin lama life aku makin ok bila aku takde nak commit to any hutang-hutang baru.. macam beli handphone berhutang or shopping sakan using credit card... ada saja extra walaupun tak banyak... 

Not saying berhutang ni buruk sangat.. or kita tak boleh bangkit bila berhutang... negara pun berhutang.. even Saudi pun nak mintak hutang dengan IMF.. tapi tulah.. aku rasa kalau aku berhutang.. banyak menda aku tak boleh nak pursue.. macam travel.. yes.. aku rasa aku kena relax.. kena berjimat cermat seboleh mungkin.. 

Aku rasa kena relax lah.. 


Tuesday, August 29, 2017

Burkina Faso

Aku rasa sangat tak best ni hari. Sebab tak banyak progress. Patut Bab 4 dah banyak progressnya ni.. Aku asik modify Bab 3 je. Tapi aku rasa dah lengkap dah tu. Sebab tuhari takde langsung mention pasal pengundi India. So tadi siap dah.

Itu tulis sebelum balik Raya Haji... Ini hari sudah Senin 4 September 2017. Kemarin lagi dah balik, semalam pun takde buat apa sangat.. Patut malam nak buat keje.. tapi sebab dok makan megi sampai 3 kali dari bawak ke malam.. maka malam terus sakit pala.. 

Aku macam-macam nak tulis.. tapi bila bukak je blog ni terus tak tau apa nak tulis... 

Apapun Alhamdulillah ler raya ni.. Emak ok.. Ayah pun ok.. semua orang ok.. Aku pun sangat ok... rendang Dak Kolong masak pun kali ni sangat sedap.. kuah kacang lagi lah sedap.... Aku lak lupa nak wat ketupat sotong...

Tuhari pagi raya kedua dapatlah bawak Emak ronda-ronda beli kuih.. pastu sampai ke Asahan semua.. 

Oh tadi aku tengok ler AF Megastar sket kat YouTube... tengok Idayu.. sedap plak.. dak Mila yang claimed jutawan tu nyanyi Putus Terpaksa tak sedap langsung.. still tak boleh tandingi version Siti Nurdiana... humble but menusuk... nak lawan Ziana Zain memang jauh panggang dari api ler.. Tu je la yang aku tertengok.

Oh pasal Burkina Faso.. Ini negara dulu tengok atlas.. namanya Upper Volta.. or dalam bahasanya Volta Hulu.. Yang aku pikir.. why not orang Mesia ni guna term macam BARUH... DARAT untuk refer pada geographical location... sure best.. 

Ini sebab teringat.. Emak masa zaman muda-mudanya kaki bertandang kat kampung.. Aku rasa semua orang kampung memang mobile zaman-zaman 70an and early 80s tu..  kejap lepak umah orang tu.. jap kat sana.. diorang salu guna term baruh untuk refer kawasan tanah rendah..  macam rumah yang dekat dengan sawah.. then kawasan yang tinggi sikit.. rumah yang dekat dengan kawasan tanam getah.. itu darat.... Kalu hulu and hilir tu biasalah.. ikut aliran sungai kat sesebuah kampung... 

Best bila pikir-pikir pasal menda yang kekampungan ni.. haha.. 

Cemanalah agaknya nanti ek life bila Mesia ni makin lama makin urbanized??? Even pada aku macam Yangon tuhari... urban area.. tapi lifestylenya kekampungan....

Ini sebab kita selalunya expect urban area ini modern.. facilitynya.. accomodationnya.. transportationnya... environmentnya... tapi ini tak..

Macam aku lah dulu.. dok kat kampung.. tapi aku tak rasa aku budak kampung.. memang tak buat aktiviti kampung.. mungkin kalau aku duduk area hilir.. itu rumah lama kami.. sebenaunya rumah arwah nenek kami... parents aku jaga sebelum Nenek pencen... mungkin aku dapat rasa life kampung tu..  tapi sebab pindah rumah baru.. rumah plak rumah batu.. and jiran ada depan tu jer... bukan macam kampung tradisional Melayu Melaka yang rumah rapat-rapat... Maka aku tak dapat rasa hidup as budak kampung....

Mungkin yang lebih tepat... gaya hidup modern kot... dok kampung.. tapi disebabkan family middle class.. maka dapat nikmati gaya hidup modern.. kalau dok bandar pun.. tapi kelas bawah... maka tak dapat sangat kecappi modern lifestyle tu...



Aku suka banget dengan rupa paras truck ni.. comel gila.. Bila lagi nak gi travel ni.. kalaulah PhD dah habis.. memang tiap bulan aku keluar Mesia.
Ha.. tu 111 pingat emas.. yang dapatkannya was Azizul Hasni Awang... masa aku kecik-kecik kalau lumba beskal ni memang M. Kumaresan lah.. sekarang dah tak dengau nama tu.. BTW tu hari ada Nurul Huda Abdullah appeared on TV.. aku sangat mengidolakan dia sampai sekarang.
Inilah Yangon.. tengok keta cantik-cantik.. tapi persekitaran belum lagi... Tapi aku syak kejap je ni.. dalam masa 5 tahun lagi.. datang.. memang banyak berubah.

