Tuesday, July 9, 2019

Post Doctoral

Ini kali pertama aku memblog after months of absence. Lega dah viva. Lega correction pun dah siap. Cuma tinggal nak hantar hard cover thesis sahaja.
Tapi aku terlalu stress sebab aku banyak betul artikel kena buat. Ada yang memang aku nak buat, anda pulak yang supervisor aku suruh.
Aku say yes to him. Malangnya, tajuk tu aku tak suka. Dia suruh tulis pasal freedom of speech and democracy dengan comparing Malaysia and Indonesia.
Bosan wei tajuk tu.
Aku bila tajuk aku tak berapa nak suka, maka payahlah jadinya.
Memang aku anggap ini sebagai training. Konon nak train diri supaya boleh tulis cepat.
Tapi keje aku banyak sangat. Aku sendiri kena tulis tiap minggu di The Malaysian Insight.
Alhamdulillah berbayar. Tapi itulah kerja dah banyak sangat. Aku terlalu penat.
Entahlah, tak elok merungut.
Tapi aku seriously penat. Tak cukup tidur.
Mintak mintak Allah kasik aku ilham mencurah-curah.
Memang itu beban, tapi itulah juga rezeki.

1 comment:

  1. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    ReplyDelete