Monday, October 15, 2018

Anwar Ibrahim Masuk Dewan Rakyat

Dalam pada marah dan mual dengan ramai manusia, aku happy sebab DSAI akhirnya kembali ke Dewan Rakyat. Aku kalau boleh hari ini angkat sumpah, esok beliau menjadi PM.

Aku doa beliau jadi PM sesegera mungkin. Malaysia needs him.

Seperkara tentang beliau yang buat aku sangat inspired ialah 5 bulan lepas beliau dalam penjara, hari ini beliau dalam parlimen. Siapa boleh jangka nasib seseorang boleh bertukar dengan sekelip mata.

Satu lagi ialah his perseverance and determination. Cukup aku sanjung tinggi. Yer, menda yang aku lacking rasanya.

Aku sedang undertake a project. A long-term project. Aku yakin boleh berjaya. Anwar nak jadi PM, Anwar nak partinya menang dalam GE ambil masa 20 tahun. Dari 1998 sampailah 2008. Aku yakin aku mampu jayakan project tu.

Project ini memang exciting. It becomes a diversion for me. The project untuk kepuasan diri aku sendiri. Ianya bukan untuk memuaskan hati orang lain and far from fulfilling others' expectations.

So far aku happy... yes sangat gembira and bahagia. 

Not Ready To Make Nice

Aku rasa macam senasib dengan Datuk Awie sebab ada perkara yang aku tak ingin berlaku di bulan ini. Actually bulan September yang amburadul, bukannya Oktober. Oktober is bulan yang begitu calm and lahirnya aku yang baharu.

Aku yang baharu ialah aku yang sangat marah. Aku yang baharu express kemarahannya. Aku yang baharu sangat berani. Aku yang baharu pasti ramai benci. Aku yang baharu tidak peduli!!!

Aku pernah takut jadi dibenci. Aku dulu mahu disukai, digemari. Kini tidak lagi. Kini bila dah tak boleh blah aku terus blah. Kini aku tak bercakap lagi sebab aku terus pergi. 

Basically aku sangat radical. Aku ditch those bitches yang tidak memahami aku, judgmental dan buat aku uncomfortable walaupun mereka inilah yang telah membantu aku selama ini. 

True, aku kini selfish, self-centered dan lupa diri seperti kacang lupakan kulit.

Mahu saja aku curhat lebih panjang, lebih lama. Tapi aku sudah tidak peduli.


Thursday, September 6, 2018

Angan-angan

Aku ada banyak impian.. Tapi bila aku muhasabah.. Aku rasa ada antaranya tak mungkin jadi kenyataan.. Lepaa banyak perkara yang berlaku lately.. Aku betul-betul patah hati...
Antara yang paling mengecewakan, aku kena buat banyak pembetulan kat tesis aku. Kalau boleh aku tak mau modify lagi. Tapi terpaksa... Tak tahulah apa yang tak kena lagi..
Tentang fakulti.. aku tanak campur lagi.. tanak buat apa dan tanak aktif.. datang ngajar and balik.. tu jer.. aku takkan kongsi idea lagi.
Begitu juga dengan orang-orang yang rapat dengan aku.. aku tak mau ada harapan lagi ke atas mereka.. kalau mereka nak tolong.. tolonglah.. kalau mereka tanak.. tak mengapa..
Even kalau nak sabo ke hapa.. kalau itu boleh buat anda happy.. teruskanlah.. Aku pun takde kacau life anda semua.. kalau korang nak siksa aku supaya aku mati segera.. aku tak kecik hati..
Aku hidup dalam sangsi.. dalam false happiness.. tapi takpelah.. kenalah aku fake it.. fake bahagia.. fake segalanya baik.. tak apa.
Pastu nak amek kesempatan ke atas aku pun.. buatlah.. jika itu buatkan korang happy.. nak fake depan aku pun.. buatlah..
Aku faham.
Tapi aku kena gak kawan dengan korang.. walaupun aku tahu hakikat sebenar.. takkan aku nak jadi kera sumbang kan?
Tulah.. semoga cepatlah aku dapat siapkan pembetulan tesis ni.. Lepas tu boleh focus pada perkara lain dlm hidup...
Aku tak merajuk.. aku cuma faham.. sedih pun ada... tapi takpe...
Satu lagi.. aku tak mau masuk TV lagi.. Aku tanak glamer.. Aku nak life yang very quiet..
Aku takkan demand apa-apa dan mengharapkan apa-apa lagi...
Aku tak mampu ubah kalian.. kalau sempat hidup sampai viva.. bolehlah aku ubah life.. tapi kalau tak sempat.... beginilah adanya..
I hate my life.. Aku hidup sebab Emak.. Ayah.. family.. itu pun tak tau diorang sayang betul ke kat aku.. Cuma yang pasti.. aku sangat sayang mereka..
Samalah juga dengan kengkawan aku.. they are all backstabbers.. even family pun.. mereka lebih tahu tentang aku banding aku tahu tentang diri aku..
Cuma ada kalanya aku tertanya-tanya.. kenapa kejam sangat?
Kepala aku sangat sakit.. hati aku setiap hari merintih... Entahlah.. mungkin untuk kebaikan aku juga.. Aku yang banyak tahu.. tapi tak tahu... Tapi aku sebenarnya tahu..
Aku selalu terpikir.. kenapa sampai hati... kenapa jahat sangat?? Kenapa marah sampai begitu sekali? kenapa dengki benar dengan aku?
Kenapa main-mainkan kasih sayang aku pada korang semua?
Maaf aku mesti hentikan gejala parasit ini... Once and for all.
Kalau tak kesian kat aku.. at least kesianlah kat emak.. Sihir.. Syirik.. kecurian.. penipuan.. sabotaj.. aduh... Tak paham kenapa semua ni terjadi..
Keluarga teruk berpecah hanya kerananya... Begitu juga dengan organisasi.
Aku tak mampu nak buat apa.. Aku cuma mampu merayu.. pulangkanlah... another thing.. please let me viva ASAP... bijak kalian.. aku lemah selagi aku belum dapat PhD.
Tapi kalau korang terus nak menyiksa aku... Aku doakan kalian ditunjukkan jalan yang lurus ke...
Ada part yang mungkin fiktif.. maksudnya gerak hati sahaja.. ada pula yang sememangnya benar.

Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.

Marah

Aku sangat marah. Aku penat. Aku dah bosan kena mengadap tesis lagi. Ada lagi yang aku kena ubah and in fact asa yang aku kena tambah.

Semalam SV aku bgtau yang bab 2 tak menjadi, especially part Politik Baharu. Dia kata dari cara aku tulis nampak sangat aku tak paham what is politik baharu. Aku terlalu keciwa. Aku tahu lah!!!

Politik baharu ni idealisme, amalan, budaya, dan retoriknya adalah berasaskan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat or universal. Ianya berbeza daripada politik lama yang berasaskan perkauman, agama, politik pembangunan dan penaungan. Satu lagi rakyat berada di titik tumpu. Perjuangannya merakyat dan segalanya kerana rakyat.

Tak tahulah bila nak move on... Aku seriously dah takde hati.. Aku bosan. Bosan dengan tesis.. bosan dengan dunia akademik.. bosan dengan politik Malaysia. Bosan dengan dunia.

Maka personal life aku jadi sangat bosan. Asik keje saja.. tak habis-habis. Aku sangat bengang. Aku nak ada masa swimming.. jogging... aku nak selalu balik kampung.

Sampai bila aku nak cenggini?

Monday, June 11, 2018

Malam Tujuh Likur

Aku kat opis ni.. pukul 12.02 am hari Senin.. lagi 4 hari nak Raya.. aku ada tercongok depan komputer... buat kerja. Ya Allah.. aku rasa sedih nak mampos...

Ni dah pukul 2.39 pagi 11 June 2018.... Aku rasa sangat tak confident dengan thesis aku.. rasa bangang.. bodoh.. bahlol.. semua ada.... Aku sedih...

