Nenek pindah dari rumah besar ke Tambak Merlang dalam tahun 1961. Tahun 1963-64 rumah nenek kat hilir tu. BTW, aku sempat duduk rumah nenek dari tahun 1976 ke tahun 1980. Aku boleh ingat apa yang berlaku kat rumah tu.. duduk dalam buai... nyorok belakang pintu.. pastu ingat rupa tangga yang macam mangkuk tu... kat belakang ada pokok belimbing... pokok delima.. jamban curah kat luar... pastu aku sangat ingat aku suka beri ayam makan tahi aku sendiri.. bila takde orang jaga aku kat jamban... maka aku akan keluar berak di halaman rumah demi mahu ayam-ayam tu dekat pada aku... satu lagi.. aku gak sure... but then kakak aku bagitau yang aku suka tangkap anak-anak ayam dan bunuh mereka.. aku picit diorang.. hmmmm... apa lagi yer? Aku menetek sampai usia aku 4 tahun.. ingat lagi ada orang datang.. tu sure nak bergossip la tu.. tengok aku tengah menetek.. pastu mereka kata.. lamanya.. sampai 4 tahun.. tapi tengoklah bonding aku dengan Emak.. hahaha.. tapi overbond kot.... anyway aku takde lah jadi anak manja.. aku sampai je oversea segala.... ohya.. bila pindah sini.. aku pasan Emak akan ada jadual bersosial atau mengumpat... kalau tak kat umah sendiri.. Emak akan bertandang ke rumah Mak Uda or Mak Cik Selamah.. and paling amazing.. Mak Cik Nyemah.. naik beskal berpalang.. yang lelakinya.. singgah untuk ngumpat... hihihi
|
Emak kusyuk nonton TV. He loves Nabil. Beliau suka tonton Meletop. |
|
Aku rasa masa ini Emak tengah tengok cerita SPY.. Yang Melissa McCarthy berlakon. Terkekek-kekek beliau gelak. Been awhile tak tengok Emak gelak begitu. Those yang jumpa Emak kini, pasti tak sampai hati nak guris hati beliau. |
No comments:
Post a Comment