Monday, June 22, 2015

Ramadan

1 Ramadan. Aku suka tarikh tu. Sejak dari 1 Ramadan tahun lalu bawak ke 1 Ramadan tahun ini.. mcm-mcm pahit manis aku lalui. Yang pasti keadaan semakin baik.

Walaupun 1 Ramadan tahun ini tak macam 1 Ramadan tahun lepas... tapi ia tetap bermakna macam tahun lepas. Kali ni aku ke Behrang hantar anak buah aku masuk politeknik. Tak dapat aku pick up sahabat aku di airport. Alhamdulillah beliau faham.

Harini dah masuk Ramadan ke 7. Buat pertama kali dalam banyak tahun aku ke surau untuk berterawih. Allah Maha Hebat.. aku merasa sungguh tenang sekali.. dan sungguh aku happy. Aku berusaha untuk terus berterawih pada malam-malam seterusnya.

Pada Ramadan kali ini jugak aku berjaya tolong jualkan 28 balang rempeyek Mak Ngah aku. Seronok aku dapat membantu. Sahabat aku pula semakin ghairah dengan tart nanas nya. Aku tumpang happy... aku ada order tapi beliau sendiri sudah ada lebih daripada 200 order. Moga beliau sempat siapkan juga untuk aku sebab tart nanasnya aku mahu hadiahkan kepada orang-orang penting dalam hidup dan kerjaya aku... tapi kalau beliau dahulukan tempahan orang lain.. aku x kecil hati... sebab seperti kata beliau tart tidak semestinya untuk hari raya. Semoga cita-cita melihat tart beliau di kiosk stesen-stesen minyak dan pasaraya akan termakbul.

Namun aku agak terkilan sebab masih tak dapat menolong kakak aku dalam bisnes beliau.. beliau ada jual keropok tempe. Aku dah rasa.. memang sedap and boleh go.. harapan aku.. tak berapa lagi dapatlah aku bantu beliau juga.

Phd aku pulak masih bab 2.. semoga Ramadan kali ini memberikan momentum untuk aku menyudahkan bab 2 dan bergerak dengan bab 3. Moga Allah membantu aku untuk aku menyiapkan tesis phd pada 2016. Sudah tak sabar untuk bergelar Dr. Gelaran tersebut adalah bagi menunaikan cita-cita ibuku untuk melihat salah seorang zuriatnya beroleh gelaran tersebut. Semoga Ibu dan Ayah dipanjangkan umur dan terus sihat agar dapat melihat hasil kesabaran mereka dalam membesarkan aku... teringin sekali aku berjasa sehebat-hebatnya kepada mereka berdua..

Satu lagi aku ingin menjadi seorang yang lebih humble.. semakin berisi semakin tunduk.. menjadi seorang yang lebih menghormati orang-orang disekeliling.. lebih tenang.. lebih gembira.. lebih sabar..
Moga terus maju.. terus mara..

No comments:

Post a Comment