Monday, August 28, 2017

SEA Games

Baru jap tadi aku tengok medal tally... Mesia dah 101 gold... another 10 to meet the goal.. hmmm aku ingat Mesia ni just boleh dapat kurang dari 70 jer... nampak sangat minda aku ni terperangkap dengan masa lalu.. baru aku paham kenapa pengundi tua sukar merubah pendirian.. dan orang muda cara berpolitik and pendiriannya ikut suasana semasa.. rupanya orang tua terperangkap dengan kenangan silam.

BTW, baru jap tadi Azizul Hasni Awang baru dapatkan medal ke 111 for Malaysia.. Inilah SEA Games yang aku macam semangat sikit nak ikut.. Kalau lah dah abis wat tesis ni memang aku dok depan TV jelah.

Aku pelik tengok prestasi Indonesia sekarang tak macam dedulu.. Dulu hebat sungguh.. era Suharto.. tak kira sapa host sure diorang je bolot... alasannya kalau tanya orang dewasa waktu tu.. katanya sebab Indonesia ramai population... Tapi kenapa sekarang tak lagi? Aku perasan since democratized Indonesianya prestasi sukan merudum teruk. Ada kaitan ke antara democratization dengan sukan??? Salu kalau democratize segalanya akan meningkat.. terutamanya ekonomi and standard of living.. tapi kenapa performance sports leh merosot? Peliklah.

Narrowcasting

Adoi bengang betul tadi dah tulis satu entry dengan tajuk yang sama kat atas tu.. tapi masalahnye aku letak banyak pictures maka takleh nak upload.
\
Takpelah.. kena mara.. Basically narrowcasting ni tentang media sosial ni dia ada satu lagi role.. salu orang dok focus on role dia yang seakan broadcasting.. tapi orang tak use broadcasting sebab itu term untuk mass media.. macam TV, radio and sok kabau.. Makanya orang gunalah term viral...

Makanya, role itu ialah dia yang memang allow users pilih maklumat sendiri nyebabkan orang baca and nonton maklumat yang ikut citarasa dia je.. macam TV, sok kabau radio.. ko tak leh nak wat camtu sangat..

So, kalau ko memang asal sokong PR.. bila ko gi media sosial.. takde maknenya ko nak baca page yang ada Najib, Zahid and sebagainya.. kalau gi pun page diorang.. ko nak kutuk-kutuk.. ko nak luah perasaan tak puas hati... bukan ko makin terpengaruh dengan diorang bila diorang guna media sosial.. malah makin naik jemu and meluat.. nak nak kat Twitter... Orang bandau ke.. orang belajau tinggi ker.. memang salu nye diorang muak.. the want to see less of BN and its leaders... Maka adanya mereka kat media sosial bukannlah nyebabkan orang suka diorang...

Pastu... kalau ko racist.. ni jenis gila bapak racist.. salu orang racist ni ada masalah kompiden.. dia salu takleh tengok orang lebih.. or belagak lebih.. tu sebab ada anti-semitic... benci Yahudi... kenapa? They are generally very successful... orang tak tengok bab kerja keras.. bab diorang kena oppress or kena discriminate.. tapi focus bab nipu... or kekadang kita geli dengan sesuatu kaum tu.. camtulah.. so, dia ni pun pegilah tengok blog-blog racist.. pastu bila gi FB or Twitter connect plak dengan likeminded people.. maka bertambahlah racist lah orang itu...

Tu lah pasal tiap sesuatu tu pasti akan menghasilkan at least dua effect yang bebeza... media sosial leh mengintegrasi dan boleh disintegrate people... kita boleh kenal dengan lebih ramai orang lagi.. yang macam-macam latar belakangnya.. and kita pun leh kenal dengan lebih ramai orang yang perangainya.. pemikirannya serupa macam kita... hahaha

Gambau bawah ni aku hamek kat Yangon.. umah ni cantik and menarik... I tak miss sangat Yangon macam aku miss Luang Prabang.. tapi kat Yangon aku lebih paham dah culture, politics and manusianya... 

Cakap pasal manusia.. orang Myanmar ni.. memang Mongoloid betul featurenya.. high cheek bone... ketara benau... aku teringat ni pun sebab tengok acara terjun platform... atlit Myanmar tu memang Myanmar benau muka dia.... and satu hal.. diorang ni bile cekelat... berkarat.. aku rasa macam orang Cambodia yang aku banyak jumpa kat US dulu.. kat mana ek.. ni kat area-area dekat pelabuhan.. ada satu pasaraya Vietnam kat situ.. kat situlah leh beli kecap manis dari Indonesia.. kalau tak silap aku.. kicap Cap Kipas Udang pun ada kot..  Pastu beli beras dari SEA.. kalau kat pasaraya biasa... beras dia lain... so, bila masak... tak sedap tekak Melayu kita ni nelannya... 

BTW racist ke aku cakap cekelat berkarat tu?? Itu observation je.. aku sekadar menyatakan... Yang aku pasan.. bila aku cakap something orang salah tapsir.. nak-nak dalam politik.. kena ingat aku menyatakan... aku bukan menilai.. tapi ini dok ingat aku menghakimi... geram aku.. macam ada sorang member baik aku ni... akan tanya.. habis tu rasanya elok ke macam tu... La hai.. aku hanya describing... geram betul.. 

