Showing posts with label TRAVEL. Show all posts
Showing posts with label TRAVEL. Show all posts

Tuesday, October 24, 2017

Angkor

Aku sebenaunya rindu betul dengan Emak.. Rindu Emak yang sihat macam dulu.. Tapi aku mesti terima Emak walau apa jua keadaannya. Aku semacam rasa yang Allah bawak Emak pergi dari aku sikit-sikit, Dia tak amek sekaligus. Tapi aku tak putus asa, aku yakin Emak akan kembali sihat macam dulu. Ada waktu aku blame gak Ayah, terpikir gak mungkin sebab Ayah ni orangnya jenis macam-macam, banyak sangat songehnya, selalu negatif, maka buat orang sekeliling jadi stress. Of courselah yang terdekat which Emak, maka Emaklah yang paling teraffect. Tapi aku tak boleh berpikir begitu, pikir camtu tak mungkin memperbaiki keadaan dan tak mungkin dapat mengembalikan Emak macam dulu. Aku cuba buat yang terbaik. 

Aku sekarang banyak benau kerja. Aku sampai selalu rasa terlalu penat. Macam pagi tadi, aku tak boleh buat apa dah. Tapi Alhamdulillah, weekend ni berjaya gak aku habiskan perbaiki tesis sampai sub-topic 5.3. Memang sekarang tiap hari sure ada progress. Memang aku sangat bersyukur bab itu.

Aku nye aim sekarang sekadar nak habiskan PhD and afterward aku akan berusaha spend more time with Emak and Ayah kat kampung. Itu azam aku. Aku dah tak kisah dengan Prof. Madya or full professorship atau dapat position. Itu semua memang penting, tapi tidaklah sepenting family.

Balik dari Seam Reap aku makin boleh say no. Aku manusia yang sangat susah untuk say no. Tapi sejak pulang, aku dah boleh. Aku kena say no demi prioritize goals and financial aku. Aku tak boleh sewenangnya pakai ikut saja cakap orang or ikutkan saja kehendak hati aku. Yes, paling penting ialah say no pada diri sendiri dulu. Itulah yang aku buat.

Tadi tengok Gegar Vaganza, Ni tulah aku malas nak terjerumus dalam the rat race. Aku just nak lepak, buat kerja aku, selalu travel, reduce weight sebab semalam timbang dah 99kg and of course betul-betul jaga Emak and Ayah kat kampung.

Aku nak really distant myself from colleagues kat campus. Sebab aku dah bosan talking to them. Bukannya mereka orang tak baik, tapi aku too different. Memang aku perasan aku lebih bagus daripada mereka. Maksud aku dari sudut akademik and many more. Aku bosan sebab aku yang aku cakap mereka tak paham. Which pada aku, untuk level mereka, mereka sepatutnya faham. Pastu priority mereka beda banding aku. Pendek kata, aku tak boleh masuk.

Cuma aku hormati mereka sebagai induvidu. Tapi aku tak pandang tinggi pada mereka. Sebab bosan. Mereka membosankan aku. Aku takkan berusaha ubah mereka, dan aku tak mahu jadi seperti mereka. So, better aku jarakkan diri sejauh mungkin.

Yeah, senyap, jarakkan diri tapi perform.

Thursday, October 19, 2017

Planting Seeds In The Same Spot Every Day

Apa aku nak tulis ni??

Ini hari aku dah better.. semalam tu aku rasa macam payah nau rasanya... Tapi memanglah aku tau semua akan ok.. cuma semalam tuh macam tak nampak.. Alhamdulillah.. ini hari sudah nampak.

Yang penting semangat aku nak travel and of course buat kerja semakin memuncak.. huhu.. memuncak tu... 

Semalam.. aku rasa macam patah semangat.. satu lagi aku rasa the idea of pergi harini esok balik tu was a bad idea.. memang tak sempat nak mengenal.. and sangat penat.. Tapi untuk Siem Reap.. aku rasa ok kot..

Konklusi aku.. mana je aku pergi.. aku tengok banyak persamaan berbanding perbezaan. Adalah menda-menda unik setiap tempat tu..

Tapi itulah.. Apapun.. aku memang nak jadikan travel ni as a routine... Ia bukanlah satu menda yang kadang-kadang... yang nak persedian melampau... tak.. aku nak jadikan dia.. biasa saja.,.. sampai aku rasa dah takde apa langsung... Masih teruja.. cuma takdelah berdebau sangat.. huhuhu.... 

Bulan dua tahun depan aku ke Perth dengan kakak aku.. bulan lima pulak InshaAllah ke Hokkaido plak.. semoga semunya jadi mudah.. yang sekarang agak tak mudah is exercise..

Makanya, aku sedang mikir.. cemana nak simpan duit... hahaha.. 

Oh.. tuhari masa kat Siem Reap.. aku beli 3 bijik buku.. aku rasa sonok gila bila dapat beli buku tu.

Apa lagi?? Pagi tadi timbang... hahaha.. 98kg kau.. mak aiii.. Then harini aku puasa gak.. Aku kembali dengan Puasa Nabi Daud... 

Yakin.. aku rasa happy ni hari sebab puasa gak ni.... tu pun kena jadikan routine. Satu lagi sebab aku curhat... sesekali memang aku kena blog.. otherwise, kepala otak sarat dengan macam-macam thoughts and hati penuh dengan emosi yang tak bagus.