Sedih lagi menyedihkan.. itulah aku.. or dalam bahasa omputihnya ialah pathetic...

Rasanya life aku ni penuh dengan kekejaman... Arghhh bengangnya!!!

Saturday, June 9, 2018

Sangkar

Ini tajuk satu lagu and tajuk album by anak Salamaiah Hassan.. apa namanya.. ohya Atilia.. Itu album memang sangat best.. muncul tahun 2007.. Masa tu aku baru pindah Kedah.. Ingat lagi Dr. N yang suruh aku pegi... aku ikut jer... aku memang jenis tak membantah.. tak reti melawan... susah sangat nak say no... tapi end up aku yang suffer... and pastu.. konon being positive.. and aku pun survivelah.

Bila pikirin... itulah permulaan aku membina sangkar... kerana rentetan itu semua ler yang buat menyangkar idop aku sampai sekarang.. Kerana itulah jugak aku buat PhD and aku pilih esvi sekarang.. sebab itulah gak aku... entahlah..

Aku bengang.. aku marah... taklah marah sesiapa.. cuma aku marah dengan diri aku sendiri... tapi aku pun dah bosan jadik self-blamer.. aku bosannnnnn!!!!!

Sejak pilihan raya sampai lah dah nak hari raya.. which gonna be a few days lagi, terlalu banyak menda yang berlaku.. bercampur-campur sebenarnya.. TWO extreme ends.. ada yang buat aku sangat happy.. macam menangnya PH.. and anak buah angkat aku kembali kontek aku lepas kena maki.... ada yang buat aku sangat marah.. macam proses aku untuk viva.. ada buat aku sangat menyesal.. macam aku jerit-jerit kat bapak aku yang dah berusia 80 tahun. Padahal aku bukanlah marah sangat kat beliau.. Aku lebih marah.. terlalu kesal.. terlalu kecewa.. terlalu hampa dengan kakak-kakak dan abang aku sendiri. Itu sebenarnya...

Memang aku marah dengan bapak aku yang sudah acap kali cakap kasar kat Emak aku yang dah pun disahkan ada Alzheimer.. tuhari dia cakap "kau ni pergi mampuslah," then "ko tu gila!!"

Anak lelaki mana yang mampu tahan bila Emak dia kena hina.. Pastu aku bengang mana-mana manusia yang dok sibuk nak bawak Emak masuk ward gila... Orang tua umur 76 tahun... ko nak masukkan dia dalam ward gila.. campur dengan pompuan meroyan tah mana... adoi.. pikir ler..

Pastu... korang boleh tak paham yang adik korang ni tengah buat PhD?? Aku tak sepandai mana.. buat PhD sangat demanding.. pastu esvi plak satu macam perangai... pastu aku kerja pun terlalu banyak.. susah aku nak explain.. susah aku nak buat korang faham.. aku just doa korang paham.. tapi korang tak pernah faham..

Yeah korang pun banyak hal masing-masing.. tapi leh tak tolong aku kejap ni.. tengok-tengokkan mak and ayah tu... and please jangan berkira... aku sangat tertekan... Please sket jer lagi.. InshaAllah lepas aku habis PhD.. rezeki kita semua melimpah ruah..

Aku tak paham.. apa ujian yang sedang aku alami sekarang? Aku tak tahan... Dengan esvi aku plak yang maintain being selfish.. apa lagi yang engkau nak dari aku???? Engkau nak jadi full professor.. ko dah dapat.. aku dah tolong kau... apa lagi????

Aku bengang. Ramadan tahun ni.. tak tau lah.. plan nak terawih bagai.. nak khatam quran buat kali kedua dalam idop.. tapi kelaut...

Keje aku banyak bertimbun.. tapi aku takleh nak buat...  Ini pun patutnya balik dari Bangi aku kena buat modify article.. tapi aku tak daya... aku rasa trapped... takleh nak wat apa..

Aku ada terpikir untuk tidak pulang raya... aku tak mau balik.. bukan aku tak sayang family aku.. bukan aku tak rindu.. tapi aku tak daya dah.. aku tak sekuat mana.

Aku sangat-sangat berharap sangkar yang selama ni memerangkap life aku dapat aku musnahkan..  I wanna be free... Aku nak merdeka.. Aku mahu menang.. Aku kena graduate segera.


Tuesday, May 1, 2018

Infinity War

Haha.. malam tadi aku nengok cite tu kat Palm Mall. Ok lah tengok dengan dua ekor member ni.
Tapi yang tak bestnya lepas tengok cerita yang sangat best ialah lepak Pelita dengan dua ekor ni. Sorrylah aku memang dah bosan yang teramat dengan sekor ni yang guna taktik reverse bragging.. aku tak ingat termnya.. aku dah googled.. humble bragging.. Boring la pundek!!! Bertahun kot aku ngadap perangai ko tu. That's it!! No more kuar dengan ko..
Aku takkan kuar dengan orang yang buat aku rimas.. uneasy.. annoyed.. enough is enough!!! Kimak.
Dia punya negative vibes tu.. adoihai.. sampai kan aku nak bangun tido pagi ni susah.. rasa penat semacam.. aku sampai tak jadi pergi swimming...
So, memang aku makin kenal diri aku.. yang aku pasan.. lagi satu ko jangan paksa-paksa sangat aku nak wat sesuatu.. aku rasa ramai je orang macam tu.. semalam member yang sekor ni call.. tanya nak tengok tak.. aku cakap laterlah.. aku busy.. aku nak swim.. aku esok nak swim lagi.. pastu nak siapkan spreadsheet.. lagipun aku dah plan dengan member lain untuk tengok cerita tu.. tapi sebab dok jerit-jerit.. maka aku pun say yes.. aku ni masih a pleaser..
Tapi tulah ni hari.. di labor day yang mulia ni.. aku kepenatan!!!!
Aku apppreciate sapa saja nak kawan nak lepak... nak sembang.. takde aku rasa tak lengkap.. aku sangat happy.. tapi ini soal energy.. nanti aku exhausted.. mohon paham... pastu tolonglah jangan ganggu masa swim aku. Aku nak sihat.. aku nak tenangkan fikiran.. aku nak kuruskan badan... so, hormatlah bila aku say no.
Sabtu lepas.. aku balik.. ni cerita lain sket.. aku bawak Emak.. pastu Cik Pid.. pergi makan kat DIMA restoren.. sonok sangat rasanya dapat kuar dengan Emak and kakak aku.. hepi betul.. Aku makin merasakan itulah yang mak aku mahukan... spending time with her.
Malam.. masa nak Isyak.. Aku masuk bilik emak nak amek sejadah.. pastu emak cakap beliau nak ikut.. dulu penah aku imamkan Emak solat tapi beliau lambat sangat.. dia tak ikut.. so, aku bagitau emak.. Emak kena ikut betul-betul aku.. pastu.. rupanya Cik Pid pun checked and aku pun baca pelan-pelan bacaan dalam solat.. haah.. mak ikut betul.. aku heppi betul.. pastu masa lepas doa.. salam.. aku cium mak semua.. pastu sambil peluk Emak bisik "Emak maafkan awak.. segala kesalahan awak." Aku sebak betul...
Apapun Sabtu lepas memang antara momen paling indah dalam life aku.. dapat imamkan Emak.. Emak plak dapat betul ikut.. and keampunan dari Emak.
Aku kalau boleh nak balik hari hari kampung... jumpa Emak.. tapi busy.. and energy aku lagi.. and banyak perkara aku kena buat kat sini..
Tulah.. aku terpaksa 'singkirkan' kawan baik aku yang sorang tu.. maaf.. banyak sangat negativities dalam percakapan you.... and terlampau banyak juga tunjuk hebat.. maaf aku sentiasa rasa diri aku lebih hebat dari kau.. so, tak payah buang masa bagitau kelebihan ko.

Sunday, April 22, 2018

Do things that make you strong

Ini motto that keeps on playing in my head lately. Menda yang buat aku lemah, aku avoid.... Satu lagi aku gradually have changed my definition of happy. 