Macam cekelat berkarat.. itu sekadar penerangan... supaya leh imagine dalam kepada otak.. BTW.. kalau orang Serani Melaka... diorang cekelat gak... tapi warna dia lain daipada orang Melayu.. kita kalau cekelat.. kita cekelat kuning kelam... diorang cekelat copper... ha... Rindu plak zaman aku keje Singtel kat Melaka dulu... keje tu gajinya kecik... tapi keje tak bawak balik uimah... tak perlu banyak baca.... tapi orang macam aku jadik stress.. sebab keje tu buat aku makin bodoh... sebab tak baca apa.. takde keperluan.. tapi sebenaunya leh je.. keje tu allow aku ada hobbies... 

Tapi yang keje sekarang ni... memang stress.. tapi bila tengok balik... keje aku sekarang selari dengan hobbies... segala menda yang aku suka baca... macam menda-menda politics... culture.. semua tu memang directly related to my career... cenggitu gak dengan aku yang suka jenjalan ni... tulah syukur and sangat bertuah sebab basically keja aku ni is hobby...

Nyaris lupa.. semalam kat YouTube.. aku jumpa satu term yang refer to orang Arab Maghreb yang ada keturunan Turki.. ni hasil Ottoman Empire.. termnya is KOULOUGLI... hahaha... 

Aku rasa next destination must be Colombo lah.. kena keluar sampai Kandy.. pastu pergi tengok orang Moor.. ini bukan macam Moor kat Andalusia...ini Moor cakap Tamil.. pastu tengok Orang Melayu Sri Lanka.. 

Oklah kena buat Bab 4.. bab 3 dah betul sudah... berjaya gak buat rumusan yang isinya beda dari isi perbincangan... lega. Alhamdulillah.   

Tengok tu.. berlumut kan... sini cannot help sebab ada monsoon season yang keterlaluan... Drebar teksi tu hari ada kasik tau yang Myanmar ada 3 musim... Panas.. Sejuk... siap dia bagitau ada ketul-ketul ais leh turun.. tak tau lah kalau si celaka tu propa.. pastu... musim hujan... aku datang musim hujan. Aku syak... Luang Prabang pun sama... tuhari masa aku datang... nak habis musim sejuk nak ke musim panas... Macam kita kat mesia ni takde musim kat... tak tentu.. jap panas.. jap ujan.

Sunday, August 27, 2017

Koryo Saram

Marin, jumpa Dr. Sity beliau bagitau basically thesis aku berkenanan media sosial sebagai alat menghasut.

Betul tak? Hasut benci orang tu.. hasut jangan undi orang ini.. hasut orang beli barang.. hasut orang membeli menda yang tak mereka perlukan... hasut orang suka kita.. hasut orang supaya benci kita pun ada.. selalunya tanpa kita sedari... hahaha

Apa lagi ek input beliau? Ohya, sejarah YouTube. Baru aku tau yang YouTube ni rupanya kegunaan awalnya ialah dalam perkilangan... untuk ajau orang kat tempat lain cemana nak pasang barang... kiranya for training purposes lah. So, dapat jimat duit daripada hantar expert ke kilang-kilang letaknya kat ujung dunia... Hebat kan? Tapi kendian baru lah media sosial jadi tempat nak belajau musik.. belajau nyanyi.. tempat tunjuk bakat... and later tempat menghasut.

Aku macam nak create my own YouTube channel.. so kononnya nak jadik vlogger... macam Daphne Iking and sorang minah Indon keturunan Canada yang kawen dengan Indon and later dok kat Bali.. Lupa apa nama dia... best gak dia ni.. Sacha Stevenson.. best beliau ni... Dia ni Muslim.. dulu memang pakai hijab and even niqab... tapi sekarang dia lek lek but I believe she is still a devout Muslim... It's cool.. yang penting dia speaks fluent Indonesian.... BTW dari dia lah aku tau yang Indonesians call 'mat saleh' as 'BULE.'

Nanti aku rasa aku nak buat a glossary pasal WHITE PEOPLE... What are terms the non-whites call whites?

Misalnya.. Melayu - mat saleh, Singaporean - ang mo, Indonesian - bule, Mexican - gringo..

Yang bestnya term orang putih or Whites ni bukan sewenangnya refers to white-skinned races. Even among white-skinned people.. the term white may refer to certain group yang nunjukkan there are whiter people among the whites... hahaha.. macam orang Melayu lah... bila orang putih tak cakap omputih which is English.. terus kita cakap... "la.. aku ingatkan dia tu orang putih."

Itu kat Mesia la.. kalau kat US... white Hispanic is not white... you are Hispanic no matter what... as long as ko cakap Spanish and bila ko cakap omputih ada accent.. maka you are not white enough... Makanya... aku yakin.. orang seluruh dunia selalunya guna term white to refer to Anglo people.. yeah.. kalau kat US.. mestilah White, Anglo-Saxon, Protestant or WASP.

Cenggitulah.. memacam YouTube ni.. satu lagi channel yang aku suka is Masaman.. Ini cerita pasal negara.. pasal race.. pasal.. lately aku ada tabiat leaving comments.. hahaha.. sonok plak sebab always dapat input baru.. antara yang best was KORYO SARAM... Maksudnya orang Korea.. Tapi ini lebih refers to Koreans kat ex-Soviets states macam Russia and those Turkic Central Asian republics.. Diorang ni dulu duduk kat sempadan Korea-USSR je dulu.. or present day North Korea-Russia.. tapi sebab ramai jadi talibarut.. jadi spy Jepun, maka mereka ni kena deported to Central Asia.. Sian.. yang best diorang very cohesive and maintain culture and cuisines.. pastu diorang ni rata-rata kuat kerja... lagi kaya dari natives and sangat pentingkan education... Oppressed.. tapi itu tak halang diorang untuk berjaya... luar biasa diorang ni.

