Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Friday, January 20, 2017

Port Dickson

Aku asik bersin-bersin sekarang.. pastu badan aku membuncit.. perut rasa terik macam orang mengandung.. Aku kesian dengan Emak & Ayah.. tapi banyak menda yang nak kena buat...  Aku tengah tunggu rakaman sunset... pastu baru lah nak gi sejid PD semayang Maghrib... Aku nak pegi cuti kat pantai lah plak nanti.. rasanya kena gi pulau kot.

Ini entry semalam.. tapi penat sangat nak modify.. hari patut pergi jumpa SV.. tengah tunggu beliau text.. Aku tak cukup tido ni.. 

Senja di PD Waterfront.. Aku cukup suka pulau tu.
Member aku checked semalam bangunan ni contructed 1900.. Mak aii more than 100 years.
This Masjid is iconic.. historic patut local gomen or NS gomen do something about it.. mesti dipulihara.

Friday, June 24, 2016

Pedas

Aku ini hari solat Jumaat di satu Masjid dekat-dekat dengan Pedas.
Aku macam suka pulak pergi Masjid ini. Tapi khutbah di panjang lah.
These were the crowds. Aku mikir bilalah dapat travel and solat kat masjid-masjid kat negar lain macam kat Dun Huang, China misalannya. Sure menarik.
Aku lepak kat tangga. Berdiri saja.
Tempat amek air semayang lelaki kat sebelah kanan nu.
Ni kubah kat entrance depan. Ini kalau tak silap Mughal punya senibina dome dia tu.. Just general observation.. yang aku pasan kat masjid-masjid seluruh dunia.. types of dome dikuasai oleh Turkic-Byzantine punya style.. sorry eh aku tak tahu architecture nya jargons.. ini pakai ikut sedap mulut aku conceptualized. Pastu, Mughal yang asal from Indian subconti. Pastu Persian-Central Asia nye type.. Then, ada sikit kot Hijazi punya..  Later ada masa aku nak study... Maghreb tak sure ada ke tidak dome.. pastu minaret.. ada minarets pencil-shaped, ada gak letak dome. Cuma,.. ada memikir ada tak nusantara-style punya dome? Do we have our very own dome? Kita banyak sangat borrow from other regions. Mungkin yang Hijjaz Kasturi nye Umbrella roof leh dikatakan memang dari sini.. tapi tu quite modern.

Friday, May 27, 2016

Jelebu


Aku dengan member siap masuk Muzium Adat Jelebu.. takde lah adat sangat.. tapi oklah info-info nya untuk the masses.. kalau untuk pengkaji sejarah atau golongan akdemik rasanya tak sesuai kot...

Ini kira sumbangan DSU Rais Yatim...

Ha.. kat bawah tu le rupa paras Masjd Pantai.. tapi kena cek balik nama masjid tu.. tapi itu le masjid yang seni bina menarik kat NS ni.. kalau Masjid Negeri yang kat depan tasik and dekat dengan A&W tu memang tak cun.. xde jiwa lokal....

Patut masjid-masjid ni jangan letrak awning macam tu.. hapus seni.

Ini tengkolok Agong right?
Giant gazebo kat Kuala Kelawang
Ini masjid Pantai kalau tak silap. Ini sebelum Jelebu dari Seremban.

Pantai

Jalan Somban - Jelebu kat bawah bukit tu ada kampung nama Pantai.. aku suka area tu.. ada masjid yang cun.. tapi pic ni tak nampak rupa paras nya.. aku suka tengok masjid yang takde kubah.. sebab seni binanya nampak asli belah sini.

Another view of Masjid Pantai

Masjid Kuala Dulang

Hari Rabu aku gi Kuala Klawang or Jelebu.. Tempat Datuk Seri Utama Rais Yatim... Beliau ni ler yang particular pasal ejaan semua..

Sumbangan.. no.. aku suka perkataan legasi.. tapi dalam angle lain leh kot dinengok sebagai sumbangan.. Legasi is tinggalan.. tinggalan mungkin berguna, mungkin nyusahkan..

Legasi beliau.. kalau silap maaf yer.. ialah ejaan BARU to BAHARU... Aku sampai sekarang merungut pasal ejaan ni. What is wrong with BARU? Tak ke senang nak eja.. lebih senang nak sebut.. dah disebut as BARU kenapa nak tambah HA?

Atau beri people option.. BARU and BAHARU.. both accepted... Siyes rimas bila dari DUA suku kata jadi TIGA suku kata.

Tak ke dunia makin nak cepat dan meringkas.. tapi ini nak melambat dan menyulit... Kalau Indonesia sering saja mengABREVIATEkan perkataan demi untuk lebih pantas.. atau dalam BI (Bahasa Indonesia).. KEPENDEKAN...

MENLU - Menteri Luar..

Kalau nama tempat or propinsi memang biasa le tu 

Sumatera - Sumut, Sumbar, Sumsel, Babel, Kepri = 3 + 2 = 5

Kalimantan - Kalbar, Kalteng, Kalsel, Kaltim, Kaltara = 5

Jawa - Jabar, Jateng, Jatim = 3 + 1 = 4

Sulawesi - Sulsel, Sultra, Sulteng, Sulbar, Sulut = 5

Maluku - Malut = 1

Papua - Pabar = 1

Pastu ada plak akronim macam DIY (Daerah Istimewa Yogyakarta) NTB & NTT (Nusa Tenggara). Pendek kata, Bahasa Indonesia penuh kependekan and Bahasa Malaysia sibuk dengan KEPANJANGAN...

Aku rasa baru ganti dengan baharu sebab pasal kompius bila buat translation transformasi..nak guna PEMBARUAN or PEMBAHARUAN...

Pada aku bila tang transformation guna jelah pemBAHARUan.. tapi bila untuk NEW.. guna jelah BARU. Kenapa nak dimangsakan BARU sehingga dipaksakan jadi BAHARU? Treat la dua ni macam GARU and GAHARU...

Bawah ni ada le pictures kat Jelebu.. Aku and kawan siap pergi kat Masjid Kuala Dulang.. Solat Dzhur kat situ... Doa agar PhD habis dengan jaya.. Pastu rejeki yang barokah semakin ditambah-tambah.

Tak kurafat right pergi solat kat Masjid tu? 

  

Pekan Kuala Klawang.
Cemetery outside the Masjid.
The Masjid yang orang yakin ramai orang-orang alim lepak sini zaman dulu.
Can read?
Nak masuk the bangunan asal masjid. I mean, the entrance.
Ini bawah bumbung utama. Yang tengah tu.
Ni kat gate. Ada creek just outside the compound.
Aku suka tengok dan dengar bunyi taboh. Dulu masa kau kecik selalu dengar bunyi taboh. Now, no more.

Wednesday, May 25, 2016

Hospital Jelebu

Aku teman member aku ziarah mak sedara dia sakit. Paru-paru dia rosak. Aku suka kot gi Jelebu. Tapi pekan dia namanya Kuala Kelawang. Tapi orang tak guna nama tu. Macam JB le.. Orang Johor panggil.. "nak gi Johor".. bukan JB

Gigi gergasi.
Apa ke nama tumbuhan itu?
Tengok bangunan yang jauh sikit tu? Yang depan ni jamban. Kolonial ek bangunan tu.
Lokasi spital atas bukit. Nyaman.
Haha. teringat sekolah dulu-dulu mesti ada susur gajah yang macam ni.
Panas terik masa aku gi ni.
Very colonial. Rasa bangunan kat negara-negara Africa macam Ghana or Nigeria macam ni ke?