Aku pun sangat syukur sebab sekarang cepat aku ni move on dengan sesuatu perkara... macam ni ha.. USD100 tu.. aku memang dah dapat get rid sepenuhnya...

Satu lagi.. aku sendiri sangat gemar dengan sikap aku yang maha demokratik sekarang.. Aku sangat tak macam dulu.. aku tak bagitau apa yang orang perlu buat dalam life mereka and sangat ok sekiranya orang tak ikut cakap aku...

And sekarang aku melatih diri untuk semakin tak kisah kalau orang tak minat nak dengar cerita aku... Cuma kalau ada yang berminat... Alhamdulillah... tak minat.. pun Alhamdulillah...

Yay!!! Sonok... Itulah akibat salu berjalan.. memang tiap kali aku balik dari travel.. memang jiwa aku jadik bertambah.. tambah apa yer.. aku rasa.. happy kot.. yeah that's it.. takde grudge.. takde marah.. takde kecil hati.. aku just happy..

Oh.. satu lagi.. aku dah mula Bab 5.. dia nye progress makin hebat.. Moga Allah bantu aku percepat and permudahkan perjalanan menuju graduation!!! Tak sabau!!

Oklah nak pergi shopping sket....

Sunday, September 24, 2017

Rayau

Sonok tu hari dapat jenjalan. Susah betul aku nak curik masa update blog ni. Sudah sebulan aku berjalan ke Pahang, Terengganu and Kelantan.. At last berjaya gak aku lalu jalan Hulu Terengganu - Gua Musang tu. Lama dah teringin.. Pastu berjaya gak aku kembali ke Lipis. Aku tak tau apa nak tulis.. Apapun pictures bawah ni aku amek dalam 15-16 September 2017.

Masjid kat Lipis, kampung Siti Nurhaliza
Ah ha.. tengok tu.. PAS punya slogan.. SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.. Aku rasa sentimen terhadap PAS di Terengganu berbeza daripada sentimen terhadap PAS di peringkat nasional.
Aku suka Kertih. Haha.

Wednesday, September 20, 2017

Gua Musang

Aku sampai kelas epjj kampus Bandaraya Melaka tersangat awal.. Mati-mati aku ingatkan kelas mula 10.15.. rupanya 11.15.. sudahlah malam tadi aku tak cukup tido.. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lanca sekarang.. Orang Melaka sebut lancar.. as lanca.. bukan lancau... huhu..

Aku rasa inilah semester yang paling aku organized dalam hidup.. cakap pasal life.. bila kenang balik.. nearly 10 tahun life aku amburadul.. 

Haah.. sejak aku duduk Kedah.. messy betul... bila sambung study.. pun jadik lagi teruk...

Tapi sekarang semuanya dah sangat sangat sangat OK. Tak tau nak aku gambarkan keokayan aku tu.

Ohya, tu hari mantan biz partner aku masa kat Kedah dulu ada text thru WhatsApp.. huhu.. nak pinjam duit.. RM200.. Aku tak kasik.. teringin sangat nak membantu... tapi tak boleh.

Aku memang takde rasa apa.. marah ke.. dendam ker.. takde rasa dia salah ker.. memang takde.. in fact... aku takde rasa dia berdosa pada aku... and aku plak.pernah mintak maaf pada dia... so, basically, kami 0-0 lah...

Cumanya aku tak mau ada apa-apa langsung deal dengan dia.. unless dia nak kasik duit sama aku... tu lain cerita la.. 

Maka, aku dengan sewenangnya blocked dia masa dia sedang merayu nak pinjam duit...

Pas block tu terasa nak unblock untuk bagitau dia yang jangan kontek aku langsung.. tak kisahlah masa tu ko jutawan ker.. hartawan ker.. aku tanak berkomunikasi langsung dengan ko.. unless ko nak kasik duit kat aku... tapi tak terbuat plak.. jadi malas lak... menda tu sket jer.. tapi sebab memang aku tanak berinteraksi langsung sama dia lagi.. maka takde ler aku wat.

Hmmmm.. bosannya kisah... 

Jom aku cer pasal menda lain... tu hari.. entah sipolan mana forward kat aku.. quiz tentang diri aku sendiri... ada satu soklan ni.. dia bagi options.. antara fixing the past and duit.. rasa dalam.sejuta dollar Amerika.. 

Students dah masuk kelas.

Aku nak sambung tulis entry ni.. tapi aku rasa biarkan jelah macam ni.

Saturday, February 18, 2017

Rokki and Multilateral Retrenchment

Apa ke jadah maknanya? Aku pun malas nak mahamkan.. ni jumpa dalam artikel by an Israeli academic Efraim Inbar dalam buku The Arab Spring, Democracy and Security.

Tadi pagi aku berjaya swim 30 laps or 1500 meter.. aku wat rilek rilek pelan pelan saja..  berjaya juga.. then aku masuk gym.. buatlah tah apa nama machine tu.. Tapi sebelum tu aku timbang.. Aku sudah 91kg!!!! Aduhai.. berat sungguh.. mesti lakukan sesuatu.

So far tak minum manis dah dekat seminggu.. minum air kosong manjang.. rasa macam ok badan. Argh.. ngantuk gila.