Macam aku ni.. orang Melayu berketurunan Jawa dengan Minang.. aku pasan.. aku ni kuat keje.. kedekut... itu character Jawa... ingat lagi boss aku.. Mr. V. Ganesan.. dia cakap Javanese are the Chinese of the Malays... Dia asal Klang.. biasala Hindu kan... tulah dia ramai kenalan among orang Jawa Selangor.. makanya memang dia impress sangat dengan budaya kerja diorang ni..

Part Minang plak.... aku suka jenjalan and tak kisah being relocated.. Bila aku tengok-tengok among family aku yang bongsu yang Cikgu Busah.. member parents aku.. salu cakap masa aku kecik.. Yang ni dok bawah ketiak emak dia jelah ni... hehehehe... Tapi rupanya aku ler yang paling selalu duduk jauh dari family... pernah dok Philly... dok Kedah... uish jauh tu.. sekarang ni je dok Somban.. tapi apa pun aku plan untuk duduk kampung bila pencen nanti.. and aku pun banyak gak berjalan... taklah banyak sangat.. tapi kira bolehlah.. cuma aku takleh beat Kak Ita.. kakak nomor dua aku... Europe, US, Canada, South Korea... bulan 10 ni pi lak New Zealand... even dia ni penah drive ke Krabi and Phuket... tapi of course lah yang gi US, Canada, Krabi and Phuket tu dengan aku.. 

Aku nak merasa hawa sejuk.. dah lama tak merasa... awal tahun tuhari dapatlah feeling-feeling sejuk kat Luang Prabang.. pastu takde dah... Ingat nak ke Cameron.. tapi malaslah.. boring kot.. So, aku pikir may be elok ke Kandy... Sri Lanka... hahaha.. aku yakin saling tak tumpah macam Cameron.

Oh.. pasal pasang impian nak jadi vlogger tu.. kena ada kemera kot... wat masa ni lom boleh lagi... and kalau jadi vlogger pun takleh nak tunjuk muka.. hahaha.. huduh.. tapi sukurlah apa yang ada.. asalkan masih sihat... cukuplah..

Aku dah mula baiki Bab 4.. tapi semalam masa buat  Bab 4 tu aku rasa Bab 3 aku tu hodoh banget... maka aku pun pergi ubah balik.. Ni tak siap lagi bab 3 tu.. tapi jap je...

Friday, August 25, 2017

67 Pingat Emas

Last sekali aku betul-betul mengikuti SEA Games masa Mesia menang 67 emas... Itu zaman-zaman aku Nurul Huda Abdullah kot.. dia menang 7 ke or ( emas. Ingat lagi Mesia masa tu leading.. tapi bila lepas je abis padang and balapan... hmmm terus je Indonesia lead and menang keseluruhan.. Lepas-lepas tu Mesia macam merudum... tak tempat ke-3 nomor 4... Since then,, aku malas.

Yang nak jadik ceritanya.. tadi balik saja lepas meeting Dr. Sity.. aku terus tertengok. Aku ni selalu rasa macam kalau aku tengok, mesti atlet tu kalah.. tapi tadi aku beranikan diri tengok Shalin main.. sangat mendebarkan.. Tapi aku puas hati walaupun beliau kalah dengan satu mata je masa game kedua... dia dapat 222 and Tania Tempe.. tah susah eja nama dia.. aku tak ingat... google pun tak dapat. Yang manisnya game yang au tengok tu contributed emas ke 67 untuk Mesia... OMG what a coincidence.  Hepi gila aku!!!

Memang inspiring and beri motivasi untuk aku bila tengok Shalin... tak sangka beliau main lagi.. Ingatkan dah retire and jadi coach saja... Kisah Shalin proves yang life takkan selamanya di bawah dan takkan selamanya di atas dan tak selamanya di tengah... Kalau ada keinginan.. ada usaha... aku yakin kite leh berjaya.

Memang ini hari happy.. selain Shalin dapat emas ke-67, aku happy sebab Dr. Sity very positive dengan thesis aku. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat.

Aku pun dah mara masuk buat Bab 4. Aku yakin dalam masa sebulan kalau Allah izinkan, dapatlah siap. 

Ohya, tadi Dr. Sity bagitau.. InshaAllah PRU-14 bulan Februari 2018. Aduh, aku kena siapkan tesis aku secepat mungkin!!!

Alhamdulillah aku makin lama makin happy sekarang.. Semuanya makin berjalan lancar.

BTW ini hari.. hari ke-3 aku puasa Zulhijjah.. plannya nak puasa 10 hari.. Sambil-sambil tu sekarang ni aku baca Surah alWaqiah and Surah arRahman tiap-tiap hari.. hihihi.. Mohon pada Allah.. nak kaya raya dan berharta.. Aku nak baca 40 hari berturut-turut.

