Tuhari ex-student aku mimpi pasal aku.. dia cakap ada menda buruk terjadi pada aku. Semalam kakak aku bagitau aku dapat surat lawyer yang wakili PUNB. Surat sampai kat kampung and macam biasa, yang kesiannya is Ayah aku yang cukup risau. Apa tidaknya saman tu tuntut 198k.
Aku memang menunggu-nunggu gak selama ni, bilakah gerangannya surat cinta dari PUNB nak sampai. Tapi yang mengharukan yang sampai was surat saman. Ini terus nak kena tindakan mahkamah. Aduh.
Aku terima perkhabaran dari kampung dengan tenang. Yelah, nak buat cemana lagi. Cuma yang rimasnya ialah aku nak pergi Mahkamah Sesyen KL nanti. Penatlah, banyak kerja nak buat. Kenapalah awal plak diorang ni manggil aku? Why not lepas aku submit thesis.
Nak kata sedih, tahlah sedih sangat. Nak kata nyesal, buang masa nyesal. Sebab aku dapat experience buat bisnes. Bisnes kedai runcit ni memang tak sesuai dengan aku. Itu sajalah yang aku tahu.
Aku pikir tuhari lepas PhD aku nak duduk lepak-lepak, tapi memandangkan aku kena bayau hutang ni maka terpaksalah aku bekerja keras.
Apapun memang aku sudah prepare untuk bayau utang PUNB. Rumah kecik kat Bangi tulah yang pikir mungkin aku gunakan untuk langsaikan utang tu.
Masa kecik dulu, aku tak pernah terpikir akan kena bayau utang banyak seumur hidup. Especially membayar utang untuk menda yang aku tak nampak. Yer, bisnes tu tak wujud lagi. Kedai tu dah takde, dah tak nampak. Cuma pengalaman saja.
Aku just bersyukur saja diorang mintak awal. Bukannya mintak lagi setahun aku nak pencen or mintak lepas aku pencen. Haru...
Sekarang ni aku pikir, kena lagi bersemangat, tak boleh layankan sangat kebimbangan. Memang banyak nau kije aku. Nak pindah rumah, habiskan Bab 5, buat article untuk converence kat Hokkaido, promosi event untuk uni, kije-kije hakiki kat kampus, balik kampung, isi borang naik pangkat. Aduh...
Alhamdulillah pagi tadi around pukul 4.00 aku berjaya siapkan sub-topic 5.4. Ni pun aku dah mula buat 5.5. Harapan aku semoga aku berjaya siapkan Bab 5 ni sebelum masuknya bulan Disember. So, bulan 12 tu bolehlah aku siapkan plak Bab 6 which is Rumusan.
Termangu gak.. kenapalah begini??? Tak habis-habis.. kenapa ada saja pancaroba? Ni semua ada hikmahnya. Apa hikmahnya? Aku pun tak tau. May be Allah nak beri something yang hebat in future.
Aku demam pagi semalam.. sampaikan tak solat Jumaat. Tak mampu nak bangun. Tapi lepas je dapat perkhabaran sedih tu aku gagahkan diri. Bangun dan mandi... Pergi kampus dapatkan fail PUNB and pastu pergi klinik.. then dinner. Pastu balik umah habiskan 5.4 dan mulakan 5.5. Alhamdulillah. Aku kuat.
No comments:
Post a Comment