Ini in flight nye wifi.. kimak memang tak payahlah.. tapi kalau nak guna gak sign in guna CHROME.. jangan guna google.. boleh TEXT MESSAGING SERVICES only.... Internet surfing and streaming.. youtube ke memang takleh.. buang duit RM9 je.. jahat Air-Asia ni.
Hari ni Mak Tom meninggal dunia.. hari ini gak Cikgu Mokhtar.. cikgu masa aku kat Sultan Muhammad.. meninggal.. sedih kan..
Aku tak ingat apa aku makan... RM15 kalu tak silap... sedap.. ini macam chicken role.. very nice..
Inilah rupa paras BUREAU DE CHANGE kat airport Luang Prabang.. Aku sampai je tarus tukau USD to Kip di situ... Tadi aku timbang berat aku 91kg wei.. fuhh.

Saturday, February 11, 2017

Muka Forever Alone

Aku baru pas terbaca student aku nyer statement yang layak dijadikan bidalan... silap konsep.. tapi aku nak guna gak.. katanya muka orang gemuk ke kurus memang salunya transform abes.. better dari sedia ada kurus.. tapi yang paling lawak ada muka sorang mamat ni yang dia kata.. Muka forever alone.. mamat tu obese.. huhuhu...

Aku kat kampung ni.. malam ni nak balik Dayan semula.. esok nak finalise kemas umah Bangi.. huhuhu.. tak sabar nak sewakan rumah itu.

Banyak gila kije nak buat ni.. tapi aku menten lek lek sahaja.. huhuhu..

Tadi bawak Emak and Mirrah yakni niece aku ke Tampin.. makan Mi Tarik kat Mydin Tampin.. sedap sungguh..

Pastu aku dah lama takde jam... beli jam tangan.. huhuhu.. murah je RM89 jer.. Aku nak simpan duit untuk gi jenjalan..  Malas le nak beli mahal-mahal.. kalau kita ni memang branding mahal.. pakai menda murah pun tetap orang pikir mahal.. kalau branding diri tu murahan.. pakai ler apa je jenama.. tetap murah..

Macam member aku cakap ler.. rasa dia pun metik dari orang lain.. You can't by style.. oh bukan.. You can't by taste.. hahaha

Oklah.. nak solat..

Ini lemang Luang Prabang.. memang sangat sedap.. Mak Cik itu lah yang menjualnya.. 3 menda alah tu macam biasa 5K Kip.... Aku memang tak tau berapa dalam RM.. memang tawakkaltu 'ala Allah saja... Aku konon takut makan sticky rice maka aku beli satu jer.. Makanya aku beli 4K Kip.. Makcik tu dengan suka hati amek duit aku.. Halal jelah,.. Kalau tak silap mata Makcik ni pun hazel... Yang penting lemang ni memang sangat sedap!!! Huhuhu.
Tuan-tuan dan puan-puan.. Ini kat terminal bas menghala ke selatan... Aku suka terminal bas ni.. Kalau terminal bas utara yang dekat dengan STADIUM LUANG PRABANG tu kureng best nyer... Yang ni nampak dia ngangkut tah orang dari kampung mana ke stesen bas yang ni.. Aku first dari kiri tu.. AKu suka banget.. Itu bas jenama HYUNDAI kalau tak silap.. Ake pernah ada obsession dengan busses masa kecik-kecik..Sayang aku tak amek bas warna kelabu taik anjing tu punya wajah depan.. wajah depan bas tu comel... Bas ni era 90-an kalau tak silap bermaharaja lela.. Of course kat Korea Selatan banyak.. Even kalau nonton drama Mesir pun ada tau.....Nak kata van.. dia bas.. tapi dia comel sikit banding typical busses... Aku pergi terminal ni on the 4th day.. yang aku bawak motor lalu ke BYPASS road tu... 
Ini hari ketiga... Pagi naik.. petang pun naik.. pagi nak tengok sunrise.. petang op kos nak tengok sunset.... Sungai MEKONG ni ngalir kat bahagian utara Luang Prabang.. Luang Prabang ni is a peninsula... THUMB peninsula.. kalau Italy nya peninsula looks like a boot.. yang ni macam ibu jari...  Mount Phousi ni rendah je 150 meters.. tapi aku rasa tinggi... tak tau lah mungkin sebab dah lama nau tak gi hiking.
Ini lah kawasan pekan dia.. Pekan dia ni.. makin ko ke timur.. makin cantik... Bangunannya citarasa colonial French blend with local.. Aduh cantek banget.. Aku syak yang suasana Luang Prabang ni ada persamaan dengan ANTANANARIVO... sama-sama tengah gunung.. sama-sama bawah French dedulu... cuma benua yang berbeza... and of course orang-orang nyer...
Tengoklah beras-berasnya... aku rasa semua ni sticky or nearly sticky rise.. kuat makan pulut.. tapi takde le gemuk gemuk orang kat sini.. huhu.. yang penting lemang dia sedap... cuma manis... huhu teringat pasal lemang bila cakap pasal beras pulut.. BTW lemang kat atas tu.. dia campur sikit dengan pulut hitam... Huhu.. teringat aku buat lemang pulut hitam masa raya 2014.. mmm 2013 kot.. tak jadi.. sebab semuanya pulut hitam.. Tak boleh!!! kena pulut biasa : pulut hitam -- 10: 1. Paham math kan?? huhu

Monsun Tropika

Huhuhuhu.. Aku kat opis ni... Tak solat Asar lagi... 

Dah solat...