Aku ada few friends yang aku nengok sangat down... sangat paham.. Aku pernah melalui... memang payah nak kuar dari situasi itu... Tapi kalaulah boleh aku bagitau.. which aku ni malas nak kasik tau depan-depan.. takut orang kecik hati... or takut gak tersalah cakap.. orang sangat terasa.. yelah.. dalam situasi cenggini memang sensitipnya luar biasa.. aku tau tu.. sebab aku pernah berada..

Sebenaunya.. down itu.. a state of mind... ia hanya di fikiran. Minda kita yang pikir kita ni sangat tak beruntung.. kita yang pikir kita tak ok.. walhal kita dalam keadaan yang sangat ok.. Ada mata telinga... waras.. apa lagi.. hensem.. cantik.. sempurna sifat... apa lagi yang tak cukup??? Kasih sayang??

Aku selidik kenapa aku down dulu.. aku selidik kenapa I did stupid things dulu.. and jadik stupid... aku teliti apa faktor yang nyebabkan aku down... Very easy kengkawan... sangat mudah... bukan sebab aku tak cukup kasih sayang.. bukan aku takde duit... bukan sebab tak cukup tidur.. bukan sebab lapar...bukan sebab kerja aku teruk sangat... bukan kerana PhD ni torturing (yang ni sangat debatable... ko rasa dulu baru ko tau... but still takleh salahkannya)... bukan sebab orang lain.. bukan sebab langit atau bumi.. bukan sebab kawan-kawan.. bukan sabab mak bapak.. 

Tapi sebab aku sendiri... Aku yang pilih untuk down.. aku yang pilih untuk serabut...

Tulah bila ada yang ngadu... aku down.. aku serabut... aku paham.. ada yang aku nasihatkan ko semayang la.. ko bacalah Quran... ko puasa lah... paham... bunyi poyo... tapi memang itu menjadi... siyes weiii.. aku berkali bagitau.. aku dulu bukan hanya secularist... tapi nearly atheist... kalau dengau dek Zakir Naik sure kena makinya aku ni... 

Aku tak tau nak explain cemana wei.. tapi memang lapang dada.. memang lapang kepala otak... Ko pikir aku suka ke nak ceramah macam pencetus ummah ni.. tapi dah memang itu yang paling mudah... so tu jelah yang aku bagitau.. Macam sekang.. aku buntu je.. aku baca Quran 3 ain.. pastu memang sangat ok.. 

Tapi biarkanlah ek.. ko nak down sampai kiamat.. downlah.. gejala down ni universal.. masa kaya down.. masa tak berapa kaya pun down... masa single down.. dah ada bini.. ada laki pun down.. masa busy down... masa tak busy pun down.. orang buat baik pun ko down.. orang buat jahat of course lah lagi diingatnya sampai ke Jannah.. 

Kalau pikir situasi tak menyebelahi.. sampai bila pun begitulah.. dah jadi macam Alip dan Vida pun nanti.. kalau kita biarkan diri kita berpikiran cenggitu.. cenggitulah jadinya.. down sepanjang masa.. So, siapa sebenaunya kena down syndrome??? Orang-orang istimewa tu ke or kita ni?

Tu sebab aku respek dengan atlet macam Shalin.... daya tahan tu.. luar biasa. Wat pe nak down.. dapat pingat ke? Dapat duit ke??? Kena move on... Mesti mara... Cara mara... aku bagitau banyak kali dah....  

Shwedagon


Emak tengah breakfast, tunggu Ayah.. karang diorang keluar gi Jasin. Aku sentiasa rindu Emak.. Tapi sebab buat tesis aku tak boleh balik selalu.
Inilah notes yang buat aku paham tentang politik Myanmar. Aku sangat beruntung dapat jumpa minah owner restaurant ni. BTW ada kengkawan yang aku pasan pikir aku ni pergi berjalan sebab aku nak cuti-cuti Malaysia.. nak sonok-sonok... Quasi truth ya.. No, please jangan samakan aku dengan orang lain atau kengkorang.. Tabiat travel aku sangat lain... Apa yang aku suka selalunya orang lain tak suka.. and apa yang kebanyakan orang suka.. aku tak berapa nak gemar...  Aku tak shopping.. even kat parents and adik beradik pun aku tak beli... So, basically, hadiah aku bila balik Mesia is my stories.. kisah travel and information yang aku dapat pasal negara tu... Too bad kalau tak bertanya maksudnya takdelah dapat hadiah dari tempat yang aku lawati tu.. your keychains and fridge magnets are my stories.. Aku sangat appreciate info yang aku dapat dan experience aku sepanjang aku berjalan.. Aku treasurenya sangat-sangat.. So, pada aku kalau orang tu takleh hargai kisah pengalaman aku.. maksudnya orang tersebut tidak menghargai aku... yelah.. tak meningkat pun pendapatan bulanan dengan dengau citer aku... Arghh takyah pikirlah.. 
Aku bila tengok je Shwedagon temple.. aku dah rasa.. that's it.. I've seen enough Buddhas and pagodas.. dah tak larat lagi.. yang ni besau nyer.. nak je aku kopek emas tu.
Inilah Shwedagon Pagoda yang aku nak tengok dari kecik lagi. Aku rasa dalam artikel Astora Jabat kot yang bercerita pasal Burma... Utusan Malaysia zaman dedulu memang bagus...  basically it has been Myanmar for many-many-many years.. Burma is a western term for Myanmar.. samalah macam Malay for Melayu... Cuma tah bila 90-an kalau tak silap Junta lahanat tu made Myanmar known to the world... Lain example is Greece.. kalau term Greek nya is Ellas... or Hungary for Magyar... or CYMRU untuk WALES..  