No more I am happy when others happy or when others happy then I am happy... So, my emotion is not relied on others'. Kalau tak how do I spread happiness kalau sendiri punya emotion pun takleh jaga. 

Marah? dulu aku agak selalu tak tunjuk aku marah. Now no more, I show it. Emotions is God-given, therefore there's nothing wrong in expressing anger, rasa irritated.. annoyed.. 

Lately ramai yang aku annoyed with. Tapi aku takkan meroyan.. itu tak classy. Cukup sekali maki. Kalau mereka buat lagi. Maki lagi. Huhu.

I am sooo proud.. of kos with my self sebab stop smoking. Memang every now and then the crave came back but I just ignore it. Banyak duit save... tu paling important.. and rasa sihat. 

Ini pun part of me training to say no. Not only to others.. but to me... Say no to over-eating, say no to malas, say no to keluar lunch berejam.. huhu say no to lepak lama.. say no to procrastination... when I can say no to others.. I can say no to myself. 

Aku peratikan.. I've been a people pleaser dari kecik. At 40's aku rasa the time has come for me to really prioritize on me. Not saying to be selfish.. Tapi say no.. say no sebab aku tak mampu.. say no sebab mesti ada masa untuk diri aku sendiri.. say no sebab later aku yang ngadap sendiri.. say no sebab later it may become an issue to me. Aku remain the same me.. yang tak kisah and tak berkira.. tapi sekarang the wiser... and very firm.

Oh.. menda yang buat aku stronger. Solat, baca Quran.. balik kampung, swimming, read books, expressive.. especially here, travel.. and when I am able to say no... I feel empowered and powerful... 

Dulu aku akan rasa down... guilty.. Pelik, tak perlu rasa bersalah sebab setiap orang dah besar and pandaii jaga diri.. especially emotion. If you feel sad when I say no to you.. then, too bad lah sebab you tak pandai kawal emosi you sendiri... Aku sangat berterima kasih to few people in my life yang ada kalanya sangat tegas.. memang say no to me.. so, selain semangat aku sendiri yang mau begini.. I learn from them as well.. aku belajar kalau aku sendiri boleh accept their no dengan sangat jayanya.. You also can be like me.

Tuesday, April 17, 2018

Cebuano

Tak sabau nak pegi travel lagi... Duit takde.. tapi berangan gak.. so pegi jelah.

Lately aku sibuk swimming and sleeping... Last last satu hapah kije tak siap. Article tak siap-siap.. Masukkan verbatim dalam thesis.. tak buat-buat... Apa nak jadi pun aku tau.. Dahlah tak apply kenaikan pangkat. Aku malas.

Lately aku banyak bengang... faktor paling utamanya is pasal SV aku yang melambat-lambatkan viva aku sebab sibuk buat tesis untuk sorang pak menteri. Huhu baru dapat tau Jumaat pagi.. Bengang betul.... memang kimak.... Terus comfirm sapa aku nak vote in GE14.

Oh Jumaat aku tengok movie Dukun... Best.. Kan best kalau aku ni ada supernatural power... berkuasa.

Aaa.. aku ni sibuk swim tapi berat tak turun-turun. Sialan betul.. tapi aku buat jelah walaupun tak membuahkan hasil. BTW hari Sabtu.. aku berjaya swim for 70 laps!!!! Huhuhu.. Gila power aku. Tapi Ahad dok bantai Texas Chicken and tadi petang aku makan Char Kuew Teow. Adoi... Cemana nak kurus...

Oh cerita Ahad... Aku jadi fasi untuk module Finishing School... Mak aii.. dah lama aku tak jadi. Dapat RM300. Easy money.. oklah tu.

Tapi Senin.. sekarang ni very early Tuesday morning.. aku sedau yang aku hilang teaching file.. adoi babi betol... Ha.. semalam gak.. ujan lebat petang.. balik umah.. umah banjir.. taklah teruk.. tapi paling teruk lah kiranya ni.. bumbung tu bocor.. memang aku nak maki orang sebelah ejen umah... aku bayau sewa mahal... tapi ni yang aku dapat? Tunggu masa je nak kena maki.. takpe sabau dulu.

Cakap pasal maki.. tuhari aku maki manusia yang banyak tolong aku untuk my PhD... and sangat memberi simpati sewaktu aku memang desperate perlukan simpati... banyak mendoakan aku... TQ tapi itu bukan lesen untuk ko mengada-ngada.. buat perangai gedik.. pastu ada hati nak instruct-instruct aku and siap pernah judge aku... Kimak haram... Annoyed la butoh...

Huhu.. tuhari.. aku maki sorang member aku ni.. satu PPP and pergi States and sekang keje dengan Embassy States.. Tapi political view.. MashaAllah bangang nyer.. Parochial.. Primordial... Illliterate.. pundek.. kalau ko pernah dok oversea please la political view tu patutnya kelah... hebak.. Ni tak.. pernah dok negara maju.. dunia pertama tapi political view masih dunia ketiga.. Ni satu lagi jenis manusia yang memang aku malas nak lepak sama.. Tak tahan lah dengan orang bangang macam ni. Cukupla aku dapat ramai student.. ex students and collegues yang bangang-bangang...

Pergi lantaklah ko nak kata aku ni takleh terima pandangan orang lain ke idak.. Dah pandangan ko bangang.. behavior ko tu bodoh.. takkan aku nak terima.. kalau aku terima maksudnya aku pun sama bangang macam kau.. penat je wei wat PhD.. baca buku... pergi travel sana sini.. 
So, aku takleh tolerate kebangangan.. Bangang is not sexy.

Friday, April 13, 2018

PRU

Yay 9hb Mei ni ngundi. Bosan politik Mesia... seperti bosannya aku dengan tesis aku sendiri. Aku sampai ke hari ni menunggu call dari main SV aku.. Dato' Agus.. tapi sampai sekarang takde... Dia bz sebab musim PRU. Aku antau tesis before 1 January lagi. Ni dah bulan 4.. takde apa perkembangan. Tiap kali call asik suruh aku jadi ghostwriter. Memang aku annoyed.
Sekang ni plak aku try lah tulis article.. tapi dah berbulan.. aku stuck. Tak taulah gapo payah nau.. asik nak tido je...
Ni sebab swim. Tapi memang aku takleh tinggalkan swim lagi dah. Itu wajib. So sekarang ni, aku kena belajau perform dalam kije tapi dalam masa yang sama active bersukan. Kena train diri. Takleh tinggalkan berolahraga tu. Tak mau macam setahun lepas.. sampai jadi gemuk.
Ni pun berat tak turun walaupun aku active.. takpelah pelan pelan sure turun and aku makin fit. Tapi kali ni memang mencabar betul.. nak seiringkan semuanya.. keje hakiki.. menulis.. balik kampung selalu... bersukan.. salu kena korbankan beberapa demi satu dua yang tadi. Tapi NO MORE!!! Inilah another change lepas balik travel.. memang balik dari Perth banyak big transformation. Paling aku bangga sekarang..  Aku dah boleh declare aku dah bebas rokok dan bebas nescafe tin.. bahaya dua tu. Memang jadi lembab menulis.. tapi aku yakin, kalau aku train.. aku tak perlu dua tu untuk menulis!!!!
Gitulah so far tiap kali lepas travel mesti ada change. July.. aku ke Cebu.. to Cik Pid and few other kengkawan yang sangat aku sayangi... mintak maap sebab kali ni nak travel solo. Lagipun Filipina jer.. takde apa yang best sangat.. Sebab lepas Cebu tu nak wat something yang real big.. huhu.. kononnya...
Tapi tulah pada semua doakan aku segera viva... lulus PhD dan segera berjaya siapkan 8 artikel!!!!

Monday, March 26, 2018

98 kilogram

Aku hari apa tuhari checked berat... dah 98.. turun sket dalam 3 kg dari berat asal 101 kg.. Aku rasa tuhari ada je berat aku 102 kg.. tapi aku tak hiraukan sangat.. hahaha so, makanya aku berjaya kurangkan 4 kg..