Pasal tajuk tu.. teringat aku masa kecik-kecik baca buku teks geography kakak aku punya.. aku rasa sekolah menengah nya.. 

Buku tu cakap.. tempat beriklim Monsoon Tropika ni musim dinginnya cold and dry.. pastu masa musim panasnya lak panas dan banyak hujan...

The text book didn't lie.. betul macam aap yang aku experienced kat Luang Prabang... Sejuk.. udaranya sejuk.. tapi matahari mencarak.. 

Yang pasti, hari pertama and kedua aku rasa sangat sejuk.. hari tiga.. empat.. and of course hari Jumaat.. hari balik.. aku tak rasa apa pun.. aku rasa biasa jer.. mungkin juga memang aku mudah adapt.. 

Tulah dak Loy Mao masa pagi Jumaat masa nak antau aku ke airport tanya leh ke aku tahan tak pakai sweater.. walhal dia berjacket bagai... huhuhuhu



Entry tadi ada pic ni ke jugak.. kat jalan ni.. jalan ni kira pusat segala-segalanya kat Luang Prabang ni.. kat sini le entrance "depan" nak naik Mount Phousi yang banyak hantu tu.. sini gak tempatnya Royal Palace.. sini gak entrance for so many majestic temples.. sini gak pasau malam.. jalan ni gak banyak opis-opis adventure and travel agents.. nak sewa motor.. beskal.. nak naik gajah bagai.. sini lah... lupa nama jalannya.. in fact aku tak penah kisah nama jalan sebab senang benau Luang Prabang ni.. banyak sangat landmark kat sini yang leh jadi GUIDE arah.. macam Mount Phousi.. even Namkhon River.. and Mekong.. senang banget.. sapa sesat.. itu bahlol namanya..  pastu kat jalan ni gak banyak high end restaurants... kena jenjalan sini.. wajibul..
Leh baca tak sign board tu???  Kanan pegi Vientiene or Wingchan... tarus ke Phonsavan.. situlah ada PLAIN OF JARS.. ni aku pegi kendian.. aku nak pergi lepas aku pergi Yangon and etc.. nak kembali ke negara yang sama.. malas lah..  atas kanan.. nampak tak vehicles jenama CHANGAN... ini Chinese brand... huhu.. ngambik nama lama Beijing/Peking kot.. or nama lama Xian... jap google...  huhu betul... nama lama XIAN!!! memang aku bijak!!! Maksudnya PERPETUAL PEACE.. nice meaning. The presence of Chinese brands indicate cengkaman China yang makin kuat.. huhu inilah the impact of the rise of China!!! Pic dua buses tu..  Aku amek sebab aku suka tengok.. cantik.. dulu-dulu bas kat Mesia lebih kurang cenggini lah rupanya.. kalau kat Melaka tu .. bas renti renti.. Bas MOS, Bas Tuah, Bas Put Hup, Bas Bumi, Bas Aziz, Bas Batang (huhuhu).. ha tu jelah kot.. kalau ke KL masa ikut Emak buat post-cancer medical check-up.. salu naik bas Labu Sendayan dari Melaka.. huhuhu.. lalu jalan lama ok.. Melaka.. Alor Gajah.. Simpang Empat... Simpang Kendong.. Rembau.. Pedas.. lalu Senanwang yang busuk.. then bus stand Seremban... Aku lupa Bus Stand lama Seremban.. kat mana dulu.. rasa tempat yang sama.. tapi pastu roboh.. dan bina terminal yang ada sekarang..  Then dari Somban.. gi KL naik Bas SKS.. Aku sempat yer merasa naik bas ekspres takde aircond.. yang mula-mula berekon was SKS.. then baru lah yang lain... Ini zaman Lebuh Raya Utara Selatan belum wujud.. yang ada Federal Highway and KL-Seremban Highway jer.. tu pun 4 lorong saja.. sekang 8 lanes.. huhu.... Yeah.. pic last.. ini jalan baru.. inilah THE BYPASS.. maksudnya orang dari Vientiene takyah masuk Luang Prabang.. leh ke Phonsavan taruss.. cantik pemandangan ikut bypass ni.. 
Aku amek pic sungai Namkhan dari atas jembatan tu.. Nak develop Laos is not easy.. it is geographically challenging.. Gerai buahan ni dalam pic tengah tu.. belah kiri jalan lepas jembatan... Kiri anak.. kanan emak.. macam adik beradik.. kulit mulus.. mata hazel.. rambut macam keperangan... tapi takde lak trace Caucasian.. memang Mongoloid... tapi jenis lain dari kita semua ni... huhuhuhu... Aku syak diorang ni hilly tribes.. orang pekan muka macam oirang Malaysia je..especially macam Melayu and Chinese.. or lebih tepat kalau Melayu mix kan dengan Chinese.. muka jadi macam Lao.. cam tu ler..
Buruk dah Stadium Luang Prabang ni... Aku rasa macam pernah je stadium ni guna masa SEA Games 2009..  Tapi maskot masa 2009 tu gajah.. ni kat atas tu ayam plak.. huhuhu... Walupun buruk tapi sekitar tu gunung ganang.. so the view is very scenic from here...

Friday, February 10, 2017

Luang Prabang

Hoore esok balik.... Aku dah abis uoad IG semua gambau.. menimbun aku amek gambau.. huhu.. tak penah aku beria camni.. Pasni nak pack barang..