Wednesday, August 23, 2017

Zulhijjah

Hari ni aku puasa. Plan nak puasa 10 hari.. rupanya banyak ek puasa sunat.. Tulah ini 1st day aku puasa. Baru aku pasan, aku lately selain memang susah nak emo.. selalu dalam computer mode.. aku agak banyak bercerita dengan orang.. tak kira lah kat wasap ke, call or sembang. Itulah factor yang merencat keinginan aku untuk memblog. Yelah, sebab dah cerita.. so, malas nak rewind kat sini.

So, Aku azam tanak cer sangat lagi supaya aku banyak modal nak cer kat sini. Huhu..

Aku nak share satu menda ni.. dah lama tapi tak tershare.. so before balik kampung ni aku rasa dah masa nya. Ini macam merungut sikit lah... tapi bukan.. entahlah.. ikut masing-masing yang menapsirnye..

Ni haa...aku rasa.. ramai orang pikir aku ni kaya dan banyak duit... part sedihnya ialah.. yelah bila orang pikir kita ni berduit macam-macamlah... korang pun paham kan.. Cuma tulah aku boleh menyumbang or kasik pinjam or belanja ikut kemampuan semasa aku... kadang geram gak.. tapi persepsi orang tu aku pikir suatu doa.. yelah.. orang pikir kita ni banyak nau duit.. mana tahu kot Allah pun betul-betul kasik aku duit banyak-banyak....

Ada satu hari ni.. tengah meronda... member aku ada dok sebelah.. aku drebar.. dia pasenjir.. itu Ayah aku tau nyebut pasenjir.. ni patut leh masuk kamus dewan.. yelah it sounds very Malay... So tak salah ek kalau perkataan passenger tu di bawak masuk dalam bahasa Melayu...

Masa meronda tu.. aku teringat salah satu faktor yang sebabkan aku kuat sangat nak berjalan dan sangat terer geography... faktornya is Emak sakit masuk University Hospital.. Sekarang ni UM Medical Center... Yelah zaman tu Hiway PLUS takde... ada... tapi takat dari exit PD sampai ke Jalan Syed Putra... dan sambung dengan Federal Hiway...  Sebab Emak kat situ maka Ayah bawah kitorang ke KL tiap weekend.... penat... and bila aku pikir sekarang... hmmm penat gak tu sebab aku ni pun dah mula merasa penat salu ulang alik Somban-Jasin.... penat walaupun keter ada ekon.. walaupun lalu hiway... walaupun jalan kampung dah lurus.. tak banyak selekoh macam dulu...

Masa meronda tu.... masuk Felda Sendayan... Selain teringat Siti Nordiana and siap nak carik umah dia tapi tak jumpa... Aku teringat Ayah yang suka nak try 'jalan lama' dari Somban ke KL.. Aku tak suka.. sebab bila ikut jalan lama.. salu akan sesat.. tapi taklah sesat benau... lalu Mantin, Semenyih, Cheras... Tapi salu ikut jalan lama waktu balik dari UH..

Hmmm dah lebih seminggu aku tak balik kampung.. rindu kat Emak.. tapi tulah.. banyak nau keje.. BTW aku pelik bila nengok ada colleagues yang beriya betul kerja sampai kan melewati weekends.. tak balik kampung ke? Tak rindu mak ayah ke??? Memang ada sorang tu nampak macam berjaya... tapi aku kesian kat dia....  kesian... kenapa tak balik??? Mak bapak ko benci ko ke??? Or ko rasa diorang tak penting.. entahlah.. masing-masing berpegang pada values yang berbeza... mungkin pentingkan mak bapak tak universal kot.

Oh.. aku banyak nak citer pasal Myanmar.. tapi nantilah aku ingatkan satu-satu... Aku sebenaunya sangat nak ke Sri Lanka.. may be kena ke Kandy.. naik ketapi.. Or ke Jaffna... bila lah agaknya ek....  Bulan sepuluh ni ke Siem Reap.. aku tak excited sangat... tapi should be ok kot.. apapun aku paling miss Luang Prabang... aku rasa later ke Myanmar memang aku kena pergi Mandalay... Ohya.. kena pergi Davao jugalah.. aku macam nak cari member kat Davao... cariklah kat Facebook or mana-mana...tapi takut plak aku... sebab aku wajib keluar kota.. satu pasal trip Yangon tu.. Aku cirit sampai tak sempat keluar kota... Davao ni aku akan pastikan.

Tuesday, August 22, 2017

Bab III

Alhamdulillah, syukur banget siap Bab 3 and sudah pun submit to SV via email tadi. Dua menit lagi pukul 5 pagi. Esok ada bengkel kat ILD kat dengan Felda LBJ.. aduh cemana ni tak tido lagi.

Tak sangka aku berjaya meet dateline yang aku tetapkan sendiri. Lega ada, bangga pun ada. Mintak-mintak Bab 4 aku boleh siapkan dalam masa sebulan. Maksudnya 2 minggu after Raya Haji sudah siap modify Bab 4.