Sabtu kelik kampung.. pastu balik Dayan Ahad.. Impressed gak aku dengan diriku sendiri sebab berjaya nyapu part dalam... the whole rumah... gila ko.. pastu semua part bersimen kat luau and... ini paling hangat... berjaya basuh ketiga-tiga jamban... pendek kata.. ko boleh tidor baring dah dalam jamban tu semua...

Baru aku ingat.. aku dah lama nau tak basuh jamban umah kampung.. rasanya memang bertahun sudah... and semalam, baru aku sedau... bahawasanya aku adalah orang yang miliki skill basuh jamban terbaik... bayangkan sampai putih melepak penutup lubang air toilet Emak and bilik air tengah tu punya... 

Bab basuh jamban ni buat aku sangat puas hati and barulah aku teringat yang dulu aku memang selalu basuh jamban umah kampung... Tapi entah kenapa.. lepas-lepas tu aku jarang... and seingat aku last sekali aku basuh.. aku basuh toilet Emak masa toilet tu lepas renovate.. maksudnya mungkin dalam tahun 2010 kot last sekali aku basuh... maknanya dah 8 tahun... Lama sangat tu... kesian Emak...

Mungkin sebab abaikan tanggungjawab aku tu lah makanya life aku tak berapa nak umpph... and semalam bila berjaya selesaikan tanggungjawab tu... maka teruslah aku berasa sangat hepi!!! Paling penting.. terasa seperti direstui...

Bila imbas kembali... aku ingat yang aku mula rajin basuh toilet sejak tahun 1994.. masa masuk PPP yang sekarang ni Intec.. Yeah aku sangat rajin basuh jamban apartment kitorang and basuh jamban umah kampung.. Masa zaman tu aku bodoh... CGPA teruk... and takde harapan.. Bila kenang kembali... aku yakin.. sebab kerajinan aku basuh jamban itulah yang bolehkan aku belajau sampai States... Aku yakin.. sebab Tuhan merasa kesian kat aku... 

Oh petang ni aku nak swim... pagi tadi kepala sakit teruk.. so, aku tak jadi.. even punch in pun dah lepas pukul 12 lebih.. gila aku.. Tapi petang ni aku mesti swim.. kalau leh nak try sampai 50 laps.

Wednesday, March 14, 2018

Timberland

Aku tengah pakai baju Timberland.. Itu baju aku bawak balik dari US. Diam tak diam dah dekat 20 tahun aku balik dari US. Balik dari teambuilding kat Tekam... aku tak sihat.. aku muntah-muntah and cirit birit... teruk sangat... terlalu teruk... tapi sebenarnya itulah hasil aku tricked diri aku supaya aku boleh balik kampung masa besdey Emak. Alhamdulillah.. muslihat yang aku kenakan pada diri aku tu sendiri.. telah berhasil. Pelik kan? Buat muslihat ke atas diri sendiri. Itulah aku... demi untuk buat THAT BIG CHANGE... Aku terpaksa melakukan sebegitu... Demi menghentikan apa yang mahu aku hentikan... FOR GOOD.... Demi kesihatan diri.. demi kesihatan emosi.. demi kehidupan aku yang lebih bermakna... Fuhhh... 

Alhamdulillah.. Itulah juga hasil TRIP... Inilah hasil Perth-Albany... Memang aku bangga.. Oooppsss takleh terlalu awal bangga.. sebab That Big Change kali ni lebih holistic.. lebih healthy... lebih menakjubkan... lebih MAGIS...
 
Aku takut.. sebab ianya melibatkan PhD jugak... Tapi hari AHAD ni aku akan call supervisorku.. Ya Allah.. permudahkan segalanya.. Terima kasih juga kerana makin banyak yang telah berjaya dicapai!!! Terima kasih pada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. ALHAMDULILLAH.


Terharu betul anak buah angkat aku sampai ke kampung aku.... memang leh kenenkan dengan anak buah aku.

Tuesday, March 13, 2018

Happy Birthday Emak

Emak... Selamat Hari Lahir yang ke 76... Semoga Emak terus panjang umur.. Emak makin sihat lahir batin.. jiwa raga.... physical.. emotional.. mental... Emak dapat tengok Adik dapat PhD.. and husnul khatimah untuk Emak kelak...

Emak.. adik takde apa hadiah untuk tahun 2018 ni... Adik hadiahkan diri Adik saja... My presence... Meskipun dulu Emak lebih appreciate.. tapi Adik rasa tak terlambat untuk hadir di malam hari jadi Emak ini...

Emak... Adik mohon maaf... Adik bukanlah anak yang soleh.. Adik juga bukanlah anak yang terbaik... Adik salu tak dengar cakap Emak.. Cuma satu jer Adik boleh gerenti... Adik terlalu sayangkan Emak...
 
Emak.... Kalaulah Adik yang pergi dulu.... Adik harap Emak tahu yang Adik sudah mencuba... Adik sudah usaha... Tapi Adik tak daya.... Kalaulah semua manusia berhati mulia macam Emak.... Kalaulah semua orang sayang Adik macam Emak sayang Adik... Kalaulah semua orang memandang Adik seperti mata Emak.... 


Masa Emak pergi US-Canada back in 2000, Emak siap bawak balik pokok bunga betul letak dalam plastic bag sebab nak tanam kat umah di Malaysia... hihihi... Tapi of course ler kena rampas.. takleh bawah dalam kapal terbang... Tapi kendian aku belikan beliau benih pokok bunga... and beliau tanam kat Simpang Bekoh.. Antara moment paling sebak and paling buat aku sentiasa mengalir air mata ialah pasal pokok bunga... bila tengok bunga blooming cenggini... memang always ingat Emak...... Apapun aku bertuah sebab sentiasa ingat Emak semasa Emak masih ada.. Tima kasih sangat pada Tuhan sebab sentiasa beri opportunities untuk aku terus selalu lepak dengan Emak. Dulu masa kecik memang aku malu bila orang kata aku anak Emak or dok bawah ketiak Emak... but now aku sangat bangga... Aku memang anak Emak.. lantak apa orang lain nak kata or pikir pasal aku... 

Happy Birthday Emak

Emak... Selamat Hari Lahir yang ke 76... Semoga Emak terus panjang umur.. Emak makin sihat lahir batin.. jiwa raga.... physical.. emotional.. mental... Emak dapat tengok Adik dapat PhD.. and husnul khatimah untuk Emak kelak...
Emak.. adik takde apa hadiah untuk tahun 2018 ni... Adik hadiahkan diri Adik saja... My presence... Meskipun dulu Emak lebih appreciate.. tapi Adik rasa tak terlambat untuk hadir di malam hari jadi Emak ini...
Emak... Adik mohon maaf... Adik bukanlah anak yang soleh.. Adik juga bukanlah anak yang terbaik... Adik salu tak dengar cakap Emak.. Cuma satu jer Adik boleh gerenti... Adik terlalu sayangkan Emak...
Emak.... Kalaulah Adik yang pergi dulu.... Adik harap Emak tahu yang Adik sudah mencuba... Adik sudah usaha... Tapi Adik tak daya.... Kalaulah semua manusia berhati mulia macam Emak....

Tuesday, February 27, 2018

32 Laps

Alhamdulillah.. makin bertambah aku punya laps walaupun demam semalam... huhu

Monday, February 26, 2018

Carut

Aku terjaga tadi.. Emak pukul ayah.. tah dengan apa.. pastu ayah terjaga and menjerit.. Ini exactly macam yang Cik Pid cerita scriptnya.. ulang tayang.. Aku cakap kat ayah.. "eh ayah ni janganlah..." pastu dia balas "Ayah tau camna cara nak buat emak awak diam..." aku pun senyap jelah.. tapi that incident jugaklah yang buat Cik Pid taknak bermalam lagi... Kepala aku tengkuk belakang tu macam tegang je uratnya... 