Paling sonok tadi bila ronda keluar dari bandau.. amek gambau budak-budak tu antara paling best.. Aku pegi ni ada yang kecik hati... sebab tak bagitau.. lambat bagitau..

  
Aku tak kecik hati bila orang lain kecik hati.. mungkin itu tanda aku important dalam life mereka...

Pengalaman kat sini best.. berjalan best.. satisfies my curiosty pasal Luang Prabang and sikit pasal Laos.. itu sonok..


Yang aku kurang ialah badan aku ni.. susah badan camni.. berat.. rasa tak sihat.. confidence.. sasahlah.. Konon lepas je cuti aku nak dapatkan semangat baru.. entahlah.. macam tak meningkat je semangat tu... hmmm


Banyak sangat Wat kat sini.. aku memang tak ingat nama-nama nyer.. tapi memang cantik.. rumah-rumah yang mungkin ada tinggalan French and local aristocrats nambah lagi cantik bandau ni.. 
Kalau diorang ni jadi lebih pembersih.. sure masa maju Laos ni rupa parasnya lebih macam Jepun or South Korea... rumah-rumah diorang not bad...
Aku kompius tengok tumbuh-tumbuhan kat bukit bukau and gunung ganang kat Laos ni.. tak sure sama ada hutan or ladang.. sebab ada area tu yang penuh dengan pokok jati.. di tanam ker?? or grow in wild.. banyak banget... Ini aku keluar dari the City naik skuter.. naik je wei.. selamat.. huhuhu...ada yang kata "berani nyer aku... redah jer wei..." 

Wednesday, February 8, 2017

Mountphousi

This is what I wanna do.. Aku siyes jemu dengan menda-menda yang kononnya 'serious.' BTW aku membelog dari atas puncak Mount Phousi yang rendah ni... Satu sebab kenapa aku pergi sorang and mengecikkan hati mungkin beberapa orang ialah aku nak berpikir tanpa tekanan.. bukan takleh kat Dayan tu.. banyak masa sensorang.. tapi kat Dayan tempat biasa.. Aku pun naik nyampah dengan suasan di Dayan... 

Bila teringat pasal kerja.. pasal study... buat apa pikir apalah yang aku terkejar-kejar suatu ketika dulu.. Bukan aku tak happy dengan kerja and study.. memang ada waktu jemu and meluat... tapi pada aku dah sampai masa aku add colors to my kerja..

Aku very lucky sebab travelling adds values to kerja aku.. it helps me a lot.

Travelling bukan je untuk personal.. tapi directly kasik benefit kat career...
 
Kat bawah tu the monks are chanting.. kat wat paling tua kat Luang Prabang.. may be the oldest kat Laos gak... 

Huhuhu.. Aku konon nak pegi PLAIN OF JARS.. tapi tu jauh.. kena naik van... Itu kat area Phonsavan.. bangangnye aku mikir boleh sampai baik motor.. huhuhu....

So, takat ni.. aku dah jalan kat bandau.. dah pegi pasau malam.... dah nyusur sungai Namkhan & Sungi Mekong... dah mandi air terjun Kuangsi yang macam Pamukkale tu... dah nengok sunrise kat Mount Phousi.. dah pergi Istana.. dah nengok kereta-kereta mewah Raja Sisavang Vatthana.... dah pegi pasau malam waktu masih siang.. dah nengok sunrise kat Mount Phousi.. Sekarang.. aku memblog di Mount Phousi... huhuhuhu

Aku tak suka beritinerari or ikut itinerari orang.. aku orangnya unplanned.. ikut sedap hati.. ikut gerak hati sendiri... and I love and proud being that way.. pernah cuba ubah.. tapi entah.. tak selesa.. orang lain mungkin begitu.. no wrong..

Sonok tengok Laos ni... pada aku masih raw.. lama gila those monks ber'wirid.' Ada waktu diorang nyer perkataan and even diorangnye lenggok tu macam Arabic.. Aku salu pikir setiap religion ni sure ada hubungkait... teringat Mr. V. Ganesan.. Boss aku masa kije CIMB... Rindu kat dia.. nanti aku nak pay visit to him.. dia always baik dengan aku.. huhu.. 

Ohya.. dia bagitau aku banyak kali yang Hinduism is just like Islam.. It is a monotheistic religion.. Yang those gods and goddesses itu hanyalah representation of THE GOD.. or represent the characters of the God.. macam Ganesha.. Maha Bijaksana.. camtulah.. aku tak dalami pun menda-menda ni.. cukuplah aku pernah konon nak expert nau-nau dalam politics suatu masa dulu... nak jadi academician terkenal... nak ada research grant sampai juta-juta.. nak masuk TV hari-hari.. huhu.. cukuplah.. I am ok with NOW.. cuma ingin maju.. tapi ada masa untuk diri and family.. 

Aku pun teringat gak kat ada sorang colleague ni bila dengar wirid dari Wad Buddha tu... beliau bagitau lepak-lepak di Buddhist temple buat dia rasa nyaman dan senang.. Yeah masa tu kitorang OTW ke Kuala Kelawang.. tengok Mak Sedara beliau yang masuk spital.. huhu.. Lepas visit siap pergi ke Masjid Kuala Dulang.. katanya Masjid itu ada 'karramah' or bahasa kita keramat.. huhuhu.. aku siap solat hajat kat situ.. Mohon pada Allah.. supaya kehidupan.. nasib.. menyebelahi aku.. doa aku rasa ok.. bahagia..

