Wednesday, May 11, 2016

Ubudiah

Nak letak picture Masjid Ubudiah Kuala Kangsar tu tapi kena modify jadikan dia vertical. So, yang ada hanya picture kucing yang lepak dengan penjual aiskrim kat parking lot depan Masjid saja.

Masa kecik-kecik Masjid ni jelah yang ditunjuk oleh RTM untuk waktu Azan Maghrib. Aku rasa bukan takat Maghrib tapi untuk semua kalau tak silap. Masa darjah satu siaran TV RTM mula pukul 7.30 kot. So, azan Isha jelah.. aku tak sure sama ada pukul 7.30 malam or 5.00 petang during weekdays. Sebab masa darjah dua tahun 1984 waktu tu Syarikat Televisyen Malaysia Berhad or STMB or TV3 mula operasi. Tapi lambat sikit sampai Melaka.

Bila ada saingan maka RTM pun ansur-ansur mula siaran awal. Yang aku ingat Jumaat mula awal sikit dalam pukul 3.00 kalau tak silap. Pastu Sabtu and Ahad lagi awal. Tak sure samada kul 10.00 pagi or 12.00 pagi. Yang sure aku suka gila citer Giligan Island.

Kalau hari Jumaat aku suka tengok dokumentari. Masa tak pergi sekolah agama petang lagi. So tengok citer Beyond 2000. Zaman itu lagi orang-orang dah membayangkan cemana la agaknya life lepas Y2K. Tulah aku masih hidup lagi dah 15 tahun lebih sikit lepas tahun 2000.

Kang aku letak picture Masjib Ubudiah yang tuhari transit tido Kuala Kangsar lepas balik dari ronda Naratiwat-Patani-Yala.

The kitten yang lepak di pekarangan masjid Ubudiah

No comments:

Post a Comment