Aku rasa aku mampu maki seseorang.. salah seorang yang aku terasa ingin sangat mahu maki ialah my own supervisor... Itu apa yang aku rasa sekarang.. nak kata apa terpulang.. salah ke or berdosa ke.. itu terpulanglah.. ada berani.. buatlah phd dengan dia....

Aku dah takde masa untuk tesis yang berkualiti.. and aku pun dah buat banyak untuk dia.. apa lagi yang dia nak dari aku.. Lagipun.. me being a very independent person.. yang memang takde nak mengharap apa.. aku memang tak hadap and tak kelapaq dengan janji-janji dia nak bawak aku pergi conference oversea.. then jalan-jalan Spain.. Netherlands and lepak kat hotel 5 bintang..
 
Tak taulah... aku sangat respek orang.. tak kira ko tua ke muda.. and sangat susah membenci.. aku sangat menghargai dan sangat ingat segala budi baik orang pada aku... tapi bila bab halang aku spend masa dengan mak aku or family aku... Ini memang buat aku marah... Yang ko pandai plak tiap tahun pergi oversea jalan sakan satu family.. yang aku ni nak balik kampung seminggu sekali sekarang ni pun jadi payah sebab menanggung beban akibat Phd aku yang tak pernah bagus dek mata kau... Ini memang buat aku sakit hati.. 

Aku pun tak paham nak bagus camna lagi.. sebab dari sudut ilmu... Aku tak dapat input apa pun.. Aku nak interview.. ko takde nak guide pun... ada ke ko rekemenkan contacts ko yang hebat-hebat tu? memang salah aku.. aku bukan student terbaik or terhebat.. tapi semua aku buat sendiri... yang ko tahu... bila dapat kerja aku.. ko keji.. tu saja.. aku bosan.

Aku nak viva segera... tu je yang aku nak... tapi kenapa kau tangguh-tangguh lagi???? Aku nak bawak mak aku berubat!!! Aku nak spend more time with my emak!!!! Pundek.. susah sangat ke ko nak paham??? Lima tahun aku tersiksa... macam-macam dah jadik kat aku... Ko nak kualiti apa lagi?


Ini on the way to Perth.. stesen minyak je ni... cashier yang jaga malam tu Indian from Kerala.. Dia studied IT kat Curtin University... Dia dok dengan family... abang dia ada beli umah kat Perth.. so dia ulang alik dari pekan kecik ni yang rasanya dalam 45 menit. Rasanya mamat tu macam dah dapat PR.. Even, mak dia pun dah duduk sama dengan diorang. Aku rasa macam nak migrate je ke Perth ni... I love the climate.. walhal summer tapi sojuk.. Ingat nak travel lagi ke Perth.. nak mengenal lebih lanjut Perth ni... Pastu masa ronda-ronda tu.. aku and Cik Pid berangan ni nak bawak Emak & Ayah jenjalan Perth... sewa umah.. duduk dalam 10 hari.. fuhh indahnya... 

Friday, February 23, 2018

25 Laps

Hebat tak aku??? The third time aku sudah berjaya swim sampai 25 laps. Hari first 17 laps.. second day 20.. and Jumaat.. 25 laps.. tak sure esok leh swim ke tak sebab masih lagi makan ubat.. Apapun memang kompomlah yang aku sangat mencintai swimming... and swimming paling suit aku untuk workout.. 

Tapi lepas tu aku demam.. Ni dah makan ubat.. rasalah kebah... sepatutnya malam ni aku kena buat paper untuk conference and journal.. satu paper tapi leh guna untuk dua purposes... sebab demam maka aku take a rain check.. Konon macam nak habiskan satu buku ni... by SAM RAINSY... tengoklah kang.. kalau berdaya.. seriously best gila baca pasal Cambodia ni.. barulah aku paham ko.. sebelum ni sesuka hati je tak suka baca tentang Cambodia.. Tulah.. yang aku pasan.. kita ni kena berkunjung dulu.. barulah jatuh cinta dengan cerita pasal negara tersebut.. Aku tengah mencari-cari destinasi seterusnya.. aku rasa macam nak ke Brunei jer.. Nak turun Miri.. pastu sewa kereta and drive to Brunei.. cuma takut mahal jer.. huhu.. tengoklah kan nanti.. Walaupun Brunei tu orang kata banyak sangat persamaan dengan Mesia.. tapi aku yakin dia ada jiwanya yang tersendiri... 

Dalam pada tu aku pikir nak ke New Zealand or may be destinasi luar ASEAN.. tapi tulah.. rege tiket.. macam Perth tuhari aku spent around RM2.5K.. untuk 2 hari 2 malam.. kenapa mahal? Sebab sewa kereta... Tapi memanglah berbaloi... Aku rasa may be aku ke Cebu or pergi apa tu.. adoihai.. Air Asia nya destination kat Philippines.. kat pulau Panay.. Yang itu pantai.. hmmm.. entahlah.. tak pun.. pergilah jelah kan.. jangan pikir sangat.

Thursday, February 22, 2018

101kg

Semalam aku buat 20laps.. harapnya malam karang semakin bertambah... lepas tu masuk gym.. mak oiii 101kg.. memang high time untuk aku kembali aktif.. mintak-mintak berjayalah reduce weight and integrate work out or exercise dalam daily life aku.. Aku mesti sihat demi untuk diri sendiri dan orang-orang keliling aku.. Tapi aku tanak pressure diri aku sangat.. yang penting aku buat.. and resultsnya pasti ada... and of course perseverance paid off kelak.

Rupanya ada gak member aku yang pergi Perth kendian...hebat mereka.. tapi aku yakin tak seadventure aku and Cikpindnya trip tempohari. 2 hari dua malam tapi leh sampai Albany.. and mampu bermalam di sana. Setiap trip ke luar negara sure mengubah aku jadi lebih baik... Maka, harapnya self-confidence makin bagus and aku makin focus.. Memang betul destinasi yang aku pilih.. and memang betul decision aku untuk pergi dengan Cik Pid.. sebab dapat drive kat sana.. Drive kat sana is different.. memang public transportation is cheaper and boleh je naik ronda sekitar Perth saja.. tapi bila jangkauan tak jauh.. maka impak trip tu ke atas diri kita tak banyak.. Lagi satu.. driving kat negara orang ni suatu menda yang very satisfying.. ko rasa macam ko conquer that negara.. sebab apa.. sebab SELF DETERMINE.. kita sendiri yang determine ke mana arah tujuan.. and kita sendiri yang bawak ke mana kita nak pergi.. bukan orang lain. Atas tu from Stony Hill kat Frenchman Bay... To the south of Albany... Laut lepas tu South Sea... kalau terus ke bawah lagi is Antarctica... Dunia ni luas.. kita mesti terokai,,, 

Wednesday, February 21, 2018

Remit

Mahal AUD ni... Macam biasalah KL Remit inilah menjadi pilihan aku untuk tukau duit tiap kali travel. Rupanya harga dia rendah bila kita nak beli AUD guna RM.. Bila aku bandingkan dengan Cik Pid tuhari.. dia beli dengan rege yang quite mahal kat Melaka nu.. Rupanya lokasi aku berada ni dah cukup cun.. lokasi yang mudah aku ke KLIA dan mengatur perjalanan untuk travel. Bersyukur aku sekarang sebab dok area ni.. Tulah.. kalaulah dapat beli property area ni.. best gak. Orang lain macam sibuk je nak blah dari FSPPP dan UiTM.. Aku rasa.. aku stay jelah.. malas nak pikir-pikir banyak... Kurang hebat ke or tak kelas ker.. less academic ke.. pi lantaklah.. aku ngajau je.... Salah ke berada dalam comfort zone?? Bukan itu ke salah atu goals kita dalam hidup?? Nak hidup selesa... Orang kata kena cabar diri.. pergi kije tempat lain... malaslah wei.. better aku  cabar  diri dengan selalu travel... senang.

