Saturday, June 6, 2015

Burned

Aku dpt call dari member aku... dak Burn was hit by depression. Kesian beliau. Entahlah aku pun tak dapat nak menolong. Abu kawan Dak Burn lately terlalu busy dengan his new business. The business seems thriving. Alhamdulillah.

Cuma begitulah dalam pada memburu wang.. jangan dilupakan rakan rapat tu. Dak Burn sedang study.. kesian beliau... dalam kesibukan itu luangkan masa... rakan itu bagaikan harta.. bagaikan membeli rumah mungkin... harini setengah juta.. esok lusa harganya might appreciate exceeding a million.

Bercakap ttg study.. aku sendiri amburadul. Apataknya terkejar-kejar ke sana ke mari... buat part time terlalu mencabar. Jiwa pulak memang selalu kacau.. x semua faham. Study phd terlalu berbeda.

Paling penting mencari equilibrium dalam hidup.. emosi kena stabil... kerja yg full time kena ok.. hubungan dengan ibu bapa dan keluarga juga mesti dijaga.. hubungan dengan rakan sekerja juga mesti bagus... apatahlagi dengan teman-teman rapat...  paling penting kesihatan fizikal dan mental.

Pasal Dak Burn yang baru keluar rehab... perlu lebih perhatian agar emosi beliau stabil... sokongan padu dari khalayak di sekeliling terlalu penting.

Aku selalu dengar kalangan bijak pandai.. kurang pandai.. terlebih pandai.. yang sering tunjuk pandai.. yang memandai-mandai.. dan yang terasa pandai yang sentiasa menuding jari pada sang pesalah.. seolahnya segala yang datang sama ada positif atau negatif dtgnya dari dalam individu itu sendiri. Kononnya.. it is all about choice...

Namun.. memerhati persekitaran... hujah di atas ada sintingnya.

Sinting akibat terlalu memfokus kepada faktor dalaman... internal determine.. kalau dalam ilmu politik.. Marxism yang terlalu "economic determine". Kalau Huntington's Civilizational Paradigm pula begitu "religion determine".

Kalau belajar nak jadi kritikal.. atau nak mengkritik.. atau mau menganalisis.. tool of analysis yang paling mudah or paling haprak digunakan ialah SWOT... strenght.. weaknesses.. opportunity.. threat..
Kekuatan dan kelemahan are apart of internal factors. Manakala opportunity and threat merangkumi external.

Sekiranya faktor persekitaran or luaran boleh digunakan bagi menganalisis sesebuah organisasi.. mengapa apabila berhadapan dengan entiti yang bernyawa.. yakni individu... kita manusia.. hilang manusiawinya...

Kita lupa bahawa faktor persekitaran punya pengaruh besar dalam pembentukan kekuatan dalaman!!!! justeru faktor tsb erlalu berpengaruh dalam pembetukan tingkah laku dan decision making...

Any entity.. be it for profit or not for profit.. be it an MNC or a nation-state... semua entiti ini bertingkah bukan sahaja kerana faktor dalaman tetapi juga kerana desakan luaran..

Bahkan faktor luaran seringkali dipersalahkan when a crisis surfaces (sebagaimana jari hanya menuding kpd Soros walhal diri sendiri juga boros)...

Tanpa kuasa persekitaran.. maka mana mungkin boleh berlakunya Arab Spring.. mana mungkin runtuhnya Tembok Berlin (1989).. tidak juga mungkin   lucutnya the Iron Curtain di Eropah Timur... tanpa kuasa luaran tidak mungkin Wings mengeluarkan album Teori Domino dan tidak juga anak muda awal 90an bersiulan lagu Wind Of Change...

Paradoksnya.. apabila kemaslahatan menimpa individu... atas nama tanggungjawab.. individu itu disalahkan tanpa melihat faktor luaran...

