Aku mengantuk gila. Tadi petang hujan. So tak pergi swim. Esok aku kena bawak kasut and suar pendek. Kalau ujan gak aku kena masuk gym. Takleh jadik tak workout.
Maka sebagai ganti swim aku ke Fareed. Melantak mi goreng telur mata atas plus nasi goreng daging telur mata atas, and aku minum teh ais. Nasi goreng daging dia tak sedap langsung. Bengang betul. Tapi aku habiskan juga. Rezeki kena bersyukur walau kurang sedap. Mungkin sedap sudah full makan mi earlier tadi.
Macam biasa bila aku makan terlalu banyak aku susah nak menulis. Apatahlagi ini menulis chapter baru. Memang sudah jadi lumrah kalau tulis chapter baru aku selalu sambil menulis sambil itu menangis. Tapi chapter 6 macam dah tak leh nak nangis lagi kot. Dah terlalu banyak kali menangis so kali ni macam dah kering air mata.
Balik dari Fareed aku dok baca buku ni... WHY THE WEST RULES - FOR NOW by Ian Morris... This book is just like Civilization by Ferguson. Ia Morris rupanya academician gak. US punya orang. Kalau orang lain baca ni aku rasa mesti terus conclude yang ini semua penulisan untuk bangga diri omputih or kalau yang baca tu plak adalah Muslim yang warak sure akan kata ini bangga diri puak Kristian. Aku nengok tak begitu. Buku-buku ni sekadar nak bincangkan possible points kenapa certain budaya lebih competitive banding dengan yang lain.
Yang aku pasti, both talk about the use of authority. Kuasa kat negara Asia seringkali keterlaluan centralized. Pastu yang ada autoriti gunanya untuk lenyapkan persaingan berbanding galakkan persaingan sesama sendiri. Kat Barat autoriti lebih disperse so persaingan walaupun tidaklah sesihat mana tetapi persaingan berlangsung sehingga membolehkan muncul budaya inovasi, keusahawanan, penerokaan, dan ambil risiko. Then, bila masuk bersaing dengan orang Timur maka Barat ketengahkan yang terbaik sebab persaingan awalnya sendiri sudah hebat.
Camtu le serba sedikit. Kang aku amek picture buku ni. Aku ngantuk lagi. Jap lagi nak solat Isha. Sekarang aku sudah jaga solat. Pastu aku berusaha jaga hati Emak dan Ayah. Tak boleh cakap sembarangan depan mereka. Adoi, rasa mata aku gatal-gatal plak.
No comments:
Post a Comment