D'Tempat

Semalam aku berjaya swim 17 laps. Lepas swim betul-betul aku rasa sangat lega lepas years yang aku rasa tak best langsung rasa badan ni. Aku nye azam lepas OZ trip is to reduce weight and getting fit. Walaupun aku plan untuk tu lepas viva.. tapi aku takleh menunggu dah. Aku nye badan dah terlalu berat and gemuk. Very unhealthy. Aku kena buat comeback... huhuhu.

Aku rasa aku akan boleh integrate exercise dalam daily life aku cam aku integrate semayang and baca Quran. Sebab sekarang ni solat and baca Quran tu aku tak rasa lagi sebagai menyusahkan or burden. Aku rasa biasa saja... Aku pun percaya bila aku sentiasa excercise.. sure ada impacts besar yang datang... Untuk tu, aku renew membership kat D'Tempat.. aku tray gak tuhari pegi swim kat Paroi and S2.. tapi memang aku rasa geli. lagipun kat public pool, aku tak betul-betul rasa happy sebab sentiasa rasa geli.. sebab kotor.. and dalam masa yang sama makan duit minyak yang lebih sebab Paroi agak jauh... so do S2.. so, better aku bayau lebih kat D'Tempat tapi selesa and sangat dekat dengan rumah.

Aku hari-hari doa ni.. semoga Allah percepat dan permudahkan road to graduation.. and dalam masa yang sama Emak makin lama makin sihat.... pastu aku mohon Allah makin perhebatkan kewangan aku.. family aku.. and rakan-rakan terdekat aku...

One thing yang aku sangat happy sekarang ni.. makin lama rasa jeles and dengki makin menghapus dalam jiwa.. huhuhu.. I don't mind seeing ada people lebih berjaya... lebih kaya... lebih ensem.. semuanya pada aku sangat ok.. itu salah satu menda yang aku dapat dalam life la.. Aku yakin tu sebab aku integrate solat and baca Quran.. and tuhari ada gak aku try Puasa Nabi Daud tu..So, kali ni integrate exercise.. maka sure akan complement or.. improvekan lagi aku nye jiwa and lagi improvekan aku nye fizikal.. haah.. aku doa sekali aku awet muda and betul-betul bertenaga seperti orang muda. huhu.. Nak jalan serata dunia kan.. so, kenalah semuanya bagus.

Tuesday, February 20, 2018

Kojonup

Aku kena tidur... sambil tu pikir tajuk artikel... aku pikir nak wat... "UMNO kukuh Melayu Utuh."

Kononnya, Melayu and UMNO ni bagai lagu dan irama. Macam aur dengan tebing.. macam Melayu dengan belacan.


Aku tak ingat amek gambau ni kat kat mana.. Donnybrook kot.. Donnybrook banyak tractor.

Monday, February 19, 2018

Boyanup

Bengang tul.. aku dah tulis panjang kot tadi.. tapi terdelete.. kim betul!!!!

Aku just nak cerita nasib the Aborigines jer.. sebab tu hari nampak diorang kat Fremantle.. yang tu pompuan.. rasanya mixed.. mixed pun mungkin sebab hasil perhubungan yang tak elok dengan omputih kot.. tapi cantiklah dia ni rupa macam Cathy Freeman jagoan 400m Olympic Sydney 2000. Tapi tulah terjerit-jerit in public and tak terurus. 

Then, lelaki pulak.. kat Albany.. few of them.. ada sorang ni aku jalan sebelah.. mak aii.. bau semerbak arak.. kuat nau baunya.. pastu nampak lah gak remaja lelakinya.. yang aku rasa merek tu keciciran...

Satu hal bila orang putih datang Ostolia.. diorang introduced arak to them.. maka sampai sekarang jadi kaki botol.. maka population diorang pun dwindled lah.

Tak sure diorang kena tak chicken pox macam native Americans and Caribbeans.. Senang hidup omputih ni.. takyah nak perang sangat nak takluki Amerika dulu.. Native mati sebab sakit je.. yg Ostolia ni Aborigines lemH sebab mabuk selalu...

Aduhai dah nak kul 12.. Aku ni kang nak gi DTempat.. nak renew membership.. pejam mata jelah demi kesihatan.


Ini dari atas Stony Hill.. yang semenanjung tu.. itu Vancouver Peninsula. Across it is Albany.. cantik betul pemandangan dari atas ni.. Tu sebab kita ni tak cukup sebenaunya just tengok picture yang orang amek kat IG or tengok video YouTube.. memang kena pergi menyaksikan dengan mata kepala sendiri.. Rindu betul rasanya.
Yang ni ha kat Fremantle.. Aku sebenaunya macam malas nak ke Fremantle.. tapi jalan punya jalan sampai plak.. Mak oii.. cantik.. berhadapan Indian Ocean.. Ini dapat ler amek gambau Rumah Api... Cantik plak warnanya.. macam leh wat tema baju raya tahun ni.

Sunday, February 18, 2018

Ghostwriting

Aku kena menulis... Lately aku nye SV dok suruh aku tulis articles.. Sudah 5 article aku tulis.. Aku seriously penat dan bosan tulis menda tu semua. Aku kena rehat barulah leh tulis. Otherwise memang tah hapa-hapalah yang aku tulis.

Aku sebenaunya ada mixed feelings. Ada rasa marah, bengang, tak puas hati.. tapi at the same time aku bersyukur sebab aku ni macam SV aku percaya untuk menulis... cuma tulah.. jadi penulis hantu.

Tapi yang tak best ni aku jadi a ghost writer for a politician. Aku suspect SV aku dapat contract tulis blog entries untuk sorang menteri ni sempena PRU-14 ni.. tapi dia sub-con kan kije-kije nulis tu kat aku.. 

Inilah cara orang politik.. nak blognya nampak ilmiah.. tanak nampak bodoh macam certain menteri.. maka dia hire professionals.. Tapi aku ni tak dapat apa bayaran.. entahlah mungkin ada cara lain SV aku tu compensate aku kelak..

Experience yang paling terkini ni.. nyebabkan aku makin meluat dengan politics & politicians.. and even aku bosan dengan dunia akademik.. yang aku rasa penuh kepuraan..

Aku teringin nak jadi professor.. tapi bila cenggini payahnya.. aku jadi malas.. pada aku aekarang paling penting ialah habis PhD.. Viva dengan segera.. 

Lepas PhD pun.. aku tak kuasa nak bersemangat segala macam certain people sampai nak mengubah dunia... aku just nak ubah cara handle dunia... kalau ada orang yang terinspirasi.. nak ngikut.. boleh jer.. kalau tak terinspirasi pun tak ngapa.. mudah je.

Nak ubah dunia.. make it a better place.. entahlah,, tak payah nak buat article kuar sok kabau and jadik glamer masuk TV or jadi instafamous or segala kimak mak nenek tu pun boleh...

Senang jer.. Jangan buang sampah merata-rata.. kalau boleh sort sampah untuk recycle.. baca banyak buku.. and selalulah cuci toilet rumah anda.. tu jer..  

Lepas tu aku nak rilek-rilek je... Ya Allah aku dah ngantuk sangat.. esok lah aku sambung.


Kesian kangaroo yang usianya masih remaja...Nak tau kangaroo banyak kat certain area tu.. senang jer... kawasan landai.. jalan lurus pastu bau bangkai...  Kami jumpa gak kangaroo idop baru lintas jalan.. tapi tak sempat nak amek picture.. maka bila jumpa bangkai kangaroo yang baru meninggal ni, maka aku pun berentikan kereta.. amek picture.. konon sebagai barang bukti kami memang dah jejak Australia walaupun duduk dua hari dua malam sahaja!!!!!
Masa mula-mula terbaca kampung nama MANJIMUP tu terkekek kekek aku and kakak aku ketawa.. sebab bunyi nyer macam mandi junub. Gambau atas tu on the way balik Perth from Albany.. Gambau yang ni plak on the way pergi Albany dari Perth... Aku suka Australia.. rasa macam nak migrate sana jer. 

Friday, February 16, 2018

Mandurah

Few people masa sebelum trip Perth dok cakap.. pe je yang ada kat sana.. not so many attractions... kenapa sana? Susah aku nak bagitau cemana..and in fact rasa nak kasik penampau.. 