Masa tu aku sangat tak ok.. or I would say extremely not okay.. tapi banyak aku belajar.. aku belajar untuk belajar skill manage emosi sendiri.. orang lain nye emosi kita tak mampu nak kawal.. orang lain nye mulut tak mampu kita nak tutup.. so, kawallah diri aku sendiri.. Alhamdulillah.. makin bagus..
Huhu.. sedap pulak dengau music from temple tu.. sayup-sayup dari bawah tu...

Apa aku nak cita lagi.. Oh pasal Laos.. takde apa sangat.. yang aku pasan China memang makin luas influence nya kat Laos.. Dari sudut G-to-G usah cerita ler.. ini dari sudut non-G2G. huhu... lupa.. G is GOMEN... malas lak nak citer.. BTW pengaruh China ternampak cara mudah je.. bila rakyat China tu sendiri ramai datang as tourist.. that creates HEGEMONY.. maksudnya bila berdepan dengan mereka.. local always rasa kureng bagus.. ni salu antara orang Asia dengan Omputih.. huhu.. kalau dalam negara sendiri selalu guna SUPREMACY.. macam Trump's white supremacy... tapi ANTARA or INTER negara or nations.. maka HEGEMONY...

Sudah kul 7.33 local time.. masih dok atas ni.. aku nak biau sejuk baru turun... Aku bebenaunya sedang REDEFINE what travelling is all about.. Untuk my own terms la.. salu dulu mesti kena sentiasa bergerak.. lepak hanya untuk berak, makan and tido jer.. Tapi sekang aku nak lepak dan enjoy the view.. the moment.. or segala mak nenek di sekeliling aku.. just nikmatinya.. Macam sekang ni.. aku tengah dok bawah satu pokok..bersandau.. sambil membelog.. sambil dengau the chants dari temple kat bawah.. sonok gak dengau.. berubah-ubah dan macam makin bersemangat mereka.. The KUNYIT... 

Aku rasa dok bawah pokok ada calming effect la... tenang rasa.. tu sebab dulu Buddha dok lepak bawah pokok... huhu.. apa ke nama pokok tu... Oh.. Bodhi tree... 

Ohya.. bila perati.. tourists China ni memang ramai.. selama tuhari banyak nye datang dari Kunming.. Yunnan.. ni senja tadi.. dari Beijing.. Apapun.. tourists/travellers who travel with style.. KOREANS.. baik laki baik pompuan... Omputih.. cam biasa cenggitulah.. Chinese from China.. masih kekampungan style mereka.. tapi ada tadi aku silap teka.. ingatkan satu family ni Koreans.. rupanya Chinese from Yunnan.. datang sini drive... Maksudnya Cina dari China makin ok taste mereka.. Tadi ada gak bumped into Japs.. diorang cenggitu gaklah.. apapun Koreans memang no. 1 dalam bergaya.. 

They are Brazilian of the East... Paling best.. derang ni travel muda-muda lagi.. 

Budak-budak Malaysia or Melayu ramai je yang travel..tapi rasanya lebih nak ke Europe segala.. may be for those yang tak study US or UK kot.. macam aku memang sangat tak bernafsu ke sana.. nak le pegi.. tapi list paling bawah.. lagipun aku penah ke UK masa lepak US dulu.. huhu.. ini ramai orang tak tau... masa Harrods still owned by AlFayed... Lagipun Europe itu tamadunnya dah ke limit... so kena explore societies yang CHANGING ni.. sebelum mereka develop... macam Luang Prabang ni.. sebelum ia jadi JUST ANOTHER CITY.. huhu.. semalam sembang dengan Minah Korea ni... dia cakap.. Been to KL.. and she said.. Yeah.. nice.. It is just another city.. huhu.. sebelum Luang Prabang ada McDonalds and KFC.. or even Starbucks and Coffee Bean...

Lagi satu.. yang suka berdakwah tu.. aku rasa Laos ni tempat yang bagus tuk sebarkan Islam.. 

Satu lagi.. lepak sini ada sikit rasa macam lepak Sabah and Sarawak.. kalau Kadazan-Dusun memang pun dikatakan datang dari Indochina... 

Atas ni dah ramai teenagers.. budak-budak lelaki.. dok atas ni.. rasa macam baru lepas riadah petang tadi.. instead of balik umah tarus... derang datang sini... lepak-lepak.. pastu isap rokok.. huhu.. sonoknya masih muda.. sekang baru paham kenapa orang dok suruh hargai waktu muda.. huhu.. relatively.. aku still young and perasan muda.. Yeah I should appreciate it.

Nak blah la.. Ni ha.. ramai plak young monks.. Monks sekarang banyak issues.. mula tuhari Thai nyer.. ni recently Myanmar plak.. Laos menyusul kot.. huhu.


Cantik ler gambau guna kemera phone aku ni... kena beli gak IPhone ASAP.
Dah gelap ni... Imagine sendirilah yer cemana kat atas ni.. memang best.. tapi best pun ikut one's term.. huhuhu
Memang jatuh cinta dengan Luang Prabang.. tengok tu KEPALA NAGA.. 
Remaja biasa bersama tenage monks...
Eh gambau ni lagi.. Kat sini banyak stupa.. aku tak google lagi apa significantnya STUPA dalam Buddhism.. haah.. even Onion-shaped kubah kat sejid and the minarets pun aku tak check lagi.

