Few people masa sebelum trip Perth dok cakap.. pe je yang ada kat sana.. not so many attractions... kenapa sana? Susah aku nak bagitau cemana..and in fact rasa nak kasik penampau..
For me orang yang dok tanya aku cenggitu.. masih tak kenal aku.. or entahlah... aku pun malas nak pikir sobabnya.. berbuih aku bagitau.. ni bukan tips tau..tapi kena keluar dari jiwa.. kalau nak sonok berjalan.. Maka, kenalah berjalan..
Then, yang buat sonok.. bukan tempat.. bukan sebab iklim.. bukan sebab cuaca... bukan sebab berapa lama... tapi sebab kita sendiri.. yang menyebabkan destinasi tu best ialah kerana kita sendiri..
Tu sebab aku leh bagitau pada ramai orang.. kampung aku sendiri ialah destinasi terbest kat Melaka... pehe dok? Ha begitulah.. Bukannya bandau Melaka yang best.. yang banyak sangat dah dibuat-buat, tapi area-area pekan-pekan kecik and kampung-kampung kat Melaka tu...
Tapi.. when we talk about Perth-Albany.. memang tempat tu sendiri sangat-sangat best.. It reminds me of USA... kuar je dari Airport.. udaranya.. baunya.. suhunya.. memang banyak similarities dengan States.. sonok gila aku.. nak go to States tak mampu.. so, oklah dapat gi Ostolia.. Another thing..
Perth iklimnya.. iklim Mediterranean.. Ini iklim tak banyak tempat dalam donia yang climatenya cenggini.. ini climate sesuai lahirnya para Anbiya.. huhu.. tulah korang.. please la banyakkan membaca.. kadang bosanlah aku nak explain satu-satu..
Cumanya walaupun pilihan aku mungkin bizzare or against popular choice.. tapi reason aku lebih kurang sama.. ada orang macam kakak aku.. Jitot.. dia ke Sapporo sebab nak tengok salji.. valid kan reason tu.. sama gak aku.. aku nak ke Perth sebab climatenya.. Mediterranean.. Ini climate memang dok tengah2 antara segalanya.. serba sederhana..nak kata sejuk tak sejuk.. nak kata panas tak panas.. bunga boleh tumbuh bila-bila jer.. Daun pun leh luruh sesuka hati mak dia.... macam tuhari kat Mandurah especially banyak gila rumah tanam pokok bunga kertas.. Mak aii cantik banget... And kat kawasan kampung, rumput rampainya bewarna kuning keemasan... kering... macam musim luruh.. rasa tema baju raya nak amek warna cenggitu...
Satu lagi area Perth ni.. or Swan Valley kot.. ialah antara few places dalam dunia ni beriklim Mediterranean.. others include..negara-negara yang keliling Laut Mediterranean.. Spain, France (south), Italy, Adriatic regions of ex-Yugoslavs, Greece, South and West Turkey, coastal Syria, Lebanon, Northwest Jordan, Israel, 2 tips of Libya which are keliling Tripoli (Tripolitania) and keliling BenGhazi (Cyrenaica), Tunisia, coastal Algeria, and Maghribi.... Pehe dok?
Secondly.. climate jenis ni pun ada di area luar Mediterranean.. Kat North America.. ada kat California sahaja.. Memang masa kuar je airport Perth tu.. memang teringat masa mula-mula step on kat LAX (merangkap kali pertama jejak CA and USA)...memang sangat nyaman.. and cantik.. fuh sonok..
Kendian.. kat South America.. iklim ni wujud kat Chile tengah.. kat keliling Santiago... Then.. Africa.. iklim ni wujud di area Cape Town.. and last but not least.. of course West Australia.. keliling Perth... Ini kira type of climate yang sangat rare ler... tak banyak tempat cenggitu.. nak kata gurun bukan.. nak kata bukan gurun.. tapi macam.. tu sebab vegetationsnya pun renek.... dia macam schrubs je.. belukau-beluaku..
Tapi op kos paling sonok udara yang sangat nyaman.. kalau gi semenanjung yang bawah Albany tu.. memang itulah definition Mediterranean climate.. Aku baca pasal climate ni masa zaman sekolah rendah.. masa aku dok umah sorang.. takde kawan... Aku selongkau buku-buku kakak aku.. jumpa buku geography form 5 kot.
Lagipun dulu masa Cik Pid cuti dari MRSM dia salu study Geog.. and aku menyibuk.. and dialah yang explain kat aku based on her readings.. tapi kini.. anak murid beliau jauh lebih pandai dalam soal geography.. huhuhu..
Puas ke idak aku ber road trip di sana? Of course puas.. jatuh cinta? Setiap kali aku berjalan kuar memang aku jatuh cinta.. tapi nak kembali semula ke situ? Kena tunggu dulu.. kena move on.. pegi negara lain dulu.. huhuhuhuhu..
Banyak lagi pemandangan menarik.. tapi kalau setiap satu kilometer or setiap satu menit berenti... aduhai or asik nak merakam ajer.. langsung kita tak dapat merasa keenakan road trip... Yang penting sapaan aku pada lembu-lembu terbabit dibalas.. mereka menyahut lantaran memandang ke arah henpon murah aku.. Nak ganti henpon, tapi kalau ganti.. mungkin tak berjalan pulak nanti.. entahlah.. dilema. Kita ni bukan orang ada-ada... nak berjalan ada waktu aku berpuasa.. masak sendiri kat umah... and ada waktu menitis air mata... sebab tak semua orang paham kenapa sekarang aku asik nak berjalan... and aku pun tak mampu nak kasik orang paham.. Cuma aku sering doa supaya mereka faham.. Tapi takkan nak cerita segala pahit kat orang kot. |
No comments:
Post a Comment