For me orang yang dok tanya aku cenggitu.. masih tak kenal aku.. or entahlah... aku pun malas nak pikir sobabnya.. berbuih aku bagitau.. ni bukan tips tau..tapi kena keluar dari jiwa.. kalau nak sonok berjalan.. Maka, kenalah berjalan.. 

Then, yang buat sonok.. bukan tempat.. bukan sebab iklim.. bukan sebab cuaca... bukan sebab berapa lama... tapi sebab kita sendiri.. yang menyebabkan destinasi tu best ialah kerana kita sendiri.. 

Tu sebab aku leh bagitau pada ramai orang.. kampung aku sendiri ialah destinasi terbest kat Melaka... pehe dok? Ha begitulah.. Bukannya bandau Melaka yang best.. yang banyak sangat dah dibuat-buat, tapi area-area pekan-pekan kecik and kampung-kampung kat Melaka tu...

Tapi.. when we talk about Perth-Albany.. memang tempat tu sendiri sangat-sangat best..  It reminds me of USA... kuar je dari Airport.. udaranya.. baunya.. suhunya.. memang banyak similarities dengan States.. sonok gila aku.. nak go to States tak mampu.. so, oklah dapat gi Ostolia.. Another thing..

Perth iklimnya.. iklim Mediterranean.. Ini iklim tak banyak tempat dalam donia yang climatenya cenggini.. ini climate sesuai lahirnya para Anbiya.. huhu.. tulah korang.. please la banyakkan membaca.. kadang bosanlah aku nak explain satu-satu.. 

Cumanya walaupun pilihan aku mungkin bizzare or against popular choice.. tapi reason aku lebih kurang sama.. ada orang macam kakak aku.. Jitot.. dia ke Sapporo sebab nak tengok salji.. valid kan reason tu.. sama gak aku.. aku nak ke Perth sebab climatenya.. Mediterranean.. Ini climate memang dok tengah2 antara segalanya.. serba sederhana..nak kata sejuk tak sejuk.. nak kata panas tak panas.. bunga boleh tumbuh bila-bila jer.. Daun pun leh luruh sesuka hati mak dia.... macam tuhari kat Mandurah especially banyak gila rumah tanam pokok bunga kertas.. Mak aii cantik banget... And kat kawasan kampung, rumput rampainya bewarna kuning keemasan... kering... macam musim luruh.. rasa tema baju raya nak amek warna cenggitu...  

Satu lagi area Perth ni.. or Swan Valley kot.. ialah antara few places dalam dunia ni beriklim Mediterranean.. others include..negara-negara yang keliling Laut Mediterranean.. Spain, France (south), Italy, Adriatic regions of ex-Yugoslavs, Greece, South and West Turkey, coastal Syria, Lebanon, Northwest Jordan, Israel, 2 tips of Libya which are keliling Tripoli (Tripolitania) and keliling BenGhazi (Cyrenaica), Tunisia, coastal Algeria, and Maghribi.... Pehe dok?

Secondly.. climate jenis ni pun ada di area luar Mediterranean.. Kat North America.. ada kat California sahaja.. Memang masa kuar je airport Perth tu.. memang teringat masa mula-mula step on kat LAX (merangkap kali pertama jejak CA and USA)...memang sangat nyaman.. and cantik.. fuh sonok.. 

Kendian.. kat South America.. iklim ni wujud kat Chile tengah.. kat keliling Santiago... Then.. Africa.. iklim ni wujud di area Cape Town.. and last but not least.. of course West Australia.. keliling Perth... Ini kira type of climate yang sangat rare ler... tak banyak tempat cenggitu.. nak kata gurun bukan.. nak kata bukan gurun.. tapi macam.. tu sebab vegetationsnya pun renek.... dia macam schrubs je.. belukau-beluaku.. 

Tapi op kos paling sonok udara yang sangat nyaman.. kalau gi semenanjung yang bawah Albany tu.. memang itulah definition Mediterranean climate.. Aku baca pasal climate ni masa zaman sekolah rendah.. masa aku dok umah sorang.. takde kawan... Aku selongkau buku-buku kakak aku.. jumpa buku geography form 5 kot. 

Lagipun dulu masa Cik Pid cuti dari MRSM dia salu study Geog.. and aku menyibuk.. and dialah yang explain kat aku based on her readings.. tapi kini.. anak murid beliau jauh lebih pandai dalam soal geography.. huhuhu.. 

Puas ke idak aku ber road trip di sana? Of course puas.. jatuh cinta? Setiap kali aku berjalan kuar memang aku jatuh cinta.. tapi nak kembali semula ke situ? Kena tunggu dulu.. kena move on.. pegi negara lain dulu.. huhuhuhuhu..

Banyak lagi pemandangan menarik.. tapi kalau setiap satu kilometer or setiap satu menit berenti... aduhai or asik nak merakam ajer.. langsung kita tak dapat merasa keenakan road trip... Yang penting sapaan aku pada lembu-lembu terbabit dibalas.. mereka menyahut lantaran memandang ke arah henpon murah aku.. Nak ganti henpon, tapi kalau ganti.. mungkin tak berjalan pulak nanti.. entahlah.. dilema. Kita ni bukan orang ada-ada... nak berjalan ada waktu aku berpuasa.. masak sendiri kat umah... and ada waktu menitis air mata... sebab tak semua orang paham kenapa sekarang aku asik nak berjalan... and aku pun tak mampu nak kasik orang paham.. Cuma aku sering doa supaya mereka faham.. Tapi takkan nak cerita segala pahit kat orang kot.

Torndirrup

Nonalup.. Kojanup.. and quite a number of names yang ujungnya "UP." Rasanya sebab nama the aborigines lah. Macam kat US pun cenggitu gak.. banyak nama natives untuk pekan-pekan, sungai, gunung dan bandau.

Aku nak berkisah lagi betapa sonoknya aku dengan trip ini.. and for me ianya terlalu berjaya sebab kami drive.. aku and Cik Pid geganti drive.. That's what we love doing.. drive and berenti kat mana kami suka.. Memang kitorang especially aku sangat perasan yang kami memang free spirit people.. kami tak suka terikat dengan jadual bila dalam trip.. 

Yelah.. kije ada jadual.. semayang ada waktunya.. gaji pun berjadual.. maka pleaselah once dalam idop ada menda yang takde jadual.. Maka itulah trip yang ini.. sekali lagi.. xde itinerary.. 

Yeah, please say no to itinerary trip!! Yuck.. aku memang takleh blah dengan trip beritinerary.. Atau keterlaluan nak pegi tempat yang orang lain pergi.. or popular.. Kita pergi tempat yang orang lain kureng pergi.. Huhu.. Memang tak kuasa aku.. 

Sebelum road trip Perth-Albany ni... amat tak kuasa sebab tiap kali check kat YouTube balik-balik Fremantle Market and the Prison sebelahnya...  Hehe.. tuhari kami pegi gak tapi tak masuk Prison tu and tak benti kat fremantle Market.. cukup syarat amek gambau je.. 

Huhuhu.. By tbe way kan.. kali ni memang aku tak wat homework apa pun.. yang aku tau.. aku kena lalu City Center.. pastu gi Fremantle jap sebab nak tau kenapa orang Mesia sure lepak sana.. and yang pasti aku nak pergi Albany.. 

Aku pun tak wat homework pasal Albany.. cumanya.. bila aku nengok peta Ostolia Barat.. aku just nak drive lalu pantai dari Perth ke Albany.. tu je.. Aku just nak drive and nikmati pemandangan.. takde nak masuk museum bagai.. tak.. 

Tapi tulah.. rupanya bila sampai Albany.. MasyaAllah.. indahnya..  aku rasa dia macam Cape Code kat US kot.. tapi ni jaih lebih cun!!!!!

Pasir putih tepi pantai... Ombak saling berkejaran... Kau lari aku mengejar.... Ha inilah baru betul-betul putih and laut betul-betul biru.