Sisavang Vatthana

Aku ke Laos or Luang Prabang ni tak wat homework apa pun.. tapi ada ler sikit-sikit.. malas ler.. aku pun sekarang ni macam nak kembalikan sikit kemalasan tu.. bertoya ni penat.. pastu stress nya melampau kelak... 

Tadi pagi bangun pagi sungguh aku.. tarus solat subuh.. siap dengau beduk berbunyi.. huhu teringat lagu raya P. Ramlee.. Dengar beduk berbunyi.. Sayu bergema memecah sunyi... hihihi

Terus aku gegas naik Gunung yang layaknya dipanggil bukit je.. tapi mencungap gak ler.. Ni kat luau matari tengah mencarak.. kul 1.23 local time.. malas aku nak kuar.. so tadi lepas naik mount Phousi.. huhu macam pussy.. yang penting bukan kucing yang jaga.. tapi anjing.... dia tu tak bermaya.. tapi nyalak.. aku gelap gelita masa tu naik seram.. and tarus tadi aku dapat afraid of height.. 

Oh pas lepak area royal palace.. aku pun menapak balik Muanglao Guesthouse ni.. owner dia benci aku.. nanti aku cerita..  lama wei aku lepak atas gunung and lepak kat istana...

Masa lepak istana tu ler aku baru teragak google pasal raja last Laos.. sian ko.. dipaksa abdicate.. tapi bodoh ler kominis Laos.. ini proxy Vietcong.. Tapi yabg sebenaunya.. masa civil war tu.. semua pihak bertelingkah tu... ada tiga.. semuanya dipimpin oleh sepupu King Sisavang.. tu la aku rasa kalau orang biasa je yang pimpin puak-puak tu sure Laos ni is still a Kingdom.

Sebelum dok lepak menggoogle tu.. aku sempat masuk tengok kereta king. Ada 4 bijik.. xleh amek pic.. satu land rover... 2 lincoln.. besau gile.. tayar dia pun sangat besau.. satu lagi macam James Bond zaman dulu nyer.

Oh semalam.. semalam lepas je gi morning walk keliling peninsula.. aku balik bilik.. then dalam kul 11 aku bertolak ke Kuangsi waterfall.. cantik.. macam pamukkale.. tapi kecik... aku baik motor gi situ.. depan kawasan air tejun tu ada banyak kedai.. macam kat Mesia la.. teringat Sagil zaman dulu.. pertama kali tengok air tejun tu.... trus ternganga.. or omputih kata jaw-dropping... 

Aku ngantuk gila ni.. Semalam hiking naik atas waterfall.. pagi tadi hiking naik Mount Pussy.. Aku banyak gila nak story.. tapi mata memang kuyu gila. k bye... later sambung.. nak tengok picture pergila kat IG.. imsoniacrepublic.. macam mozaic aku wat.. bye.



Bibirnya merah kucing yang sedang menyeringai ni terus mengingatkan aku pada Tok Jibby... BTW sini ada LDB - Laos Development Bank.. huhuhu.. leh kawan dengan 1MDB
Ini bukan truck army.. ini CARAVAN.. Aku syak from China... Memang cun wei and looks so tough. Bergaya kalau dapat travel guna menda ni.
Limestone waterfall... air carved the limestone.. jadik macam cendawan... huhuhu.. nanti kena tengok Pamukkale plak.. ingat lagi.. Kak Ita sent postcard of Pamukkale.. terus cari map.. jaman tu mana ada google segala.. zaman aku sekolah rendah.. makanya terus simpan impian nak travel all around the world.. Bila balik US ada gak jenjalan.. tapi lepas masuk nagajau.. bila kat Kedah aku entahlah.. mula masuk era KEMURUDUMAN... pastu era yang hampir bawa aku pada KEMURUNGAN.. Now.. I am back!!! Aku mesti kembali jadi diri aku yang dulu!!!! Alhamdulillah kini makin sangat OK!!!
Aku sebenaunya ada obsession dengan THE MIGHTY MEKONG!!!!Banyak negara bergantung harap padanya.. MEKONG symbolizes ME.. Vietnam.. Cambodia (Tasik TONLE SAP tu.. sangat depends pada MEKONG... China EMPANG Mekong.. terus tak berair TONLE SAP.. Kesian.. Jadik macam ARAL SEA kat Kazakhs-Uzbek..), Laos, Thai and China... Tuhari masa ke Saigon, Vietnam.. aku nengok Mekong at the DELTA.. so.. kita one of the tributaries.. tak rasa... lagipun gi reramai... SO seeing MEKONG with my own eyes.. Oh my.. aku boleh rasa semangat.. and all the emotions yang mengalir bersamanya.. Kat Laos ni kiranya Mekong yang at the middle.. di tengah-tengah.. Aku sure akan jengok Mekong yang kat China.. tapi kena cek ada cities tak yang lepak di tepinya.. Alhamdulillah.. syukur banget.. nampak jumpa Mekong.. Paling sedih China dok buat Empangan tu... So, Mekong sekarang bukan lagi Mekong yang dulu.. 

Tuesday, June 7, 2016

Inap Desa Rim

Itu homestay.. inap desa kat Rim Kampung. Cantik gila.. dulu prior renovation by Jabatan Muzium lagi cun... ni kat  Jasin.