Not only the blame.. but the insult also go to that particular person. Dalam kes Dak Burn... beliau melakukan kesalahan.. telah dihukum sewajarnya oleh pihak yg professional dan berautoriti.. tapi kenapa rakan-rakan beliau kelihatan menghukum beliau secara sedar atau luar sedar...

Difahami ini berikutan kebimbangan teman-teman di sekitar yang takut terluka lagi sekiranya Dak Burn kembali kepada tabiat lama aka re-lapse. Ironi.. dalam pada masing-masing mahukan beliau fully sober or beyond sober (hahaha).. teman-teman yang have been sober for the rest of their life ini think and acting negatively...

Tidakkah mereka sedar bahawa perbuatan itu suatu hukuman yang berterusan buat Dak Burn???
Tidakkah mereka sedar bahawa "takut terluka" mereka itu suatu perbuatan yg sangat melukakan Dak Burn yg pada masa sekarang sgt memerlukan sokongan moral...

Masing-masing mendabik dada kerana bersih dan suci nya mereka sejak lahir.. mendongak langit kerana sentiasa waras.. tapi waraskah mereka dengan pemikiran dan tindakan sebegitu?

Di mana kewarasan jika masing-masing gagal mengoperasikan konsep empathy dalam kehidupan mereka yang kudus itu? Ye anda semua bukan Nabi.. tiada kekuatan untuk memaafkan sepenuhnya.. tapi kenapa perkara lain boleh pulak nak contohi Nabi tapi tidak pula dengan yang ini?

Kenapa perlu ada double-standard? Siapa di sini yang perlukan pertolongan dari sudut jiwa? Dak Burn yang berdosa atau anda semua yang berpahala?

Sungguh aku kecewa pabila ketahuan cara layanan sesetengah pihak berkaitan Dak Burn.

Meneliti penulisan Dak Burn dan mengamati penerangan khalayak yang rapat... beliau ini punya potensi diri yang sangat besar..

Intuisi aku mengatakan beliau hampir layak diperbandingkan dengan arwah Dak Ben... member rapat Rafizi Ramli..

Kenalan aku yg pernah lepak lama kat UK yg juga bekas aktivis pelajar zaman reformasi bercerita bagaimana Dak Ben yang battling coke itu luar biasa pintarnya.. arwah adalah think tank dan strategist yg luar biasa.. beliau dikenali sebagai a mobile encyclopedia... hebat alumnus MCKK tersebut.

Dak Burn walau mungkin kurang hebat berbanding Dak Ben.. mendapat juga jolokan mobile encyclopedia itu... alangkah bagus kalau aku sehebat mereka.

Dak Burn ini jangan disia-siakan... perlu khalayak sekeliling accomodate beliau.... be there for him.. be nice to him... bukan perlu menderma pada beliau kerana beliau ada biasiswa.. hanya perlu tunjukkan concern dan jaga emosi beliau agar beliau boleh habiskan pengajian... (inilah yang dikatakan hasil empathy).

Aku melihat Dak Burn ini bagaikan hartanah di Bandar Seri Sendayan... pulangannya dua tiga tahun lagi memang berlipat kali ganda... strategically located.. tu sebab developer terlalu berani letak harga mula yang setara dengan hartanah di Klang Valley...

Apa tidaknya.. hampir dengan putrajaya.. hampir dengan both KLIAs.. terlalu banyak agensi samada public or private yang bina HQ di sekitar sini.. dekat dengan Mitsui.. apalagi? Tertekan?.. Port Dickson is just miles away... obsess with Melaka??? Melaka pun sgt dekat from Seri Sendayan.

Pendek kata.. the FUTURE is HERE.. so do Dak Burn.. He is THE FUTURE... aku yakin kalau dak Burn ni dapat dihidu oleh negara luar... sesungguhnya Malaysia pasti berada dalam kerugian...

You may hate him.. but please la.. ACCOMODATE him.. layankan saja when he throws tantrum..... pabila berjanji dengan beliau.. penuhilah... 

No comments:

Post a Comment