Donnybrook

Mak aii sonok nak mampus trip aku kali ni.. Memang this is me.. Aku betul-betul treat trip Ostolia Barat macam ronda-ronda naik keter. Ini trip selatan Ostolia Barat to be specific. Day 1 sampai Perth International Airport tu aku and kakak aku, Cik Pid dilanda petaka... 

Kimak hanjing lahabau lahanat aku and Cik Pid kena tahan 2 jam kot sebab kami mencurigakan.. aku takde pun pakai kepiah macam kat KLIA..tapi masih derang pelik. Derang interrogate memacam. Tanya duit bawak berapa... nanti kang dok mana.. kenapa lepak 2 hari je.. pastu kat mana nak pegi kat area Perth ni.. Pastu pelik kenapa dalam 2 hari ni sampai nak ke Albany.. Aku punya bengang sampai aku marah le.. Aku kata kitorang ni just normal tourists who want to waste money in your country.. lahabau sangat. Orang lain semua dah blah.. makanya kami yg naik kapal terbang Air Asia penerbangangan hapa tah aku tak ingat.. maka kamilah yg last sekali kuau. 

Cik Pid kata.. dia ok je kena soal sebab pegawai BORDER FORCE tu ensem. Aku tengok biasa je.. tinggi macam pokok kelapa laut kat Serkam Pantai jer.. muka plak macam kena langgar berozer... 

Haha.. Cilanat.. Kitorang kuar dari airport border force office dalam kul 7.30.. walhal touch down tadi kul 5.30 rasanya. 

Pastu kitorang berak.. Aku dah lama ko tak jumpa jamban calit.. and op kos dah lama tak berak calit.. eh.. sebelum tu aku semayang dulu.. Subuh gitteew.. Rupanya banyak dah airport dalam dunia ni provide tempat mayang.. muslim frenly derang sekang... lepas subuh and Dhuha.. class kan.. Dhuha di Perth.. terus aku berak.. memang tak tahan.. first time istinja calit sejak bertahun since balik dari Philadelphia.. 

Selama ni gi negara-negara Buddha pun takde gak konsep jamban calit.. negeri omputih je cenggini.. jijik banget.. pastu kitorang pun hamek ler kete yang aku dah booking kira-kira sebulan lepas.. mula gi kaunter, pastu terus gi amek keter kat parking no. 1.. hahaha.. bukan calang-calang.. cumanya masa aku book online tu katanya Hyundai Accent.. tapi bila dapat.. nak eksen memang langsung takleh.. macam Naza Suria... yuck macam keter seseorang di fakulti.. damn.. suew gila rasa bila pagi yang indah di Perth teringat mamat hanj tu... huhuhu.. to be continued.

Macam Gunung Datuk kat Rembau tu kan? Tapi yang bezanya ialah keliling ada lautan yang membiru bersih and vegetations yang renek macam pokok-pokok bonsai... Syukur banget... Tak pernah terpikir dapat jejak kaki ke sini.
Comel kete ni, mula-mula hampa.. tapi lepas tu rasa bangga.. dengan kete sekecik ni.. dapat gak jalan jauh.

Wednesday, January 10, 2018

Gandhara

Ada dua Gandhara.. Satu yang nama sekarang Kandahar kat Afghanistan.. satu lagi is Yunnan... One of the many provinces in China (Haah.. baru aku sedau.. sampai sekarang aku tak hafal ada berapa wilayah dalam China and ada berapa negeri dalam India). Ghandara ni is one of the chapters dalam buku yang tengah sibuk aku baca sekarang... Semalam masa aku kat CIMB S2, sambil nunggu nak kuar duit ASB tuk bayau CIMB punya ASB loans, maka aku pun dok lah baca that chapter.. Lama sungguh queue.. Nomor aku 2036.. haha masih segar di ingatan... Of course that chapter citer pasal Yunan.. The Land South of the Clouds.. Negeri di Selatan Awan... Jaman dulu Chinese punya scholars panggil Yunnan as Nanzhou or Nanchou.. Nanzhou is simply Southern.. Macam Nanyang la... Southeastern... Nanyang Siang Pau..

Best betul buku tu... tapi tak bawak opis ni hari.. ada kat rumah.. so, tak dapatlah nak share judulnya... Itu buku a Burmese yang tulis.. takat aku baca kisahnya banyak pasal Rangoon, Mandalay, Shan State and Yunnan.. Selain Kaplan nyer buku pasal Romania.. Ini memang LAGI best.. terlalu best!!!! Memang berbaloi.. aku beli kat Siem Reap tuhari... masa tengah sedih note 100 USD aku hilang... Masa dalam book store tu...  aku kejap letak... pastu amek balik.. letak balik.. amek... belek.. letak.. amek... last-last aku beli.. takde cash.. maka aku guna credit card.. So, aku macam takut nau.. takut kalau-kalau nanti bajet lari nanti... Tapi bila dah baca, ternyata terlalu berbaloi... Aku teramat yakin buku tu memang tak jual kat Mesia... even kat Kinokuniya pun sure takkan jumpa!!!!

Rupanya kisah Myanmar.. sangat best.. dulu aku punyalah menyampah Myanmar.. Burma and yang sejenis dengannya or anything related to them..sampaikan aku buang satu topic syllabus untuk satu course ni.. huhuhuhu.. Memang visiting a place memang boleh ubah perception kita pasal tempat tu... Myanmar yang busuk.. kotor.. orangnya kurang ajau.. pastu kena tipu naik cab... Tapi aku tak pernah nyesal and bila baca plak buku ni ha.. terus kuat azam aku nak pegi Bagan pulak.. bukan Bagan Datok yer.. itu tempat Zahid Hamidi... hihi..

And bila baca plak pasal Yunnan.. maka makin mengukuh perasaan yang aku kena pergi Southwestern part of China instead of pegi Shanghai, Beijing, HK, Macau dan yang segerombolan dengannya.. yeah.. pergi Gandhara... Pergi kawasan yang salah satu teori cakap Orang Melayu datang dari situ... orang Austronesia.. Orang Kepulauan Selatan...

Pasal buku tu.. satu hal.. mamat author tu dok cerita pasal Shan.. orang-orang Shan yang berjiwa bebas.. Ini macam Afghan people... selain Bangsamoro, the Shans are the Afghan of South East Asia.. Rupanya.. dalam ejaan tulisan Burma yang macam mi tu.. Shan bunyiknya Siam.. Makanya memang betul pun.. Shan people memang closely related to the Thai and the Lao.. Tulah tapi diorang ni sedang kena Burmanification... 

Aku ni dari tuhari nak sembang pasal a term AUSTRO... yang simply meaning SELATAN.. Aku yakin.. orang Melayu.. Siam.. Kemboja.. Burma semua tu.. sepupu sepapat... hmmm nantilah aku sembang bab ni... 

Ohya.. Austro maksudnya selatan.. Makanya aku tertanya-tanya.. adakah AUSTRIA maksud sebenarnya ialah Jerman Selatan??? Huhuhu...

Akunyer life quite happy sekarang.. Boleh aku katakan I am very happy.. tapi kita ni mana leh terlalu happy... kena sentiasa waspada.. huhu.. Takat ni banyak kerja-kerja aku yang dapat aku siapkan.. Aku pun makin ada masa untuk baca buku... Semuanya sangat teratur and berjalan dengan sangat lancar... Aku sentiasa berdoa dan berharap semuanya semakin bagus for me.. Emak makin sihat dan bahagia.. Ayah pun camtu gak.. Kesihatan.. kewangan.. semakin baik... Aku pun akan ada lebih banyak masa untuk spend masa dengan family.. especially Emak.. and ada masa untuk work out...

Apa lagi ek.. as first ever coretan in 2018.. Azam... aku memang takde specific azam untuk any tahun.. Aku just mau Allah berkati umur aku.. umur Emak dan Ayah.. Adik beradik and sahabat handai.... Semoga Allah terus limpahkan kasih sayangNYA...

Takleh panjang ler.. mesti siap kije dulu.