Cun gila rumah ini. Kat Jasin. Inilah baru real homestay. Or inap desa.
Tengok tangganya,

Friday, May 27, 2016

Jelebu


Aku dengan member siap masuk Muzium Adat Jelebu.. takde lah adat sangat.. tapi oklah info-info nya untuk the masses.. kalau untuk pengkaji sejarah atau golongan akdemik rasanya tak sesuai kot...

Ini kira sumbangan DSU Rais Yatim...

Ha.. kat bawah tu le rupa paras Masjd Pantai.. tapi kena cek balik nama masjid tu.. tapi itu le masjid yang seni bina menarik kat NS ni.. kalau Masjid Negeri yang kat depan tasik and dekat dengan A&W tu memang tak cun.. xde jiwa lokal....

Patut masjid-masjid ni jangan letrak awning macam tu.. hapus seni.

Ini tengkolok Agong right?
Giant gazebo kat Kuala Kelawang
Ini masjid Pantai kalau tak silap. Ini sebelum Jelebu dari Seremban.

Pantai

Jalan Somban - Jelebu kat bawah bukit tu ada kampung nama Pantai.. aku suka area tu.. ada masjid yang cun.. tapi pic ni tak nampak rupa paras nya.. aku suka tengok masjid yang takde kubah.. sebab seni binanya nampak asli belah sini.

Another view of Masjid Pantai

Masjid Kuala Dulang

Hari Rabu aku gi Kuala Klawang or Jelebu.. Tempat Datuk Seri Utama Rais Yatim... Beliau ni ler yang particular pasal ejaan semua..

Sumbangan.. no.. aku suka perkataan legasi.. tapi dalam angle lain leh kot dinengok sebagai sumbangan.. Legasi is tinggalan.. tinggalan mungkin berguna, mungkin nyusahkan..

Legasi beliau.. kalau silap maaf yer.. ialah ejaan BARU to BAHARU... Aku sampai sekarang merungut pasal ejaan ni. What is wrong with BARU? Tak ke senang nak eja.. lebih senang nak sebut.. dah disebut as BARU kenapa nak tambah HA?

Atau beri people option.. BARU and BAHARU.. both accepted... Siyes rimas bila dari DUA suku kata jadi TIGA suku kata.

Tak ke dunia makin nak cepat dan meringkas.. tapi ini nak melambat dan menyulit... Kalau Indonesia sering saja mengABREVIATEkan perkataan demi untuk lebih pantas.. atau dalam BI (Bahasa Indonesia).. KEPENDEKAN...

MENLU - Menteri Luar..

Kalau nama tempat or propinsi memang biasa le tu 

Sumatera - Sumut, Sumbar, Sumsel, Babel, Kepri = 3 + 2 = 5

Kalimantan - Kalbar, Kalteng, Kalsel, Kaltim, Kaltara = 5

Jawa - Jabar, Jateng, Jatim = 3 + 1 = 4

Sulawesi - Sulsel, Sultra, Sulteng, Sulbar, Sulut = 5

Maluku - Malut = 1

Papua - Pabar = 1

Pastu ada plak akronim macam DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta) NTB & NTT (Nusa Tenggara). Pendek kata, Bahasa Indonesia penuh kependekan and Bahasa Malaysia sibuk dengan KEPANJANGAN...

Aku rasa baru ganti dengan baharu sebab pasal kompius bila buat translation transformasi..nak guna PEMBARUAN or PEMBAHARUAN...

Pada aku bila tang transformation guna jelah pemBAHARUan.. tapi bila untuk NEW.. guna jelah BARU. Kenapa nak dimangsakan BARU sehingga dipaksakan jadi BAHARU? Treat la dua ni macam GARU and GAHARU...

Bawah ni ada le pictures kat Jelebu.. Aku and kawan siap pergi kat Masjid Kuala Dulang.. Solat Dzhur kat situ... Doa agar PhD habis dengan jaya.. Pastu rejeki yang barokah semakin ditambah-tambah.

Tak kurafat right pergi solat kat Masjid tu? 

  

Pekan Kuala Klawang.
Cemetery outside the Masjid.
The Masjid yang orang yakin ramai orang-orang alim lepak sini zaman dulu.
Can read?
Nak masuk the bangunan asal masjid. I mean, the entrance.
Ini bawah bumbung utama. Yang tengah tu.
Ni kat gate. Ada creek just outside the compound.
Aku suka tengok dan dengar bunyi taboh. Dulu masa kau kecik selalu dengar bunyi taboh. Now, no more.

Wednesday, May 25, 2016

Hospital Jelebu

Aku teman member aku ziarah mak sedara dia sakit. Paru-paru dia rosak. Aku suka kot gi Jelebu. Tapi pekan dia namanya Kuala Kelawang. Tapi orang tak guna nama tu. Macam JB le.. Orang Johor panggil.. "nak gi Johor".. bukan JB

Gigi gergasi.
Apa ke nama tumbuhan itu?
Tengok bangunan yang jauh sikit tu? Yang depan ni jamban. Kolonial ek bangunan tu.
Lokasi spital atas bukit. Nyaman.
Haha. teringat sekolah dulu-dulu mesti ada susur gajah yang macam ni.
Panas terik masa aku gi ni.
Very colonial. Rasa bangunan kat negara-negara Africa macam Ghana or Nigeria macam ni ke?