Memang betul aku pulon kali ni. Aku nak 'sempurna' thesis writing sebelum New Year 2018.

Aku rindu gila kat Emak, weekend lepas tak balik sebab nak nyudah kan Bab 3 ni. Harap family pahamlah situasi aku sekarang. Kalu ikut hati nak je balik tapi ngenang 'sket' je lagi nak siap, maka aku teruskan bertapa kat Dayan. In fact, masa buat kije aku always ingat Emak. Susah kot nak mengira detik yang aku tak teringatkan beliau.

Banyak yang aku nak cerita, tapi lately bila nak cerita kat sini aku jadi blank. May be sebab otak memang dah terlalu focus on thesis so nak divert kepada menda lain dah payah.

Aku baru bangun lepas tido lepas Subuh.. kena ke ILD. Huhu.  

Tuesday, August 15, 2017

Republic

Alhamdulillah, ini hari ada kompiden untuk 're-public' the blog setelah aku rasa dua bulan 'de-public' or menyah-awamkan blog ini.

Things go really well. Banyak perkara jugak yang jadik masa senyap tu. Yang menarik, masa senyap tu pun aku takde nak memblog... Ingat macam banyak aku nak curhat and share. Tapi takde plak.

Itu hari pergi Myanmar, dari Senin minggu lepas bawak ke Kamis. Aku rasa sangat happy walaupun just lepak di Yangon saja. Busuk, bau sirih, bau longkang, bau sampah, bau beer, bau kohok ketiak, bau hanyir sungai Yangon... Memang sangat busuk. Bangunan pulak berlumut tak maintain.

Tapi aku happy. Aku ingat aku akan sangat happy bila dapat nengok Shwedagon Pagoda.. besau gila wei... katanya gold plated. Memang gila. Itu structure dari kecik lagi aku terlalu berhajat nak tengok. Aku rasa sejak darjah dua. Tapi, aku taklah happy sangat sehappy aku dapat info pasal politik Myanmar.

Ini info aku dapat masa lepak kat satu restaurant Muslim. Nama dia ONE SEVEN ONE, kalau tak silap kat 53rd Streeet. Basically, Yangon ni sangat teratur town-planningnya. Kalau cara bagi address tu, macam cities kat US plak.

Minah the operator of the restaurant ni rupa parasnya saling tak tumpah macam Umie Aida atau nama asalnya Fatimah Binti Rahmad. She is very well-conversant pasal Myanmar punya history and politics... Lepak 3 jam dengan dia impactnya sama macam satu semester belajau pasal Myanmar politics!!! Dulu dengan Mohi (colleague from Myanmar), memang aku tak paham apa. Dulu subjek pasal Myanmar memang paling aku benci.. tapi balik dari Myanmar memang aku rasa fall in love plak..

Betul ler cakap orang, tak cukup dengan baca buku or tengok takat bukak Wikipedia or tengok Youtube... or tengok dokumentari ke.. semua tu tak cukup.. kena berjalan gak ke tempat tu.. barulah betul-betul paham.. baru betul-betul feel... huhuhu...

Banyak gila nak cerita.. tapi tak cukup masa.. Yang penting balik dari Yangon aku merasakan semangat luar biasa... and rasa cuku bahagia walaupun banyak perkara yang belum aku capai dalam hidup...

Tuesday, August 1, 2017

Malas

Aku lately tak boleh buat apa. Aku rasa nak quit. Rasa bengap nau.. rasa tak layak buat phd.. rasa tak layak untuk berjaya. Aku jadi terlalu pemalas. Nak tido saja. Aku tak mampu. Tadi SV aku called. Marah-marah.. aku tau dia marah untuk kebaikan aku.. tapi memang aku tak mampu nak buat apa.. nak baca buku pun aku tak boleh sekarang. Tak tahu kenapa.

Sunday, July 2, 2017

YIS

Huhuhu.. tadi aku terbukak OASIS maka tertengoklah Prof. yang buat lasic tu.. ohh Muhaya.. dia cakap pasal Yakin Ikhlas and Syukur.. Yakin aku lupa cemana caranya.. tapi yang ikhlas aku ingat.. nak ikhlas kena letak pengharapan pada Allah saja.. pastu bila buat baik kena tak harap langsung balasan.. pastu langsung tak bagitau or ungkit segala jasa or budi baik kita.. kiranya sorok kebaikan kita macam kita sorok keaiban kita sendiri... cenggitu sekali.. dia cakap kalau yakin.. kita akan jadi berani.. kalai ikhlas kita akan jadi.. alamak tak ingat.. then kalau syukur kita akan jadi sangat bahagia... best. Aku nak try habis-habisan lah.. tengok apa jadi bila kita jadi cenggitu.

Saturday, July 1, 2017

Puasa Enam

Alhamdulillah selesai sudah Puasa Enam di bulan Syawal!!! OMG inilah first time dalam idop aku berjaya habiskan puasa 6. Dulu salu satu dua hari je...

Aku sebenaunya nak ke Kuantan dengan sorang member ni.. nak cheer up beliau.. tapi satu perkara yang cukup tak berkenan dengan perangai beliau ini ialah cepat sentap tapi bila tang kita takde plak dia pikir kita ni... Ini pun aku amek risiko tinggi curhat pasal beliau kat sini... kang kat WhatsApp sure kena maki.. Huhu.. 

Tapi bersikap terbukalah.. kita ni bukannya budak-budak sekolah menengah yer... 

Ohya pasal bawak jenjalan.. aku memang suka bawak member and family jenjalan.. tapi satu yang aku pantang.. aku dok drive... kang diorang sibuk dengan handphone... Aku bercerita itu ini kang... share aku nya knowledge yang vast dalam banyak perkara.. baik bab sejarah.. politics.. or segala mak nenek la.. tapi tak interested.. pernah ada yang kata nak muntah and sakit pala dengau aku bercerita.. terus seriau aku nak bawak orang jenjalan.. 

Dari ikhlas boleh jadik tak ikhlas jadiknya.. aku tak suka nak salahkan orang.. pada aku salah aku lah bawak manusia jenis cenggitu jenjalan... dah tahu perangainya camtu.. yang masih lagi bawak mereka jenjalan.. kononnya berhati mulia sangat... sapa suruh? Yeah, the decision was mine.. so, aku take full responsibility of it.

Aku sangat tak berkira... duit minyak aku tak kira.. masa aku yang precious pun aku tak berkira... makan pun aku tak kisah bayau... Ko tanyalah sesiapa saja... kakak aku pergi US janji nak bayau duit tiket yang aku belikan... Itu tahun 2000 yer... bukan era cheap flight cam sekarang... Aku tak mintak balik.. aku tak ngungkit... aku bukan kaki ungkit.. cuma aku kasik example... 

So, kasik ler sket attention bila aku cerita.. Satu lagi, tolonglah bersangka baik bila aku nak cerita tu.. bukannya aku nak show off... eh yeke?? Yeah.. memang aku nak show off... dengan sapa lagi aku nak show off kalau bukan dengan orang-orang terdekat dengan aku??? So, is it wrong for me to show off pengetahuan yang aku ada dengan kengkorang semua??

Meh.. nanti korang plak bawak kereta... aku dok sebelah.. tak tido.. tapi sibuk main handphone saja.. pastu tak layan pun korang cerita... pastu siap main game sekali.. which I believe boleh korang tangguhkan demi menghargai orang yang tengah drive kat sebelah tu...  

Kenalah paham.. aku ni tak banyak masa.... very tight.. so, bila aku luangkan masa.. please.. please.. please appreciate. 

Aku ni paling tolerant manusia.. dealing dengan aku mudah. Aku tak cepat sentap.. aku pun tak preach pasal how u people want to lead your life.. whatever that you wanna do aku support.. silap perhitungan dalam kehidupan kalian aku tak pernah sekali aku sesal-sesalkan... Gejolak emosi kalian aku consolekan.... Kalau aku menegur always in a very subtle way... 

Or korang nak aku dengau jer cerita korang masa aku tengah drive tu?? Boleh.. tapi kita ni kan manusia.. kenalah lepas aku dengau kisah lara kalian.. dengarlah pulak kisah gembira aku... tak gembira mana pun.. aku just cerita kisah-kisah sejarah... politics.. or may be showbiznya gossip (which aku kurang...), nak citer bola.. aku tak reti. 

Aku ok je kalau kalian nak main handphone if and only if menda tu urgent... tapi kalau dah sepanjang masa.. hmmm... membosankan sangat ke aku ni? Kadang sampai terlepas tempat-tempat menarik yang nak aku storykan.. aku jadik sedih..... bila sedih... aku letih... bila letih aku takleh nak buat kerja... bila sampai umah nanti. 

Luak ke duit kalau kasik sket attention... berdosa ker bila tak main handphone ketika aku sedang drive??? 

Kalau dah jadik habit.. kenalah train diri buang habit buruk itu... 

Selalu bila berlaku.. aku positivizekannya dengan mengatakan.. Ini mungkin balasan Allah pada aku sebab bila depan parents.. bila diorang bercakap.. aku pun ada gak main handphone or memandang kat TV.. tak pandang muka.. tak pandang mata mereka... 

Tapi sampai bila aku nak mempositifkan begitu... Ingat ini.. aku tak pernah menjauhkan diri daripada orang sebab orang tu susah.. sebab orang tu banyak masalah... or sebab orang tak berduit... tapi aku menjauhkan diri sebab aku dah tak boleh nak telan dah menda simple... trivial macam itu berulang kali berlaku... aku jadi bosan. 

I'm used to be alone.. Aku tak bosan alone... Being alone tak pernah buat aku rasa lonely... (cuma yang dedulu tu sebab itu bukan aku yang sebenaunya... pahamkan..)... aku dah biasa drive sendirian.. aku memang biasa travel sendirian.. even kat US aku naik bas turun bas travel alone... long distance yer.. bukan macam kat UK tu (kalau tak leh nak pikir cemana besaunya US tu... pi bukak Google Map.. compare between both)

So, bila acap kali begini... aku mula re-assess keperluan ada company bila jalan-jalan... Apa perlunya ada teman berjalan kalau merasa seperti berjalan sorang???

Argh.. lega.. berjaya luahkan... aku takde maki-maki right? Intonasi aku sangat kebapaan.. keibuan.. Kalau masih berdegil mahu begitu till Jannah... teruskan.... I'd rather be alone than unhappy.